Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, June 1, 2016

Sambal Kering Kentang & Bilis

Assalamualaikum w.b.t 
'Allahumma innaka afuwwun tuhibul afwa fa'fuanni' (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), doa yang Rasulullah saw ajar pada Aisyah ra jika bertemu malam Lailatulqadar..sama2 kita amal baca selalu, semoga Allah SWT forgive us, our parents and accept our doa, Ameen.
lama dh jgk xbuat sambal kering ni, tetiba minggu lepas terasa nk mkn sambal gini..tpi memang sedap deh dgn nasi panas, xde lauk lain pun tkpe..sblum ni versi tempe dgn bilis, bleh tgk kat sini, skrang tempe susah dh nk dpt kat asian store tu, tkpe la dgn kentang pon sedap! aiman dgn babanya meratah ralik2 la plak, sedap..pedas2 manis, Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas segala kekuranagn yg ada..

SAMBAL KERING KENTANG & BILIS by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 3 biji kentang 
  • 1 mangkuk kecil bilis belah - goreng
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 labu bawang besar *
  • 1/4 cawan cili kisar
  • gula, garam dan aji jika suka
  • minyak untuk menggoreng secukupnya
Cara

1. Cuci kentang dan lap biar kering, kemudian sagat nipis (maz sagat dengan sekali dengan kulit).
2. Tumbuk kasar sikit bahan bertanda *, ketepikan.
3. Panaskan minyak secukupnya, goreng kentang biar garing atau perang dikedua bahagian, angkat dan toskan.
4. Dengan kuali lain, panaskan sedikit minyak untuk menumis (kira padan dengan bahan rencah la ye), masukkan bahan tumbuk dan tumis biar garing sikit.
5. Masukkan cili kisar dan gula, tumis biar cili masak, perasa secukup rasa, garam letak sikit je sebab bilis dah masin, masukkan kentang dan bilis, kacau biar sebati dengan rencah dan kering sikit.

lauk ringkas yg sedap, dh 2x buat..memula layan dgn masak lemak, pastu xckup dimtak buat plak esknya utk mkn dgn nasi lomak plak..kat rmah ni gitu la selalunya, klu mkn xpuas mesti kena ulang buat lgi esk lusa tu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...