Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, January 31, 2016

Kerabu Mangga Lagi

Assalamualaikum w.b.t 'Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni' (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), doa yang Rasulullah saw ajar pada Aisyah R.A jika bertemu malam Lailatulqadar..sama2 kita amal baca selalu, sesungguhnya kita hambaNya yg penuh dgn kelemahan..semoga Allah guide us to the straight path..
mcm biasa la klu wken tu xsempat nk update blog ni..banyak benar aktvi kat luar, lagipun skrang ni cuaca tgh best utk outdoor..jdi tu yg xlekat kat rmah, klu time summer nti aircon pun xrsa..cuci mata dgn kerapu ni la dlu, selalu sangat duk buat kerabu mangga ni, klu npak je ada mangga putik yg keras pasti akn beli..maz dgn suami memang kerabu pauh siam ni, sama mcm yg buat hritu, masih lgi ikut kerabu mcm yg mkn kat kedai tomyam dkat rumah msa blik msia thun lepas lgik..tpi ni pun dh berbln la kena peramnya..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

KERABU MANGGA RESIPI II by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 biji mangga putik sedang - sagat halus, mangga tu biar yang dari peti baru rangup
  • 1 sudu besar @ secukupnya thai palm sugar/nisan putih siam
  • 1/2 labu bawang besar - hiris nipis @ bawang merah
  • 5-6 biji cili padi merah dan hijau - hiris
  • sedikit kicap ikan/fish sos
  • sedikit jus limau @ limau kasturi lagi sedap
  • sedikit aji
  • sedikit udang geragau
Cara

1. Masukkan nisan siam dalam lesung bersama jus limau, aji dan kicap ikan, gesel-gesel biar nisan larut dan suaikan biar ada rasa manis dan masam yang seimbang.
2. Tuang dalam pingan mangga, gaul bersama cili padi, udang geragau dan bawang merah.
3. Sedia untuk dihidang bersama nasi putih dan lauk sampingan yang lain.

bleh ilang sakit kepala dpt kerabu pauh masam2 gini, versi yg masuk bilis dan kacang tanah tu pun sedap jgk, cuma yg ni lagi mudah..semua main hiris je..

Thursday, January 28, 2016

Nutella Pavlova

Assalamualaikum w.b.t 'Allahumma innii zhalamtu nafsii zhulman kat'siiran wala yagh'firudzunuu'ba illa anta, fagh'firlii maghfiratan min in'dika warhamnii innaka'an tal'ghafuur ru'rahim' (Ya Allah, aku melakukan kezaliman yang banyak atas diriku sendiri dan tiada yang mengampuni dosa selain Engkau, maka berilah aku keampunan dari sisiMu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang), doa yang cukup indah yg diajar oleh Rasulullah saw kepada sahabat yg paling disayangi baginda, Sayyidina Abu Bakar As Siddeq R.A..sahabat yang telah dijanjikan syurga.
projek nk prhbiskan stoberi, beli pastu duk simpan dlm peti..tgh musimnya, sana sini duk ofer stoberi ni, memang geram sungguh..tu pun utk thun baru ni belum pergi psar buah lagi, klu kat psar dijual borong..4-5 paket baru 1 dinar @ rm11..sapa yg xgeram kan..anak2 plak xsuka mkn buah ni, jdi tu yg tenggek je la atas cik pavlova ni..mudah keje, nk godek buat yg cangih skit xberapa rjin mana..pavlova ni dessert kegemaran kak long, tu yg msa dia dtg sni dlu kerap sungguh duk buat pavlova..rspi sma mcm yg buat sblum ni jgk, ada kat sini..guna 2 bji putih telur je, bleh hbis la skli mkn tu..kecik molek je..selamat berhujung minggu, inysaa Allah esk jumaat sekli lagi..sama2 kita amal baca surah Al-Kahfi sebagaimana sunnah Rasulullah saw, paling tidak 10 ayat pertama..sampai jumpa lagi dan mohon maaf atas segala yg tidak sempurna..may Allah swt guide us to the straight path..

teksture pavlova ni rapuh kat luar dan dlmnya soft seakan marshmallow gituw..xbleh nk letak berdiri yg dh potong ni, berat dgn buah..yuummy..

NUTELLA PAVLOVA by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 biji putih telur saiz A
  • 115g gula kastor
  • 1/2 sudu kecil lemon jus/cuka makan
  • 1/2 sudu kecil tepung jagung
Cara

1. Panaskan oven suhu 140 C dan sediakan loyang yang telah dialas baking paper.
2. Dalam mangkuk yang kering dan bersih, putar putih telur hingga berbuih dulu, masukkan jus lemon dan putar hingga jadi berkrim, kemudian baru masukkan gula sikit-sikit sebanyak 4-5x masuk sambil diputar biar gula larut dulu selepas setiap kali masuk, putar hingga kental, masukkan tepung jagung dan putar lagi hingga bertanduk, maksudnya bila kita angkat mata mixer tu telur tak jauh, boleh berdiri macam tanduk gitu, harap boleh paham la deh ayat ni.
4. Tuang atas loyang, ratakan buat bentuk bulat kecil 2 biji tinggi dalam 1 inci, jarakkan sebab bila masak ia mengembang.
4. Bakar dalam oven selama 30-35 minit atau bergantung pada jenis oven juga, bila dan masak buka sikit pintu oven dan biarkan sejuk dalam oven dulu selama 10-15 minit, kemudian keluarkan dan sejukkan sepenuhnya.

Lapisan Krim
  • 200ml whipping cream Non-Diary (yg dah manis tu)
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • nutella secukupnya - maz dalam paiping bag
  • sedikit parutan coklat
  • secubit garam
  • buahan segar secukupnya - strawberi/blueberi/kiwi
Cara 

1. Putar cream dengan vanilla dan secubit garam hingga kental, kemudian ratakan atas pavlova biar tinggi sikit, paipkan nutella secukupnya, letak 1 lagi pavlova dan ulang cara yang sama.
2. Susun buahan secukupnya, paip nutella atas buah dan tabur dengan parutan coklat secukupnya atau boleh hias ikut citarasa.
3. Simpan dalam peti dulu sekejap lagi sedap dinikmati pavlova ni.

Nota ilhamdapur : Pastikan telur yang digunakan suhu bilik, tidak ada sedikit pun termasuk kuning telur, telur baru, maksudnya bukan telur yang dah berminggu duk kat suhu bilik. Pastikan mangkuk serta mixer yang digunakan benar-benar kering dari kesan minyak dan air. Mixer juga mempengaruhi hasil pavlova, stand mixer lebih dicadangkan kerana masa yang diambil untuk putar telur dengan sempurna tidak lama berbanding hand mixer yang boleh menyebabkan banyak udara terkumpul, tapi ni maz guna handmixer je. Oven pun memberi kesan pada pavlova yang dihasilkan dari segi warna dan teksurnya dengan masa yang dicadangkan. Jadi kena tahu suaikan oven masing-masing, ni maz guna built in oven. 

gandingan cream dan nuttella memang serasi, pastu letak je buah bnyk2..wpun rupe asal pavlova ni xcantik, bila dh ditutup dgn tahta kat atasnya, terus jdi berseri..

stelah dioperate, satu adunan tu maz buat 2 biji kecik sbb nk lapis, lgi npak meriah la kan..pastu saja buat kelaian skit dri pavlova yg sblum2 ni hnya sapu cream je, kli ni mewahkan lgi rsanya dgn nutella dan parutan coklat..dessert ringkas yg boleh mengoda selera pencinta makanan manis..memang enak utk dinikmati..

Wednesday, January 27, 2016

Baked Chicken

 Assalamualaikum w.b.t 'Hasbunallah wa'nik mal wakil' (cukuplah Allah penolong bagi kami)
baked chicken versi sipel mapel je..kerap jgk dh duk buat ayam ni, afiq suka sangat..ni pun yg buat awal bln 12 lgik..gitu la dapur ni semua duk main peram dlu, kekadang tu maz letak cendawan butang segar atau brokoli..ikut apa stok yg ada, wpun ringkas je, tetap sedap sbb ada bau bawang putih..ada rsa mcm baked chicken kat ikea sikit2, klu nk cicah dgn garlic bread pun bleh..Inysaa Allah sampai bersama lagi, mohon maaf atas kekurangan yg ada..semoga Allah swt guide us to the straight path..

gambar atas tu, ayam yg dilumur dgn tepung dimasak dulu sekejap agar kulitnya jdi berkerak..pastu masukkan kentang, sedikit air dan bawang putih, ready utk masuk oven..

BAKED CHICKEN by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg ayam - potong 4
  • 1 biji kentang - potong kiub
  • 3-4 ulas bawang putih - ketuk sekali dengan kulit
  • 1/4 cawan allpurpose flour @ tepung gandum *
  • 1/2 sudu kecil serbuk bawang/onion powder *
  • 1/4 sudu kecil serbuk cayenne/cayenne pepper *
  • 1/2 sudu kecil italian herbs *
  • 1/2 kiub pati ayam - ramas sikit
  • sedikit extra virgin minyak zaitun
Cara

1. Panaskan oven suhu 200 C.
2. Cuci ayam dan toskan, kemudian lumur ayam dengan sedikit garam.
3. Satukan semua bahan bertanda *, kemudian lumur pada seluruh ayam.
4. Dalam kuali leper (maz guna kuali yang boleh masuk terus dalam oven), panaskan 1-2 sudu besar minyak zaitun, masukkan ubi kentang dan masak biar sedikit perang, angkat dan ketepikan.
5. Dengan kuali yang sama, panaskan sedikit lagi minyak zaitun, masukkan ayam dan masak 2-3 minit biar sedikit berkerak dikedua bahagian, masak sampai habis kemudian padamkan api.
6. Masukkan sedikit air dalam kuali ayam tadi (dalam 1/2 cawan ke), bawang putih, kiub pati dan ketang, letak sehelai aluminium foil atas kuali, masukkan dalam oven dan masak selama 30-35 minit.
6. Aluminium tu tak perlu balut, letak gitu je, selepas 15 minit, siram sikit ayam dengan airnya agar meresap dalam seluruh ayam.

maz guna ayam kecik je, biasa duk beli ayam 1 ekor saiz 1kg atau 800g-900g..sedap mkn ayam kecik2 ni..bila xde idea nk msak apa, menu gini la yg jdi penganti..

Tuesday, January 26, 2016

Gai Pad Makahm (Stir Fry Chicken With Tamarind Sauce)

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar' (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan selain Allah)
skli lgi cuba buat berdasarkan pda apa yg maz mkn..tpi ni pun kejadian bln 11 thun lepas jgk! menu ni dri kedai tomyam dekat rmah yg duk ulang pergi mkn msa blik Msia tahun lepas, sedap masakannya..lauk ni sebenarnya dari menu nasi goreng belacan kedai tu, wpun nama menu tu nasi goreng belacan..tapi bukan mcm nasi goreng belacan yg pernah mkn kat tempat lain..kata tauke kedai tu, cuma nama menu je mcm tu..nasi gorengnya dihidang bersama lauk mcm ni, telur dadar hiris dan mangga putik yang disagat..memang sedap la, memula tu maz xoder pun sbb ingat mcm nasi goreng belacan yg biasa tu..tpi tauke kedai tu yg rekmen, sbb kami kerap sangat duk mkn situ jadi xkan setiap kli nk mkn benda sama kan..so tu yg dia rekmen menu tu, sdppp katanya..memang sedap sungguh! pastu duk ulang oder la, sempat jgk la 2-3x mkn..cuma yg maz buat ni guna thai palm sugar mcm duk guna utk buat somtam tu..masakan siam memang bnyk guna gula putih tu..nama tu sja maz letak dlm bahasa thai, Inysaa Allah jumpa lagi, maaf atas segala khilaf dan semoga Allah swt guide us to the straight path..

masakan ni ada rsa sedikit masam dri pes asam jawa, manis dri nisan siam dan sedikit pedas dri cili padi..memang kena la wpun mkn dgn nasi putih...

GAI PAD MAKAHM (STIR FRY CHICKEN WITH TAMARIND SAUCE) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk kecil isi ayam 
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 1/2 sudu besar pes asam jawa * @ air asam jawa pekat
  • 1 sudu besar sos tiram *
  • 1/2 sudu besar thai palm sugar *
  • sedikit kicap pekat @kicap manis*
  • sedikit bawang besar/cili hijau/lobak merah - hiris @ cili padi ketuk, kalau nak pedas
  • sedikit garam dan aji - jika perlu
  • sedikit minyak sayur/masak
Cara

1. Dalam mangkuk satukan bahan bertanda *, bancuh dengan sedikit air jadikan pes.
2. Panaskan minyak secukupnya, kira padan dengan ayam, masukkan ayam dan kacau balik biar masak sekata, angkat dan ketepikan dulu. 
3. Dengan kuali yang sama, masukkan sedikit minyak untuk menumis, tumis bawang putih sekejap, kemudian masukkan pes tadi, masak sekejap dalam 5-6 saat biar berbuih dengan api besar, masukkan sedikit air dan sayuran.
4. Masukkan ayam, perasa secukup rasa dan masak biar kuah pekat sikit, kicap boleh tambah jika perlu, masakan ni ada rasa sedikit masam dari pes asam jawa dan manis yang seimbang.
5. Boleh la dihidang bersama nasi putih.

ingat xde dh gmbar ni, jumpa dlm wassap media yg hntar kat kwn..ni la nasi goreng belacan yg maz mkn tu..gai pad tu cuba nk tiru yg ni la, nasinya pun sedap..

guna nisan siam ni rsa manisnya lain skit dri guna gula pasir..menu yg ringkas dan sedap, klu time nak cepat tu bleh la try menu ni.

Samosa Pisang Keju

Assalamualaikum w.b.t 'Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardi wala fis sama' wa huwa sami'un alim' (Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui), sama2 kita amal baca doa ni sblum kluar rumah atau setiap pagi dan ptg, semoga kita sentiasa dlm lindunganNya..
apa kbar semua, bersua skli lgi..semoga kita semua sentiasa dlm rahmatNya..cuci mata dgn kue thun lepas jgk ni pun, dh 2x buat samosa inti pisang berkeju ni..semua suka, memang sedap la..kulit samosa xmcm kulit popia..pasrtynya jenis xberminyak dan nipis, 3-4 biji pun bleh hbis..pisang tu jgn guna yg dh masak sangat, jdi bila goreng pisang xlembik, sedap gandingan pisang dgn kulit samosa ni..buat utk alas perut suatu mlm thun lepas la, nk cepat dan senang jdi guna je apa yg ada kat dapur..Inysaa Allah jumpa lagi, may Allah swt guide us to the straight path dan maaf atas segala yg tidak sempurna..

ilham dri goreng pisang keju, bleh hbis 3 bjik skli mkn..sedapp! klu guna pisang berangan lgi la sedap, ni guna pisang montel je..

SAMOSA PISANG KEJU by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • kulit samosa secukupnya - maz beli yang dah siap kat pasaraya
  • pisang yang sesuai secukupnya - hiris nipis (maz guna pisang montel, boleh guna pisang berangan/emas)
  • parutan chedar cheese secukupnya
  • sedikit susu pekat manis
Cara

1. Ambil sekeping kulit samosa, gulung buat bentuk kelongsong dan isi 3-4 keping hirisan pisang, kemudian lipat bentuk 3 segi, sapu sedikit air dihujungnya dan lekat biar kemas, buat sampai habis (sini kulit samosa ada jual kat pasaraya dalam saiz yang mudah guna, lipat je).
2. Panaskan minyak untuk mengoreng secukupnya dan goreng hingga perang dikedua bahagian, angkat dan toskan.
3. Tuang sedikit susu pekat atas samosa, tabur cheese secukupnya, boleh juga kalau nak tabur sedikit coklat rice.

kat sni kulit samosa mudah, ada jual kat mna2 dan senang guna sbb dah dipotong dlm saiz panjang..lipat je buat bentuk segi 3..

Ayam Goreng Bumbu

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma ajirni minan nar' (Ya Allah pelihara aku dari api neraka), sama2 kita amal baca 7x selepas solat subuh sebaik saja bagi salam..
bertemu skli lgi, ada peluang ni update je la..biar surut skit gambar dlm folder tu, ni pun kejadian awal bln 11 lgik, msa mood tgh rajin duk cuba masakan dri tanah seberang..ayam bumbu ni mcm ayam penyet jgk..saja letak nama gitu sbb xbuat set yg lain, jdi la ayam bumbu..versi udang bumbu ada kat sini, memang sedap ayam panas2 layan dgn nasi putih..bumbunya pun krup krap gituw, ayam tu direbus biar masak dulu dengan bahan tumbuk agar isinya tidak rsa plain je dan goreng sekejap pun takpe sbb dagingnya dh masak..sedap mkn yg panas2 tu, skli lgi mohon maaf atas segala khilaf, semoga Allah swt guide us to the straight path dan Inysaa Allah jumpa lagi..

ayam saiz kecik je maz guna sbb memang duk beli ayam kecik, biasanya 800-900g seekor..sni ayamnya dijual ikut saiz yg dh siap dibungkus, memang sedap la mkn ayam kecik ni..

AYAM GORENG BUMBU by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg ayam - potong 4
  • 1/2 inci kunyit *
  • 1/2 inci halia *
  • 4-5 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 biji buah keras *
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 2 helai daun salam/bay
  • 2-3 sudu besar tepung beras
  • 1 kuib pati ayam 
Cara

1. Cuci ayam dan toskan.
2. Tumbuk lumat bahan bertanda *, lumur ayam dengan sedikit garam dan bahan tumbuk termasuk dicelah kulit, perap selama 30 minit.
3. Didihkan air dalam 3 cawan bersama daun bay dan kiub pati, kemudian masukkan ayam dan rebus hingga ayam masak.
4. Keluarkan ayam, simpan dalam 1/2 cawan air rebusan untuk buat bumbu, amik air rebusan yang berhampas tu, maksudnya yang kat bawah.
5. Satukan air rebusan ayam dengan tepung beras, bancuhan ni biar cair gitu.
6. Panaskan minyak secukupnya, celup ayam dalam bancuhan tepung dan goreng hingga garing dikedua bahagian, angkat dan toskan.
7. Untuk buat bumbu, sudukan tepung dan tuang sikit-sikit secara merata dalam minyak, biar masak hingga perang, angkat dan toskan.
8. Letak ayam dalam pinggan bersama timun atau kobis jika suka, ramas sikit bumbu jika berketul dan taburkan atas ayam, sedia untuk dihidang bersama nasi putih dan sambal belacan.

meratah pun sedap, air rebusan ayam tu klu nk buat sbgai sup pun bleh..anak2 memang suka la klu ayam goreng gini..

Monday, January 25, 2016

Kangkung Dan Kobis Goreng Ikan Masin

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin' (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim), doa Nasi Yunus as ketika dlm perut ikan, sama2 kita amal baca dikala keresahan atau dlm masalah, semoga sentiasa dlm lindunganNya dan Allah swt guide us to the straight path..
maaf la xmencabarnya sayur kat dapur ni, blik2 kangkung atau bayam..masak pun jenis tumis ringkas gini atau sayur air tu, ilham kangkung ikan masin ni sbb xde kailan..tpi nk sangat mkn sayur ikan masin, tu yg hentam jgk la kangkung pun kangkung la, pastu campur kobis skit..sedap jgk, lebih kurang je rsanya dgn kailan..bleh diterima la, kena kretip la sikit guna apa yg ada bila merantau ni deh..sampai jumpa lagi, Inysaa Allah dan maaf atas kekurangan yg ada..

KANGKUNG & KOBIS GORENG IKAN MASIN by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ikat kangkung
  • 1 mangkuk kecil kobis
  • 1 keping ikan tenggiri jeruk - cincang
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 2 biji cili padi - potong serong
  • 1/2 biji tomato - hiris
  • 1 sudu sos tiram
  • sedikit bawang besar holand - hiris
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit garam dan aji jika perlu
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Panaskan sedikiy minyak, masukkan bawang putih kemudian masukkan tenggiri jeruk.
2. Masukkan kobis, masak sekejap biar layu skit kemudian masukkan kangkung, cili, bawang besar, sos tiram, air asam jawa dan sedikit air.
3. Masak sekadar sayur layu, masukkan tomato dan perasa secukup rasa.

ni pun menu dh berbln la jgk, kejdian thun lepas msa mood kerap duk masak menu kedai tomyam..meratah pun sedap, maz dgn suami memang suka klu sayur gini..

All Bran (Cereal) Brownies

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim' (Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung), 2 kalimah yg ringan dilidah, berat ditimbangan Mizan, sama2 kita amal baca selalu sebagai zikir harian.
bertemu skli lgi, berat je mood nk update blog pgi ni..klu lepas hri cuti gituw la selalunya, nk bleh panas enjin dlu tu yg susah..ok la jom layan brownis yg digandingkan dgn corn flakes all bran..hasil berexpiremen dgn brownis plak, buat ni pun kes nk perabis cereal tu la..selalunya memang duk beli 2-3 kotak buat stok, jarang putus cereal gini utk maz dgn suami..kononnya diet la kan, tpi bnyk duk mkn benda lain, last2 cereal ni duk trbiar dlm bekas..jdi tu yg buat brownis ni, plan asalnya nk buat biskut dgn cereal tu..pastu ckp dlm hati, try buat brnis je la..lgi senang, tuang je dlm loyang..gandingan yg sesuai, sedap! pas skeping2 nk kunyah, kejdian yg memuaskan..gula memula maz letak 1/2 cawan je, pastu bila rsa kurang manis..tambah 1/4 cawan lgi..cereal pun memula buh 2 cawan je, pastu tgk mcm xnpak je cereal bila dh kacau..tambah plak 1 cwn lagik..Alhamdulillah smua dgn izinNya, Inysaa Allah jumpa lagi..semoga Allah swt guide us to the straight path dan mohon maaf atas segala yg tidak sempurna..

masa masak permukaannya xretak gini, licin je atasnya..ni saja maz tekan2 masa nk potong nk sruh npak retak 1000..kihkihh..masa pergi Padang tu, 2x cri kedai beli bronis..sana terkenal jgk dgn brnisnya yg sedap, ada bronis keju, bronis pisang dan bnyk jenis jgk la..yg kami suka bronis lava, sedap sangat dgn kat tengahnya masih lembik wpun dh sejuk, yg beli bwa blik pun tetap lava jgk kat dlmnya tu..hebat jgk kulinar indon ni..

ALL BRAN (CEREAL) BROWNIES by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (loyang 10x10)
  • 90g unsalted butter
  • 170g coklat masakan , maz guna dark coklat
  • 1/2 cawan allpurpose flour
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1/4 sudu kecil baking powder
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 2 biji telur - kocok dengan garfu biar sebati
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • 3 cawan all bran cereal,  maz guna yang mcm dlm botol tu, ada campuran raisin dan oat - ramas sikit je
Cara

1. Panaskan oven 170 C dan alas loyang dengan kertas baking.
2. Dalam mangkuk satukan mentega dan coklat masakan, cairkan secara double boil (maz panaskan dalam microwave dalam 1 minit, kemudian kacau biar coklat cair sepenuhnya).
3. Masukkan telur, vanilla dan sebatikan dengan senduk kayu, kemudian masukkan serbuk koko, gula dan sebatikan.
4. Masukan tepung, baking powder dan garam, kacau biar sebati.
5. Masukkan all bran cereal dan sebatikan, tuang dalam loyang dan ratakan, kemudian tekan dengan belakang sudu biar padat dan kemas.
6. Bakar selama 30-35 minit, sejukkan dulu atau boleh potong ketika masih panas.

teksturnya chew dan lembut seakan biskut subway gituw..memang sedap la..kerap plak duk buat bronis ni, abangngah dgn babanya la yg suka mkn..maz pun minat jgk bronis ni, xmuak mcm kek, all bran cereal yg maz guna tu ada campuran raisin dan oat skli..

Friday, January 22, 2016

Gulai Kuning Udang Dengan Terung Pipit

Assalamualaikum w.b.t..'Assalamualaikum w.b.t..'La ḥawla wa laquwwata illa billah' (tiada daya upaya melainkan padaNya jua la tempat berserah)
mengupdate skli lgi la sesambil tnggu ank hbis klas kat Discover Islam, sbb dh ada dlm draf..cuci mata dgn lauk yg dh lama jgk basi ni, kejadian bln 11 lgik! xsurut jgk lgik gambar dlm folder..Alhamdulillah atas segala nikmatNya, jgn ada yg jemu la deh..gini je la gaya masak, xlari dgn kuah kuning..tpi dkat sbln jgk dh rsanya xde masak gulai kuning ni, rsa muak plak jenis masuk santan..bnyk duk buat kuah air je..mungkin sbb cuaca sejuk kut, tu yg kurang masak lemak ni..sampai jumpa lagi, Inysaa Allah dan mohon maaf atas segala khilaf..

GULAI KUNING UDANG DENGAN TERUNG PIPIT by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 8-10 ekor udang saiz sederhana besar
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1/2 inci lengkuas *
  • 1/2 inci kunyit hidup *
  • 1-2 biji cili padi merah *
  • 2 cawan santan 
  • 1 mangkuk kecil terung pipit
  • 1 keping asam gelugur
  • garam, gula secukup rasa dan sedikit aji jika suka
Cara

1. Tumbuk lumat semua bahan bertanda * atau kisar dengan sedikit air.
2. Dalam periuk masukkan santan, bahan tumbuk, asam keping, terung pipit dan masak hingga mendidih dan terung lembut sikit.
3. Masukkan udang dan perasa secukup rasa, masak seketika lagi biar udang masak.

kbetulan ada stok terung pipit yg lebih saki baki buat ulam, masuk je la skali..sni sayur gini senang plak, dtg dri india..

Mee Kari


Assalamualaikum w.b.t..'Astaghfirullah robbal baraya, Astaghfirullah minal khotoya' (Ampuni hambamu ya Allah, Tuhan sekalian makhluk, Ampuni hambamu ya Allah dari segala dosa) SubhaanAllah, SubhaanAllah, SubhaanAllah.
bertemu skli lgi dipagi jumaat yg barakah..dh lama jgk xmain tepung buat mee kuning ni, mood xberapa rjin..ada skli tu tgk kwn kat fb buat mee kari, tetiba la plak terasa nk mkn..tpi duk peram je la keinginan tu sbb malas nk buat mee, bila xde idea nk masak bru la merajinkan diri, sbnarnya bkn susah nk buat mee kuning ni..maz guna mesin manual je, ada kat sini..Inysaa Allah dlm msa 30 minit bleh siap 1/2kg mee, skli buat skit je..lgipun utk skli mkn ckup dh tu..puas hati la dpt mkn mee kari ni, suami memang suka..utk kuah maz guna susu cair..memang sedap dri guna santan bgi tekak ni, pastu ada kerang yg frozen skit, masuk je la skli..beli yg dh siap kupas kat hypermarket, kat pasaraya tulis mussels..tpi rupe seakan kerang je..cuma warna putih dan rsanya xlemak mcm kerang la..daun sup pun xde sbb xde plan pun nk buat mee ni, tpi tetiba mood rajin tu dtg..wpun xckup bahan, tetap kena dgn selera..suami hirup licin sampai ke kuah, sedap guna susu cair ni..Inysaa Allah sampai jumpa lagi..maaf atas segala yg kekurangan, may Allah giude us to the straight path..

MEE KARI by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/2kg ayam - maz guna bahagian dada, potong kecil
  • 1 mangkuk kecil kerang
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 2 sudu besar serbuk kari 
  • 1/2 sudu kecil serbuk cili
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 cawan susu cair
  • garam, gula secukup rasa dan sedikit aji jika suka
  • sedikit minyak untuk menumis
  • mee secukupnya  - maz guna yang homemade, kalau yang beli celur sekejap
  • sayur celur - maz guna sawi, kacang panjang
  • sedikit daun sup/bawang, cili merah/tauhu goreng, bawang goreng, telur rebus
Cara

1. Tumbuk lumat bahan bertanda *, sebatikan serbuk kari dan serbuk cili dengan sedikit air.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk dan daun kari sekejap kemudian masukkan bancuhan serbuk kari, masak biar pecah minyak.
3. Masukkan ayam, sebatikan dan masak 5-6 minit biar ayam mesra dengan bahan rempah.
4. Masukkan air secukupnya, masak biar mendidih skit kemudian kerang.
5. Masukkan susu cair dan perasa secukup rasa, masak seketika lagi biar ayam masak.
6. Boleh la dihidang bersama mee, sayur celur, telur rebus dan bahan sampingan yang lain.


tauhu pun yg frozen je..time beli nk guna sktoi dua je, dlm paket ada 9 keping..yg lebih tu frozen, nk cepat punya pasal, angkat je telur dri dapur terus kupas yg panas2 tu..terkelayak habis skli dgn telur putih..pastu telur merah pun masih lembik lgi sbb panas..tkpe la deh, comot skit telur tu..

Thursday, January 21, 2016

Kerapu Masak Kicap

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni' (Ya Allah
Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku)
bertemu skli lagi, ada masa terluang skjap ni update je la dlu mna yg bleh..berderet lgi gambar dlm folder tu, kerap plak menu ikan akhir2 ni..masak pun ikut mood jgk..tetiba asik beli ikan plak, mungkin sbb anak pun dh mula nk mkn ikan..kerapu ni pun beli skli dgn ikan yg buat bakar kicap sblum ni, klu masak kicap gini memang menu terlalu kerap sangat duk buat kat rmah ni..sblum dan selepas yg ni pun dh xthu berapa kali duk masak kicap kerapu atau ayam..suami suka la plak mkn ikan kerapu ni..Inysaa Allah jumpa lagi, semoga Allah swt guide us to the straight path dan mohon maaf atas segala yg tidak sempurna..

guna kerapu merah ni, tu ikan npak mcm hangus skit warnanya bila dh msak..tpi memang sedap pun garing2 deh..rangup, npak xcantik la plak ikan bila dibuang segala sisik tepi tu, botak jdinya..klu suruh depa siang memang licin hbis digunting buang..

KERAPU MASAK KICAP by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan kerapu,  maz guna kerapu merah
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 1/2 labu bawang besar - hiris
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1/2 biji tomato - hiris
  • sedikit lada bengala @ cili hijau
  • kicap manis secukupnya
  • sedikit garam, gula dan aji jika suka
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Lumur ikan dengan sedikit garam kunyit.
2. Panaskan minyak untuk mengoreng secukupnya, goreng ikan seperti biasa hingga garing dikedua bahagian, angkat ketepikan.
3. Dengan kuali lain, panaskan 2-3 sudu besar minyak, masukkan bawang putih kemudian masukkan kicap dan semua jenis sos.
4. Masukkan sedikit air, lada bengala/cili hijau, bawang besar, tomato dan perasa secukup rasa.
5. Masak biar mendidih sekejap, kemudian boleh la dituang atas ikan goreng tadi.

xde lauk lain pun tkpe dh, ckup dgn ikan ni je..masak kicap ni kira lauk yg sedap dan mudah deh, tukang masak ni suka je msak ringkas gini..kekadang tu xde idea jgk nk msak apa kan, kat rmah ni lauk utk tghri je..ptg atau mlm kena pkir buat menda lain plak..

Smoked Turkey And Vegetable Pizza

Assalamualaikum w.b.t 'Allahumma innii zhalamtu nafsii zhulman kat'siiran wala yagh'firudzunuu'ba illa anta, fagh'firlii maghfiratan min in'dika warhamnii innaka'an tal'ghafuur ru'rahim' (Ya Allah, aku melakukan kezaliman yang banyak atas diriku sendiri dan tiada yang mengampuni dosa selain Engkau, maka berilah aku keampunan dari sisiMu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang), doa yang cukup indah yg diajar oleh Rasulullah saw kepada sahabat yg paling disayangi baginda, Sayyidina Abu Bakar..sahabat yang telah dijanjikan syurga semasa hayatnya lagi..
piza lgik, apa nk buat memang antara menu yg kerap jgk kat rmah ni, cuma xsnap sokmo je..ni pun gmbar bln 12 jgk, dri dulu memang suka buat piza ni utk alas perut malam atau mkn ptg, sbb nk buatnya mudah je..pastu letak apa stok yg ada, cheese memang jarang putus..rspi sma mcm yg duk buat selalu, cuma toping je tukar2 dan buat sbjik gedebak gini..kena buat jenis thin crust gini, klu piza tebal tebal umat kat rumah ni xminat..katanya mcm mkn roti, maaf atas sgala yg tidak sempurna..Inysaa Allah jumpa lagi dan may Allah swt guide us to the straight path..

posing la dlu skping pun sblum tingal loyang kosong, kat sni buah zaitun memang banyk, beli yg timbang..tunjuk je nk yg mana, ada buah dri tunisia, lebanan, spain, jordan dan bnyk lgi la..

Smoked Turkey & Vegetable Pizza by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

Doh Pizza
  • 1 1/4 cawan allpurpose flour/tepung serba guna
  • 1/2 cawan air suam @ bergantung pada jenis dan kualiti tepung
  • 1/2 sudu kecil yis kering - mauripan dll
  • 1/2 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar extra virgin minyak zaitun
  • 1/2 sudu kecil garam
Bahan atas pizza
  • 3-4 keping smoked turkey, maz guna yang macam dalam gambar kat bawah tu - potong kecil
  • sedikit bawang besar - hiris nipis
  • buah zaitun potong - hijau dan hitam secukupnya
  • sedikit lada bengala hijau
  • sedikit daun basil kering/italian herbs
  • sos pizza secukupnya
  • mozarella cheese secukupnya
Nota ilhamdapur : Untuk sos pizza maz guna tomato paste je (kat sini tomato pes pekat sangat, tak masam dan ada sedikit rasa manis, memang sedap. Sesuai untuk sos pizza dan pasta, cuma tambah sedikit garam, gula, dry italian herba, air dan sikit olive oil, sebatikan je.

Cara

1. Dalam mangkuk satukan air, yis dan gula, kacau dengan garfu biar larut sikit.
2. Masukkan minyak zaitun, garam dan tepung sambil dikacau dengan garfu buat bulatan jam, kemudian uli dengan tangan selama 5-7 minit biar jadi doh yang lembut.
3. Tutup mangkuk dengan plastik/tuala dapur, perap selama 30-35 minit atau biar naik 1x ganda.
4. Keluarkan doh, tumbuk sikit dan canai bentuk bulat nipis, letak atas loyang pizza yang telah disapu dengan sedikit minyak zaitun.
5. Ratakan sos pizza atasnya, tabur cheeese secukupnya dan bahan pizza yang lain, akhir sekali tabur sedikit daun basil dan tuang sedikit minyak zaitun.
6. Bakar selama 13-15 minit dengan oven suhu 200 C yang telah dipanaskan dulu selama 10 minit hingga sedikit perang atau bergantung pada oven masing-masing.

maz gna smoked turkey ni, biasa jgk duk bli utk letak dlm sandwish atau salad suami..kekadang tu hbis ank2 mkn gitu je..

posing piza pun sepesen ni je semua, kes nk cepat..hentam je la atas table top kat dapur tu..kang sjuk xsedap plak org nk mkn..

Wednesday, January 20, 2016

Kari Kambing Gaya India

Assalamualaikum w.b.t 'Hasbunallah wa'nik mal wakil' (cukuplah Allah penolong bagi kami)
plannya nk update ptg smlm, tpi masa xberapa mengizinkan..kari kambing ni pasangan utk chapati tu..gandingan yg ckup serasi, kari ni pun cuba masak ikut apa yg duk mkn kat luar..adoii! ada je yg nk cba buat sdrik deh..kerap plak duk masak lauk versi kuah bawang gini, dh lama xbuat kari masuk santan mcm biasa tu..suka lagi kari versi gini, sedapp! kena cuba dlu bru tahu..nak buat pun mudah sangat dan yg penting berkhsiat sbb xguna minyak bnyk dan xmsuk santan..wpun tak masuk santan, tapi kuahnya tetap pekat sbb guna bnyk bawang besar..tekak umat kat rumah ni dh sebati dgn kari india atau pakistan ni, sedapp dan bleh mkn bnyk sbb xmuak..terasa mcm mkn kat kedai plak, Inysaa Allah semoga jumpa lagi, may Allah guide us to the straight path dan maaf atas segala khilaf..

setengah restoran tu kuahnya warna kuning skit atau pun gelap lgi..bergantung pada cara masak dan bahan yg diguna, tapi dri segi rsa xbnyk sangat bezanya..klu kuning tu mungkin guna kunyit lebih skit dri bahan rempah yg lain, sayur mentah tu memang wajib ada..arab, india ke..pakistan pun sama, mkn sayur mentah dgn bawang besar sbgai salad..klu oder nasi pun sama, salad ni mesti ada..dh jdi biasa plak duk mkn sayur gitu, klu kita mcm ulam la kan..pastu masa kat Mekah bru ni ada mkn kari ayam kat restoran xjauh dri hotel..sedap jgk, kuahnya warna kuning mcm kunyit gitu..rsanya pun light je, Inysaa Allah nti nk cuba expiremen buat kari mcm tu plak..adoiii! mokcik sorang ni..

KARI KAMBING GAYA INDIA by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg kambing - cuci bersih dan toskan
  • 2 labu bawang besar *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1 tangkai daun kari @ daun bay
  • 1 kayu manis, 3 biji buah pelaga, 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 biji tomato - hiris nipis @ dadu
  • 1/2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk garam masala
  • 1/2 sudu kecil serbuk cili
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 3 biji cili padi - potong serong
  • 2 sudu besar yogurt - option
  • 2-3 sudu besar minyak sayur
  • sedikit daun ketumbar - cincang
  • sedikit garam dan gula atau aji jika suka
Cara

1. Kisar lumat semua bahan bertanda *.
2. Gaul kambing dengan 1 sudu besar bahan kisar, ketepikan.
3. Dalam periuk tekanan, panaskan minyak dan masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan daun kari, kemudian masukkan baki bahan kisar dan tumis sekejap.
4. Masukkan kambing dan tomato, masak sekejap biar keluar airnya, kemudian masukkan semua jenis bahan serbuk.
5. Masukkan cili padi, yogurt, sedikit daun ketumbar dan garam.
6. Masukkan sedikit air (dalam 1 cawan gitu), kemudian tutup periuk dengan sempurna dan masak dengan api perlahan selama 40 minit.
7. Padamkan api dan suaikan rasanya, boleh la dihidang bersama chapati atau roti naan dan juga nasi.

bleh jgk guna ayam atau daging, maz pun kerap buat versi ayam sbb stok selalu ada..kari india atau pakistan xguna minyak banyak..2-3 sudu ckup dh..

Monday, January 18, 2016

Chapati (Homemade)

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar' (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan selain Allah).
skli lgi nk cuba buat apa yg dimkn kat luar..kerap sangat duk layan capati atau roti naan kat kedai, skli sekala buat sdrik la plak..sbnarnya 2 hri berturut2 bercapati ni, ada stu mlm tu tetiba dtg ilham nk buat capati..lalu menguli la, buat 1 cwn tepung je..ye la mlm xmkn bnyk kan..pastu buka sardin 1 tin..xsangka laku la plak, buat mudah2 je..xde niat nk amik gambar pun, pastu esknya buat lagik atas permintan utk mkn ptg..yg ni maz gandakan sukatan yg 1st tu sbb dpt brapa keping je dan bru la snap sbb buat kari kambin skli, puas hati sungguh! capatinya pun lembut, bleh la utk mkn anak beranak tu deh..ada satu restoran yg kami mkn awal bln hritu capatinya punya la nipis, xthu mcmana dia canai..nipis sungguh, mcm kertas je..mkn 5 keping pun bleh hbis..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas segala kekurangan..

layan dgn kari kambing ala india la jgk, Inysaa Allah update next n3 plak kari tu..nk jgk mkn sma mcm kat kedai, ada sayur mentah sebagai ulam..memang sedapp! semua umat kat rmah ni dh jdi peminat setia dgn gaya mkn cicah2 gini..

CHAPATI (HOMEMADE) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 cawan allpurpose flour *
  • 1/2 sudu kecil baking powder *
  • 1/4 sudu kecil garam *
  • 2 sudu besar susu cair
  • 1 sudu besar minyak sayur
  • air secukupnya
  • tepung untuk tabur masa canai secukupnya
sedikit panduan cara maz buat capati ni, doh tu jgn keras ye sbb akan tabur tepung lagi masa canai..masak biar npak mengelembung sikit kemudian baru balikkan..pastu terus bungkus dalam tuala dapur yg agak tebal agar tak masuk angin..

Cara

1. Dalam mangkuk sebatikan bahan bertanda *, kemudian buat lubang sikit kat tengah dan masukkan susu segar, minyak dan air sikit-sikit sambil diuli biar jadi doh yang lembut, tak perlu uli lama macam nak buat donat, cukup sekadar sebati je.
2. Tutup mangkuk dengan pinggan atau plastik dan rehatkan selama 30-40 minit.
3. Bulatkan ikut saiz yang dikehendaki, tabur tepung secukupnya dan canai nipis sambil ditabur tepung sikit-sikit agar tidak melekat dipapan canai, canai bentuk bulat biar nipis gituw.
4. Tabur sikit tepung atas doh yang dicanai agar tidak melekat bila letak doh bertindih atau boleh terus masak sembil canai doh yang seterusnya.
5. Panaskan kuali non-stick yang tebal sikit dan guna api sederhana, letak sekeping dan tunggu biar mengelembung macam dalam gambar diatas, kemudian baru balik dan masak biar sedikit kekuningan atau perang.
6. Angkat dan bungkus dalam tuala tebal atau bekas tahan panas agar chapati tidak keras dan kekal segar.
7. Sedia untuk dinikmati dengan kari atau lauk pilihan.

bahan pun simple je, nk buat pun mudah sangat, berbaloi2 buat sdrik..mkn pun sedap, yg buat memula tu maz xrehat pun doh tu sbb nk cepat..ok jgk, cuma yg perap ni capati lagi soft dan mudah kembung masak masak..

Tomyam Cair (Udang)

Assalamualaikum w.b.t 'Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardi wala fis sama' wa huwa sami'un alim' (Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui), sama2 kita amal baca doa ni sblum kluar rumah atau setiap pagi dan ptg, semoga kita sentiasa dlm lindunganNya..
tomyam jenis cair la plak, sbnarnya dh bertahun xbuat tomyam gini..biasa duk buat tomyam versi masuk santan tu..ni pun tomyam bln 12 lgik!epas balik dri umrah..boleh buat versi cair ni sbb ada satu hri tu suami xsihat, suami mintak sruh buat jenis berkuah..nk hirup yg panas2 tu katanya..suami ni memang peminat setia klu tomyam, puas hati la dia dpt hirup tomyam ni..tukang masak ni memang suka bnar la klu masak tomyam..mudah sangat! sayur pun main masuk je apa yg ada, udg maz buang kulit semua..senang sikit org demam nk mkn kan..sama je mcm tomyam yg duk buat selalu tu, guna paste thai jgk..cuma letak sikit dan xmasuk santan..nk makan dgn nasi pun bleh, ada plak telur dadar..jdi dh kan..maaf atas segala yg tidak sempurna dan Inysaa Allah semoga jumpa lagi..

TOMYAM CAIR (UDANG) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 8-10 udang saiz besar,  maz buang semua kulit
  • 1-2 batang serai - ketuk *
  • 1 inci lengkuas - ketuk/hiris *
  • 1 sudu besar paste tomyam, maz guna paste thai *
  • 4-5 helai daun limau purut - kocak sikit
  • 1/2 labu bawang besar 
  • sedikit sayur - maz masuk bunga kobis, sawi, tomato
  • garam ,gula secukup rasa dan sedikit aji jika suka @ serbuk pati
  • sedikit daun ketumbar, cili padi - tumbuk sikit
Cara

1. Dalam periuk masukkan air secukupnya, semua bahan bertanda * dan masak hingga mendidih (air maz tak letak banyak, dalam 1/2 liter lebih sikit), tak nak nanti hilang rasa manis udang dan sayur).
2. Masukkan semua bahan lain kecuali daun ketumbur dan perasa secukup rasa, masak sekejap lagi biar udang masak dan sayuran sedikit lembut.
3. Bila nak hidang tabur sedikit daun ketumbar dan letak cili padi.

tomyam kat dpur ni xleh nk pisahkan! memang kerap sungguh..bleh kata tiap2 minggu mesti buat tomyam, cuma xamik gmbar dh..ye la menu sama je kan, Inysaa Allah utk tghri ni pun dh plan nk masak tomyam jgk..

Sunday, January 17, 2016

Mixed Fruit Salad

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma ajirni minan nar' (Ya Allah pelihara aku dari api neraka), sama2 kita amal baca 7x selepas solat subuh sebaik saja bagi salam..
apa kbar semua, bru ada kelapangan skit nk update blog hri ni..klu kat msia time ni mungkin ada yg tngah sibuk kat dpur utk siapkan mkn mlm kluarga, semoga Allah swt cukupkan rezeki buat kita semua, Ameen..cuci mata dgn salad buah la plak..sbnarnya kes nk prabis stoberi yg beli 2 minggu lepas, skrang ni tgh musimnya, memang geram la, mesti tergoda nk beli..murahh! pastu blik duk peram dlm peti, nk godek buat kek mood pon xbrapa rjin..tgk2 dh rosak 3-4 bijik, tu yg potong2 buh dlm gelas ni..kbetulan pomegranate dan kiwi pun ada skit, tu yg dtg ilham ni..sedapp plak kena dgn whip cream! maz dgn suami je la yg perhabis, abangngah dgn afiq kutip mkn kiwi je..Inysaa Allah sampai jumpa lagi dan maaf atas segala khilaf..

org arab memang suka mkn pomegranate ni, ingat msa kat Istanbul dlu..klu lalu je depan kedai yg jual jus delima segar ni, mesti beli..di perah dgn mesin khas bila kita oder, 100% pure, xde masuk gula skit pun..

MIXED FRUIT SALAD by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 paket buah strawberi 
  • 2-3 biji buah kiwi manis
  • 1 biji pomegranate
  • whipping cream UHT secukupnya 
  • sedikit gula kastor
Cara

1. Dalam mangkuk satukan whip cream, gula kastor secukup rasa dan secubit garam, putar hingga kental.
2. Sedia untuk dihidang bersama buah-buahan, maz letak selang seli buah dengan cream, buah tu biar yang sejuk dari peti, baru sedap makan.

kbetulan pomegranate pun tgh bnyk, nama melayu buah delima..Alhamdulillah kat sni buah ni senang dpt, bleh la rasa buah dri berbagai negara..yg paling manis, dan mahal sikit harganya pomegranate dri spain, india dan turkey..memula dlu terkejut jgk, rupenya india pun ada buah delima ni..yg maz guna ni pomegranate india, manis la! dgn juicynya..isinya merah sungguh..rsa xnk stop bila mkn tu..

Friday, January 15, 2016

Ikan Bakar Kicap ala Padang

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin' (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim), doa Nasi Yunus ketika dlm perut ikan, sama2 kita amal baca dikala keresahan atau dlm masalah, semoga sentiasa dlm lindunganNya..
SubhaanAllah,SubhaanAllah,SubhaanAllah..brtemu skli lgi dipagi jumaat yg barakah, smoga Allah swt terima amal kebaikan kita hri ni, Ameen..ahkir2 ni kerap plak muncul menu ikan kat dpur ni, memang ada la duk beli ikan kerapu ni klu msuk pasar..abangngah dgn afiq pun dh mula nk mkn ikan, ikan lain jarang beli..duk beli kerapu atau ikan shery tu..ikan bakar kicap ni kira pemes jgk kat tanah seberang, msa cuti2 Padang thun lepas ada mkn ikn bakar kicap ni, memang sedap..klu nak buat versi ayam pun bleh..cuma ni maz main buat je la ikut suka, xde masuk rempah apa..kisar cili merah dgn bawang dan halia..Alhamdulillah kena sangat dgn selera ni..sedapp! pastu cicah sambal plak, bakar atas kuali non stick je..selamat berhujung minggu dan maaf atas kekurangan yg ada, Insyaa Allah jumpa lagi..

posing la dlu sblum kena make up, xthu la plak nama ikan ni..lupa nk tnya org jual..

IKAN BAKAR KICAP ALA PADANG by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan, maz guna ikan dalam gambar tu @ ikan yang sesuai, siakap/kerapu
  • 2 biji cili merah *
  • 3 ulas bawang merah *
  • 2 keping hirisan halia *
  • sedikit asam jawa, tak perlu bancuh air
  • sedikit kicap manis
  • garam, gula secukup rasa dan sedikit aji jika suka
  • daun pisang secukupnya
Cara

1. Cuci ikan dengan air asam jawa dan toskan.
2. Kisar lumat semua bahan bertanda dengan sedikit kicap manis* , kemudian sebatikan dengan asam jawa dan perasa secukup rasa.
3. Lumur sambal pada seluruh ikan, masukkan sekali dalam bahagian peruk.
4. Letak sehelai daun pisang, tuang sedikit kicap manis atasnya dan letak ikan tadi atau boleh letak lebih sikit kicap dalam sambal atau boleh guna kicap pekat sikit, bila masak baru ikan jadi itam sikit, maz punya sambal tu terkurang kicap, kalau nak perap dulu sekejap pun boleh.
5. Panaskan kuali no stick, tuang sedikit minyak (dalam 1 sudu kecik) letak ikan, tutup dengan daun pisang atasnya dan tutup kuali, tujuannya agar ikan tidak kering masa proses membakar, guna api sederhana kecil dan bakar hingga masak.
6. Bila nak terbalikkan ikan, tuang kicap dulu sikit atas ikan, tutup semula dengan daun pisang dan terbalikkan, bakar hingga masak.
7. Bila dah masak, bungkus dalam aluminium jika tak hidang terus agar ikan tidak kering.

Sambal
  • 10 biji cili padi merah
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas kecil bawang putih
  • 2 hiris tomato
  • sedikit jus limau/lemon atau air asam jawa
  • garam, gula secukup rasa dan sedikit aji jika suka
Cara : Kisar semua bahan dan perasa secukup rasa biar ada rasa yang seimbang, sedia untuk dihidang bersama ikan bakar dan ulaman.

daun pisang pun yg frozen je, koyak sikit2 pun guna jgk sayang nk buang..tu yg berlapik2..maz punya sambal ni pun xckup gelap, terkurang kicap..

memang terangkat sungguh la layan dgn nasi panas, sedap ada rsa kicap sikit2..pastu ada ulam plak, tu pun xlayan sangat kehendak hati ni, klu diikutkan nk je tambah nasi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...