Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, December 30, 2010

Shrimp Pasta Casserole

Assalamualaikum..jmpa skli lgi nga n3 dihri2 trakhir kat sni..layan pasta lgi..tpi ni mnu hri slasa lgi..2 hri dh kita xmsk..nk blik dah! cedihnyee!! sbnarnya kita suke buat pasta2 ni sbbnya cpat dimsk sdppp dimkn!! nk mnghbiskan sgala stok cis dan saki baki udg..tpi tu pun xhbis jgk lgi udgnya..rspi sipel mapel je asalkan anak2 suke..
pada kak ilah yg brtnyakan tntang daun dlm gls kita smlm tu..ni la jwpannya..sjnis syuran herba kak..klu xsalah nama omptinya dill..bhsa mlayu xthu la plak pngil apa..kat sni bnykk diguna dlm salad..tpi xthu la sma ke dak dgn yg ada kat msia mcm kak ckp tu..yg ni dah siap tbur cheese ready nk msuk oben..
bru kluar dri kuali..duk sni la plak..hehee..

Shrimp Pasta Casserole by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan
  • 1 1/2 cawan pasta - maz guna bigshell (direbus dgn sdkit gram dan myak zaitun & toskan)
  • 8-10 ekor udang - dibuang semua kulit
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1/2 labu bawang besar - didadu kecil
  • 1/2 cawan mozarella/cheddar cheese yang disagat
  • sedikit lada benggala/kapsikum merah dan hijau - didadu
  • sedikit lada hitam - ditumbuk sedikit kasar
  • sedikit garam dan serbuk lada sulah sebagai perisa @ serbuk pati ayam
  • extra virgin minyak zaitun secukupnya
  • sedikit daun oregano
  • sedikit air (jika perlu)
Cara

1. Lumurkan udang dengan sedikit garam, lada hitam dan daun oregano. Panaskan 3 sudu besar minyak zaitun (guna api perlahan) dan masukkan udang, masak sehingga udang keperangan dikedua bahagian. Ankgat dan ketepikan.

2. Dengan minyak dan kuali yang sama, tambah 2-3 sudu besar minyak zaitun lagi. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang besar, masak sehingga bawang layu. Masukkan lada benggala dan balik-balikkan.


3. Kemudian masukkan pasta, kacau sebati. Masukkan whipping cream, lada hitam dan perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah secukup rasa. Masukkan udang dan balik-balikkan agar semua mesra (kalau terlalu kering boleh tambah whipping cream atau air sikit lagi, biar berkuah sikit sebab nak masuk oven plak kan). Padamkan api.



4. Sapu sedikit minyak zaitun pada casserole dan masukkan pasta tadi, taburkan cheese secukupnya. (kalau nak tabur sedikit orenago atas cheese pun boleh, maz guna daun Dili).



5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 12-15 minit sehingga cheese cair dan sedikit keperangan. Siap untuk dinikmati panas-panas. Selamat Mencuba..

fresh dri oven usangku..sbb xde api atas maka cisnya xde la kuning sngat..xkisah la tu ye janji cis tu cair udah ler..hehee..

2 comments:

  1. akak, saya dtng bawa pinggan ni..nk mkn panas-panas tu..hehe sukax3 nanti nk copy resepi dulu..tq kak!...:)

    ReplyDelete
  2. Salam Maz..

    Arghh....x leh resist!! X kira, gumuk pun gumuk lah, daku nak jugak sepinggan...! :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...