Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, December 24, 2010

Nasi Ayam Yemen

Assalamulaikum..bila plak pndah ni tetiba kluar nasi yemen la plak..hehee..sbnrnya mgu lepas suami kita ada bli nasi madgoud (ejaan ni xthu le btul ke dak sbb dlm bhsa arab) dri rstoren yemen yg dkat nga umah ni..kat sni ada mcm2 jnis nasi..ckp je nk dri ngara mana..iran..iraq..pkistan smua ada..nsi madguod ni wrnanya oren gtuw dan rsanya sdp la bgi kita..kiranya ckup rasa..tpi ni pun mnu trtngak jgk..kita buat hri slesa lgi..jdi kita amik idea dri nsi tu la ni buat vrsi nasi ayam plak..seisi umah sukee..wangi smerbak bila bka pryok!! pstu ejus skit2 ikut stail mlayu lak..sbb msa mkn tu ada jpa lada hitam sbjik2..bunga cngkih lam nsi tu..nama tu kita main hentam je la..nsi madgout tu nk lauk kmebn ada..lauk ayam dan ikan pun ada jgk..lauknya wrna kning2 skit.ok insyaalah smga jmpa lgi..kita mgu ni last wken kat sni..jdi hri ni nga esk memang xlekat kat umah..last minitnye shoping..

nasi ayam yamen & the geng..air cili..sup dan kicapnyee msti ada..klu dak..xmkn la anak2 kita..nsi ayam ni dh memang pbret anak2..jdi msti dpt smbutannya..nsi ayam ni slalunya rspi npak pnjang lebarkan..tpi sbnarnya snang je..


Nasi Ayam Yamen
by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan

Nasi
  • 2 cawan beras (maz guna beras wangi) - dicuci
  • 2 cawan air @ ikut sukatan air beras masing-masing
  • 6-8 ulas bawang putih
  • 2-3 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis *
  • 3 kuntum bunga cengkih *
  • 2 ketul kiub pati ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 2-3 titik pewarna kuning

Ayam Panggang

  • 1 ekor ayam (maz guna saiz kecil, 800g je)- dicuci bersih dan toskan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar bawang yang ditumbuk (amik dari bahan nasi tadi)
  • 1 sudu kecil lada hitam - tumbuk kasar sikit

Sup

  • 3-4 cawan air
  • 1 sudu besar minyak sayur
  • 1/2 sudu besar bawang yang ditumbuk (amik dari bahan nasi tadi)
  • 1 biji ubi kentang saiz kecil - didadu kecil
  • sedikit serbuk pati ayam sebagai perasa
  • sedikit daun bawang/daun sup

Air Cili

  • 5-6 biji cili merah
  • sedikit gula dan garam
  • 1/2 sudu besar bawang yang ditumbuk (amik dari bahan nasi tadi)

Kicap

  • 1/2 cawan air sup
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil bawang yang ditumbuk (amik dari bahan nasi)
ayam pngangnya..xde la plak buh nama yamen ye..hehee..ye la ayam pngang depa gna rempah2 gtuw..kita main perap nga kicap je..

Cara

1. Nasi - Tumbuk lumat bawang putih dan halia. Panaskan periuk, masukkan butter. Bila butter dah cair, masukkan bahan yang bertanda *, kemudian amik 1/2-1 sudu besar bahan yang ditumbuk tadi (selebihnya simpan untuk guna kemudian) dan tumis hingga wangi dan bawang kekuningan. - maz tumis terus dalam rice cooker.

2. Masukkan beras, air, kiub pati ayam dan 2-3 titik pewarna kuning. Kacau biar sekata. Masak seperti biasa dan bila nasi dah masak balik-balikkan guna garfu agar nasi berderai. Siap

1. Ayam Panggang - Satukan semua bahan kecuali ayam. Gaul sekata kemudian lumurkan pada seluruh ayam termasuk dicelah-celah bahagian kulitnya. Perap ayam sekitar 30 minit.

2. Panaskan oven 200 C dan panggang ayam selama 1 jam atau sehingga ayam masak bergantung pada oven masing-masing. Siap

1. Sup - Panaskan minyak dan tumis bawang hingga kekuningan. Masukkan air dan ubi kentang. Masak sehingga air mendidih. Perasakan secukup rasa dengan sedikit serbuk pati ayam dan renehkan dengan api perlahan sehingga ubi empuk. Siap.

1. Air Cili - Kisar cili dengan 1/2-1 cawan air sehingga hancur, masukkan dalam periuk, masukkan bawang yang ditumbuk dan sedikit garam serta gula. Kemudian masak dengan api perlahan sehingga mendidih. Rasa agar ada rasa manis yang seimbang dan tambah mana yang kurang. Siap dan sejukkan.

1. Kicap - Satukan semua bahan dan kacau sebati. Masak seketika dengan api perlahan cukup untuk memekatkannya saja. Rasa agar ada rasa manis dan masin yang seimbang dan tambah mana yang kurang. Siap

Boleh la dihidangkan dengan salad, timun dan tomato. Taburkan sedikit daun bawang/daun sup dalam sup semasa menghidang.

6 comments:

  1. jauhnya maz nak makan kena p yemen ye heheheheh

    ReplyDelete
  2. Wahh.Maz, nasi ayam import dari Yemen tu...nasi ayam mmg sedapkan, feberet sesisi keluarga..buat pun tak renyah sgt..tapikan yg renyah nak entry kat sini...aduhh malasnyer ida nak taip banyak2 ni Maz..

    ReplyDelete
  3. sedappnya nasi ayam, mas lama dah tak buat....nnti nk try resepi ni laa..

    ReplyDelete
  4. Selalu saya buat nasi ayam... ayamnya digoreng. Nanti nak try panggang lak.. :)

    ReplyDelete
  5. Salam K.Maz,
    saya datang nk mkn nasi ayam ni...ada lagi ker tak? berbau harum semerbak sampai ke sini dah ni...hihihi...apapun memang mabelesla nasi ayam yemen ni kak menarik betul..:)

    ReplyDelete
  6. maz~kwn-kwn..
    Mksih smua sudi sngah dan tnggalkan komen utk kita..muahhh..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...