Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, June 30, 2015

Ikan Bawal Masak Sambal

Assalamualaikum w.b.t..Assalamualaikum w.b.t..Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni" (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), doa yg Rasulullah saw ajar pada Aisyah r.a jika bertemu dengan malam Lailatulqadar..sama2 kita baca la selalu doa ni sepanjang bln yg mulia ni semoga Allah swt ampun dan terima doa2 kita...

pestime rsanya beli ikan bawal smjak duk sni, sbbnya jarang ada jual kat pasar..klu ada pun saiz besar sungguhh..ni pun beli yg frozen kat pasaraya, tapi gedebak jgk..dekat 1kg, jenuh la nk perabis dgn suami..bermlm dlm peti la jgk nk bleh perabisnya sbb anak2 xmkn ikan..amik kuah je..maz suka bhagian tepi2nya tu..krup krap..terima kasih sekli lagi pada yg sudi singgah dapur yg xseberapa ni, semoga ada yg dpt dimanafaat bersama dan mohon maaf atas segala khilaf..InysaaAllah semoga ketemu lagi..

Ikan Bawal Masak Sambal by http://ilhamdapur.blogspot.com  
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan bawal - cuci bersih dan toskan
  • 1/2 cawan cili kisar - rebus cili kering, kisar lumat
  • 2-3 ulas bawang merah - tumbuk
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 labu bawang besar - hiris nipis
  • 1 biji cili hijau - potong serong
  • sedikit nisan/gula melaka
  • garam gula secukup rasa
Cara

1. Kelar ikan dan lumur dengan sedikit garam kunyit.
2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ikan biar sedikit garing dikedua bahagian, angkat dan toskan.
3. Keluarkan minyak dan masukkan minyak baru untuk menumis secukupnya, tumis bahan tumbuk biar wangi, kemudian masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan bawang besar, tumis lagi sambil tambah air sikit-sikit hingga cili benar-benar masak.
5. Masukkan nisan, sos cili, sos tiram, masak biar sambal pekat dan perasa secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan cili hijau, padamkan api dan boleh la dituang atas ikan tadi.

pasangannya buat masak lemak labu dgn udang..pastu ada plak ulam pegaga dan peria mentah..menu berbuka 3 hri sudah..tu la bru suami jamah nasinya..Alhamdulillah nikmat sungguh layan selera...

Monday, June 29, 2015

Sira Pisang

Assalamualaikum w.b.t..Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni" (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), doa yg Rasulullah saw ajar pada Aisyah r.a jika bertemu dengan malam Lailatulqadar...

antara kuih manis pabret klu time berbuka..masa kecik dulu bleh kata mesti ada selalu la sira pisang ni yg bonda buat utk berbuka, masa kat msia dlu beli je sbb anak2 xmkn..kat sni bleh la buat sbb suami pun suka jgk..memang sedapp la nikmat bersama air gulanya yg pekat tu...nak buat pun mudah sangat..selamat berbuka pada semua yg waktu berbukanya tidak lama lagi, jgn lupa perbanyakkan doa waktu berbuka..kat sni lagi 5 jam..maghrib pukul 6.34..InsyaaAllah semoga bersama lagi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada...

Bahan-bahan
  • 3-4 biji pisang yang sesuai - maz guna pisang india, jangan pisang terlalu masak ye 
  • 2 senduk kecil gula pasir (lebih kurang 3/4 cawan)
  • 1 cawan air 
  • 10 tangkai bunga cengkih
  • beberapa titik pewarna kuning
  • sedikit kapur makan - untuk rendam pisang (tujuannya nak bagi pisang kenyal) - kali ni tak rendam air kapur pun, takde stok
Cara-cara

1. Pisang dikupas kulit, belah dan direndam dengan air kapur sekejap (dalam 5-7 min), kemudian toskan (air jangan banyak sangat, cukup-cukup tengelam pisang je) jika guna la, kalau tak boleh terus je masuk pisang dalam air gula lepas kupas tu.
2. Dalam periuk, masukkan air (kira cukup untuk tenggelamkan pisang dan padan dengan gula, kalau banyak air sangat nati sirap tak jadi pekat), gula, pewarna dan bunga cengkih, tutup periuk dan masak dengan api sederhan sehingga mendidih. 
3. Masukkan pisang, tutup periuk dan masak sehingga air gula pekat dan tinggal sedikit (maksudnya tidak kering dan masih berkuah). Sekali-sekala goncang-goncangkan sikit periuk agar air gula menyaluti kesemua pisang. (kalau guna sudu takut mencalarkan pisang atau rupe pisang jadi tak cantik gtuw). Padamkan api dan boleh la dihidang bila dah sejuk sepenuhnya.

Alhamdulillah kat sni ada jual pisang india yg bleh dibuat sira ni, maz buat 3 biji je, tu pun dh dpt bnyk..sbjik kerat 2..pastu belah 4 lgik..mau xdpt 1 periuk kan...

Saturday, June 27, 2015

Bihun Tomyam (Ayam)

Assalamualaikum w.b.t.."Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni" (Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), doa yg Rasulullah saw ajar pada Aisyah r.a jika bertemu dengan malam Lailatulqadar..tiada apa yg diharapkan dlm hidup ini selain dri keampunan dari yg Maha Esa dan mengharapkan syurgaNya serta dijauhi dari azab api neraka...

terasa cepat sangat masa berjalan, dh masuk Ramadhan yg ke 10 deh..akhirnya mood nk pegang kamera tu dtg jgk..bihun tomyam ni juadah berbuka ptg kelmarin..suka sedia hidangan yg cepat dimasak sedap dimakan gini, memang xsampai 30 minit dah boleh siap..suami la yg suka sangat klu tomyam ni, kena buat biar pedas gitu..ni pun dia yg request nk bihun tomyam, memang sampai sahur dia hirup tomyam ni..mcm biasa klu buat tomyam, santan dgn daun ketumbar mesti ada..sayur tu masuk je apa stok yg ada..Inysaa Allah semoga bersama lagi dan harap dpt dimaafkan atas segala kekurangan yg ada...

Bihun Tomyam (Ayam) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 keping dada ayam - potong saiz sederhana kecil
  • 2-3 sudu besar pes tomyam (maz guna pes tomyam dari thai)
  • 1/2 cawan santan 
  • 2 inci lengkuas - ketuk
  • 1-2 batang serai - ketuk
  • 1 batang salery - potong serong
  • 6-8 daun limau purut - koyak sikit
  • 1 labu bawang besar - hiris nipis
  • 5-6 biji cili padi - ketuk
  • 1 mangkuk  kobis
  • daun ketumbar secukupnya
  • garam, gula secukup rasa dan aji jika suka
  • bihun secukupnya - celur sekejap
Cara

1. Dalam periuk masukkan tomyam pes, lengkuas, serai, salery dan air dalam 2-3 cawan atau biar padan dengan bahan sos.
2. Masukkan santan, kobis dan masak biar mendidih sambil dikacau sekali sekala biar sayur lembut sikit.
3. Masukkan ayam, bawang, daun limau dan perasa secukup rasa.
4. Masak biar mendidih lama sikit agar ayam masak, padamkan api.
5. Bila nak hidang, masukkan bihun dalam mangkuk dan tomyam secukupnya, tabur sedikit daun ketumbar dan cili padi.

yg updated sbelum ni versi maggie tomyam, klu xde idea utk berbuka ptg nti bleh la buat menu expres ni..bagi yg suka pedas tu bleh la letak cili lebih skit..memang xckup semangkuk ni, sedapp hirup tomyam panas..guna isi ayam gini nk mkn pun senang, klu udang nk kena kupas kulit plak kan...

Friday, June 26, 2015

Baked Chicken Pasta

Assalamualaikum w.b.t.."Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni" (Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), doa yg Rasulullah saw ajar pada Aisyah r.a jika bertemu dengan malam Lailatulqadar..tiada apa yg diharapkan dlm hidup ini selain dri keampunan dari yg Maha Esa dan mengharapkan syurgaNya serta dijauhi dari azab api neraka..

mood tgh rajin la plak sehari dua updated dapur maya ni, tapi ni pun masih lagi dgn menu lama yg duk peram dlm folder tu..juadah berbuka ptg semlm buat bihun tomyam dan tebar murtabak lgi, 3x dh la buat murtabaknya..baru smlm la pegang kamera balik..klu pasta ni memang selalu sangat duk buat..dlm puasa ni pun dh buat skli utk berbuka awal minggu hari tu rasanya..respi mcm sebelum ni jgk, cuma yg ni masuk isi ayam yg digrill dulu...InsyaaAllah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada...

Baked Chicken Pasta by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 tin (400g) whole peeled tomato - ada jual kat pasaraya
  • 1 labu bawang besar bombay - dadu
  • 2-3 sudu besar sos cili
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 helai daun bay
  • 2 sudu besar extra virgin minyak zaitun
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu kecil daun basil kering
  • mozarella cheese secukupnya
  • sedikit gula dan garam jika perlu
  • macaroni/pasta secukupnya - rebus hingga lembut dengan sedikit garam & minyak zaitun/minyak sayur
  • 1 keping isi dada ayam, hiris nipis sikit - lumur dengan secubit garam dan masak atas kuali non stick tanpa minyak dikedua bahagian hingga masak, kemudian potong nipis
Cara

1. Panaskan minyak zaitun, masukkan bawang dan masak sekejap, kemudian masukkan daun bay, tomato dan jusnya, tekan-tekan dengan senduk biar hancur
2. Masukkan kiub pati ayam, sedikit air jika perlu dan masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala.
3. Masukkan sos cili, lada hitam dan daun basil, perasa secukup rasa (maz masuk juga gula dalam 1 sudu ) dan masak sampai sos jadi sedikit pekat, padamkan api.
4. Dalam bekas tahan panas masukkan macaroni, isi ayam dan sos secukupnya, kacau sebati dan biar sos tu lebih sikit agar bila masak nati tidak terlalu kering. 
5. Tabur cheese secukupnya dan sedikit daun basil kering, bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 10-12 minit atau hingga cheese sedikit perang.

menu cepat dan semua suka..buat utk juadah berbuka pun boleh kan, klu ada tetamu yg tak dirancang pun bleh sangat buat menu ni, kat dapur tu stok cheese memang jarang putus...frozen je biar duk diam situ..senang bila nk guna tu benda dah ada...

Thursday, June 25, 2015

Udang Masak Merah Madu

Assalamualaikum w.b.t..Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni" (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), doa yg Rasulullah saw ajar pada Aisyah r.a jika bertemu dengan malam Lailatulqadar...
bertemu sekali lgi, tpi masih dengan menu lama sebelum Ramadhan..biasanya klu lauk udang tu duk pusing gaya masak yg sama je..satu hri tu saja ubah selera plak, resipi asalnya ayam masak merah yg biasa duk buat tu..ada kat sini, cuma kli ni kerjakan udang plak, pastu letak madu sikit..Alhamdulillah kena dgn selera umat kat rumah ni..klu masak merah gini memang dpt sambutan..mohon maaf atas kekurangan yg ada dan InysaaAllah semoga jumpa lagi...

Udang Masak Merah Madu by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 12-15 ekor udang saiz sederhana besar, belah belakang dan toskan
  • 5-7 ulas bawang merah@1 labu bawang besar *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 batang serai - hiris *
  • 2 inci halia muda *
  • 1/2 cawan cili kisar - rebus cili kering & kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 labu bawang besar - hiris
  • 1 sudu besar madu
  • garam,gula secukup rasa & aji jika suka
Cara

1. Gaul udang dengan sedikit garam kunyit dan goreng separuh masak, angkat dan toskan.
2. Kisar semua bahan bertanda * dengan sedikit air hingga lumat.
3. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar hingga wangi.
4. Masukkan cili kisar dan masak dengan api sederhana hingga pecah minyak, kemudian tambah air sikit dan tumis hingga cili masak.
5. Masukkan sos cili, sos tiram, madu, bawang besar dan tambah air sikit lagi, masak seketika lagi.
6. Masukkan udang, kacau biar sebati dan perasa secukup rasa.
7. Masak sambil dibalikkan biar udang sebati dengan sos. 

berbuka ptg smlm abangngah mintak kuih cara manis..buat la 1 cwn tepung, tu pun xsnap jgk..mood nk amik gambar masakan hilang terus la buat masa ni...

Wednesday, June 24, 2015

Kuih Bakar Pandan


Assalamualaikum w.b.t..Assalamualaikum w.b.t..Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni" (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), doa yg Rasulullah saw ajar pada Aisyah r.a jika bertemu dengan malam Lailatulqadar..sama2 kita baca la selalu doa ni sepanjang bln yg mulia ni semoga Allah swt ampun dan terima doa2 kita...
masih lagi dgn menu sebelum puasa..tetiba suatu hritu tu tekak ni terasa nk mkn bingka pandan atau nama lainnya kuih bakar..memang lama benar la xmkn kuih ni..rspi dri Kak Zana myresipi, jazakillahukhairan kak atas respi yg dikongsi, memang sedapp..lemak berkrim, nk buat pun semudah ABC..terima kasih sekli lagi pada yg sudi singgah dapur yg semakin xbermaya ni..harap dpt dimaafkan atas segala khilaf, Inysaa Allah semoga bertemu lagi...

Kuih Bakar Pandan @ Bingka Pandan by http://ilhamdapur.blogspot.com
Resipi : Kak Zana myresipi
Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air pandan
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan susu cair
  • 3 biji telur
  • sedikit garam - maz tambah
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit pewarna kuning - maz tambah
  • bijan secukupnya - untuk tabur, jika suka
Cara

1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar/blander, kecuali bijan dan kisar biar sebati.
2. Sapu loyang dengan sedikit minyak, tuang adunan tadi dan tabur bijan secukupnya.
3. Bakar selama 40 minit dengan suhu 180 C atau lebihkan sedikit lagi masa membakar jika nak permukaan yang berkerak.
4. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.


ni pun asalnya xnak snap..dh tinggal 2 ketoi yg last baru terasa gatai nk posing..yg buat ni 3 hri bru hbis..simpan lam peti la tkut basi, wpun duk lam peti tetap lembut, tapi balut dgn plastik la kan..ni posing kuih yg dh 3 hri la ye, pastu buat plak 1/2 rspi..dh 2x la buat bingka pandan ni...

Tuesday, June 23, 2015

Sambal Goreng

Assalamualaikum w.b.t.."Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni" (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), doa yg Rasulullah saw ajar pada Aisyah r.a jika bertemu dengan malam Lailatulqadar..baca la selalu doa ni sepanjang bln yg mulia ni semoga Allah swt ampun dan terima doa2 kita..

apa kbar semua, baru hri ni terasa nk update blog ni..sebenarnya memang berat sangat dh nk menulis, tapi sebab gambar lama ada skit lgi..sambal ni pun menu sblum Ramadhan lgi..dh lama xpegang kameranya..dlm puasa ni memang setiap hari masak..setiap petang mesti ada 2-3 jenis kuih sbb suami berbuka dan sahur mkn kuih je, xamik nasi..tpi sekali buat skit2 je la...buat stok cucur badak atau popia..pastu sekli goreng 6-7 bijik je...hri pertama puasa buat pulut panggang..murtabak pun dh 2x...pastu kelmarin buat pengat pisang sbgai kuih manis disamping murtabak..ptg semalam sira pisang, goreng popia dan cucur badak skit..ptg ni pun request murtabak lgik..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Sambal Goreng by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 5 ulas bawang merah *
  • 1/2 inci halia *
  • 1 sudu besar udang kering *
  • 1/2 inci belacan *
  • 1 mangkuk kecil cili kisar @ cili kering buang biji secukupnya, rendam sekejap dlm air panas kemudian kisar bersama bahan bertanda * diatas nati.
  • 3 keping tauhu - hiris nipis
  • 1 biji ubi kentang saiz sederhana besar - hiris nipis
  • 1 batang lobak merah - hiris panjang
  • 3 ulas bawang putih - hiris nipis 
  • 4-5 keping sayap ayam - potong kecik @ 1 mangkuk kecil jantung ayam/pedal
  • 1 labu bawang besar - hiris nipis
  • kacang panjang secukupnya
  • garam @ serbuk pati ayam dan gula secukup rasa
Cara

1. Kisar lumat bahan bertanda *.
2. Dalam kuali panaskan minyak secukupnya, goreng ubi kentang biar masak atau sedikit garing kemudian angkat dan ketepikan.
3. Goreng pula tauhu hingga sedikit perang, angkat dan ketepikan, kemudian goreng kepak ayam.
4. Dengan kuali yang sama, tinggalkan minyak untuk menumis secukupnya dan tumis bahan kisar bersama cili kisar hingga wangi.
5. Masukkan bawang putih, lobak merah dan ayam, masak sambil dikacau sekali sekala.
6. Masukkan bahan lain dan perasa secukup rasa, kacau balik biar semua bahan mesra dan sambal sedikit kering.

boleh buat sambal goreng ni pun kes nk perabiskan tauhu..kat asian store jual 1 paket ada 8 keping...xbleh nk beli skit...jadi goreng gini suami ratah je..kuih2 yg buat bln puasa ni memang xsnap 1 pun lagi...mood nk pegang kamera xde sungguh la skrang ni...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...