Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, December 6, 2010

Karipap Inti Sedap..tapii..

Assalamualaikum..time rjin dtg..smbil2 nk hbiskan stok dging kisar buat la kripap yg intinya lain dri kripap yg duk mkn sblum2 ni..inti yg dicmpur nga tlur rbus..pestime mkn krpap brinti tlur ni..kripap ni memang sedapppp!! klitnya rngupp! aiman duk cri nk yg ada tlur bnyk..tapii!tapii! jgn tgk pda rpenya tu..memang xde mrkahh!! dah ala2 cek mek molek pun ada..tepinya tu sma je..xde bntukk!! kita bab klim2 ni..hancusss!!..rspi dri Hana yg bleh jdi tokey krpap sbb klimnya comel snguh! mceh Hana..lain kli leh wak lgi..

xde bkat lagsung tang klim2 ni..sblum ni buat klim gna sarang je..kli ni sarang xde..hentam je la..jnji xkluar inti sdpppnya tu..

Karipap Inti Sedap
Bahan-bahan ( 20 biji )
  • 250g tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin - panaskan (klu nk buh semua myk panas pon bleh)
  • 2 sudu besar minyak masak - panaskan
  • garam
  • air

INTI

  • 5 biji kentang@keledek - bleh juga dicampur - maz guna 2 biji kentang je
  • 200g daging@ayam cincang@ peha ayam boneless potong kecik2@ bleh nk masukkan tulang2 ayam skali, tp masa nk isi inti asingkan la tulang2 tuh. cara yg nih lg sedap! - guna daging kisar
  • setangkai daun kari dan daun sup cincang halus - sini xde daun sup, buh daun parsly
  • 2 biji telur rebus - di belah 6/lebih setiap biji @ potong dadu
  • 2 1/2 sudu besar serbuk kari ayam/daging - bancuh dgn sedikit air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 ulas bwg putih
  • garam
  • gula - jika perlu
  • air

Cara-cara

1.Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.

2.Untuk buat inti - kentang@keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.

3.Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut dan juga daun kari hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang@keledek, ayam@daging, air dan garam secukup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan ayam@daging masak dan air kering. tutup api,taburkan daun sup.

4.Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai. Asingkan daun kari dan juga tulang2 ayam jika ada.

5.Masukkan inti kentang dahulu dan buh satu hirisan telur tadi dan tutup serta kelim@cetak mcm biasa. *telur rebus bleh juga dipotong dadu dan dcampurkan ngan inti kentang@keledek tadi.

6.Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn....:)

7.Atas permintaan resepi Karipap Inti Keledek sblm nih, hana sertakan gambar2 step by step cara2 mengelim karipap stail hana. harap dpt membantu pd sesiapa dluar sana. tQ! nih karipap yg sedia utk dikelim. utk lebih cantik, gunakan gunting buang lebihan doh.

8.Picit @ tekan @ penyekkan bahagian ujung karipap.

9.Tolak yg dipicit td dr belakang ke depan sedikit menggunakan sipi ibu jari anda. -lihat gambar yg no 11

10.sambil tolak sambil picit@tekan@penyekkan yg seterusnya

11.kemudian tolak ke depan lagi menggunakan sipi ibu jari anda

12.picit@tekan@penyekkan lg dan teruskan langkah seperti step2 di atas

13.sehingga jd begini dan buat sehingga habis

14.taraaaaa... dah siap!

15.bentuk karipap bulat!

6 comments:

  1. hihi..kmaz...kantoii...tak pe, jgn tengok pada rupe kan..saya pun spupu spapat ngn akak je bab kelim ni

    ReplyDelete
  2. Tapi still sedap! hehehe ;)

    Love guna acuan je...mmg tak reti kelim! :(

    ReplyDelete
  3. Salam Maal Hijrah...eh sama lah kat rmh kita pun ada karipap!

    ReplyDelete
  4. Sorry nak menyampuk jugak kat sini..oklah Maz, tak cantik pun janji sedap...kalau akak pun tak tau jadi apa...

    ReplyDelete
  5. yang penting rsanya... (ada lagi x?)

    ReplyDelete
  6. salam kak.maz yg ayuuuu... *bodek nak mintak karipap! hihihi.... tak kesah la rupa apapon kak janji leh tolannn... hihihi... thanx kak sudi try... salam maal hijrah wat akak skuarga... kullu am wa antum bikhair...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...