Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, April 15, 2015

Mongolian Beef II

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..daging ni cuba nak tiru lauk yg mkn kat luar msa wken lepas...anak order nasi kat kios japanese...lauknya amik lauk daging...bila rsa skit tu, emmm! sedapp jgk daging dlm sos teriyaki jepun ni...tpi xde stok la sos tu...jdi cuba buat guna kicap dan sos tiram je...tu yg xleh letak nama daging jepun...takpe la kan asalkan kena dgn slera...memang cukup berselera rsa daging mongolian ni dengan aroma halia dan gula perang tu...tukang masak ni gitu la...klu mkn tu mesti nk cuba buat sdrik plak...sibaik mudah je...memang diletaknya mcm2 sayuran...sedappp plak meratah bila bnyk sayur gitu...yg buat sblum ni ada kat sini...Insyaa Allah semoga ketemu lgi dan mohon maaf atas segala khilaf...

Mongolian Beef by http://ilhamdapur.blogspot.com  
Bahan-bahan
  • 300g daging segar (batang pinang/lembut) - hiris nipis
  • 2 sudu besar bawang besar cincang
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 1/2 inci halia - cincang
  • 1 labu bawang besar - dadu besar
  • 1 batang lobak merah - hiris nipis
  • 1 biji tomato kuning/belum masak - dadu besar
  • 1 batang saderi - potong serong
  • 1-2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar gula perang/brown sugar
  • sedikit kicap manis
Cara

1. Gaulkan daging dengan sos tiram dan perap seketika, dalam 30 minit.
2. Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan cincang dan tumis sekejap, masukkan sedikit kicap manis dan gula perang, biar gula larut.
3. Kemudian terus masukkan daging, saderi dan lobak merah, masak sambil dibalik sekali sekala hingga daging lembut (tambah sedikit air masa proses ni).
4. Bila daging dan lembut, masukkan tomato dan bawang, kacau sebati dan perasa secukup rasa apa yang kurang, masak seketika biar sedikt kering.
5. Padamkan api dan boleh la dihidang dengan nasi putih.

sayur tu bleh je nak letak sayar apa yg sesuai...ni pun ikut apa stok yg ada lam peti...memang sedapp la layan dgn ansi putih panas-panas tu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...