Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, December 13, 2010

Red Velvet Marble Cheese Brownies

Assalamualaikum..saja cri kelainan skit dlm buat marble cheese brwnis..biasanya versi cklat je..kli ni cba dgn wrna yg agak mnyerlah skit..gndingan cream cheese dan red velvet ni ckup serasi..sedappp sngatt!! aiman yg xske kek pun hbis 3 ktoi..keknya mosit..lembut dan lapisan cheese plak rsa mcm ciskekk!! 1 exprimen yg ckup memuaskan bgi kita..ok la kek ni kita buat sbnarnya nk bgi pda jiran arab tngkat bwah umah ni..nk bls pngannya..dia ada jgk la duk hulur nasi2 depa ni..nasi mandi la..nasi majboos pun ada..jdi xkan kita nk bgi nsi lauk udg msk tmpyak kan..sure muntah kning plak depa nti..hehee..tu yg kita buat kek ni..trhasilnya kek ni stelah kita ejas skit2 rspi red velvet dri sini dan rspi manggo cheesekek kita sblum ni..maka kita gbungkan dia dan trhasil la Red Velvet Cheese Brownies yg enak ni..bgi kita sdpppp dan really touch my taste kek ni..wrna cis tu jdi kning la plak sbb msa snap tu xckup chaya..sbnarnya ptih mcm pic kecik gmbar yg bwah tu..

lapisan cisnya jdi npis la plak sbb kita was2 nk tuang smua..tkut tnggi sngat nti..maka trnipis la skit..sptutnya skatan cheese tu dh elok2 utk saiz loyang yg kita gna ni..tkpe prcbaan prtama kan..next time buat memang kna tuang smuaa..

ptutnya ptih mcm dlm pic kecik tu..yg tu kita snap esknya..kek ni kita ptong yg bru kluar dri ptiais..tu yg npak mcm padat skit..tpi sbnarnya kek ni memang lembut dan moist..dh la tu psau pun gna psau ptong syur je..xde pisau tjamm..brderai la skit kek ku ituw..

marble orang keras tangann..hentam je la labu!! janji ada rupe..hehee..

Red Velvet Marble Cheese Brownies by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan (loyang 4 segi 7x7 inci) update resipi
  • 125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 60g mentega - suhu bilik
  • 110g gula halus
  • 1 biji telur saiz A - suhu bilik
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • 120ml susu segar - suhu bilik
  • 1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
  • 1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna merah strawberi
  • kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emolco
  • 1/2 sudu kecil cuka
  • 1/2 sudu kecil baking powder

Lapisan Cheese
  • 200g cream cheese - suhu bilik
  • 1 biji telur saiz B@A - suhu bilik
  • 60g gula galus
  • 1 sudu besar jus lemon

Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.


2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.


3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.


4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.


5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.


6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.


7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.


8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.


Lapisan Cheese


Cara


1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.

2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay.
3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba...

19 comments:

  1. ramai betul yang buat red velvet ni..katanya sedap ye maz.. :) tengok maz nya red velvet ni je dah leleh..

    ReplyDelete
  2. wa menariknya...selama ni pernah buat RV cuppies or cake je, tak pernah dgr yg brownies plak...nnt nk try lah tp tatau menjadi ke tak :)

    ReplyDelete
  3. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... Kak Maz..

    Cedap kek ni. Ida dah beli ngan Kak Jun

    ReplyDelete
  4. huhuhu..kak maz..cun sgt kek ni...melelh ayaq liuq kita yg dok menengok ni

    ReplyDelete
  5. kalau Kak Maz kata sedap, msti sedap nih!!!

    ReplyDelete
  6. nampak sedap sgt! ira copy resipi yer. hihihi. nak buat~ ^^

    ReplyDelete
  7. Oh! sangat super duper menarik dan menggoda jiwa..

    ReplyDelete
  8. very nice color!...nanti bole try gak.

    ReplyDelete
  9. Kak Maz, cun ler.... nak rasa sepotong kak ada lagi tak?..hehe

    ReplyDelete
  10. salam maz .... wahhhh sedap nyer brownies tu ..... nak mintak sepotong leh tak .... dan nak mintak salin resepi dier sekali ......

    ReplyDelete
  11. wah.. sedapnyer nmpk.. merah mmg cun.. nk cuba lah.. thanks kak maz..

    ReplyDelete
  12. aslmkm...dah boleh buka bakery ni..hihi
    nak tanyala, guna loyang biasa je ke? pastu bila kita letak cheese tu tak meleleh ke kat tepi sbb kek dah keluar dari loyang kan...ke kena terbalikkan ke canne?
    heee...jakun sikit bab cheese nih...tp berminat nak buat..

    ReplyDelete
  13. alamak daku sdh tgoda. posingnya sdh mgugat iman ku. hehehe... tliurnya...

    ReplyDelete
  14. wah..mmg kelainan....mesti try...elle biasa buat marble cheese brownies jek..thanks sharing

    ReplyDelete
  15. salam kak maz .. maaf sy kurang faham yg
    " 125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus " ..

    125g tue untuk bahan ape yea ? ..

    tQ

    ReplyDelete