Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, April 28, 2015

Pulut Panggang

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..lamanya peram kuih ni...memang kerap jgk duk buat pulut panggang sblum ni...tpi skli buat xde la banyak...dlm 1 cwn beras pulut je...dpt la dlm 9-10 biji...rspi sama je mcm yg duk buat selalu...klu ada inti utk cucur badak tu...mesti buat pulut ni skali...cuma tambah isi ikan rebus atau udg kecik segar je...yg ni intinya kurangkan cili kering sbb tkut pedas sangat...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala khilaf...

Pulut Panggang by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (resipi anggaran)
  • 1 1/4 cawan beras pulut - rendam 15 minit
  • 1/3-1/2 cawan santan cair + sedikit garam 
  • 1 helai daun pandan
  • daun pisang yang dilayu secukupnya
 Cara

1. Sediakan pengukus dengan air mendidih.
2. Ratakan pulut dalam pengukus dan masukkan daun pandan, kukus selama 10-15 minit sambil dibalik sekali sekala atau hingga pulut lembut
3. Keluarkan pulut kukus tadi, masukkan dalam bekas dan gaul dengan santan (masa ni pulut akan nampak basah dan lembik sikit, takpe sebab nak kukus lagi sekali).
4. Kemudian masukkan semula pulut tadi dalam pengukus dan kukus lagi selama 8-10 minit.
5. Bila pulut dan masak, ratakan segengam pulut atas daun pisang, letakan inti secukupnya dan bungkus biar kemas, kelip hujung dengan stapler. Buat sampai habis.
6. Bakar sekejap sambil dibalik-balik atas dapur gas dengan api kecil atau pemanggang yang sesuai - maz bakar atas stove eletrik.

Inti
  • 2 cawan kelapa parut
  • 3-4 ulas bawang merah*
  • 2-3 batang serai - hiris nipis*
  • 1 senduk kecil cili kisar
  • 1 cawan udang geragau
  • 2 ekor ikan rebus - buang tulang dan hancurkan isinya
  • gula dan garam secukup rasa
 Cara

1. Kisar semua bahan yang bertanda * bersama sedikit air sehingga lumat.
2. Dalam kuali masukkan bahan kisar, bahan-bahan lain serta sedikit air lagi, kecuali ikan rebus dan perasa. Kacau sebati dan masak dengan api perlahan seketika.
3. Kemudian masukkan isi ikan, bahan perasa dan kacau balik sekali sekala. Masak sehingga kering. Siap dan sejukkan dulu.

aiman dgn babanya la yg suka sangat kuih ni...afiq xminat kuih2 ni...buat sikit ni skejap je la nk mengukusnya...sesambil masak pun bleh buat...daun pisang guna yg frozen je...tu yg gelap je warna...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...