Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, April 7, 2015

Popia Basah Lagi & Lagi..Insyaa Allah

Assalamualaikum w.b.t..Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..mood pun xberapa nk ada sangat shri dua ni nk update blog...cuci mata je la dgn popia basah ni deh...dh acap kli jgk duk buat popia ni...puas hati la yg buat sdrik ni...kena dgn slera...tpi ni pun yg dh berbulan kejadiannya...rspi sma je mcm yg sblum ni...Insyaa Allah semoga ketemu lgi dan mohon maaf atas segala khilaf...

Alhamdulillah skill utk buat kulitnya tu masih ada wpun xselalu buat...xde susah mna, cuma guna kuali non stick yg tebal skit...baru xterasa sangat panas kat jari tu masa kita sapu doh kat kuali tu...

Popia Basah by http://ilhamdapur.blogspot.com
Resipi Kulit Popia : Kak Umi-e myresipi
Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 biji putih telor 
  • 3/4 cawan air 
  • 2 sudu makan cuka 
  • secubit garam 
Cara

1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan.
2. Gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.
3. Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper (cara bergambar).

Nota ilhamdapur : utk kulit ni maz buat 1/2 rspi je skli buat, bleh dpt dlm 15 keping sebab buat saiz kecik je..utk 1/2 rspi maz guna 1 biji putih telur saiz B dan air tak ikut sukatan ni, maz guna lebih...bergantung pada jenis dan kualiti tepung yg diguna..adunan tu macam adunan cekodok tapi smooth gitu, kalau adunan kental memang tak boleh nak sapu kat kuali..
Untuk buat kulit tu, celupkan dulu tangan dalam air, amik sejemput biar banyak, guna kuali non-stick yg tebal agar bila nak sapu pada kuali tu jari tak rasa panas sangat dan buat dengan cepat. Tak perlu balik, bila dah kering/masak angkat dan simpan dalam tuala bersih agar tidak kering.

Sambal
Resipi : http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/3 -1/2 cawan cili kisar - rebus cili kering kisar @ cili boh
  • 1 labu bawang besar 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 sudu besar udang kering - rendam sekejap 
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 1 sudu besar sos cili 
  • nisan sebesar 2x ibu jari 
  • gula dan sedikit garam 
  • minyak untuk menumis 
Cara

1. Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering. 
2. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar hingga naik bau. 
3. Masukkan cili kisar pulak dan tumis dengan api sederhana hingga pecah minyak. 
4. Tambah air sikit bila cili dah masak dan masukkan sos tiram,sos cili, nisan dan gula garam secukup rasa. 
5. Masak hingga sambal jadi pekat dan sejukkan sepenuhnya. 

Inti
Resipi : http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan kubis yang dimayang halus 
  • 1 batang lobak merah - sagat kasar
  • 1/3 cawan bawang besar yang didadu 
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 2 sudu besar minyak sayur/masak 
  • 1 biji telur + 1 sudu besar air - kocok dengan garfu 
  • 1 biji timun jepun - sagat kasar dan perah sikit buang airnya 
  • bawang goreng secukupnya 
  • kacang tanah tumbuk secukupnya 
Cara

1. Panaskan 1 sudu besar minyak dan masukkan telur, biar sekejap kemudian kacau biar telur hancur (mcm buat scramble egg tu). Angkat dan ketepikan. 
2.Dengan kuali yang sama, panaskan 1 sudu minyak, masukkan bawang besar, bila bawang dah layu sikit masukkan kubis dan lobak merah. 
3. Kemudian masukkan sos tiram, kacau sebati dan masak biar sayur lembut sikit. Padamkan api dan masukkan telur tadi, kacau sebati dan sejukkan sepenuhnya.
4. Timun tu gaulkan bila intinya dah sejuk, maksudnya tak perlu dimasak bersama.

Inysaa Allah pasti akan buat lagi...tgk yg ni terasa mcm nk mkn la plak..ishhh! selera mkn ni teruk benor kan...pantang nampak je...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...