Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, April 6, 2015

Sambal Udang Petai

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar'..bila tak update sehri dua tu mula la terasa betapa beratnya nk duk depan lappy ni...idea pun xde nk tulis apa pagi ni...takpe la cuci mta dgn sambal udang ni...petai tu guna yg frozen je...jumpa lam beti yg dh berzaman...adalah 10 biji kut...tu yg buh sekali dgn udang ni.....Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada...

Sambal Udang Petai by http://ilhamdapur.blogspot.com/
Bahan-bahan
  • 10 ekor udang saiz besar - belah belakang, buang urat
  • 1/2 labu bawang besar - tumbuk
  • 1 ulas bawang puith - tumbuk
  • 1/3 cawan cili kisar - rebus cili kering, kisar
  • 1 labu bawang besar - hiris nipis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1/2 inci asam keping
  • sedikit nisan/gula melaka
  • garam gula
  • sedikit petai
  • minyak untuk menumis secukupnya
Cara

1. Panaskan minyak secukupnya, masukkan bahan tumbuk dan tumis biar wangi.
2. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak dengan api sederhana, tambah 2-3 sudu besar air dan tumis lagi. Ulang tambah air ni 2-3x biar cili masak, kemudian masukkan bawang hiris.
3. Masukkan asam keping, nisan dan air secukupnya, masak sambil dikacau sekali sekala hingga mendidih.
4. Masukkan sos cili, sos tiram, sedikit garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan petai dan udang, kacau sebati dan masak seketika lagi agar udang masak dan petai sedikit lembut.

kat rumah ni sebenarnya kerap jgk duk buat sambal udg ni...abangngah dgn babanya suka sangat...memang sedapp layan dgn nasi putih...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...