Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, December 17, 2010

Bubur Jagung

Assalamualaikum..lama dah rsanya xbuat bubur2 ni..sbbnya kurang smbutan..anak2 smua xmkn..ni buat utk brbuka smpna 10 Muharam hri tu..cti2 ni xleh nk lepak dpn lappy lelama..lgipun dh xlama lgi nk blik..asik merayau je kejenya..mksih skli lgi pda yg sdi sngah dpur kita ni..maap la ye kita xsmpat nk buat blgwrking lgi..insyaallah bila ada klapangan kita buat knjungan bls..

gna jgung mnis tin je..dh biasa duk gna jgung mnis lam tin ni..sdpp..

Bubur Jagung by Ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (resipi anggaran)
  • 1/3 cawan biji sagu - dicuci dan rendam 5 minit, toskan
  • 2-3 cawan santan
  • 1 tin kecil jagung manis dalam tin - toskan airnya
  • 2 helai daun pandan - dikerat
  • sedikit nesan/gula melaka
  • sedikit gula
  • sedikit garam
Cara
1. Panaskan 3 cawan air hingga mendidih. Masukkan biji sagu dan kacau sehingga biji sagu kembang atau bertukar jadi warna jernih.
2. Sementara itu masak santan bersama, daun pandan, nesan, gula dan sedikit garam sehingga mendidih. Kacau selalu agar tidak berketul.
3. Bila biji sagu dah kembang, toskan dan masukkan dalam kuah yang sedang mendidih, kacau agar sekata dan sagu tidak berketul. Masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Kemudian masukkan jagung dan rasa agar ada rasa lemak manis yang seimbang ikut citarasa.
4. Masak seketika lagi agar jagung dan sagu mesra dengan kuah. Padamkan api dan sedia utntuk dihidangkan.

2 comments:

  1. Salam Kak Maz,
    sedapnya nengok bubur jagung ni ...simple dan senang kan guna jagung tin...bolehlah nk cuba nanti..:)

    ReplyDelete
  2. Wah! Sedapnya....makan petng sedap ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...