Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, March 28, 2012

Moist Coklat Kek..Resipi Pujaan..

Assalamualaikum..sdar tak sdar dh nk hbis pun bln mac..apa khbar semua..mkin lama mkin slow je dpur ni brasapp..skrang ni mkin sbuk dgn aktvti harian..stiap hri ada kelas..slesa dgn khmis kelas pgi dan ptg..hri ni layan kek cklat la plak..lama dh jgk rsanya xmncul kek cklat kat dpur ni..ni pun request dri anak2 stelah skian lama xbuat kek cklat..mcm biasa klu kek cklat maz setia dgn rspi ni..memang sedappp dan moist sngat..xpuas mkn..pas sptong2 nk msuk mulut..memang kena dgn citarasa..yg buat sblum2 ni bleh belek kat label kek..mksih skli lgi pda Kak Zaiima utk rspi ni..tpi maz dpt rspi ni dlu dri blog Chetam..mksih jgk pda pngunjung yg sdi jenguk dpur yg suam2 kuku ni..

stkat ni rspi ni memang pojaan hti la..rspi asal kukus..tpi stiap kli buat maz bkar cara steambath..nk senang keje..skli skala layan kek cklat bleh hbis 2-3 ptong jgk..memang cair dlm mulut org kata..wpun bkar tpi tetap moisttt dan mewah dgn rsa cklatnya..

Moist Coklat Kek by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan:

  • 1 cawan gula pasir - maz guna 3/4 cawan gula halus
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp soda bicarbonate
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil vanilla - ni maz tambah, resipi asal xletak
  • 1/2 sudu kecil garam - ni maz tambah, resipi asal xletak

Cara

1.Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam.

2.Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak.

3.Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je) Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan. (maz bakar kaedah steambath selama 1 jam lebih sikit dgn suhu 150 C, ni oven maz la)

TOPPING COKLAT dari Noor Masri - maz xikut resipi ni
Bahan-bahan:

  •  250 g coklat masakan } potong kecil2
  • 1 sudu besar majerin
  • 130 ml double cream atau whipping cream
  • sket gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sgt) - optional
Cara membuat: Cairkan coklat secara double-boiler Alihkan dr api kemudian masukkan majerin, gula & cream. Kacau sehingga sebati. Curahkan atas kek kemudian ratakan Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang dan menegak selang seli. (maz double boiler kan sedikit coklat masakan+sedikit susu pekat manis+sedikit mentega+sedikit susu cair).

jamu mata je la ye..dh slamat..dpt la jgk bgi kat kakak2 kesayangan sikit sorang..smua ckp sdppp..dan rspi ni jgk maz pnjangkan pda kakak2 kat kelas taraqqi..mksih skli lgi Kak Zaiima

Wednesday, March 21, 2012

Apam Polkadot

Assalamualaikum..apa kbar smua..mood xbrapa sihat sjak 2-3 hri ni..dh brapa hri duk batuk xhnti2..anak2 pun sama..ok la hri ni nk tepek apam yg dah lama jgk ni..buat sblum skolah cti lgi..maap la dpur ni klu mnu lauk pauk memang jarang sngat..bkn xmks lauk..tpi smuanya dh tepek sblum2 ni..lauk anak2 memang duk main tkar mnu yg sama je..klu xmsk kicapp..buat sup..klu msk lain dri biasa nti xde yg mkn..apam ni pun sma la jgk..bknnya anak2 suke..stkat mkn 2-3 bjik je sorang..ni pun buat sbgai buah tngan ke rumah kakak yg sma jgk..pastu bgi jiran skit..

skrang ni dpt la jgk update dpur ni dgn kuih2 yg dibuat utk bwa ke tmpat blajar tajwid tu..klu tdak jdi mcm thun lepas la..senyap sunyiii..sbb xde menda yg nk tepek kat sni..

ApamPolkadot by ilhamdapur.blogspot.com
Resipi : Sheely Myresipi
Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • inti blueberri filling/kaya dsb - ikut citarasa - maz guna kacang merah
  • pewarna

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang .

3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan .

4. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag .

5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas - setengah sahaja .

6. Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan .

7. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.

8. Akhir sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak .

apam saiz kecik2 ni memang cute je kan..sdpp plak tu..dah 2-3x bwa utk potluck..ada jgk kakak yg nk tempah..tpi maz ni bkn jnis rjin mcm org lain..masak ikut mood..bnyk angin M dri rjin..jdi tu yg xsngup nk trima tmphan..jdi maz bgi rspi ni kat kakak tu..mksih ye Sheely kongsi rspi ni..

Saturday, March 17, 2012

Cucur Badak

Assalamualaikum..smjak dua menjak ni kerap jgk la buat kuih2 ni..sbbnya stiap mngu memang akan ada je benda yg dimsk..jdi dpt la jgk asah bakat sdri ni..cucur badak ni pun biasa la kena peram dlu brminggu2..tpi kan kdang2 tu wpun ada msa yg trluang pun tpi mood plak yg xbrapa rjin nk update..ada wktunya plak klu time rjin bebnar tu wpun sesmbil duk msk pun..bleh lagi mncelah buat n3...

serunding kelapa ni boleh frozen klu xhbis guna..

Cucur Badak by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

Inti Serunding Kelapa
  • 2 cawan kelapa parut
  • 3-4 ulas bawang merah*
  • 2-3 batang serai - hiris nipis*
  • 5-7 biji cili kering - buang biji dan rendam seketika dalam air panas  - toskan*
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 cawan udang geragau - kisar sedikit kasar
  • gula, garam secukupnya dan sedikit serbuk perasa (jika suka)

Adunan Kuih
  • 750g ubi keledek isi oren/kuning - jgn guna keledek yg jenis berkulit licin (yg warna ungu tu..sbb keledek tu jenis lembik, nati akan guna banyak tepung dan kuih jadi keras)
  • 1 1/4 cawan tepung gandum - maz guna tepung serbaguna (all purpose flour)
  • 1/4 cawan tepung beras
  • sedikit garam - gaul dengan 2 jenis tepung diatas.

Cara
1. Inti Serunding Kelapa - Kisar semua bahan yang bertanda * bersama 1 cawan air sehingga lumat.

2. Dalam kuali masukkan semua bahan, garam, gula dan sedikit serbuk perasa. Kacau sebati. Masak sehingga kering dan perasakan secukup rasa. Sejukkan seketika.

3. Untuk Kuih - Kikis kulit keledek, cuci bersih dan rebus sehingga empuk/lembut bersama sedikit garam. Toskan dan tumbuk lumat. Ketepikan biar sejuk seketika.

4. Kemudian gaul sebati tepung dengan keledek agar menjadi doh yang lembut.

5. Ambil doh sebesar bola ping pong, leperkan dan masukkan inti. Kemudian tutup kemas dan tekan sikit ditelapak tangan untuk bentukkan kuih menjadi sedikit leper. Kalau terlalu lembit, sapukan sikit tangan dengan tepung.

6. Susun kuih dalam bekas yang di alas dengan plastik agar kuih tidak melekat dan buat sampai habis.

5. Panaskan minyak dengan api sederhana dan goreng sambil dibalik-balik sekali sekala sehingga sedikit perang dikedua belah.

6. Kuih ni juga boleh disejukbeku (frozen). Pastikan kuih yang hendak disejukbeku dialas dengan plastik agar tidak melekat satu sama lain. Kalau nak goreng kuih yang telah disejukbeku, celupkan dulu kuih dalam air biasa kemudian baru masukkan dalam minyak yang telah dipanaskan sederhana, jangan bimbang ianya tak akan merecip minyak keluar (sentiasa guna api sederhana dan goreng sambil dibalik-balikkan selalu).

kuih ni pun bleh difrozen..rsanya tetap lembut dan sedap sama mcm goreng kuih yg bru buat..layan gambar je la ye..kuihnya dh lama selamat..

Friday, March 9, 2012

Fresh Fruit Tart

Assalamualaikum..kesian kat tart ni lama bnar dh duk peram..klu peram ikan pekasam dh bleh mknn..jdi mlm ni sesmbil duk mngemas kain bju utk esk buat n3 ni la skli..esk pgi dh nak brjalan jauh..jdi 4-5 hri jgk la tutup dpurnya..cti skolah kan..jdi msa utk anak2 la plak..tart ni adunan yg sama dri Mixed Fruit Tart kat bawah tu..cuma yg ni buat saiz kecik dan fillingnya letak kastard dan buahan segar..tart ni plak bawa p rumah kakak yg sma jgk utk mkn beramai2..sbnarnya skli smgu maz ada blajar tajwid kat rumah kakak ni dgn seorang ustazah bersama dgn 9 orang lgi kakak..jdi tu yg setiap minggu ada je kuih yg dibuat sbgai buah tngan..cuma utk kastard filling tu maz guna yg segera je..bawa blik dri bahrain..dh slalu guna kastard ni..sedappp..wpun cuma main bancuh dgn susu segar je..ok la smga jumpa lgi disini..insyaallah..mksih skli lgi pda pengunjung yg sdi singah dpur kecik maz ni..

mksih skli lagi ye Mama share respi ni..semua ckp sedapp..ada yg mtak rspi..mtak halal ye Mama dipnjangkan rspi..selamat bercuti jgk buat semua..

Thursday, March 8, 2012

Lamanya Tak Buat..

Assalamualaikum..pic2 lama msih brderet lgi tngu Q..tpi tkpe la hari ni nk tepek mnu yg msih panas la dlu..kang nti tako ni plak jdi basi..lama snguh dh rsanya xbuat tako ni..sbbnya anak2 dh tak minat..kita sdri pun mkn 2 bjik je..msa memula dlu ye la..5 bjik bleh hbis skli mkn..ni pun buat utk seseorang..sptutnya 2 mngu lepas lgi janji nk buat tako ni utknya..tpi tu la klu mood xde..asik brtngguh2 je..ptg tdi la bru p antar tako ni..sori ye dear..aunty maz xtahu pun yg Fatin blik..tkpe nti aunty buat lgi ye..yg buat dedulu bleh tgk kat sini..atau klu nk tgk yg lelama selak je kat label varieties..rspi asalnya dri Kak Rinn FP..tpi maz dh ubah skit bhn2nya dan buat cara sdri..

tako sblum dimake up dan yg ready to eat..yg sbjik ni kita yg ngapppp laa..

Takoyaki by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

Tokayaki Batter
  • 1 biji telur sejuk dari petiais
  • 340ml air sejuk dari petiais
  • beberapa titik sos ikan
  • 100g tepung gandum 
Inti
  • 4-5 ekor sotong saiz kecik - potong dan toskan, kemudian gaulkan sotong dengan 1 sudu besar sos tiram, 1 sudu besar okonomiyaki sos dan beberapa titik pewarna merah. Masak sehingga sotong lembut, jangan letak air ye (masak dalam 3-4 minit), kemudian titiskan sedikit minyak bijan dan gaul sebati. Padamkan api dan ketepikan.
  • 1 mangkuk kobis yang dicincang halus
  • 2-3 sudu besar okonomiyaki sos - bancuh dengan 3-4 sudu besar air (untuk sapu pada bebola tako yang telah masak nanti)
  • 1/2 mangkuk kecil minyak masak - untuk sapu pada acuan dan selalu curah sikit-sikit pada bebola tako semasa memasaknya
  • Dried bonito flakes secukupnya
  • Mayonis secukupnya
  • sedikit aonori  - utk tabur
Cara-cara

1. Di dalam mangkuk, pukul telur hingga berbuih dengan wisk atau garfu

2. Masukkan air sejuk dari peti dan kacau sebati.

3. Kemudian masukkan tepung  dan sedikit sos ikan/nampla (secukup rasa). Kacau sebati.

4. Panaskan tako maker. Sapu minyak pada lubang tako - maz guna sunflower oil

5. Tuang adunan dan masukkan 1 potong sotong dan sedikit kobis cincang.

6. Tuangkan sedikit lagi adunan untuk menutup semuanya.

8. Kikis lebihan adunan dan masukkan ke dalam adunan dalam lubang-lubang tako maker.

9. Terbalikkan tako menggunakan lidi sate atau tooth pick dan curah minyak masak sikit.

10. Terbalikkan beberapa kali sehingga bahagian luar takoyaki garing sambil letak minyak sayur sikit sekiranya minyak dah kering.

11. Bila dah masak, angkat susun dalam pinggan. Sapu semua bebola tako dengan okonomiyaki sos yang telah dibancuh dengan sedikit air pada keseluruhannya. Kemudian taburkan dried bonito flakes dan picitkan mayonis secukupnya. Akhir sekali tabur sedikit aonori. Siap..

bila dh lama xmain bulat2 ni..terasa kekok jgk la nk terbalikkan tako ni..

Monday, March 5, 2012

Banana Cake

Assalamualaikum..mcm kebiasaan la klu membking ni pasti ada nk bwa kemana2..kek ni pun sma jgk..buat utk bawa kerumah seorang kakak utk mkn beramai2..sbnarnya kek pisang ni antara yg terawal kejadiannya berbnding dri mnu2 yg dah dipublish kat bawah tu..tkpe la ye mna yg kluar dlu pun..jnji tepek jgk kat sni sbgai rujukan dimsa akan dtg..dan terima kasih jgk pda pengunjung yg sdi singgah dpur yg tenggelam timbul ni..

Banana Cake by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 biji pisang ranum saiz besar - maz guna pisang montel - dilecek
  • 160g gula halus
  • 170g tepung naik sendiri
  • 2 biji telur saiz besar (A)
  • 110ml minyak masak - maz guna minyak sunflower
  • 1 sudu kecil ovallate
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil essen vanila
  • hirisan badam secukupnya @ coklat rice dan sebagainya
Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C.

2. Satukan tepung bersama garam. Ketepikan

3. Dalam bekas yang sesuai, satukan pisang dan gula, kacau sebati.

4. Kemudian masukkan telur, vanilla, minyak masak, ovallete dan tepung.

5. Putar sebati sehingga kembang dan adunan menjadi ringan dengan kelajuan tinggi selama 2-3 minit.

6. Masukkan adunan ke dalam cawan kertas (jgn penuh, dlm 3/4 saja) kemudian taburkan sedikit hirisan badam, buat sampai habis dan bakar dalam oven selama 18-20 minit atau sehingga perang (bergantung pada oven masing-masing).

semua ckp sedapp..lembuttt dan moist sangat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...