Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, April 9, 2015

Kuih Lopes

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..duk depan lappy la skjap...sbnranya plan tu nk kluar lepas maghrib ni...tpi semua rasa malas je...esk wken, ingat nk prgi cri stok barang dapur...cuci mata je la dgn lopes ni deh...maz suka buah lopes ni...mudah sngat...kukus guna steamer letrik...xpyah nk tnggu lama...on je plug 5 saat air terus mendidih...acap kli jgk dh updated lopes ni...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maat atas kekurangan yg ada...

Kuih Lopes by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan beras pulut - cuci bersih dan rendam 15 minit
  • 1/2 cawan santan cair+secubit garam
  • 1/2 sudu kecil air kapur cair
  • 1 helai dain pandan
  • pes pandan/pandan paste atau pewarna hijau secukupnya
  • 1-2 titik pewarna kuning
  • kelapa parut+sedikit garam secukupnya
Cara

1. Didihkan air dalam pengukus, kemudian masukkan semua bahan kecuali kelapa parut dalam loyang dan sebatikan.
2. Kukus selama 10-12 minit, kemudian kacau balik sekali sekala dan kukus hingga pulut masak. (kalau nampak pulut masih keras, tambah je 3-4 sudu besar air, balik-balikkan dan kukus lagi hingga masak).
3. Kemudian amik sejemput, tekan-tekan biar kemas dalam bekas yang sesuai (maz guna dasar ramekin je, lapik dulu dengan plastic wrap agar senang keluarkan lopes nati), pastu golek dalam kelapa parut. Buat sampai habis, boleh dapat dalam 6 bijik saiz kecik. Boleh la dihidang dengan air nisan/gula melaka.

Air Gula Melaka
Bahan-bahan
  • 2 ketul gula melaka saiz sederhana 
  • 1 1 /2 cawan air
  • 2-3 sudu besar gula pasir
  • 1 helai daun pandan
  • secubit garam
Cara

1. Masak semua bahan hingga mendidih lama sikit, kemudian sejukkan sebelum dihidang dengan kuih lopes.

kuih pabret abangngah, baba dia dan atuknya...klu nk balik rumah atuh klu bleh biar hri sabtu ada kat sna sbb nk prgi psar mlm depan rumah tu...nk beli kuih lopes ni...klu lama xbuat mesti dia sebut...lama dh xmkn kuih hijau tu...ni ler kuihnya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...