Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, April 27, 2015

Daging Masak Hitam

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..ni pun menu ulang tayang yg dlh berbulan jgk kena peram...asik duk pusing lauk sama je...kekdang tu feningg jgk la ana nk masak apa...tambah umat yg nk mkn pun xadventure mna bab lauk pauk ni...Alhamdulillah daging segar dan ikan memang mewah la kat pasar tu...tu yg sukaa sangat klu prgi pasar Manama...geramm tgkk...daging ni ala2 masak kicap jgk...cuma sedikit berempah...Inysaa Allah semoga bersama lgi dan mohon maaf atas segala kekuranga yg ada...

Daging Masak Hitam by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 300g daging segar lembut/batang pinang - hiris nipis
  • 1 sudu besar kicap mansi @ secukupnya
  • 3 ulas bawang merah - tumbuk
  • 1 ulas bawang putih -tumbuk
  • 1/2 sudu kecil serbuk kari
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/4 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 labu bawang besar - hiris nipis
  • 1 biji cili merah/hijau
  • garam gula secukup rasa
  • minyak sayur secukupnya
Cara

1. Dalam kuali masukkan daging, sedikit air dan kicap manis, kacau sebati dan masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala hingga daging lembut (boleh tambah air jika perlu).
2. Keluarkan air daging dan biarkan daging dalam kuali, kemudian masukkan sedikit minyak dan goreng biar daging sedikit garing, angkat dan ketepikan.
3. Dengan kuali yang sama, masukkan sedikit minyak lagi, tumbis bahan tumbuk hingga wangi, kemudian masukkan cili kisar, tumis sekejap, masukkan serbuk kari dan jintan manis/putih.
4. Masukkan sos tiram, sos cili dan bawang, kacau sebati, masukkan daging dan sedikit airnya tadi, kacau sebati dan perasa secukup rasa.
5. Masukkan cili merah/hijau dan masak seketika agar sedikit kering dan daging sebati dengan bahan rempah.

layan dgn nasi putih panas2 memang ngamm sangat...xde lauk lain pun tkpe dh...klu jenis lauk itam masuk kicap gini laku la kat rumah ni...

1 comment:

  1. macam berpakat lak kita hari ni Maz... akak pun pos resepi daging jugak. warna dah sama.. cuma resepi je berbeza.. hihihi... nampak menyelerakan tu... samalah dgn anak2 akak memang sukalah masakan yg ada kicap2 gini...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...