Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, December 12, 2010

Mutton Driffa

Assalamualaikum..kmben ni lauk mkn nga nasi pandan kasih hari tu..asalnya nk buat kmben bryni..tpi rmpahnya plak xde..yogurt pun xde jgk..jdi kita truskan jgk hajat mks kmben ni..jdi kita msk ikut apa stok yg ada dan ni la hasilnya..xthu nk bgi nama apa..kita laruk la nma tu..tkpe la ye jdi 1 knangan dgn mana riffa tu..riffa tu nma tmpat kita duk kat bahrain ni..1 daerah gtuw la..wpun main hentam labu je..tpi suami dan anak2 suke..mkn brtmbah2 dgn nasi pandan kasih tu..

memandangkan stok ygurt xde..kita sesuka ati p buh labneh yg pak2 arab duk cicah nga rti..hehee..apa nk buat..tu je yg ada lam pti..

Mutton Driffa by Ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan

  • 1/2kg daging kambing - dipotong saiz kecil
  • 4 ulas bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 -3 sudu besar serbuk kari ayam/daging - bancuh dengan sedikit air
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1/2 sudu besar kicap manis
  • 1 biji buat tomato - didadu
  • 1 sudu besar labneh @ 2 sudu besar yogurt asli - bancuh dengan 1/2 cawan air
  • 1 batang kulit kayu manis *
  • 3 kuntum bunga lawang *
  • 3 tangkai bunga cengkih *
  • 3 biji buah pelaga *
  • 1 tangkai caber - jika ada *
  • segengam daun ketumbar yang dicincang
  • 1 biji ubi kentang - dibelah 6
  • 2 biji cili hijau dan merah
  • nesan karek/gula melaka sebesar ibu jari
  • sedikit garam, gula dan aji (jika suka)
  • minyak masak secukupnya - untuk menumis
Cara
1. Tumbuk lumat bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Dalam periuk tekanan, panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk dan bahan yang bertanda * hingga wangi.
3. Masukkan serbuk kari dan tumis dengan api perlahan sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan sos cili dan kicap manis. Tumis lagi seketika.
4. Masukkan daging, balik-balikkan agar sebati dengan rempah. Masukkan buah tomato, daun ketumbar dan nesan. Kacau balik biar sekata dan masak selama 10 minit dengan api perlahan agar daging mesra dengan bahan tumis.
5. Kemudian masukkan bancuhan labneh/yogurt dan perasakan dengan sedikit gula, garam dan aji (jika perlu). Kacau sebati dan biar masak sehingga pecah minyak. Masukkan ubi kentang tutup periuk tekanan dan masak selama 35-40 minit.
6. Bila dah masak, buka injap periuk tekanan dan biar wap keluar sampai habis, kemudian buka penutup periuk dan masukkan cili, masak seketika sekadar untuk melembutkan cili. Rasa mana yang kurang boleh la ditambah.
7. Taburkan sedikit daun ketumbar sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba...
P/S : Kalau takde periuk tekanan, daging tu boleh la direbus dulu, kemudian toskan, simpan sedikit air rebusan daging guna untuk bancuh dengan labneh/yogurt. Kemudian boleh la masak seperti biasa dari cara no 1 hingga cara no 5. Masak sehingga ubi kentang empuk dan pecah minyak.

mutton driffa..nasi pandan kasih dan acar timun mentah...

4 comments:

  1. salam,
    saya penggemar daging kambing, tapi amat jarang makan kambing. kalau dapat makan tu, alhamdulillah, syukur nikmat.
    nampak selera betul masakan ni....terliur pulak!

    ReplyDelete
  2. Assalam Maz ,kite tak makan kamben tp hubby suke,heheehh kite pun selalu je sekali arung masak ngan pressure cooker jimat gas hehehhe

    ReplyDelete
  3. Salam Maz. Tgh rindu kat kambing ni.... bukan yg berjanggut tu tp yg kat dlm mangkuk maz tu...hehe. Kongsi ler respi nasi pandan kasih tu, ngancam nya bunyi....

    ReplyDelete
  4. erkkk... sedapnya. xleh kongsi ke....bg ler sket....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...