Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, April 13, 2015

Swiss Roll Coklat (Kek Gulung)

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar'..setelah bertahun-tahun lamanya xbuat kek gulung...ni pun tetiba terlintas difikiran sbb nk habiskan stok whip cream...dh buat puding 3 jenis...filling cream puff pun dh 3x...masih ada balen jgk lgi...bli yg kotak besar...tu yg guna utk filling kek ni plak...memang puas hti dgn kek ni...tekstur keknya teramat la lembut dan gebussnya...mcm mkn kapas...rspi asal swiss roll batik dri dapur Mamasya...cuma maz ubah skit dan buat kek gulung coklat...jazakillahukhairan Mama dan Mak Lang serta fotopages Mamafami yg telah panjangkan rspi kek yg sempurna ni...kat bwah ni maz letak rspi utk versi coklat ni...klu nak respi asal klik je kat link Mamsya tu ye...Inysaa Allah semoga bersama lgi...terima kasih pada yg sudi singgah dapur kecik ni dan harap dpt dimaafkan atas kekurangan yg ada...

pasti akan buat lagi...Inysaa Allah..memang mudah sangat nk buat pun...main putar je semua...

Swiss Roll Coklat by http://ilhamdapur.blogspot.com/
Bahan-bahan
  • 3 biji telur saiz B *
  • 60 gula kastor *
  • 1/2 sudu teh baking powder *
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla *
  • 1/2 sudu besar ovallete *
  • 43g tepung gandum *
  • 1 sudu kecil serbuk koko * (ganti dgn susu tepong/coffeemate/gandum jika buat versi vanilla
  • 1/8 sudu kecil garam * - abaikan jika guna mentega biasa
  • sedikit coklat emulco *
  • 57g mentega tanpa garam (unsalted) - cair
  • 150ml whipping cream Non Diary - yg dah manis tu 
Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C.
2. Sediakan loyang 9x9 dan alas dengan baking paper, kertas tu biar lebih sikit supaya senang nak keluarkan kek nanti.
3. Dalam mangkuk satukan semua bahan bertanda * dan putar dengan kelajuan tinggi hingga kembang selama 4-5 minit - maz guna hand mixer je
4. Kemudian masukkan mentega cair dan kaup balik dengan spatula biar sebati.
5. Tuang dalam loyang dan bakar semalam 20 minit dengan api atas bawah, maz letak dirak paling bawah.
6. Bila dah masak, keluarkan kek sekali dengan kertas dan sejukkan sepenuhnya atas redai kek, kemudian letak kertas baking atas bahagian permukaan kek dan terbalikkan (biar yang bawah kat atas). Tarik keluar kertas alas kek tadi, sapu cream secukupnya dan gulung perlahan-lahan biar kemas. Tujuan letak kertas atas kek tadi sebagai alas semasa menggulung agar kulit kek tu tidak terkoyak.
7. Boleh la dipotong untuk dihidang atau balut/masuk bekas kedap udara dan simpan dalam peti.
8 Untuk filling - putar whip cream+secubit garam+1/2 sudu kecil essen vanilla dan putar hingga kental, simpan dalam peti dulu sementara tunggu kek sejuk.

sedia utk dipotong...rsa xpuas mkn...Alhamdulillah jdi elok dan xpatah keknya wpun dh lama xmenggulung...

licin skli mkn...memang sedappp la...rsa mcm nk menggulung lgik hri ni...cream pun masih ada tu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...