Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, April 14, 2015

Karipap Inti Kentang & Ayam

Assalamualaikum w.b.t....'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..sebenarnya dah lama sungguh duk buat karipap ni...tpi xpernah update lgi sebab klu buat maz xde sukat pun...main tuang gitu je...bukan nk tunjuk pandai...tapi dh biasa dgn cara tu dan skli buat pun sikit je...kira klu tuang tepung dlm mangkuk yg biasa duk guna tu dh bleh agak banyk mna nk guna...tu la yg xdpt nk tepek kat sni selama ni sbb xde sukatan...lgi stu goreng utk bekpes pepgi...xdan nk posing apa...rsanya dh bertahun kekal dgn karipap ni...rangup...mesti xckup 3-4 bjik skli mkn...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada...

ni pun gambar lama sangat dh duk simpan...masa gaul tu tak perlu uli...ckup sekadar sebatikan air dengan tepung sebab nak canai plak...

Karipap Inti Kentang & Ayam by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 cawan allpurpose flour 
  • 1/2 cawan mentega - suhu bilik
  • 1/4 sudu kecil garam
  • air sejuk peti secukupnya
Cara

1. Dalam mangkuk, satukan tepung dan garam, masukkan mentega dan gaul guna hujung jari biar jadi berketul-ketul.
2. Masukkan air sikit-sikit dan gaul biar jadi doh yang lembut (tak perlu uli, cukup mcm dalam gambar tu).
3. Ambil segengam doh, tabur tepung secukupnya atas papan canai dan juga pada doh sikit, canai biar nipis, kemudian masukkan dalam acuan karipap dan isi inti secukupnya, tutup kemas dan buat sampai habis. Kalau nak klim guna tangan pun boleh, maz guna acuan je.
4. Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana dan goreng hingga masak/perang dikedua bahagian, angkat dan toskan, boleh simpan dalam peti kalau tak habis goreng atau masuk kat frozen (setakat duk buat ni maz tak pernah simpan kat sejukbeku, sebab buat sikit-sikit je, simpan kat bahagian bawah je, setakat sehari dua tu ok)

Inti
  • 1 keping dada ayam - kisar guna pengisar kering
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 sudu kecil jintan putih (cumin) *
  • 1 tangkai daun kari
  • 3-4 biji ubi kentang - dadu
  • 2 labu bawang besar - dadu
  • 2 sudu besar serbuk kari - bancuh dengan sedikit air
  • garam dan gula 
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Tumbuk kasar bahan bertanda *.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk dan daun kari biar wangi, kemudian masukkan rempah kari dan sebatikan.
3. Masukkan isi ayam dan masak sekejap, masukkan air secukupnya dan ubi kentang.
4. Masak sambil dikacau sekali sekala hingga ubi lembut, perasa secukup rasa (maz suka biar rasa manis lebih sikit).
5. Bila ubi dah lembut dan hampir kering, masukkan bawang besar dan sebatikan, masak sekejap lagi sekadar bawang layu dan sejukkan sepenuhnya sebelum guna.

memang kerap sangat duk buat karipap ni stok utk bekpes...klu tak buat karipap..buat cucur badak...abangngah dgn babanya sukaa sangat...kulitnya rangup mcm pastry...ala-ala karipap besar ikea pun ada jgk rsa kulitnya tu...

3 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas mendowload dn upload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. nampak sedap la...KG pun buat karipap juga tp belum pernah guna baha2 mcm d resepi ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...