Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, December 20, 2010

Roasted Rosemary Chicken

Assalamualaikum..ayam plak la..asik layan udg je..tpi ni pun mnu dh brminggu2 jgkk! kbtulan ada bli daun rosemary..kita pun tabur2 je daun tu..pastu msuk lam oven..kes malas nk cri rspi..


Roasted Rosemary Chicken
by ilhamdapur.blogspot

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam (maz guna ayam kecik je) - dicuci dan toskan
  • daun rosemary secukupnya - maz guna daun fresh
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit lada hitam - ditumbuk kasa
  • sedikit garam
  • sedikit lemon jus
  • sedikit kicap manis - nak bagi warna jadi perang sikit
  • sedikit sos tiram
  • sedikit extra virgin minyak zaitun

Cara

1. Tumbuk lumat bawang putih dan gaulkan dengan semua bahan-bahan yang lain kecuali daun rosemary. Kemudian campurkan dengan daun rosemary.

2. Lumur pada seluruh ayam keseluruhannya dan sumbat daun-daun rosemary pada bahagian bawah kulit ayam agar sos sekata pada ayam.

3. Perap seketika dalam 30 minit kemudian panggang dalam oven yang telah dipanaskan dulu selama 10 minit dan bakar sehingga masak. (maz bakar dengan suhu 200 C selamat 1 jam).

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...