Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, December 8, 2010

Roti Tampal Berkeju

Assalamualaikum..meh pakat mkn rti plak..kes xthu nk buat apa nga rti yg dibli 1 bngkus!! sbngkus ada 15 bjik..dah puas cicah nga milo..xhbis2 jgk..tgk stok srnding dging pun ada..nama tu main letak je..tampal pun tmpal lah..jnji perut brtmpal..hehee..tpi sbb oven usang ni xde api atas..maka cheesenya xjdi perang gtuw..xkisah la ye..janji mkn tu laju je..

bila trgigit cili tu..pas satu2 nk mkn!! yg ada kat dpur cma srnding je..srding pun srnding la..tampal je..cdpp jgk!

Roti Tampal Berkeju by llhamdapur.blogspot
Bahan-bahan
  • 4 biji bun bulat dibelah 2 - maz guna bun kecik je
  • 2 biji telur + garam sikit - dikocok/pukul
  • serunding daging/ayam secukupnya - boleh ganti dengan crab stik/sosoej/tuna/turkey ham/sardin dsbnya
  • sedikit bawang besar - dihiris nipis
  • sedikit daun parsly - dicincang (boleh ganti dengan daun sup)
  • sedikit cili padi atau cili merah - dihiris nipis
  • keju cheddar/mozarella secukupnya - disagat
  • 1 cawan minyak masak untuk mengoreng
  • sos cili dan mayonis secukupnya - jika perlu

Cara :

1. Panaskan oven suhu 170 C.

2. Panaskan minyak. Celup roti dalam telur satu persatu agar telur menyaluti roti sepenuhnya dan goreng sehingga sedikit keperangan dikedua bahagian. Angkat dan ketepikan. Goreng sampai habis.

3. Susun roti yang telah digoreng dalam dulang, letakkan serunding daging, cheddar atau mozarella cheese secukupnya. Taburkan sedikit daun parsly atau daun sup, bawang dan cili padi. Buat sampai habis.

4. Bakar dalam oven sekitar 4-5 minit atau sehingga cheese cair.

5. Kalau guna inti selain dari serunding seperti tuna/crab stik dan sebagainya, picitkan sos cili dan mayonis sebelum dihidangkan.

6. Sedia untuk dinikmati panas-panas. Selamat Mencuba..

3 comments:

  1. maz,akak mmg pantang jumpa roti tau..buat lah ghupanya macam mana pun,sedaaaap je masuk lam tekak akak ni hah..

    ReplyDelete
  2. Good idea la Maz, perfect for tea and party. Kak dah dapat idea baru macam mana nak gunakan bun ni. Thanks for the brilliant idea

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...