Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, December 28, 2010

Telur Goreng Masak Bersambal

Assalamualaikum..lgi n3 nk hbiskan mnu yg trtngak..lauk org tua lam umah ni..anak2 xmkn msk brsmbal mcm ni..pastu psangannya kita buat kari ikan..tpi kari tu saja xsnap gmbranya sbb asik duk main kari je..stail msk pun sma..


Telur Goreng Masak Bersambal by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan

  • 3 biji telur - direbus dulu
  • 1/2 cawan cili kisar (rebus cili kering dan kisar)
  • 1 labu bawang besar - dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih - diketuk
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 keping asam keping/gelugor
  • sedikit nesan kerek @ gula melaka
  • sedikit gula dan serbuk pati ayam sebagai perasa
  • minyak masak secukupnya
  • air secukupnya
Cara :

1. Telur rebus dikupas kulit.

2. Panaskan minyak (dalam 1/2 cawan), kemudian goreng telur rebus tadi sambil balik-balikkan selalu sehingga kulitnya sedikit keperangan. Angkat dan ketepikan.

3. Dengan minyak yang sama masukkan bawang putih dan tumis sehingga bawang kekuningan. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak dengan api perlahan dan dikacau selalu agar tidak berkerak/hangus.

4. Kemudian tambahkan air sikit dan tumis lagi sehingga pecah minyak dan sambal benar-benar masak. Masukkan nesan, bawang besar, sos tiram dan sos cili. Masak dan kacau sebati. Sentiasa guna api sederhana agar sambal tidak berkerak.

5. Tumis sehingga cili benar-benar masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu agar tidak hangus dan tambahkan air sikit-sikit bila sambal hampir kering (tujuannya agar sambal betul-betul masak dan kurang pedas).

6. Kemudian perasakan dengan sedikit gula dan serbuk pati ayam. Kacau sebati dan masak seketika lagi agar sambal mesra dengan bahan perasa. Padamkan api.

7. Masukkan sambal dalam pinggan dan belah telur tadi, susun dalam sambal dan tuang sedikit lagi sambal diatas telur. Sedia untuk dihidangkan.

5 comments:

  1. sambal telur ni memang mas suka...terliur ni kak..

    ReplyDelete
  2. kalau buat sambal gini, sah2 tak cukup nasik, lebih dari biasa kena masak..hehehe

    ReplyDelete
  3. salam.
    saya masak sambal telur selalu tak sedap. maybe gula melaka penyedap kot.

    nak try nanti.

    thx a lot kak.

    ReplyDelete
  4. wuishh nampak sangat menyelerakan..

    ReplyDelete
  5. 2 dear friends...
    Mksih ye sdi sngah dan tngalkan komen utk kita..memang cdpp tlur msk smbal ni..ada plak kari..hehee..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...