Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, December 26, 2010

Stir Fry Pop Corn Chicken

Assalamualaikum..lauk nk hbiskan stok2 yg ada..mngu ni mngu trkhir kat sni..kbtulan stok ayam pun ada lgi..jdi kita msk sbgai lauk utk anak2..wpun sipel mapel je..tpi anak2 sukee..cdppp!! isi ayamnya kita clup tpung dan digreng dlu sblum dimsk..nama tu kita main taruk je..


Stir Fry Pop Corn Chicken by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan
  • 1/2 ketul dada ayam, amik isi je (maz guna saiz kecik je)- dihiris nipis-nipis
  • 1 biji telur - dipukul sikit
  • 1/3 cawan tepung gandum - gaul dengan sedikit garam
  • 1-2 sudu besar sos tiram
  • 1-2 sudu besar sos cili
  • sedikit kicap manis (dalam 1/2 sudu kecik gituw, agak-agak la ye)
  • 1 labu bawang besar - dibelah 6
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • sedikit lada benggala/capsikum hijau dan merah - hiris memanjang
  • sedikit bunga kobis - dipotong sederhana
  • 1/3 cawang minyak masak
  • sedikit serbuk pati ayam sebagai
  • sedikit air, bijan dan gula (jika perlu)
Cara

1. Tumbuk lumat bawang merah dan bawang putih.

2. Panaskan minyak (kalau boleh guna kuali leper)


3. Amik isi ayam, celupkan dalam telur, kemudian golek-golekkan dalam tepung, susun dalam kuali dan goreng sehingga kekuningan dikedua bahagian. Angkat dan ketepikan. Buat sampai habis


4. Dengan kuali dan minyak yang sama tumis bawang yang ditumbuk hingga garing, masukkan sos cili, kicap dan sos tiram. Kacau sebati. Kemudian masukkan sayuran, bawang besar dan sedikit air. Perasakan dengan sedikit serbuk pati ayam dan gula (jika perlu). Kacau sekata. Akhir sekali masukkan ayam dan balik-balikkan dan masak seketika lagi biar semua bahan mesra dengan sos.

5. Taburkan sedikit bijan dan sedia untuk dihidang.

4 comments:

  1. sedappnya ayammm....nampak menyelerakan betoi.....

    ReplyDelete
  2. nmpk cam masakan cina kan..yummmyyy

    ReplyDelete
  3. Assalam K.Maz,
    waduh dgr nama pun dah sedap ni kan pula lauknya...lagi ler bertambah sedap!...jamu mata jer lah yer..:)

    ReplyDelete
  4. maz to~
    Mas..Izah & Nieza
    Mksih smua sudi sngah dan tnggalkan komen utk kita..muahhh..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...