Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, April 28, 2015

Mutton Mandy

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar'..rsanya smjak pindah rumah baru, ni la bru pestime buat nasi arab...bkn xnk buat, tpi sbb klu hri minggu tu memang mkn kat luar...nasi arab ni mesti ada utk afiq...dia mesti kena nasi jgk wpun dh mkn benda lain...jdi tu yg xberapa nk masak sdrik...mcm nasi arab yg pernah buat sblum ni...maz cuba tiru dari nasi mandi yg duk mkn kat retosran Yemen...wpun xsama 100% dgn kedai punya, tapi utk mkn sdri pun bleh la kan...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan harap dimaafkan kekurangan yg ada...

nasi arab ni mudah je nak sedia...xpayah nk buat 2-3 jenis lauk...main lebur je gitu...tpi ada jgk yg rumit penyediannya...maz buat versi sdri yg ringkas je...wpun main buat ikut suka...Alhamdulillah tetap kena dgn selera umat dlm rumah ni...yg hitam tu limau kering...limau kering ni ada yg wrna hitam dan ada yg warna perang...

Mutton Mandy by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg kambing segar- maz guna bahagian betis
  • 1 1/2 sudu besar rempah mix arabic *
  • 2 biji limau kering * - yg hitam dlm nasi tu
  • 2 labu bawang besar - dadu besar *
  • 3 ulas bawang putih - ketuk *
  • 1 inci halia - ketuk *
  • 2 helai daun bay *
  • 2 biji tomato - dadu besar
  • 2 biji cili hijau
  • 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
Nasi
  • 2 cawan beras basmathi
  • 2 kayu manis
  • 9 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 9 kuntum bunga cengkih
  • 1 biji limau kering
  • 2 helai daun bay
  • 2 sudu ebsar minyak sapi
  • 4-5 sudu besar minyak sayur
  • 1 kiub pati daging/kambing @ garam
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • sedikit pewarna oren (kuning+merah sikit) @ safron jika ada
Cara

1. Dalam periuk tekanan masukkan air secukupnya (air tu cukup sekadar 1 aras dengan kambing, periuk tekanan airnya tak kering, jadi xperlu masuk banyak air), semua bahan untuk masak kambing, masak biar air sedikit panas kemudian masukkan daging dan kiub pati atau garam secukup rasa.
2. Tutup periuk tekanan dan masak dengan api perlahan selama 1 jam.
3. Buka periuk dan amik separuh air rebusan daging untuk masak nasi.
4. Dalamk periuk nasi, panaskan minyak, masukkan bahan rempah dan daun bay, tumis sekejap biar wangi.
5. Masukkan beras, air rebusan secukupnya, lada hitam dan sedikit kiub pati (jangan letak banyak ye, maz cuma masuk 1 cm je air dari paras beras)
6. Masak seperti biasa hingga nasi kering, kemudian titik 3-4 tempat pewarna oren, masukkan minyak sapi dan biar nasi masak sepenuhnya.
7. Kemudian gemburkan sikit nasi dengan garfu agar warna oren tadi bercampur.
8. Boleh la dihindang dengan kambing, supnya dan air tomato (kisar tomato, cili hijau, bawang besar), maz tak buat...

klu beli pun murah je nasi arab ni...yg kecik pun bleh 2 org mkn...punya la bnyknya...dgn kamben tergolek2...banykk lauk...bru 1 dinar je atau 10 henggit...lgipun dh duk kat tempat nasi arab kan...ambil la peluang yg ada utk menikmati mcm2 jenis dan stail nasi2 arab yg ada kat sni...Alhamdulillah atas nikmatNya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...