Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, December 10, 2010

Udang Masak Tempoyak Daun Kunyit

Assalamualaikum..lauk nk hbiskan stok yg dibwa..daun knyit tu kita dh frozenkan..tu yg msih bleh gna lagi..tmpyak pun tngal skit je lgi..wpun ringkas tpi kna dgn slera..trangkat snguh!! licin pngan smpai daun knyit pun xde yg trtngal!! hhehe..idea dan rspi ni dpt msa mrayau kat sajionline..cma nma tu kita tkar skit sbb rspi pun ada kita ejus jgk skit..kat bwah ni rspi yg telah kita ubah..rspi asal bleh klik kat tlisan merah tu..apa2 pun mksih pda tuan pnye rspi..mtak halal ye..


Udang Masak Tempoyak Daun Kunyit by Ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan:
  • 15 ekor udang saiz sederhana - buang kepala dan belah belakang
  • 2-3 biji cili padi - jika suka pedas letak lebih
  • 2 biji cili merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 2-3 sudu besar tempoyak
  • 1/2 helai daun kunyit - dihiris
  • sedikit fish sos, gula dan aji (jika suka)
  • 4-5 sudu besar minyak masak untuk menumis
  • sedikit air - jika perlu

Cara:

1. Tumbuk cili merah dan cili padi separuh lumat, kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih dan tumbuk hingga bawang hancur. (kalau nak senang, kisar guna pengisar kering)

2. Panaskan 4 sudu besar minyak masak, tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga sedikit garing, kemudian masukkan daun kunyit dan udang. Kacau balik agar udang masak sekata.

3. Masukkan tempoyak, kacau sebati. Perasakan dengan sedikit gula, fish sos dan aji (jika suka). Masak seketika lagi agar tempoyak sebati dengan bahan tumis. (jika terlalu kering masukkan 1-2 sudu besar air).

4. Sedia untuk dihidangkan.

6 comments:

  1. hehhee..akak nun jauh kat sana pun ada daun kunyit tau..oo frozen kan ye..nanti nak try.kalau tak sehari dah kecut daun kunyit tu..ngahaha

    ReplyDelete
  2. sedapnyer lauk ada tempoyak nie..kena cari tempoyak lah nampaknya..

    ReplyDelete
  3. kak Maz, sedapnyer nengok masakkan akak ni....emmm saya pun kalau blk selalu buat frozen juga daun tu..memang leh tahan lama sampai setahun saya simpan...guna skit2..kat sini tak ada jual la.

    ReplyDelete
  4. tgk udang ni buat perut laparlah maz :)

    ReplyDelete
  5. slm maz...mak ai buh tempoyak..sedap ni..lama tak mkn tempoyak huhuhuh

    ReplyDelete
  6. Salam Maz, Tergoda betul tenguk, memang nampak menyelerakan. Good food presentation. Nak kena cari cari tempoyak pula. Nak try la. Nanti Kak maklumkan result experiment Kak ya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...