Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..beratnya nk mengadap blog shari dua ni...idea pun xde nk tulis apa pagi ni...gulai ni lauk lama sangat dh duk peram...klu beli dging atau kambing duk pusing msak gulai atau sup je la...bleh kata setiap minggu beli dging atau kamben...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada...
Gulai Tulang Rusuk by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
- 700g tulang rusuk lembu
- 3-4 cawan santan
- 5 ulas bawang merah *
- 2 ulas bawang putih *
- 1 paket rempah gulai kelantan @ boleh guna rempah kari - bancuh dengan sedikit air
- 1 kayu manis, 2 kuntum bunga cengkih & bunga lawang, 3 biji buah pelaga (rempah 4 sekawan)
- 1 asam keping
- 2 biji zucchini/terung
- 2 biji cili hijau
- sedikit nisan
- garam gula secukup rasa
- sedikit minyak untuk menumis
1. Tumbuk bahan bertanda*.
2. Panaskan minyak secukupnya (maz guna periuk tekanan), masukkan bahan tumbuk dan rempah 4 sekawan, masak sekejap biar wangi.
3. Masukkan rempah gulai, tumis biar pecah minyak dengan api sederhana, masukkan sedikit air (3-4 sudu) dan tumis lagi biar rempah masak.
4. Masukkan tulang, kacau sebati dan masak seketika biar airnya keluar dan sebati dengan bahan rempah.
5. Masukkan santan, asam keping, nisan, garam gula dan kacau sebati, kemudian tutup periuk tekanan sepeti biasa dan masak selama 40 minit dengan api perlahan.
6. Buka tutup periuk, masukkan sayuran, perasa secukup rasa dan masak seketika lagi agar sayur lemnut.
sayur tu pun guna je apa yg ada lam peti...biasanya guna terung kan...gulai stail kelate...rempah gulai tu pun yg kelatan punya...nk hbis dh jgk stok yg ada tu...
No comments:
Post a Comment