Assalamualaikum w.b.t
nak tnya la kut ada yg arif pasal ni..knape ye, terkejut tgk blog list kwn2 selama ni semua hilang..site bar tu tinggal majalah je, wpun sekarang berblog sorang dri je..xde buat blog working, tpi tetap sayang dan ingat zaman kemesraan berblog dedulu..ada sapa yg tahu ke kenapa, maz xde usik apa2 pon..Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..
'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...
Thursday, September 29, 2016
Fillet Ayam Masam Manis
Assalamualaikum w.b.t
'Astaghfirullah robbal baraya, Astaghfirullah minal khotoya' (Ampuni hambamu ya Allah, Tuhan sekalian makhluk, Ampuni hambamu ya Allah dari segala dosa), semoga Allah swt forgive and show us what the best, Ameen.
lauk ulang tayang jgk ni, memang kerap kat rumah ni duk masak lauk jenis manis2 gini..anak2 suka dan utk menyelamatkan bahagian dada ayam sbb klu masak buat lauk sketoi gitu xlaku, jdi tu buat fillet gini..klu nk tgk versi rangup ada kat sini, yg buat kerabu dgn dada ayam ada sini, yg guna fillet ikan kerapu kat sini, InysaaAllah jumpa lagi..idea pon xde sangat nk bercerita pgi ni dan maaf atas apa yg tidak semuprna..
FILLET AYAM MASAM MANIS by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
Bahan-bahan
- 300g dada ayam - potong nipis, toskan
- 1/2 cawan allpurpose flour/tepung gandum @ secukupnya
- 1 biji telur - kocok
- 1 ulas bawang putih - ketuk
- 1/4 cawan sos cili @ secukupnya
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos manis thai/apa-apa sos pencicah
- 2 sudu besar sos tiram
- garam/serbuk pati, gula secukup rasa
- 1 labu bawang besar - dadu kasar
- 1 biji tomato - dadu kasar
- 1 biji lada benggala merah/hijau - potong kasar
- 2 keping nenas - potong kasar
- minyak masak secukupnya
1. Panaskan minyak untuk menggoreng secukupnya
2. Masukkan tepung dan sedikit garam dalam plastik, goncang biar sebati.
3. Dalam mangkuk besar satukan telur dan isi ayam, masukkan dalam plastik tepung dan goncang- goncang biar bersalut dengan tepung sepenuhnya,/tebal.
4. Amik satu-satu, masukkan dalam minyak panas dan goreng biar sedikit garing dikedua bahagian, angkat dan ketepikan.
5. Dengan kuali lain, panaskan sedikit minyak untuk menumis, masukkan bawang putih dan bawang besar, masak sekejap biar naik bau, kemudian masukkan lada benggala dan nenas.
6. Masukkan semua jenis sos, sedikit air dan masak biar sos berbuih sekejap, perasa secukup rasa dengan gula, sedikit garam atau serbuk pati.
7. Masukkan ayam goreng tadi, sebatikan dan masak seketika biar mesra dengan bahan sos.
klu masak lauk gini pasangannya buat tomyam atau sup, kekadang tu buat 1 lauk ni je utk anak2 klu suami xnk mkn nasi..
Labels:
Ayam
Wednesday, September 28, 2016
Pichi Pichi..Kamoteng Kahoy( Filipino Tapioca Dessert )
Assalamualaikum w.b.t
'La ḥawla wa laquwwata illa billah' (tiada daya upaya melainkan padaNya jua la tempat berserah), semoga kita sentiasa dlm lindunganNya, Ameen.
kue ni pun kejadian bln 4 lgik! lamanya duk peram pichi-pichi pinoy ni, tukang masak ni memang suka kue ubi kayu kukus gni..kue ni sama je mcm talam lapis ubi kayu yg kat sini, cuma pichi pichi ni lgi mudah sebab 1 warna je..xpyah nk melapis, kat asian store pon ada jual kue ni..tpi maz xpernah beli, yg bleh terbuat kue ni sbb tgk kat kedai tu la..kat sini pon ada yg buat sblum ni, sni ubi kayu ada jual kat mana2, dtg dri india dan sri langka..rupenya org india pon kuat jgk mkn ubi kayu ni, org india kat sni memang ramai dan majoritinya muslim dari Kerala..bkn mamak, tpi memang asal usul mereka dh islam..ok la InysaaAllah semoga jumpa lagi, nk bersiap pergi care4 beli grocery, maaf atas khilaf yg ada..
PICHI PICHI (KAMOTENG KAHOY) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
Bahan-bahan
- 300g ubu kayu (timbang yg dah dikupas kulit) - dipotong kecil dan buang uratnya
- 1/2 cawan air - untuk kisar ubi
- 50ml santan cair
- 100g gula
- secubit garam
- sedikit pewarna hijau @ warna pilihan
- kelapa parut secukupnya+garam sikit
1. Kisar ubi kayu dengan air, kisar tu jangan terlalu lumat sangat, biar kasar-kasar sikit macam pasir halus gituw.
2. Tuang dalam penapis biar air sejat sikit, tak perlu tekan letak gitu je sekejap.
3. Satukan semua bahan lain kecuali kelapa parut dan kacau sebati.
4. Tuang dalam bekas yang disapu dengan sedikit minyak dan kukus selama 20-25 minit (balut tutup pengukus dengan tuala/kain).
5. Keluarkan dari pengukus dan sejukkan betul-betul baru dipotong dan golek dalam kelapa parut.
nk buat pun mudah sangat..kisar je dlm blander, pastu kukus..xpyah nk parut2, kuih berasakan ubi kayu ni memang sedap kan! klu ubi kayu rebus cicah kelapa pon bleh hbis 3-4 ketoi..
Labels:
Kuih Muih
Monday, September 26, 2016
Dalca Ayam
Assalamualaikum w.b.t
'SubhanAllah 33x, Alhamdulillah 33x, AllahuAkbar 33x, La ilaha illallahu, wahdahu la sharika lahu, lahul-mulku wa lahul-hamdu, wa huwa `ala kul'li shai’in qadir 1x', zikir selepas solat fardhu sunnah Rasulullah saw. (Sabda Rasulullah saw : Barang siapa yang membacanya selepas solat fardu, akan dihapuskan dosanya walaupun sebanyak buih dilautan - Hadith Muslim), sama2 kita amalkan, semoga Allah SWT accept our good deeds, forgive our sins, our parents and bless us with His mercy, Ameen.
sekali sekala masak dalca, tpi klu kari ayam atau org klate panggil gulai ayam nasi berlauk tu kerap jgk duk buat, selalunya klu org buat dalca mesti ada pasangannya nasi deh! maz pun masak dalca ayam ni utk digandingkan dgn nasi tomato, klu nasi jenis berperisa tu bleh kata duk buat selalu jgk sbb anak suka mkn nasi jenis gitu..utk sayur bleh guna sayur lain jgk, tu pon main buh je apa yg ada dlm esbox, dalca ni masak mcm masak kari biasa je..cuma masuk serbuk ketumbar sbb suka sangat bau wangi ketumbar tu, kari pun lgi sedap! resipi kat bawah ni kecik je, memang buat sikit sbb ada lauk lain jgk..klu nak masak bnyk gandakan bahan, terima kasih sekli lagi pada yg sudi singgah dapur kecik ni..semoga segala cacat cela yg ada dpt dimaafkan dan InysaaAllah jumpa lagi..
Bahan-bahan
- 1/2kg ayam - potong sederhana kecik
- 1 cawan santan
- 3 ulas bawang merah *
- 1 ulas bawang putih *
- 1/2 inci halia *
- 1 tangkai daun kari - option
- 2 sudu besar serbuk kari - bancuh dengan sedikit air
- 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1 kayu manis, 3 biji buah pelaga, 2 bunga lawang, 3 bunga cengkih (rempah 4 sekawan)
- 1 keping asam gelugur
- 1 inci nisan kelantan/gula melaka
- sayuran - maz guna terung, kacang panjang, zuchinni, lobak merah, bunga kobis, cili hijau, ubi kentang
- garam, gula dan aji jika suka
- minyak untuk menumis secukupnya
1. Cuci ayam dan toskan.
2. Tumbuk lumat semua bahan bertanda *.
3. Panaskan minyak untuk menumis, masukkan rempah 4 sekawan, daun kari dan bahan tumbuk, tumis biar bawang masak, masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak sambil dikacau selalu.
4. Masukkan serbuk ketumbar, tumis lagi dan masukkan 2-3 sudu besar air, tumis seketika lagi dan masukkan air sikit lagi.
5. Masukkan ayam, sebatikan dan masak biar ayam mesra dengan bahan rempah dan keluar airnya, tutup periuk biar berwap dan kacau sekali sekala.
6. Masukkan air (dalam 2 cawan ke), asam gelugur, nisan dan masak biar mendidih lama sikit biar bahan rempah masak sempurna (masa ni orang kelantan panggil mati awah, masak dalam 8-10 minit), masukkan ubi kentang, lobak merah, zuchinni, terung, cili hijau, sedikit garam, gula dan masak biar sayur sedikit lembut.
6. Masukkan air (dalam 2 cawan ke), asam gelugur, nisan dan masak biar mendidih lama sikit biar bahan rempah masak sempurna (masa ni orang kelantan panggil mati awah, masak dalam 8-10 minit), masukkan ubi kentang, lobak merah, zuchinni, terung, cili hijau, sedikit garam, gula dan masak biar sayur sedikit lembut.
7. Masukkan santan dan perasa secukup rasa, masak seketika lagi biar santan mendidih dan masukkan baki sayur (jenis cepat lembut masuk kemudian), biar sekejap kemudian padamkan api.
santan tu saja buh sikit sebab tak suka kuah pekat sangat, terpulang pada citarasa la ye..bleh guna santan semua kalau suka lemak, pasangannya nasi tomato tu entah bila la plak turnnya..mungkin lambat la skit update sbb bru kluar nasi ayam tu..
Labels:
Ayam
Sunday, September 25, 2016
Hainanese Chicken Rice Lagi
Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma innii zhalamtu nafsii zhulman kat'siiran wala yagh'firudzunuu'ba illa anta, fagh'firlii maghfiratan min in'dika warhamnii innaka'an tal'ghafuur ru'rahim'
(Ya Allah, aku melakukan kezaliman yang banyak atas diriku sendiri dan tiada yang mengampuni dosa selain Engkau, maka berilah aku keampunan dari sisiMu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang), doa yang cukup indah yg diajar oleh Rasulullah saw kepada sahabat yg paling disayangi baginda, Sayyidina Abu Bakar As Siddeq R.A, sahabat yang telah dijanjikan syurga, sama2 kita amal baca selalu, semoga Allah swt forgive our sins we have done and accept our doa, Ameen.
menu yg teramat kerap duk ulang buat, bleh kata setiap bln mest masak nasi ayam..tpi mcm selalu la jgk, ni pon kejadian awal bln 5 lgik! utk nasi tu tumis bawang bersama daun pandan, wangi semerbak baunya..pastu masuk kicap sikit nak bgi gelapkan warna nasi, klu dedulu letak kunyit, kat rumah ni semua suka nasi ayam yg mami buat..anak2 plak lebih minat nasi jenis 1 lauk gini, mungkin sbb dh biasa dgn nasi arab..tpi nasi ayam ni memang mudah sangat nk buat deh, tukang masak ni suka masak yg simple gini..resipi sama je mcm yg dh ada kat sini, InsyaaAllah jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak menyenangkan..
afiq la fanatik sangat dgn nasi ayam mami dia ni, klu buat tiap2 minggu pon tkpe..maz letak halia dan bawang putih bnyk nk bagi bau fresh, jdi xde la bau hanyir ayam.
- 1kg ayam - jangan potong, cuci dan toskan (maz guna ayam sekor berat 1kg)
- 2 inci halia
- 1 labu bawang putih
- 1/2 sudu besar kicap manis *
- 1 sudu besar sos tiram *
- 1/2 sudu besar madu *
- garam secukup rasa
Cara
1. Tumbuk lumat halia dan bawang putih, amik separuh dan lumur pada ayam termasuk dicelah kulit, separuh lagi tu ketepikan untuk guna kemudian.
2. Didihkan air dengan sedikit garam atau serbuk pati, masukkan ayam dan rebus hingga ayam lembut (dalam 20 minit gitu atau bergantung pada saiz ayam), keluarkan ayam dan simpan air rebusan.
3. Ambil separuh pulak dari bahan tumbuk yang disimpan tadi, sebatikan dengan semua bahan bertanda *, ketepikan 1 sudu kecil campuran ni untuk masak nasi, yang selebihnya lumur pada ayam.
4. Letak ayam dalam loyang, bakar selama 30-35 minit atau hingga perang dengan suhu 180 C, panaskan dulu oven 10 minit sebelum masuk ayam.
Nasi
- 2 cawan beras basmathi - cuci, toskan
- 2 helai daun pandan - simpul
- 1/2 inci halia - hiris nipis
- 2-3 sudu besar minyak sayur
- 1 kiub pati ayam/garam
- baki bahan tumbuk dari ayam
Cara
1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk yang separuh lagi tu biar naik bau, masukkan daun pandan.
2. Masukkan campuran sos (baki yang simpan untuk lumur pada ayam tadi), beras, halia dan separuh air dari rebusan ayam tadi (simpan sikit untuk sup), kalau air rebusan tak cukup, boleh tambah air biasa dan boleh tambah kicap lagi jika perlu.
3. Masukkan kiub pati atau garam secukup rasa, masak seperti biasa, bila nasi dah mendidih kacau sikit biar sebati, biar nasi masak sepenuhnya.
4. Sedia dihidang bersama kicap, air cili, salad dan sup (sup tu masak balik sekejap dan suaikan secukup rasa), tabur bawang goreng dan sedikit daun bawang.
5. Untuk resipi sambal cili dan kicap ada kat sini.
selepas buat yg ni, rsanya dh lebih 6-7x duk buat plak nasi ayam ni..bru je minggu lepas pon bernasi ayam ni jgk, cuma xsnap je..bkn apa yg ni pon baru nk update! tukang masak ni klu mkn nasi ayam suka curah air cili bnyk2 atas ayam, meratah pon sedapp..
Sambal Udang Petai
Assalamualaikum w.b.t.
'La illaha il'lallah wahdahu la sharika lah, lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa 'ala kul'li shayin qadeer (tiada Tuhan selain Allah, tiada sekutu bagi Allah, yang memiliki langit dan bumi dan yang berkuasa atas segalanya), zikir selepas solat fardu sunnah Rasulullah saw, baca 10x selepas solat maghrib dan subuh sebaik bagi salam..sama2 kita amalkan semoga Allah swt have mercy on us all, forgive our mountainous sins and strengthen our iman, Ameen.
ni pon menu frozen, kli ni petai frozen..ada beli petai kat asian store 2 bln sudah masa tgh ada stok..lebih suami buat ulam frozen skit, tu yg buat sambal ni, buh pon berapa bijik je..kena jimat, sayang tkut cepat hbis! kat rmah ni memang kerap duk masak sambal gini, klu tak udg..sambal telur rebus atau sambal bilis..kli ni buat versi kupas kulit terus, senang skit org yg nk mkn..InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..
SAMBAL UDANG PETAI by ilhamdapur.blogspot.co
Bahan-bahan
1. Kupas kulit udang, tinggal ekor saja dan buang urat hitam, toskan.
Bahan-bahan
- 8-10 ekor udang saiz besar
- 1/2 labu bawang besar bombay *
- 1 ulas bawang putih *
- 1/2 cawan cili kisar - rebus cili kering, kisar lumat
- 1 labu bawang besar - hiris nipis
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos cili
- 1 keping asam gelugur
- sedikit nisan/gula melaka
- petai secukupnya
- garam, gula secukup rasa dan aji jika suka
- minyak untuk menumis secukupnya
1. Kupas kulit udang, tinggal ekor saja dan buang urat hitam, toskan.
2. Tumbuk sedikit lumat bahan bertanda *, panaskan minyak untuk menumis secukupnya, masukkan bahan tumbuk dan tumis biar bawang masak.
3. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak dengan api sederhana, tambah air 2-3 sudu dan tumis lagi, ulang tambah air ni 2-3x biar cili masak elok, kemudian masukkan bawang hiris.
4. Masukkan asam keping, nisan dan air secukupnya, masak sambil dikacau sekali sekala biar mendidih lama sikit, masukkan sos cili, sos tiram, sedikit garam, aji dan gula secukup rasa.
5. Masukkan udang, petai dan masak dalam 64-5 minit, jangan masak lama sangat nanti udang kecut atau terlebih masak.
ni pon menu ulang tayang yg kerap jgk dh, klu masak sambal gini pasangannya selalu buat lemak putih bayam atau gulai kuning ikan..pastu ayam goreng mesti ada sbb afiq sorang xmkn udang klu buat lauk, dia klu udg goreng celup tepong je bru dia mkn..
Labels:
Udang
Saturday, September 24, 2016
Durian Crepe
Assalamualaikum w.b.t
'SubhaanAllahi wabihamdihi subhaanAllah hil'azim' (Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung), 2 kalimah yg ringan dilidah, berat ditimbangan Al Mizan (Riwayat Bukhari & Muslim), sama2 kita amal baca selalu sebagai zikir harian..semoga Allah swt make us among those who remember Him much, Ameen.
ni pun gmbar lama, durian crepe ni dkat 5 bln dh jgk duk peram dlm folder..dpt buat ni sbb ada durian yg naik kapal terbang, suami balik msia bln 4 hritu, jdi bawa durian frozen 1 bekas..dpt la ilang rindu, tu yg buat dessert yg kami semua suka ni..klu mkn gitu je kang cepat hbis plak, jdi guna skit2 buat kue..rsanya lepas buat kuih dadar kastard durian ni buat crepe ni plak, maz dgn suami la suka durian..kue dadar tu pon sedap sangat! nk buat plak durian dh hbis..InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak sempurna..
masih duk guna respi yg satu tu la..sni xde tepung canggih2 klu nk try yg guna 5-7 jenis tepung, resepi ni tepungnya ada kat sni..ni pon puas hati dh, crepenya xtebal dan xterkoyak..sedap la, jazakillahukhairan pada penyumbang resipi..
- 20g tepung gandum
- 20g tepung ubi
- 10g tepung kastard
- 10g tepung jagung
- 1 sudu besar minyak masak
- 1 sudu besar gula
- 1 biji telur (A)
- 40ml susu cair
- 150ml air
- sedikit essen vanilla
- sedikit garam
- sedikit pewarna - jika perlu
Cara
1. Campurkan semua bahan, gunakan whisk kacau hingga larut, tapiskan dan boleh dadarkan atas kuali non stick, tak perlu oles minyak jika guna kuali non stick, memang tak melekat. Siap dan sejukkan sekejap.
2. Cara melipat - fresh/whipping cream di pukul kaku/kental - isi durian secukup nya - letakkan fresh cream atas kulit, kemudian letak isi durian dan tutup/lapis lagi semula dengan cream, baru lipat dan sejukkan dulu dalam peti baru sedap.
selain dri crepe yg nipis, guna durian yg isi manis dan kuning bru sedap..kat Msia memang mewah dgn durian! ni suami bawa durian udang merah, dia beli 3 biji rm130..rsa murah sangat dh sbb kat sni durian putik pon rm60-70 sbjik, dh 2-3x beli balik peram pon mkn durian keras jgk..
Labels:
Dessert
Friday, September 23, 2016
Sup Ekor Ala Kedai Tomyam
Assalamualaikum w.b.t
'Hasbunallah wa'nik mal wakil' (cukuplah Allah penolong bagi kami), semoga Allah SWT guide us to the straight path, Ameen.
sup ekor ni pasangan dgn kerabu thai hritu, kerap jgk duk masak menu kedai tomyam ni sbb bahan mudah..klu masakan kampung tu susah la skit sbb sni xbnyk sayuran yg ada, stkat ikan singgang campur bendi gitu je la yg bleh buat..segala pucuk kayu lain xde, tpi sup ekor memang sedap kan..sni ekor fresh mudah, kat pasaraya pon ada..klu kat pasar lgi la, tergantung2..tnjuk je nk yg mna..resipi lebih kurang je mcm yg duk buat sblum ni, suka buat sup jenis xtumis gini, main rebus je dgn halia dan bawang putih..klu tumis tu rasa muak plak, lgipun sup kedai tomyam mana ada masuk rempah kan..supnya jenis cerah dan xde bau rempah, rasa masam limau nipis dan bnyk masuk bawang besar holland..sup ni rebus guna presure cooker senang keje, 1 jam dh lembut..InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas segala khilaf..
SUP EKOR ALA KEDAI TOMYAM by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
Bahan-bahan
- 1kg ekor lembu segar
- 1 inci halia - ketuk
- 2 ulas bwang putih - ketuk
- 1 keping asam gelugur
- 1 labu bawang besar holland - belah 8
- 1 biji buah tomato - belah 6
- 1 batang saderi - jika ada, kali ni takde stok
- 1 biji asam limau - amik jusnya
- 2 sudu besar sos tiram
- garam, gula secukup rasa & sedikit aji jika suka
- sedikit daun sup/daun bawang/cili padi/bawang goreng
1. Cuci bersih ekor, toskan.
2. Dalam periuk tekanan didihkan air bersama halia, bawang putih dan asam gelugur (air tu jangan banyak sangat ye sebab guna periuk tekanan air tak kering).
3. Masukkan ekor dan sedikit garam, tutup periuk tekanan dengan sempurna dan masak selama 50-60 minit dengan api perlahan, padamkan api dan buka periuk bila wap dah habis keluar.
4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan bawang besar, tomato, saderi jika guna dan sos tiram, tumis sekejap je dengan api besar sambil dikacau.
5. Tuang dalam periuk sup, suaikan secukup rasa dengan gula, jus limau dan aji jika guna.
6. Bila nak hidang tabur sedikit daun bawang/ daun sup, bawang goreng dan cili padi.
klu mkn kat kedai tomyam sup ekor dgn telur dadar je pun dh ckup sedap deh, sup gini biar rasa masam lebih skit bru ummphh! kat sni daun sup xde jual..pengganti daun sup ni maz guna daun saderi je klu ada stok, ni hiris daun bawang je la..dlm gambar tu daun ketumbar, memang xpernah putus kat rumah ni daun tu..
Labels:
Daging
Thursday, September 22, 2016
Terung Goreng Pedas Dengan Bilis
Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma innaka afuwwun tuhibul afwa fa'fuanni' (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), doa yang Rasulullah saw ajar pada Aisyah ra jika bertemu malam Lailatulqadar..sama2 kita amal baca selalu, semoga Allah SWT forgive us, our parents and accept our doa, Ameen.
agak kebzian skit shri 2 ni, ditambah plak dgn mood yg xberapa rjin..tu yg xde update blog, maaf la gmbar ni blur skit..ingat xnk tepek dh sbb kejadian pun dh dkat setengah tahun ni! buat hjun bln 3 lgik..tpi sbb xde lgi kat blog, letak la jgk..lauk ringkas yg sedap! kbetulan stok terung bnyk! bkn saja beli..tpi sbb org jual tu xde duit kecil nk bagi baki, dia pon main buh je terung tu dlm plastik..senang cerita deh! maz borong sayur tu masa penghujung musim sejuk awal thun hritu..dh puas duk buat gulai, celur sbb sbjik pun dh dpt 1 periuk..terung jenis besar, tu yg goreng dgn bilis ni..yg versi kentang plak ada kat sini..InysaaAllah jumpa lagi, selamat berhujung minggu dan maaf atas segala silap yg ada..
TERUNG GORENG PEDAS DENGAN BILIS by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
Bahan-bahan
- 1 biji terung - maz guna terung besar mcm dlm gambar kat bawah
- 1 mangkuk kecil bilis belah tanpa kepala
- 1 ulas bawang putih *
- 1/2 labu bawang besar *
- 1/4 cawan cili kisar
- 1 biji cili merah - potong serong
- 1/2 labu bawang besar - belah kasar
- gula, garam dan aji jika suka
- minyak untuk menggoreng secukupnya
1. Tumbuk sedikit kasar bahan bertanda.
2. Potong terung sederhana kecil, terpulang nak potong macam mana.
3. Panaskan minyak secukupnya, goreng terung biar perang dibahagian isinya, angkat dan toskan.
4. Dengan kuali yang sama, tinggalkan dalam 1/4 cawan minyak dan goreng bilis biar garing, angkat dan ketepikan.
5. Dengan minyak yang sama, tumis bahan tumbuk biar garing, masukkan cili kisar dan tumis biar pecah minyak, masukkan gula dan tumis sekejap lagi, suai secukup rasa (garam tu jika perlu sebab minyak bekas goreng bilis dah masin)
6. Masukkan terung, cili, bawang dan bilis, sebatikan dan goreng sekejap lagi biar sambal kering.
ni ler terungnya, sihat2 la..memang geram klu pergi pasar tu, segala sayur cantik2..pasar tu dlm taman luas, local people siap berkelah lgi kat situ..depa bawa segala periuk, tikar..bln 11 ni start blik la pasar tu sbb dh nak masuk musim sejuk..memang best la, maz duk borong tomato ceri dgn lada solok tu..suka mkn tomato tu, manis la! betul, sedap lgi dri angur..skli beli 3-4kg, pastu sblum smpai rmah duk mkn dh..main lap nga tisu je nyap2 dlm kereta dgn suami..
Labels:
Ikan Bilis,
Sayur
Tuesday, September 20, 2016
Ketam Bercili Thai
Assalamualaikum w.b.t
'Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku', sebahagian dri khutbah terakhir Khalil Allah, junjungan yg amat kita kasihi Rasulullah saw pada 9 Zulhijjah 10 Hijrah, di ARAFAH, semoga Allah swt guide us to the straight path, Ameen.
agak awal bersiaran pgi ni..kat sni pkul 6 tu matahari dh tinggi, ketam ni lauk sbln lebih dh jgk..kerap jgk duk masak seafood smjak lepas rya puasa hritu, bkn apa sbb dh xde lauk lain dlm peti tu selain ayam..ikan jarang beli sngat sbb kurang sambutan, pastu klu ayam plak duk masak mcm biasa je sbb afiq susah sikit cara mknnya..jdi bila dh boring tu masak udang atau ketam la, ketam ni ada org jual dekat rumah setiap ptg..pasar bsar maz pergi 2 minggu skli, klu kat pasaraya xbeli sangat ikan ni sbb xde pilihan..ada yg berkenan bru beli, daging pun suka beli kat pasar senang bleh pilih..ketam bercili ni lebih kurang je mcm yg buat sblum ni, cuma ni masuk pes cili thai dan thai sweet cili sos..tu yg jdi ketam bercili thai, sedap hingga jilat segala kaki tangan ketam! ketam pun isi penuh, klu dpt ketam segar masak apa pon sodap deh..nk beli ketam, pilih yg berat gitu bru bnyk isi..InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak sempurna..
guna pes cili thai ni, kat Msia pun bnyk jual..ni beli kat asian store, pes tomyam pun ada juga brand ni..sni barang siam gini bnyk, sos pun mcm2 ada..
KETAM BERCILI THAI by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
- 2 ekor ketam saiz besar - kerat 2
- 1/2 labu bawang besar bombay *
- 1 ulas bawang putih *
- 3 sudu besar cili kisar
- 1 sudu besar pes cili thai (maz guna mcm yg dlm gambar tu)
- 2 sudu besar sos cili
- 3 sudu besar sos manis thai/apa-apa sos pencicah
- 1 sudu besar sos tiram
- sedikit gula dan aji jika suka
1. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ketam sekejap biar separuh masak, angkat dan toskan.
2. Tumbuk lumat bahan bertanda *, dengan kuali lain panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk biar wangi dan bawang masak sikit.
3. Masukkan cili kisar dan tumis biar pecah minyak, masukkan pes cili thai.
4. Masukkan semua sos, sedikit air, gula, aji jika guna dan sebatikan.
5. Masakkan ketam, masak sambil tutup kuali biar ketam masak sekata dan balik sekali sekala.
6. Garam maz tak letak sebab dah masuk sos tiram dan masin dari air ketam dah cukup.
kerap jgk la smjak sblum puasa hingga lepas raya hritu duk beli ketam ni sbb geram tgk besar2 la..wpun xberapa nk beli sangat bila teringat bercinta depan meja time nk mkn tu..abangngah memang suka ketam ni, tpi dia xreti nk buat sdrik..suami pun sama, segala kaki tangan tu kita la yg kena habiskan..
Labels:
Seafood
Monday, September 19, 2016
Rojak Kangkung..Versi Berlainan
Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma inni as'aluka ‘ilman naafi'an, wa rizqan tayyiban, wa 'amalan mutaqabbalan' (Ya Allah aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanafaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima)
sama2 kita amal baca sebaik bagi salam selepas solat subuh, Sunnah RAsulullah saw..semoga permulaan hri kita diberkati dan Allah swt guid us to what's best and keep us steadfast on His straight path, Ameen.
rajin skit pgi ni nk duk depan lappy..skli lagi masih dgn cerita lama, dekat 5 bln dh peram rojak ni..knpe la maz smua ko duk ram je ni! klu ayam dh menetas..maaf la ye, tepek la jgk sbgai rujukan wpun dh lama bnor..apa nk buat, dpur xde iso gini ler! rojak ni ilham dari makanan goreng yg biasa org jual kat tepi pantai mcm sotong dan udang goreng tepung tu..pastu maz kombinasikan dgn kerabu kangkung thai ni, utk buat sos tu, maz guna nisan putih atau thai palm sugar..Alhamdulillah semua dgn izinNya..sedapp sangat! daun kangkung yg rangup, sos manis yg sedikit pedas ditambah plak dgn stun dan udang goreng tepung..memang xckup sepinggan! suami la suka sangat mknan gini..dh 2x buat, ada la tu 1 lgi duk dlm folder dh berbln2 jgk peram..kat sini versi kerepek, makan gitu je, InysaaAllah semoga jumpa lagi dan maaf atas segala kekurangan..
rojak versi baru, gini la adat duk diperantauan..kena kretip skit guna apa bahan yg ada..skli sekala bertukar selera dri typical rojak buah atau rojak kangkung kuah kacang tu..
rojak versi baru, gini la adat duk diperantauan..kena kretip skit guna apa bahan yg ada..skli sekala bertukar selera dri typical rojak buah atau rojak kangkung kuah kacang tu..
ROJAK KANGKUNG by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
Sos
- 1/2 cawan thai palm sugar/nisan putih thai seperti dalam gambar kat bawah
- 1 sudu besar cili kisar (jangan guna cili boh ye)
- 1 ulas bawang putih - ketuk
- 1 cawan air @ secukupnya
- sedikit nampla/kicap ikan
1. Satukan semua bahan diatas, masak hingga mendidih dan nisan larut.
2. Masak dengan api sederhana biar sos jadi pekat sikit, suaikan rasa kalau kurang manis tambah nisan putih sikit lagi atau air jika perlu, maz pun tak sukat, main agak gitu je, sejukkan sepenuhnya.
Bahan Rojak
- sotong dan udang segar secukupnya
- 1 ikat kangkung
- 1/2 cawan tepung beras
- 1/4 cawan allpurpose flour
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/4 sudu kecil yis kering - larutkan dalam 2 sudu besar air suam
- 1-2 titik pewarna kuning jika perlu
- air sejuk peti secukupnya
- sedikit garam
Cara
1. Udang buang kulit, kepala dan urat hitam, cuma tinggal ekor saja, sotong buang kulit, cuci dan toskan, kangkung kerat sekali dengan batang, cuci dan toskan.
2. Dalam mangkuk satukan bahan kering, masukkan air, yis dan pewarna jika guna (air tu masuk sikit-sikit sambil kacau, agak-agak la ye maz tak sukat pun), kira lekat bila celup udang dan sotong.
3. Panaskan minyak secukupnya, celup sotong dan goreng biar sedikit perang dikedua bahagian, angkat dan ketepikan, begitu juga dengan udang.
4. Dengan bancuhan yang sama, tambah air sejuk sikit untuk celup kangkung (maknanya untuk kangkung ni adunan tu cair sikit, baru rangup), jangan letak banyak sekali goreng agar tidak bertindih, goreng biar sedikit garing dikedua bahagian, angkat dan ketepikan.
celup daun .
4. Dengan bancuhan yang sama, tambah air sejuk sikit untuk celup kangkung (maknanya untuk kangkung ni adunan tu cair sikit, baru rangup), jangan letak banyak sekali goreng agar tidak bertindih, goreng biar sedikit garing dikedua bahagian, angkat dan ketepikan.
celup daun .
5. Boleh la dihidang ketika masih panas bersama sos, sotong tu boleh potong jika besar.
Nota ilhamdapur : kalau guna nisan keping atau gula melaka, boleh masukkan tepung jagung sikit utk pekatkan sos, cuma rasanya lain sikit la dari guna nisan thai ni.
maz guna nisan putih atau thai palm sugar ni utk buat sos, klu guna nisan keping atau gula melaka lain sikit rasanya dan sos akan jdi gelap, xmerah la..
mkn time, tuang sos bnyk2! batter tu masih duk guna respi sama je mcm buat fish n chip, cuma utk goreng kangkung tu buat cair..utk sotong dan udang pekatkan sikit..maz goreng sotong dan udang dlu, pastu tambah air biar cair sikit utk goreng kangkung plak..dlm gambar ni sos yg dlm botol tu npak gelap sikit mungkin sbb cahaya masa snap tu, sbnarnya sos tu merah..
Sunday, September 18, 2016
Ayam Karamel
Assalamualaikum w.b.t
Dari Aisyah ra : 'Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan solat sunnat Fajr samada semasa di rumah atau ketika bermusafir' "Sabda Rasulullah saw, 2 rakaat sunnat Fajr (sebelum solat subuh) adalah lebih baik dari segala isi dunia, Sahih Muslim", semoga kita istiqomah dan Allah swt bless us, guide us to the right path dan grant us, all our parents ultimately Jannah, Ameen.
bila cuti mula rsa berat nk update blog, cuci mata je la deh dgn cerita ayam ni yg dh lama sangat..buat hjung bln 3 lgik! huhu, bnyk lgi gmbar2 dlm folder tu..cuma lepas buat tu akan terus tulis respi kat draf klu yg 1st, tkut xingat bila kena peram berbln2 gini..ayam ni seakan msak kicap je, cuma sosnya buat pekat..masuk tepung jagung dan ayam tu golek dlm tepung dlu sblum goreng, kat rmah ni hri2 kena ada lauk ayam sbb afiq tak mkn ikan, klu lauk ikan kena buat masam manis atau goreng kicap je bru dia nk mkn..tu pun kena paksa dlu, pening jgk duk pusing yg sama..tmbah kat sni barang mentah utk masak agak terhad, especially sayur..hnya ada kangkung dan bayam je klu sayur daun..InysaaAllah jumpa lagi dan maaf khilaf yg ada..
AYAM KARAMEL by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
- 1 ayam - potong saiz sederhana
- 1 sudu kecil kicap manis
- 1 sudu kecil kicap ikan/nampla
- tepung serbaguna secukupnya
Sos
- 2 ulas bawang putih - cincang
- 1/2 inci halia - cincang
- 1/2 labu bawang besar - dadu kasar
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan 1 cawan air
- sedikit kicap manis
- gula, garam dan aji jika suka
- daun bawang secukupnya
- sedikit bijan
Cara
1. Cuci ayam dan toskan, gaul ayam dengan kicap manis dan kicap ikan, ketepikan.
2. Panaskan minyak untuk menggoreng secukupnya, golek ayam dalam tepung dan goreng biar sedikit garing, angkat dan ketepikan.
3. Satukan bancuhan tepung jagung dengan sos tiram, sedikit kicap manis dan bahan perasa.
4. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak, tumis sekejap bawang putih dan halia biar naik bau, masukkan bawang dadu.
5. Masukkan bancuhan tepung jagung, terus kacau agar tidak berketul dan sos jadi berkilat.
6. Masukkan ayam dan daun bawang, kacau agar ayam sebati dengan sos (kalau pekat sangat, tambah air sikit dan masak sekejap lagi).
7. Tabur sedikit bijan dan sedia dihidang bersama nasi putih.
anak2 dan suami mkn siap menjilat jari, memang sedap! sesuai sungguh dgn citarasa umat kat rumah, memang suka lauk jenis manis dan itam gini..
Labels:
Ayam
Thursday, September 15, 2016
Mc Oreo Ala McD
Assalamualaikum w.b.t
'Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa fil 'akhirati hasanatan waqina 'adzaaban-nar' (Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka) Al Baqarah - 201, doa indah yg penuh dgn makna dan disukai oleh Rasulullah saw (Bukhari & Muslim) dan yg selalu kita amal baca selepas solat atau boleh baca bila-bila masa, semoga Allah SWT give us His mercy and forgiveness on the day we will need, Ameen.
cuaca pnas gini mesti nk yg sejuk2 kan, skrang ni suhu kat sni masih lagi cecah 40C waktu siang..anak2 pun kerap jgk duk beli aiskrim kat kedai depan rmah, klu dpt eskrim oreo ni pun sedap jgk deh! tpi skdar tgk gmbar je la ni, dh 4 bln lebih duk peram! kejadian hjung bln 4 lgik..buat ni sbb abangngah suka sangat beli eskrim oreo ni kat McD, jdi tu yg buat sdrik..mudah sangatnya, kisar je eskrim dgn susu segar..respi kat bawah tu maz xtulis sukatan tepat sbb main tuang gitu je, kena agak2 la ye..susu tu jgn masuk banyk dlu, klu xboleh kisar tambah susu sikit2..InsyaaAllah jumpa lagi dan maaf atas segala silap yg ada..
lama sngat duk posing smpai meleleh kluar..maz suka mkn yg cair gini, sedut je dgn straw..
Bahan-bahan
- susu segar secukupnya
- ais krim vanilla
- biskut oreo sekali dengan krimnya - hancurkan
- secubit garam
1. Dalam pengisar masukkan susu segar, ais krim dan secubit garam, kisar biar sebati, tapi bukan cair.
2. Masukkan biskut oreo hancur, sebatikan guna sudu atau senduk kayu.
3. Tuang dalam gelas, letak satu sudu besar ais krim atasnya dan hias dengan biskut oreo.
klu anak npak ni mesti mitak sruh buat plak, bru ni ada beli biskut oreo plan nk buat plak..last2 anak cicah dgn susu segar je..
Kerabu Makanan Laut Thai (Thai Seafood Salad)
Assalamualaikum w.b.t
'Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardi wala fis sama' wa huwa sami'un alim' (Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit selagi bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui), sama2 kita amal baca doa ni 3x pagi dan 3x petang, sunnah Rasulullah saw..semoga Allah swt protect us, our families and always keep us safe, Ameen.
kerabu thai yg skli lgi, hritu versi tembikai..ni seafood, selalu buat kerabu gini sbb pabret suami..kekadang tu dia mintak buat utk mkn gitu je, meratah katanya..maz pun suka, memang sedapp! cuma versi makanan laut ni la pertama kli buat, ilham dri suami yg mtak sruh buatkan..rspi sama mcm kerabu sotong ni, cuma ni cmpur dgn clam dan udg..kbetulan msa beli claim tu masak rebus je, pastu amik simpan sikit utk buat kerabu ni..clam tu maz amik isi, cuma saja letak 4-5 yg masih dgn cengkeram nk bgi nmpak..kerabu yg ckup sedap, rsa masam manis yg seimbang dan daun ketumbar buat kerabu ni ckup segar..InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak menyenangkan..
KERABU MAKANAN LAUT THAI (THAI SEAFOOD SALAD) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
Bahan-bahan
- 500g makanan laut segar - sotong, udang dan clam
- 1/2 labu bawang besar - hiris nipis
- 2 batang serai - hiris nipis
- 3 biji cili padi hijau - potong kecil
- 4 biji cili padi merah - potong kecil
- 1 biji tomato - hiris nipis
- 1 ulas bawang putih
- 1 biji asam limau - amik jusnya
- 2 sudu besar nisan putih thai @ secukup rasa - seperti dlm gambar kat bawah
- kicap ikan/fish sos secukupnya
- sedikit aji
- daun ketumbar cincang secukupnya
Cara
1. Sotong dibuang semua kulit, hiris saiz sederhana, udang buang kulit tinggal ekor saja dan belah belakang sikit buang urat hitam.
2. Didihkan air, masukkan semua makanan laut dan celur sekejap dalam 1 minit, angkat toskan dan rendam dalam air sejuk peti/ais agar tidak kecut, bila semua bahan lain dah sedia baru toskan.
3. Dalam lesung, masukkan nisan putih, jus limau, kicap ikan ,bawang putih, aji dan gesek-gesek biar nisan larut, perasa secukup rasa biar ada rasa sedikit manis dan masam yang seimbang.
4. Dalam mangkuk besar, satukan makanan laut dan semua bahan lain, gaul sebati dan sedia untuk dihidang dengan tomyam, nasi putih atau makan begitu saja.
Nota ilhamdapur : clam tu kalau nak amik isi terus pun boleh, maz pun perisi amik isi, cuma saja letak 4-5 yang masih dalam kulit nak bagi nampak clam.
ni nisan putih thai atau thai palm sugar, bnyk masakan thai guna nisan ni, sedap! rsanya ala butterscotch sikit..yg dlm plastik ikat tu gmbar lama, dh lama hbis..maz bwa dri msia msa blik thun lepas, sruh adik beli kat rantau panjang, yg 1 lgi tu beli kat sni..senang nk cari nisan ni, bnyk tempat yg ada jual..
starter atau pembuka selera yg ckup sedap, nk buat kerabu gini guna mkanan laut yg segar bru sedap sbb hnya celur sekajap saja..pastu daun ketumbar xbleh tinggal la, penyedap kerabu ni..maz guna nisan putih thai, klu guna gula pasir xjdi mcm kerabu ori thai sbb rsanya xsama..ni saja dgn nasi putih pun dh ckup, sbb bleh jdi 1 lauk..
Wednesday, September 14, 2016
Nachos
Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin' (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim), doa Nabi Yunus as ketika dlm perut ikan, sama2 kita amal baca dikala keresahan atau dlm masalah, semoga Allah swt always protect us, our loved and keep us safe, Ameen.
bru berkesempatan nk update blog, bila hri cuti memang xdan nk duk depan lappy..raya sni tak meriah, xrsa mcm raya..korban pon smua diuruskan, cuma pgi raya ke 2 tu suami prgi ambil daging korban yg bahagian 1/3 tu..yg selebihnya organisasi la yg uruskan utk diagihkan, sni cuti rya 6 hri cmpur jumaat sabtu, cuma skolah je minggu depan bru buka..lama dh jgk xbuat nachos mcm ni, tpi klu yg cicah dgn salsa mcm kat sini ada buat jgk utk kunyah2 depan tv..klu pergi seef mall memang akn oder nachos ni, pabret klrga dri dlu..selain dri grilled beef bleh jgk guna daging kisar yg dimasak mcm kat sini..atau mkn dgn guacamole ni, stok cheese dlm peti memang xpernah putus..senang time nk guna sentiasa ada, maklum la kat sni xde kedai tomyam atau pasar malam nk cri mkn..jdi kena stanby je utk msak, InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak sempurna..
NACHOS by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
- 200g daging sirloin @ batang pinang - dadu
- 1 biji tomato - dadu
- kerepek tortilla asli (plain) secukupnya
- mozzarella cheese secukupnya
- jalapeno (cili jeruk mexican) - option
Cara
1. Panaskan oven 170 C.
2. Gaul daging dengan sedikit garam, serbuk lada hitam dan sedikit kicap jika suka.
3. Panaskan 1 sudu kecil minyak zaitun dalam kuali non stick, letak daging dan masak 1 minit kemudian kacau dan masak sekejap lagi, angkat.
4. Buat lapisan nipis tortilla dalam loyang, tabur daging atasnya dan mozarella secukupnya, bakar 5-6 minit atau cheese cair.
5. Keluarkan dari oven, tabur tomato dadu dan jalapeno, sedia untuk dihidang ketika masih panas.
ni yg mkn kelmarin kat food court seef mall..blik rmah buat sdrik plak, kbetulan tortilla chips pun ada speket..yg putih tu sour cream dan yg hijau tu guacamole, buah avocado yg ditumbuk lumat..klu pergi sni memang wajib mkn nachos ni, 1 pinggan tu 3 dinar atau rm32..kat sni mkan yg dijual kat food court smua canggih2..dgn baskin robbinnya, krispy kreme, hardees, papa john dan mcm2 lgi..klu kat msia, ni smua duk dlm klcc, restoran satu2 deh..sni taraf food court je dan smua guna pinggan pakai buang, tpi kat luar mall pun ada jgk restorannya yg sdrik..
posing pon ala kadar je..menda ni kena mkn masa panas2 tu bru sedap, rangup..mcm piza la kan, slice jalapeno atau cili jeruk mexican tu memang pabret suami..rsanya lebih kurang je mcm cili jeruk kita, cuma nachos kli ni xde guacamole dgn sour cream..
Labels:
Mexican Food
Subscribe to:
Posts (Atom)