Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Saturday, December 18, 2010

Sambal Udang

Assalamualikum..buat n3 sat sesmbil tngu anak2 brsiap..bnyk bnor pic yg xupdate lgi..sat lgi nk p ronda2 kat amwaj island plak..smbal udg lgi!! ni lauk mkn nga nsi lemak mnu utk brbuka hri khmis lepas skli nga bubur jgung tu jgk..sma je nga rspi smbal udg ptai sblum ni..cma kli ni xbuh ptai..leh tgk kat SINI..ok la smga jmpa lgi..insyaallah..


Sambal Udang by Ilhamdapur.blogspot
Bahana-bahan

  • 8-10 ekor udang - maz guna udang besar
  • 1/2 cawan cili kisar (rebus cili kering dan kisar)
  • 1 labu bawang besar - dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih - diketuk
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 batang serai -diketuk
  • sedikit nesan kerek @ gula melaka
  • sedikit gula dan serbuk pati ayam sebagai perasa
  • sedikit belacan dan air asam jawa
  • minyak masak secukupnya
  • air secukupnya

Cara :

1. Cuci udang dan toskan.

2. Panaskan minyak (dalam 1/2 cawan), masukkan bawang putih dan biar sehingga bawang kekuningan. Masukkan cili kisar, serai, nesan dan bawang besar. Masak sehingga pecah minyak dengan api perlahan. Bila dah pecah minyak masukkan air asam jawa dan belacan. Kacau sekata dan tumis seketika lagi sehingga pecah minyak.

3. Tumis sehingga cili benar-benar masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu agar tidak hangus. Kemudian masukkan sos cili dan tambahkan air sikit-sikit bila hampir kering (tujuannya agar sambal betul-betul masak dan kurang pedas).

4. Kemudian masukkan udang dan perasakan dengan sedikit gula dan serbuk pati ayam seenak rasa. Balik-balikkan agar sekata dan masak seketika lagi sehingga udang masak. Siap..

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...