Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, April 10, 2015

Chicken Majboos Lagi

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..bertemu skli lagi dipagi jumaat yg barakah...semoga sentiasa dlm rahmat dan hidayahNya...menu ulang tanayng jgk ni...sblum ni dh ada updated skli nasi ni...cuba masak berdasarkan pada nasi majboos yg biasa duk mkn kat lebanese restoran...stkat ni kedai ni je yg sedapp ditekak ni klu nasi majboos...restoran tu pun ada 3 branch...tpi hnya 1 cawangan je yg benar2 sedap...yg 2 lagi tu kurang skit dri segi rasa dan warnanya lebih cerah...rspi sama je mcm yg buat sblum ni...ni pun kejadian awal bln lgik...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Chicken Majboos by http://ilhamdapur.blogspot.com/
Bahan-bahan
  • 1kg ayam - kerat 4
  • 1 biji tomato - dadu
  • 1 1/2 sudu besar serbuk kari arab (arabic curry powder)
  • 3 sudu besar pes tomato
  • 1 labu bwang besar - dadu *
  • 2 ulas bawang putih - cincang *
  • 1/2 inci halia - cincang *
  • 1 kayu manis *
  • 3 biji buah pelaga *
  • 2 helai daun bay *
  • 1 sudu kecil jintan manis (fennel seed) - tumbuk sikit
  • 2 biji cili hijau  -kerat
  • Segengam daun parsly cincang @ boleh guna daun sup
  • Segengam daun dill cincang 
  • garam gula secukup rasa @ kiub pati ayam
Nasi
  • 2 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 10 minit
  • 1 kayu manis *
  • 7 biji buah pelaga *
  • 9 kuntum bunga cengkih *
  • 5 sudu besar minyak sayur
Cara

1. Panaskan 3-4 sudu besar minyak sayur, masukkan bahan * dan tumis biar bawang sedikit perang. Masukkan serbuk kari, kacau sebati.
2. Masukkan buah tomato dan jintan manis, kacau sebati. Masukkan sedikit air dan tumis biar keluar minyak, masukkan daun parsly, daun dill dan cili hijau. Masak biar sayur lembut/hampir hancur.
3. Masukkan ayam dan kacau balik bair sebati. Masukkan sedikit garam, gula atau kiub pati. Tutup periuk sekejap biar ayam keluarkan airnya dan balikkan sekali sekala.
4. Masukkan air secukupnya (jangan banyak sangat ye) dan tutup periuk biar ayam dengan api sederhana.
5. Masak hingga isi ayam benar-benar lembut. Padamkan api, keluarkan ayam.
6. Dalam periuk (maz guna periuk nasi letrik terus) panaskan minyak, tumis bahan *. Masukkan kuah ayam tadi (simpan sikit dalam 1 senduk) dan sedikit air jika perlu (air jangan banyak ye nanti beras tak berderai elok, maz cuma lebihkan 1cm air dari paras beras) untuk cukupkan sukatan dengan beras,  masak biar mendidih.
7. Masukkan beras, kacau sebati dan tambah apa yang perlu jika kurang rasa. Tutup periuk biar nasi masak seperti biasa. Bila nasi hampir kering, kacau sikit biar nasi masak sekata. 
8. Bila nasi dah masak  masukkan kuah yang disimpan tadi tadi dan gemburkan sikit dengan garfu.

Alhamdulillah suami dan anak2 ckp dah hampir mcm restoran punya...klu nasi jenis 1 lauk gini memang dpt sambutan...kli ni warna nasi pun lebih gelap skit...yg buat nasi ni jadi warna gelap tu banyk guna daun dill dan parsli...klu nk kira ni pun xckup gelap lgik...sbb yg kat restoran tu gelap lgi dri ni...memang leh nmpak daun2 dill kat nasi tu...nasi arab ni sebenarnya mudah sangat nk sedia kan...xde masuk santan apa dan 1 lauk je...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...