Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, February 28, 2012

Bubur Pulut Hitam

Assalamualikum..layan bubur la plak..tpi ni pun dh lama jgk kejadiannya..kat umah ni hnya kita nga alisa je yg mkn bubur plut hitam ni..tpi sbb anak mtak nk mkn..buat la jgk..tu pun buat lepas maghrib..jdi mlm tu layan bubur la kami..

Bubur Pulut Hitam by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan beras pulut hitam - cuci bersih
  • 2-3 cawan santan
  • 1 helai daun pandan
  • gula secukup rasa
  • sedikit garam
  • 1-2 sudu besar tepung beras (utk pekatkan kuah)

Cara

1. Rebus beras pulut hingga separuh masak, kemudian cuci/bilas 2-3 kali buang air hitam dan masukkan air baru, kemudian rebus lagi sehingga beras lembut. Angkat dan toskan.

2. Dalam periuk satukan tepung beras, gula, garam dan daun pandan. Kacau sebati agar tidak berketul. Kemudian masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu hingga mendidih. Perasakan manis secukup rasa.

3. Sedia untuk dihidangkan.

sbnarnya teramat jarang sngat buat bubur2 ni sbb kurang smbutan..tpi skali skala mkn sdpp kan..klu buat bubur pulut itam ni kita suka msk asing2 pulut dan santan..klu msak skali  nti kuah tu hbis jdi wrna itam jgk..

Monday, February 27, 2012

Mixed Fruit Cheese Tart

Assalamualaikum..mnu apa ye smua utk thgri ni..kita msk kari ayam je lauk anak2..kat rmah ni xleh mks yg lain dri biasa..klu yg msuk santan ni kari anak2 mkn la..pgi ni x p taichi..jdi kluarkan peluh dgn buang rumput2 kat laman yg seluas 3 tapak tu..kita suka brkebun ni..rsa damai je..ok la tart ni pun buat 2 mngu lepas lgi..sblum ni dh pernah buat rspi dri Mama ni utk tart shellnya..ada kat sini..tpi kli ni pun msih buat filling guna La Vachee Cheese sma mcm yg buat msa kat bahrain dlu..sbjik ni saja buat saiz bsar utk pda jiran sbb nk balas pinggannya bkas laksa..

Tart Shell by ilhamdapur.blogspot.com
Resipi : Mamafami
Bahan-bahan (utk tart shell, filling cheese maz guna resipi sini)

(A)

  • 100g icing sugar
  • 200g butter
  • 1/4 teaspoon vanilla essence

(B)

  • 1 egg

(C)

  • 420g flour
  • 1 tablespoon milk powder

Method :

1. Beat (A) till soft. Add in B and continue beating till well mixed.
2. Add in (C) to form a soft and smooth dough.
3. Take a bit of dough and press it onto the tart casing.
4. Poke the base with a fork. Bake for 12 minutes or till golden brown. Remove from oven and let it cool.

Note : Tart shells must be kept in an airtight container.


mcm dlu jgk buat 1/2 rspi je..bleh dpt sbjik saiz gedebak ni dan slebihnya saiz biasa..anak2 memang xsuka tart2 ni..jdi yg tart shell saiz kecik2 tu kita buat filling kastard plak dan bwa p rmah kwn jgk..nti n3 lain kli la plak yg tu..slalunya klu msk kuih2 mcm ni atau yg seangkatan dgnnya jarang utk mkn sdri..sbb anak2 msih kurang minat kuih2 mcm ni..kita pun herannn..

Sunday, February 26, 2012

Bingka Labu Lagii..

Assalamualaikum..kuih yg sedapp..lemak manis ckup rsanya..sblum ni pun dh buat..ada kat sini..kli ni buat 1 rspi penuh..dpt la 2 bjik saiz munga ni dan 1 lgi bks kecik..msa kat bahrain hri tu buat suku rspi je..kli ni buat utk bwa p rmah kwn..semua ckp sdppp..rspi kita letak skli lagi la ye..mksih skli lgi ye Che Mat..

Kuih Bingka Labu by ilhamdapur.blogspot.com
Resipi : Che Mat Gebu
Bahan-bahan

  • 5 biji telur Gred A - maz guna 3 biji saja
  • 200 ml air
  • 300 ml pati santan (mat guna santan kotak) - maz guna susu cair+whipping cream+sedikit santan serbuk
  • 200 g tepung gandum
  • 180 g gula halus
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus
  • bijan secukupnya - ni maz tambah sendiri, xletak pun takpe  
          
Cara

1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.

    2. Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.

    3. Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.

    4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

    jamu mata je la ye..dan lama selamat kami berknduri nga kuih ni..

    Saturday, February 25, 2012

    Biscuit Choc Chip Cornflake

    Assalamualaikum..msih lgi dgn mnu lama..hri ni xde aktvti apa..cuma belah ptg je p majlis bertunang anak kwn..bskut ni buat bln lepas lgi kes nk hbiskan unsalted btter yg dh lama bli..pastu tgk cornflake pun ada skotak lgi lam lemari tu yg lebih buat ckut raya thun lepas..sibaik lum expire lagi..jdi tu yg digodek2 buat ckut ni..tpi memang sdpp..rangupp..yg siap dlm plstik tu kita bgi pda kwn skit..dia pun ckp sedapp..

    Biscuit Choc Chip Cornflakes by ilhamdapur.blogspot.com
    Resipi : taste.com
    Bahan-bahan

    • 125g butter, chopped, softened  - maz guna unsalted
    • 2/3 cup caster sugar - maz kurangkan 3 sudu besar
    • 1 teaspoon vanilla essence
    • 1 1/4 cups self-raising flour, sifted 
    • 1 tablespoon milk
    • 1 1/2 cups cornflakes 
    • 2/3 cup milk choc bits
    • 1/2 tsp salt - ni maz tambah sediri sebab guna mentega tanpa garam

    Method

    1. Preheat oven to 180°C. Line a large, flat baking tray with Mackies Nonstick Bakeliner.
    2. Using an electric mixer, cream butter, sugar and vanilla in a bowl until pale and creamy. Add flour. Mix on low speed until just combined. Add milk. Stir until dough comes together. Using a wooden spoon, stir in cornflakes and choc bits.
    3. Roll tablespoonfuls of mixture into balls. Place on Mackies Nonstick Bakeliner, allowing enough room for spreading. Flatten balls slightly with a spatula.
    4.  Bake cookies for 10 to 12 minutes or until light golden. Stand for 5 minutes. Transfer to a wire rack to cool completely. Repeat with remaining cookie mixture.
    cuma kita kurangkan sukatan gula sbb dh tahu biasanya rspi omptih ni agak manis..pstu mls nk buat bolat2..main tekan2 gitu je..tu yg leperr jee..tpi memang rangupp dan sedapp..kita buat 2 adunan terus sbb nk bagi pda kwn skli..

    Friday, February 24, 2012

    Rendang Daging Sambal (Tanpa Santan)

    Assalamualaikum..time ada kerajinan dan msa ni kita update la cpat2..xthu la kut esok lusa hilang blik smngat yg hangat2 tahi ayam ni..hehee..rendang ni patner nga plut kuning tu..wpun xmsuk santan tapi sedap sngattt..mkn nga nasi putih pun bleh hbis brpngan2..nk buat pun cpat dan mudah je ..nma tu main letak je la..asalkan ada nma nk sebut kan..

    Rendang Daging Sambal by ilhamdapur.blogspot.com
    Bahan-bahan
    •  400g daging - hiris nipis
    • 2 labu bawang besar *
    • 15-20 tangkai cili kering - rendam air panas dan buang biji* - jika suka pedas boleh tambah
    • 1 ulas bawang putih*
    • 1/2 inci halia*
    • 1-2 batang serai - diketuk
    • 3-4 helai daun limau purut
    • 1 keping asam keping
    • 1/2cawan minyak masak
    • garam, gula dan perasa secukup rasa

    Cara

    1. Pastikan daging dihiris nipis-nipis saiz kecil

    2. Kisar hancur bahan yang bertanda * bersama 2 cawan air.

    3. Dalam kuali masukkan daging, bahan yang dikisar, serai, daun limau purut, asam keping dan minyak masak. Gaul sebati

    4. Masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala, tutup kuali agar daging cepat lembut dan perasakan secukup rasa. Kalau daging masih belum lembut boleh tambah air sikit-sikit.

    5. Masak sehingga hampir kering. Padamkan api dan boleh la dihidangkan dengan nasi putih atau pulut kuning.
      
    kita mkn nga roti jala pun sedapp..klu mkn nga nsi lgi la sdppp ni..

    Thursday, February 23, 2012

    Pulut Kuning

    Assalamualaikum..asik tenggelam timbul je..biasa la klu dh tuannya xbrapa rajin tu kan..alamaknya asik dgn menu basi la dpur ni..jdi nk bgi smngat skit..tu yg buat pulut kuning ni..hahaaa..sbnarnya pulut ni buat lama bnar dh..tpi sbb malas betul nk update..jdi tu yg terperam berminggu2..apa2 pun mksih pada pengunjung yg sdi singgah dpur yg xsberapa ni..kli ni terajin plak nk taip rspi pulut ni..tkpe la bleh anak2 buat rjukkan dimsa akan dtg kan..

    Pulut Kuning Kukus by ilhamdapur.blogspot.com
    Bahan-bahan

    • 2 cawan beras pulut
    • santan secukupnya (dlm 1 cwn)+garam secukup rasa

    Cara

    1. Rendam beras pulut 8 jam atau semalaman dengan sedikit serbuk kunyit (sebagai pewarna kuning) dan 2-3 keping asam keping (tujuannya agar pulut bersinar bila masak).

    2. Sediakan pengukus dan toskan pulut kemudian masukkan dalam pengukus dan buat lubang-lubang kecil (agar masak sekata). Kemudian kukus sehingga pulut masak/lembut.

    3. Angkat dan masukkan dalam bekas kemudian tuang santan dan gaul sekata. Kemudian kukus semula seketika lagi sehingga pulut lembut (dalam 5-6 minit) atau bergantung pada kuantiti pulut yang dikukus.

    3. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

    jamu jamu mata je la ye..pulut ni kita buat mkn nga rendang daging..
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...