Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, December 14, 2010

Kambing Masak Kicap

Assalamualaikum..kmben lgikk!! lauk yg duk masak slalu..msk kicapp..lauk pberet anak2..xkira la ayam atau dging..janji buh kicap..suka sngat dgn msk kicap ni..


Kambing Masak Kicap by Ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan
  • 300g daging kambing - dipotong saiz sederhana
  • 1-2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 biji ubi kentang - dipotong 8, digoreng dulu sehingga kekuningan/empuk
  • 1 labu bawang besar - dibelah 6
  • 1 biji buah tomato - dibelah 4
  • 2 biji cili hijau - dikerat 2
  • 2 ulas bawang putih - diketuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • sedikit daun bawang
  • sedikit gula dan serbuk pati ayam
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sedikit air (dalam 1/2 cawan)
Cara
1. Dalam periuk tekanan, panaskan minyak, masuk bawang dan kulit kayu manis.
2. Kemudian masukkan kicap dan daging, kacau sebati biar daging mesra dengan kicap. Masak seketika.
3. Masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau sekata dan masak sehingga terbit air daging. Masukkan sedikit air dan perasakan dengan sedikit gula dan serbuk pati ayam. Masak sehingga air mendidih. Kemudian tutup periuk tekanan dan masak dengan api perlahan selama 35-40 minit.
4. Bila dah masak, buka injap dan penutup periuk tekanan, masukkan ubi kentang yang telah digoreng, cili, bawang besar dan daun bawang. Kacau balik agar sebati dan rasa secukup rasa. Padamkan api dan masukkan buah tomato.
5. Taburkan sedikit daun bawang sebelum dihidangkan.
P/S : Kalau takde periuk tekanan, rebus dulu daging sehingga empuk, kemudian baru dimasak seperti biasa.

4 comments:

  1. aduhh Maz, selalu menggoda kita ngan lauk yg sedap2 cam ni..dah makan pong still berselera tgk lauk kamben ni :)

    ReplyDelete
  2. kak maz, sedapnya daging kambing, mas suka, tapi daging ni panasss kan kak, tak boleh makan selalu....
    terliurnya tengok kambing masak kicap tu....

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Salam, I'd like to say thank you sooo much for your recipe. I had to substitute chilli sauce with tomato sauce because my son couldn't take any kind of hot food. WE LOVED IT! Thanks again.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...