Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, April 1, 2015

Kepah Masak Sos Daun Limau Purut

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..clam ni pun lama jgk kena peram...masak pun suka suki je nk letak apa...bleh ke gitu ye...tkpe la deh asalkan masak jadi lauk dan bleh dimkn...lebih kurang je mcm clam masak bercili sblum ni...cuma kli ni letak daun limau purut sikit...ada siam stail gitu...betul ke nama melayunya kepah...kat sni biasa duk panggil clam...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf andai ada kekurangan...

Kepah Masak Sos Daun Limau Purut by http://ilhamdapur.blogspot.com/
Bahan-bahan
  • 500g kepah
  • 1 ulas bawang putih - cincang *
  • 1/2 labu bawang besar - cincang *
  • 1 inci halia - mayang halus *
  • 4-5 sudu besar cili kisar - rebus cili kering, kisar
  • 2-3 helai daun limau purut - koyak sikit
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • sedikit daun ketumbar - cincang
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sedikit gula
Cara

1. Rendam kepah dalam air dulu bersama 1-2 biji cili padi yang diketuk, tujuannya agar kepah keluarkan pasir.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan biar wangi, kemudian masukkan cili kisar dan masak sekejap.
3. Masukkan semua bahan lain dan kepah, sebatikan dan tutup kuali sekejap biar kepah keluarkan airnya.
4. Masukkan sedikit air, suaikan rasa (maz tak letak garam sebab dh ada sos tiram) dan balik sekali sekala hingga kepah masak atau cengkerangnya terbuka.
5. Bila dan masak boleh la dihidang bersam nasi putih dan taburkan sedikit daun ketumbar jika suka.

abangngah la suka sangat clam ni...kat sni ada sepanjang tahun...isinya penuh...memang sedappp layan dgn nasi putih...aroma daun limau purut membangkitkan rsa kepah bercili ni...

1 comment:

  1. Assalam
    kalau nampak gayanya memang kepah tu Maz.. hehe
    Cuma kalau kat Malaysia ni kepahnya kulit dia lebih smooth dan tak banyak corak sangat..
    Mungkin struktur seabed berbeza kan?
    saya kalau kepah ni selagi tak tinggal kulit jer memang takkan stop

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...