Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, March 16, 2010

Crispy Potato Wedges

kuih ptg ahad ari tu...rsanya kita lebih suke wedges yg buat sdri mcm rspi ni dari beli yg dah siap yg frozen tu!...tapi xthu lah klu ada brand trtentu yg sdp...sbb yg kita beli sblum ni kurang lah...yg ni sedappp..rspi dri Noorsha Myresipi...mksih ye..mtak ijin c&p rspi...

Sumber Resipi : Noorsha (Myresipi)Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO - kita gnti dgn srbuk kari
  • 1 sudu teh serbuk cili -xletak
  • 1 biji putih telur - dikocok
  • Tepung gandum secukupnya untuk salut
  • sedikit garam

Cara-cara

1.kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.

2.Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.

3.Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.

4.Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.

5.goreng dengan api perlahan hingga keemasan.

6.Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.

Saturday, March 13, 2010

Jus Tembikai Laici

air lgiiii!!...dgn cuaca pnas ni npaknya asik buat air plak la ye...kbetulan kita ada beli tembikai skit msa p pasar malam...jdi ptg smlm kita buat lah jus ni utk menyejukkan badan...ada sparuh lgi tmbkai tu bleh buat lgi...rspi dari Ros Jintanmanis...tpi kita amik kat Myresipi...mksih Ros...mtak ijin nk c&p ni ye...


Sumber Resipi : Ros @ Onigiri (Myresipi)
Bahan-bahan ( menghasilkan 2 gelas jus )

  • Beberapa Potong Tembikai
  • 1 gelas air laici dalam tin
  • 8 biji buah laici
  • beberapa ketul air batu


Cara-cara

1.Potong dadu tembikai dan buangkan bijinya, kemudian blender bersama air laici tadi.

2.Tuang jus didalam gelas dan campurkan buah laici dan beberapa ketul air batu. Siap untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...