Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...
Showing posts with label Kek Gulung. Show all posts
Showing posts with label Kek Gulung. Show all posts

Thursday, April 30, 2015

Swiss Roll Corak Zirafah

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..sekali lagi, seperti yg dikata Inysaa Allah akan buat lagik, lepas kejadian yg memula tu esknya menggulung plok...kli ni versi bercorak plak...sebenarnya pestime tgk kek gulung corak zirafah ni suatu masa dulu kat dapur seorang yg berpengalaman luas dlm dunia masakan dan layak diberi gelaran blogger yg serba boleh, humble dan tidak loket ilmu, itulah Kak Wan (citarasawan) masa tu gerak hati ni belum terasa utk mencubanya...klu nk ilmu dan pengetahuan percuma rajinkan la lepak kat blog kak wan...masih guna resipi yg kat sini...cuma ada ubah skit je...memang best la rspi ni...sedappp sangat keknya dan semudah ABC...selamat berhujung minggu buat semua sempena cuti 1 May esk...mohon maaf atas kekurangan yg ada dan semoga jumpa lagi...Inysaa Allah..

siap gulung...sejukkan dulu dlm peti sbb guna filling whip cream...suami xminat sangat buttercream...masa nk gulung tu kedua tangan pegang hujung kek dan gulung perlahan2 sebab biasanya klu yg buat merekah bahagian hjung tu sebab part tu sedikit berkerak...

keknya lembut mcm kapas dan moist...tu pun suami duk mintak suruh buat lagi...tpi asik lupa je nk beli whip cream...

rupe setelah dilorek, takpe la xjdi mcm corak giraffe betul pun...ada skit2 bleh la kan...lepas tuang adunan kek dlm loyang...terus lorek atasnya...

Swiss Roll Corak Zirafah by http://ilhamdapur.blogspot.com/
Bahan-bahan
  • 3 biji telur saiz B 
  • 60 gula kastor 
  • 1/2 sudu teh baking powder 
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla 
  • 1/2 sudu besar ovallete 
  • 43g tepung gandum 
  • 1/8 sudu kecil garam - abaikan jika guna mentega biasa
  • 1/2 sudu besar serbuk koko *
  • 1/2 sudu kecil coklat emulco *
  • 57g mentega tanpa garam (unsalted) - cair
  • 150ml whipping cream Non Diary - yg dah manis tu *
Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C.
2. Sediakan loyang 10x10 dan alas dengan baking paper, kertas tu biar lebih sikit supaya senang nak keluarkan kek nanti.
3. Dalam mangkuk satukan semua bahan kecuali bahan bertanda * dan putar dengan kelajuan tinggi hingga kembang selama 4 - maz guna hand mixer je, kemudian asingkan 2-3 sudu besar adunan+1/2 sudu besar mentega cair dan sebatikan, ni untuk buat corak nati, masukkan dalam paiping bag.
4. Masukkan serbuk koko, coklat emulco  dan putar lagi selama 1-2 minit.
5. Masukkan mentega dan kaup balik dengan spatula biar sebati.
6. Tuang dalam loyang, ratakan dan lorek atasnya buat bentuk ala-ala zirafah dengan adunan putih tadi, bakar semalam 20 minit dengan api atas bawah, maz letak dirak paling bawah.
7.Bila dah masak, keluarkan kek sekali dengan kertas dan sejukkan sepenuhnya atas redai kek, kemudian letak sehelai kertas baking atas bahagian permukaan kek dan terbalikkan (biar yang bawah kat atas), tarik keluar kertas alas kek tadi, sapu cream secukupnya dan gulung perlahan-lahan biar kemas, tujuan letak kertas atas kek tadi sebagai alas semasa menggulung agar kulit kek tu tidak terkoyak.
8. Boleh la dipotong untuk dihidang atau balut/masuk bekas kedap udara dan simpan dalam peti.
9. Untuk filling - putar whip cream+secubit garam+1/2 sudu kecil essen vanilla dan putar hingga kental, simpan dalam peti dulu sementara tunggu kek sejuk.

taraaaa...setelah masak, sejukkan dulu sebelum diterbalikkan dan digulung...maknanya bila nk gulung yg bercorak ni duk bawah la...kli maz guna loyang 10x10...yg memula hritu loyang 9x9 tu yg tebal sikit keknya...

main hentam je buat corak tu, xde lukis draf dulu atas kertas...Alhamdulillah jdi jgk coraknya...pasti akan buat lagi...Inysaa Allah...

Monday, April 13, 2015

Swiss Roll Coklat (Kek Gulung)

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar'..setelah bertahun-tahun lamanya xbuat kek gulung...ni pun tetiba terlintas difikiran sbb nk habiskan stok whip cream...dh buat puding 3 jenis...filling cream puff pun dh 3x...masih ada balen jgk lgi...bli yg kotak besar...tu yg guna utk filling kek ni plak...memang puas hti dgn kek ni...tekstur keknya teramat la lembut dan gebussnya...mcm mkn kapas...rspi asal swiss roll batik dri dapur Mamasya...cuma maz ubah skit dan buat kek gulung coklat...jazakillahukhairan Mama dan Mak Lang serta fotopages Mamafami yg telah panjangkan rspi kek yg sempurna ni...kat bwah ni maz letak rspi utk versi coklat ni...klu nak respi asal klik je kat link Mamsya tu ye...Inysaa Allah semoga bersama lgi...terima kasih pada yg sudi singgah dapur kecik ni dan harap dpt dimaafkan atas kekurangan yg ada...

pasti akan buat lagi...Inysaa Allah..memang mudah sangat nk buat pun...main putar je semua...

Swiss Roll Coklat by http://ilhamdapur.blogspot.com/
Bahan-bahan
  • 3 biji telur saiz B *
  • 60 gula kastor *
  • 1/2 sudu teh baking powder *
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla *
  • 1/2 sudu besar ovallete *
  • 43g tepung gandum *
  • 1 sudu kecil serbuk koko * (ganti dgn susu tepong/coffeemate/gandum jika buat versi vanilla
  • 1/8 sudu kecil garam * - abaikan jika guna mentega biasa
  • sedikit coklat emulco *
  • 57g mentega tanpa garam (unsalted) - cair
  • 150ml whipping cream Non Diary - yg dah manis tu 
Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C.
2. Sediakan loyang 9x9 dan alas dengan baking paper, kertas tu biar lebih sikit supaya senang nak keluarkan kek nanti.
3. Dalam mangkuk satukan semua bahan bertanda * dan putar dengan kelajuan tinggi hingga kembang selama 4-5 minit - maz guna hand mixer je
4. Kemudian masukkan mentega cair dan kaup balik dengan spatula biar sebati.
5. Tuang dalam loyang dan bakar semalam 20 minit dengan api atas bawah, maz letak dirak paling bawah.
6. Bila dah masak, keluarkan kek sekali dengan kertas dan sejukkan sepenuhnya atas redai kek, kemudian letak kertas baking atas bahagian permukaan kek dan terbalikkan (biar yang bawah kat atas). Tarik keluar kertas alas kek tadi, sapu cream secukupnya dan gulung perlahan-lahan biar kemas. Tujuan letak kertas atas kek tadi sebagai alas semasa menggulung agar kulit kek tu tidak terkoyak.
7. Boleh la dipotong untuk dihidang atau balut/masuk bekas kedap udara dan simpan dalam peti.
8 Untuk filling - putar whip cream+secubit garam+1/2 sudu kecil essen vanilla dan putar hingga kental, simpan dalam peti dulu sementara tunggu kek sejuk.

sedia utk dipotong...rsa xpuas mkn...Alhamdulillah jdi elok dan xpatah keknya wpun dh lama xmenggulung...

licin skli mkn...memang sedappp la...rsa mcm nk menggulung lgik hri ni...cream pun masih ada tu...

Friday, March 25, 2011

Kek Gulung Kasih Lagii..

Assalamualaikum..sprti yg tlah dikata..pasti wak lgik..jdi kita mnglung pulak dipgi ahad yg lepas..saja xnak tepek dlu sbb bru je buat kan..hehe..kli ni wak utk mkn sdri..yg buat hri tu bgi kwn..leh tgk kat SINI..memang sdpppnyee..kita yg xminat kek2 ni leh hbis 2 ptong skli mkn..teramat la lembut dan gebussnyee..mksih skli lgi pda Kak Dayang atas rspi kek yg mables ni..rspi kita letak skli lagi la ye..

msih lagi sapu blueberi jam..pasti ni wak leh tkar sapu menda lain la plak..jam blueberi ni dah hbis..

Kek Gulung Kasih
Bahan-bahan :
  • 70 g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 60 g gula kastor - maz guna 50g je, sbb nak sapu jam plak
  • 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu kecil ovalette
  • Pewarna merah, hijau dan kuning
Cara

1.Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.

2.Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.

3.Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.

4.Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.

5.Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah) . Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.

6.Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.

7.Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.

8.Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri. (maz sapu blueberi jam)

9.Gulung kek dengan kemas.

10.Bolehlah dipotong dan dihidangkan.

jmput la smua ye..kek ni sedapp! nk buatnya pun senang gituw..

Friday, March 18, 2011

Kek Gulung Kasih

Assalamualaikum..musim mnglung kek plak..kita pun nk amik bhgian jgk la..hehee..sbbnya kek ni senang bangat..kita suke bnar klu main putar smua skli mcm ni..dah la tu teramat la sedapppnyee..lembut dan gebus snguhh! msuk mulut trus ilang..xknyah pun xpe..kek ni kita buat mlm klmarin stelah tgk kat dpur Kak Zana..buat nk bgi pda seorang makcik yg baru kita kenal 2 mngu sudah sbb hri ni makcik ni dh nk blik kmpungnya kat taiping..jdi kek ni kita dah pgi la pgi smlm..kami kenal kat senaman tai chi..jdi kita c&p dri dpur Kak Zana je la ye..apa2 pun mksih sngat2 pda Kak Dayangjack pnyumbang resipi kek yg sedap dan mudah ni..kita suke kek yg xmsuk butter ni..xmuak..pasti akan buat slalu ni..hehe..sapa2 yg lum try lagi tu..cpat2 blik p godek ye..cdppp..
nape kek ku ni mngelupas la plak..xckup vtamin ke..huhu..buat2 xnpak je la ye tang kulitnya yg terkelayak tu...

Kek Gulung KasihBahan-bahan :

  • 70 g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 60 g gula kastor - maz guna 50g je, sbb nak sapu jam plak
  • 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu kecil ovalette
  • Pewarna merah, hijau dan kuning
Cara

1.Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.

2.Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.

3.Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.

4.Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.

5.Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah) - maz buat line. Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.

6.Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.

7.Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.

8.Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri. (maz sapu blueberi jam)
9.Gulung kek dengan kemas.

10.Bolehlah dipotong dan dihidangkan.

dah siap msuk bkas..kita cma rasa yg kita ptong hjung kiri dan knan je..mkn yg hjung pun dh sedap sngat2..esk lusa nk wak lgi rsanya..maap la pic kek ptong xde la ye..makcik ni dtg umah anaknya 2 mngu yg tngal kat kejiranan kita ni..sbnarnya stiap pgi dri isnin ke jumaat slama 1 jam kita ada buat senaman tai chi kat taman..ramai jgk la yg join dlm 20-30 org stiap pgi..trmasuk la makcik ni pun join skli..insyaallah makcik smgoa jmpa lgi..makcik ni pencen guru..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...