Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, December 10, 2010

Nasi Pandan Kasih

Assalamualaikum..aritu rti jala ijau..hri ni layan nsi ijau plak..nama tu saja bgi mcm tu..suke dgn wrna ijau..wrna ijau ni tenang je kan..lgipun smua msk dgn pnuh kasih sayang utk family kan..kita pun kat sni je msk mcm2..kat msia jrang msuk dpur..rsanya sesuai sngat la nama nsi ni ye..hehee..skli lgi idea ni dpt dri sajionline..tpi kita buat ringkas2 je dan dah ejus skit2 ikut apa yg ada kat dpur..rspi kat bawah ni rspi versi yg kita buat..rspi asal bleh klik kat tulisan merah tu ye..mksih skli lgi pda tuan pnye rspi sbb bgi kita idea utk kita msk Nasi Pandan Kasih utk fmily..Kak Ummi nasi kasih dh trcipta..hehee..

ready to eat...

mkn time..nasi pandan kasih and the geng..acar timun mentah cmpur buah zaitun..dh slalu buat acar mntah buh buah zaitun ni..kita suke..sedap bila mkn buah zaitun tu..

Nasi Pandan Kasih by Ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan
  • 2 cawan beras basmati - cuci dan toskan
  • 2 cawan air @ ikut sukatan beras masing-masing
  • 2-3 sudu besar minyak sapi
  • 1 labu bawang besar - hiris nipis
  • 3 ulas bawang merah - hiris nipis
  • 1/2 inci halia
  • 3 kuntum bunga lawang *
  • 3 kuntum bunga cengkih *
  • 1 batang kulit kayu manis *
  • 4 biji buah pelaga *
  • 2 helai daun pandan - dikoyak-koyak *
  • 2 ketul kuib pati ayam
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit kismis dan daun ketumbar - untuk hiasan/tabur
  • sedikit minyak untuk goreng bawang
Cara :

1. Panaskan minyak dan goreng bawang besar dan bawang merah hingga sedikit keperangan. Angkat dan amik 2 sudu besar atau separuh darinya dan tumbuk dengan halia (selebihnya simpan, guna kemudian).

2. Panaskan periuk dan masukkan minyak sapi, bila minyak sapi cair masukkan bawang yang ditumbuk tadi dan bahan yang bertanda * . Tumis sehingga garing. (maz tumis terus dalam rice cooker)

3. Kemudian masukkan air dan beras. Masukkan kiub pati ayam dan kacau sekata. Masak seperti biasa sehingga nasi kering.

4. Amil sedikit pewarna hijau dan bancuh dengan 1 sudu kecil air. Tuang secara rawak atas nasi yang telah kering dan gaul dengan garfu agar warna hijau kena pada sebahagian nasi. Biar sehingga nasi masak.


5.Masukkan dalam pinggan dan taburkan bawang goreng yang baki tadi, sedikit kismis dan daun ketumbar. Sedia untuk dihidangkan bersama lauk kegemaran.

2 comments:

  1. kak maz, mmg mie dh jatuh kasihla tengok nasi tu... warna ijau dia lawa tol, nak makan pun mau pandang je dulu nasi tu,hehheheheh.....

    ReplyDelete
  2. Maz, akak baru perasan nasi kasih ko nih..hehee..tq...tqqqqq...Kalau dpt ko jamu akak lg tqqqqqqqq..hehehehe, nnt akak try pulak nasi nih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...