Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..sekali lagi, seperti yg dikata Inysaa Allah akan buat lagik, lepas kejadian yg memula tu esknya menggulung plok...kli ni versi bercorak plak...sebenarnya pestime tgk kek gulung corak zirafah ni suatu masa dulu kat dapur seorang yg berpengalaman luas dlm dunia masakan dan layak diberi gelaran blogger yg serba boleh, humble dan tidak loket ilmu, itulah Kak Wan (citarasawan) masa tu gerak hati ni belum terasa utk mencubanya...klu nk ilmu dan pengetahuan percuma rajinkan la lepak kat blog kak wan...masih guna resipi yg kat sini...cuma ada ubah skit je...memang best la rspi ni...sedappp sangat keknya dan semudah ABC...selamat berhujung minggu buat semua sempena cuti 1 May esk...mohon maaf atas kekurangan yg ada dan semoga jumpa lagi...Inysaa Allah..
siap gulung...sejukkan dulu dlm peti sbb guna filling whip cream...suami xminat sangat buttercream...masa nk gulung tu kedua tangan pegang hujung kek dan gulung perlahan2 sebab biasanya klu yg buat merekah bahagian hjung tu sebab part tu sedikit berkerak...
keknya lembut mcm kapas dan moist...tu pun suami duk mintak suruh buat lagi...tpi asik lupa je nk beli whip cream...
Swiss Roll Corak Zirafah by http://ilhamdapur.blogspot.com/
Bahan-bahan
- 3 biji telur saiz B
- 60 gula kastor
- 1/2 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu kecil esen vanilla
- 1/2 sudu besar ovallete
- 43g tepung gandum
- 1/8 sudu kecil garam - abaikan jika guna mentega biasa
- 1/2 sudu besar serbuk koko *
- 1/2 sudu kecil coklat emulco *
- 57g mentega tanpa garam (unsalted) - cair
- 150ml whipping cream Non Diary - yg dah manis tu *
Cara
1. Panaskan oven suhu 170 C.
2. Sediakan loyang 10x10 dan alas dengan baking paper, kertas tu biar lebih sikit supaya senang nak keluarkan kek nanti.
3. Dalam mangkuk satukan semua bahan kecuali bahan bertanda * dan putar dengan kelajuan tinggi hingga kembang selama 4 - maz guna hand mixer je, kemudian asingkan 2-3 sudu besar adunan+1/2 sudu besar mentega cair dan sebatikan, ni untuk buat corak nati, masukkan dalam paiping bag.
4. Masukkan serbuk koko, coklat emulco dan putar lagi selama 1-2 minit.
5. Masukkan mentega dan kaup balik dengan spatula biar sebati.
6. Tuang dalam loyang, ratakan dan lorek atasnya buat bentuk ala-ala zirafah dengan adunan putih tadi, bakar semalam 20 minit dengan api atas bawah, maz letak dirak paling bawah.
7.Bila dah masak, keluarkan kek sekali dengan kertas dan sejukkan sepenuhnya atas redai kek, kemudian letak sehelai kertas baking atas bahagian permukaan kek dan terbalikkan (biar yang bawah kat atas), tarik keluar kertas alas kek tadi, sapu cream secukupnya dan gulung perlahan-lahan biar kemas, tujuan letak kertas atas kek tadi sebagai alas semasa menggulung agar kulit kek tu tidak terkoyak.
8. Boleh la dipotong untuk dihidang atau balut/masuk bekas kedap udara dan simpan dalam peti.
9. Untuk filling - putar whip cream+secubit garam+1/2 sudu kecil essen vanilla dan putar hingga kental, simpan dalam peti dulu sementara tunggu kek sejuk.
taraaaa...setelah masak, sejukkan dulu sebelum diterbalikkan dan digulung...maknanya bila nk gulung yg bercorak ni duk bawah la...kli maz guna loyang 10x10...yg memula hritu loyang 9x9 tu yg tebal sikit keknya...
main hentam je buat corak tu, xde lukis draf dulu atas kertas...Alhamdulillah jdi jgk coraknya...pasti akan buat lagi...Inysaa Allah...
comey sangat kejadian kek tu maz....
ReplyDelete