Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, December 20, 2010

Masak Lemak Udang & Labu

Assalamualaikum..ni pun dh lupe jgk bila msknya..dh biasa msk lemak udg nga cik labu ni..pastu buh daun knyit skit..


Masak lemak Udang & Labu by Ilhamdapur.blogspot.
Bahan-bahan
  • 10 ekor udang
  • 1/2 -1 biji kelapa parut @ 2-3 cawan santan
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 biji cili padi merah/hijau
  • 1 helai daun kunyit - dihiris
  • 1 keping asam keping/gelugor
  • 1 mangkuk kecil labu yang didadu
  • sedikit garam dan gula sebagai perasa

Cara

1. Kisar kelapa parut, lengkuas dan kunyit bersama 2 cawan air panas sehingga hancur, kemudian tapiskan dan ramas amik santan dalam 2-3 cawan. (maz slalu buat mcm ni sbb tak nak kuah nati bersepah dgn lengkuas dan kunyit)

2. Tumbuk lumat bawang merah dan cili padi.

3. Kemudian masukkan santan, bahan yang ditumbuk, serai, asam keping, daun kunyit dan labu dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan labu empuk sambil dikacau selalu agar kuah tidak berketul. Bila labu dah empuk masukkan udang dan balik-balikan agar udang masak sebati dan perasakan dengan sedikit garam dan gula.

4. Masak seketika lagi agar udang sebati dengan kuah. Padamkan api, siap untuk dihidangkan.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...