Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, December 20, 2010

Steak & Cheese Puff

Assalamualaikum..puff pastry ni bli msa mula2 smpai hri tu lgi..tpi duk peram lam pti..jdi kita buh inti steak dan cheese..pastu salad skit..bakar je..cdppp!! ala2 puff coffee bean gtuw..bnyk bnor pic yg xsmpat nk updte sblum ni..mlm ni kita clear spruh kmera ni..hehee..tu yg brderet2..ada lgii!! ye la asik msk je..

Steak & Cheese Puff by Ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan
  • 8 keping puff pastry - boleh didapati dipasaraya
  • steak secukupnya - hiris nipis (yang dah dibakar ye)
  • mozarella/cheddar cheese secukupnya - disagat
  • salad secukupnya (maz guna local lettuce dan tomato) - potong kecil dan gaul dengan sedikit garam, serbuk lada hitam dan extra virgin minyak zaitun
  • sedikit slice jalapeno
  • 1 biji telur - untuk sapu pada puff

Cara

1. Keluarkan puff dari peti dan biarkan dengan suhu bilik dalam 10-15 minit sebelum digunakan.


2. Panaskan oven 170 C. Alas loyang dengan paper sheet.


3. Amik sekeping puff pastry yang telah lembut, sapukan air keliling hujung puff dengan jari (tujuannya agar puff tidak terbuka bila ditutup nati, sebagai gam gitu) masukkan semua bahan-bahan inti dan cantumkan penjuru puff biar jadi bentuk 3 segi. Lekatkan agar bercantum kemas, kemudian tekan guna hujung garfu keliling tepinya. Buat sampai habis.


4. Masukkan dalam oven dan bakar sehingga berwarna keperangan sekitar 10-15 minit. Angkat dan boleh la dihidangkan.

5 comments:

  1. tetiba tringat steak n cheese subway.adehhh.

    maz punya version pun menarik nih :)

    ReplyDelete
  2. ~cek chun..
    sma la kita rpenya ye..kita pun klu subway memang bli steak n cheese je..cdpnyeee..buh mcm2 smpai xleh nk tutup rti tu..hehee..ni idea dri stu la jgk pun..hehee..mksih ye sdi sngah dpur kcik kita yg xsbarapa ni..

    ReplyDelete
  3. Sedap ni, tulah kak nak cepat-cepat buat project baking. Seronok tenguk gebu dan sedap

    ReplyDelete
  4. salam, saya try buat penkek tapi jadi lemping ler pulak.

    ReplyDelete
  5. okeyh!!breakfast minggu nihh nak wat puff n pastry plak! =p ira salin resipi yer. hihihi =p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...