Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, December 29, 2010

Vegetable Salonah

Assalamualaikum..salonah atau kari dlm bhsasa arab..veg salonah ni adalah kari sayur bgi msyarakat arab kat ni..klu bli nsi dirstoren2 arab dan mtak kari skli..ni la kari yg akan diberi..kari kuah air yg wrna sdkit merah gtuw..merah tu dri buah tomato atau pes tomato yg dignakan..dh bnyk kli jgk duk mkn kari ni nga nasi2 kat sni..kita sukee..sdppp! jdi cba buat sdri plak..kita msk ni agak2 gtuw la brdsarkan apa yg kita rsa dri salonah yg prnah kita mkn..wpun xthu 100% apa bhn yg dignakan..kita main hentam stail kita je la ni..janji ada rupe salonah dan rsanya..kari ni memang sedap dihirup panas2..suami kita ckpp dah jdi la ni! hehee..

kat sni buah tomato..zuchini dan daun pasrsly memang bnyk digna dlm msakan harian..sni daun sup xde la plak..

pastu layan nga nasi putih dan ayam greng plak..jadi la tu..

Vegetable Salonah (Vegetable Kari) by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan

  • 1/2 labu bawang besar - didadu kecil
  • 1 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 biji buah tomato - didadu kecil
  • 1/4 sudu kecil serbuk paprika
  • 1/2 sudu kecil lada hitam - ditumbuk sedikit kasar
  • segengam daun pasrsly yang dicincang
  • 1/2 biji lada benggala merah dan hijau
  • 1 batang lobak merah
  • 1 biji zucchini
  • sedikit bunga kubis
  • 5 sudu besar minyak sayur
  • 2-3 cawan air
  • sedikit garam dan gula (jika perlu)
Cara

1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bawang putih dan bawang besar. Tumis sehingga bawang layu. Kemudian masukkan buah tomato dan daun persly. Masak sehingga buah tomato hancur/lembut.


2. Kemudian masukkan air dan lobak merah. Masak sehingga mendidih dan lobak merah separuh empuk.

3. Masukkan sayuran lain dan biarkan mereneh dengan api sederhana. Perasakan dengan sedikit garam, serbuk lada hitam dan sedikit gula (jika perlu). Masak sehingga semua sayuran lembut (kari arab ni rasanya light gituw..sedap hirup panas-panas. Siap..Selamat Mencuba..


salonah ni bleh jgk dimsak guna ikan..ayam atau daging..klu daging tuan umah kita ni ada la prnah bgi 2-3x skli nga nasi depa tu..

2 comments:

  1. nampak sedap jugak kari sayur tu... zuchini tu dulu penah beli sekali kat cameron.. balik terus buat ratatouiles.. (entah betul ke idak ejaannya tuhh.. hehe) sedap pulak rasanya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...