Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, December 27, 2010

Jemput Udang Bersayur

Assalamualaikum..msuk n3 lgi..nk hbiskan mnu2 yg trtungak..ni plak wak utk kita nga suami..sma jgk buat skli nga donat tu pgi sabtu wken yg lalu..afiq xsuke cucur mcm ni..jdi tu yg kita buat donat sikit utk anak2..ni pun rspi lebih kurang cucur syur yg duk buat sblum ni..kita main tuang gtuw je xsukat sbnarnya..tmbah pepgi smua nk cepat siap..


Jemput Udang Bersayur by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan (resipi anggaran)

  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 8-10 ekor udang - buang kulit dan potong kecik
  • segengam daun pasrly yang dicincang (boleh ganti daun sup)
  • segengam lobak merah yang disagat
  • 4 ulas bawang merah - hiris nipis
  • 1 sudu kecil soda baikarbonat
  • 1/8 sudu kecil garam
  • beberapa titik pewarna kuning
  • air secukupnya (agak-agak la ye)
  • minyak masak secukupnya - untuk mengoreng

Cara-cara

1. Satukan semua bahan-bahan dalam mangkuk kecuali air, masukkan air sedikit-sedikit sambil dikacau agar sebati. Bancuhan ni lembut mcm adunan cekodok gtuw. Biarkan dulu seketika dalam 10-15 min sebelum digoreng.

2. Panaskan minyak dan boleh la digoreng dengan api sederhana. Balik-balikan agar masak sekata sehingga berwarna sedikit keperangan. Angkat dan toskan. Goreng sampai habis. Siap..

3. Boleh la dihidang dengan sos kegemaran atau air cili buatan sendiri.

Sos Pencicah
  • 6-7 biji cili merah
  • 1-2 ulas bawang putih
  • 1 1/2-2 cawan air
  • 3-4 sudu besar sos pencicah yang manis - any brand, kita guna sos pencicah makanan lauk jenama Kak Su - tujuannya untuk memekatkan sos (kalau takde boleh ganti dengan sos cili)
  • nesan karek/gula melaka - sebesar ibu jari
  • gula secukupnya dan sedikit garam

Cara-cara

1. Kisar cili merah dan bawang putih bersama dengan air hingga hancur.

2. Masukkan dalam periuk, masukkan sos pencicah, gula, nesan dan sedikit garam. Masak sehingga mendidih atas api sederhana. Perasakan agar ada rasa manis yang sedikit menyerlah (kalau pekat boleh la tambah air sikit lagi, kalau cair biarkan sejuk dulu sekejap, nanti sos akan jadi pekat sedikit bila dah sejuk. Sedia untuk dihidangkan dengan semua jenis cucur. Taburkan sedikit kacang tanah atau bijan jika suka.

3 comments:

  1. Salam,
    Alahai.. teruja tengok jemput udang tu ye. Selama ni saya takat bubuh telur je, tak pernah lagi bubuh soda bikarbonat. Nanti buleh la cuba style gini lak :)

    ReplyDelete
  2. tergodanya tengok jemput udang tu...dapat kat mas sepinggan boleh abisss....

    ReplyDelete
  3. 2 Patin & Mas..
    Mksih smua sudi sngah dan tnggalkan komen utk kita..srpan yg cpat dan enakk..hehee..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...