Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, February 1, 2015

Lagi..Sambal Kering Tempe & Bilis

Assalamaualikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..lama dh jgk stop buat sambal kering ni...mgkin dah jemu la tu sbb asik ada je stoknya...tpi hritu buat plak atas permintaan anak...kli ni sambalnya xmerah mana...sbb terbeli cili kering gelap yg timbang...slalu duk bli yg dlm paket...kepala pun kosong je pgi ni...xde idea nk tlis pnjang...yg buat dlu ada kat sini...dah 2x updated sblum ni...Inysaa Allah semoga jumpa lgi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Sambal Kering Tempe & Bilis by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 250g tempe - hiris nipis & kecil
  • 1/3 cawan ikan bilis tanpa kepala - dibelah-belah
  • 1/3 cawan cili kisar - rebus cili kering kisar
  • 1 labu kecil bawang besar purple
  • 1 ulas bwang putih
  • 1/4 cawan bawang goreng
  • garam & gula secukup rasa
  • sedikit air asam jawa
  • minyak untuk mengoreng
Cara

1. Tumbuk/kisar bawang besar & bawang putih.
2. Panaskan minyak baru secukupnya dan goreng tempe hingga betul-betul garing. Angkat dan toskan. Goreng sampai habis.
3. Kemudian goreng ikan bilis pula sampai garing. Angkat dan toskan.
4. Dengan minyak yang sama (tinggalkan dalam 1/3 cawan) tumis bawang hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
5. Masukkan sedikit air asam jawa dan gula serta sedikit garam. Masak biar sambal benar-benar masak (kalau nampak minyak banyak sangat, sudu keluarkan sikit).
6. Kemudian masukkan tempe dan ikan bilis, kacau biar sebati. Masukkan bawang goreng dan masak guna api kecil sambil dikacau selalu hingga kering dan bunyi macam goreng kacang gituw sebab sambal ni rangup sikit.
7. Bila dah kering sepenuhnya, padamkan api dan terus balik sekali sekala hingga sambal sejuk. Biar sejuk sepenuhnya baru simpan dalam bekas/botol kedap udara.

Nota ilhamdapur : maz buat tak sukat, resepi kat atas tu anggaran je ye. Jadi kena pastikan sambal tu cukup-cukup je dengan bahan goreng tadi sebab kalau terlebih sambal nanti tidak rangup dan tak jadi kering. Kalau nampak sambal banyak masa masak tu, keluarkan sikit. Kalau rasa tak cukup bila dah masukkan bahan goreng boleh tambah sikit-sikit.

memang sesuai sngat layan dgn nsi lemak deh...nak plak nsi lomak daun pisang yg seringgit tu...

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...