Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, July 15, 2015

Selamat Menyambut Ramadhan Kareem 1436

Sayyidina Ubadah Ibn Samit berkata, Rasulullah saw mengajar kepada sahabatnya doa ini bila datangnya Ramadhan "Allahumma sallimni liramadhana, wasallim ramadhana li, wa tasallamhu minni mutaqa'bala" (Ya Allah pelihara lah aku untuk Ramadhan, pelihara lah Ramadhan ini untuk ku dan terima la dari ku).

"Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni" (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), doa yg Rasulullah saw ajar pada Aisyah r.a jika bertemu dengan malam Lailatulqadar.

Dikesempatan ini maz ingin mengucapkan selamat menjalani ibadat puasa kepada semua pengunjung yg budiman, semoga dipertemukan kita semua dgn Ramadhan ini hingga penghujunnya, InsyaaAllah, maz juga dgn rendah hati mohon maaf atas segala kekurangan selama berblog..

Sama-sama kita perbanyakkan amal ibadat dibulan yg penuh berkat ini dengan mendekatkan diri kepada Allah Azza wa Jall, perbanyakkan membaca Al Quran, berdoa memohon keampunan dariNya dan berlindung kepadaNya dari azab api neraka. Perbanyakan zakat dan sedekah kerana sebaik-baik sedekah adalah sedekah dibulan Ramadhan dan sedekah yg sangat digalakan adalah mejamu makan mereka yg berpuasa walaupun hanya dengan segelas susu atau sekeping roti. Perbanyakkan Istighfar dan menyebut kalimah Thayyibah seperti Allahuakbar, Subhaanallah, Alhamdulillah, Laa illaha illAllah..InysaaAllah semoga bersama lagi...

Tuesday, July 14, 2015

Spaghetti Aglio Olio With Black Pepper Steak

"Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni" (Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), doa yg Rasulullah saw ajar pada Aisyah r.a jika bertemu dengan malam Lailatulqadar..semoga Allah swt ampunkan dosa dan terima amal ibadat kita..Ramadhan dah tinggal penghujungnya..mungkinkan umur masih ada utk bertemu Ramadhan akan dtg..InysaaAllah..

Assalamualaikum w.b.t..apa kbar semua, mungkin ada yg dah duk npak kampung halaman deh..maz raya kat sini lagi tahun ni, InsyaaAllah lepas raya baru blik msia..kepada yg memulakan perjalanan hari ini semoga selamat sampai ke destinasi yg dituju..meh jamu mata dgn spageti steak ni la pagi ni..pasta ni kira top carta la sepanjang Ramadhan kli ni..bleh kata dlm seminggu tu 2-3x buat pasta, bolognese dah..carbonara pun sudah..yg jenis ringkas gini pun dh 2-3 jenis, hidangan penganti nasi..abangngah dgn afiq memang sukaa sangat klu pasta ni, cuma kali ni versi mkn dgn steak plak, aglio ni jenis light je rasanya..bahan utamanya bawang putih dan minyak zaitun, aroma bawang putihnya memang membangkitkan selera..pastu ada rasa pedas2 manja dri cili flakes tu..klu suka pedas bleh la letak lebih cili flakes tu..steak tu masa nak hidang potong siap-siap senang skit tak payah nak bersilat dgn pisau bagai lagi kan..InysaaAllah semoga bersama lagi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada..

Spaghetti Aglio Olio With Black Pepper Steak by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

Spaghetti
  • 5 ulas bawang putih - cincang
  • 1/4 cawan extra virgin minyak zaitun
  • sedikit cili flakes
  • sedikit serbuk pati ayam
  • sedikit parsley kering/italian herbs - yg dalam botol
  • 1/2 paket spaghetti - rebus biar lembut dengan sedikit garam dan minyak zaitun.
Cara

1. Dalam kuali panaskan minyak zaitun, masukkan bawang dan tumis biar layu sikit.
2. Kemudian masukkan parsley/italian herbs, spagheti yang telah ditoskan dan sedikit serbuk pati ayam, sebatikan dan kalau rasa terlalu kering boleh tambah minyak zaitun sikit lagi (kalau boleh bila spagheti hampir masak dapur sebelah terus sediakan bahan untuk buat aglio ni, agar spagheti tidak terlalu kering), padamkan api dan boleh la dihidang bersama beef steak atau makan gitu pun sedap.

Black Pepper Steak
  • 3 keping daging steak - lumur dengan sedikit garam dan lada hitam (tumbuk halus sikit lada hitam biji)
  • 1 labu bawang besar - potong kasar
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 1 kiub pati daging
  • 1-2 sudu besar tepung gandum - bancuh dengan sedikit air *
  • 1/4 cawan sos lada hitam - maz guna jenama puteri *
  • 1 sudu besar sos tiram *
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam - tumbuk lada hitam biji biar sedikit kasar*
  • 4 sudu besar susu segar 
  • 1/2 sudu kecil gula *
  • sedikit kicap manis * - agar sos jadi gelap sikit
Cara

1. Dalam periuk masukkan dalam 1 1/2 cawan air, 2 jenis bawang dan serbuk pati daging, masak biar mendidih lama sikit dengan api sederhana.
2. Keluarkan semua bawang, masukkan semua bahan bertanda kecuali susu segar dan kacau sebati, masak biar sos jadi pekat dengan api perlahan sambil dikacau selalu, kemudian baru masukkan susu segar, sebatikan dan suaikan secukup rasa, tambah la apa yang kurang, maz tak sukat sebenarnya. Bancuhan tepung tu boleh masuk separuh dulu, kalau rasa sos pekat sangat boleh tambah sedikit air atau kalau cair boleh tambah bancuhan tepung tadi.
3. Padamkan api, sejukkan dan boleh la dihidang bersama daging yang telah digrill, maz potong daging tu kecik-kecik bila nak hidang agar senang nak makan, tak perlu guna pisau lagi dah.
4. Untuk daging steak, panaskan kuali ajaib atau grill pan dengan 1/2 sudu minyak sayur biar berasap dulu, kemudian baru masukkan daging, tutup kuali dan masak selama 2-3 minit dikedua bahagian, bila dah masak angkat dan tutup dengan aluminium foil agar daging tidak kering.

pasta dgn steak ni pabret kak long sebenarnya, klu msuk kedai western, sukaa sungguh dia order pasta steak gini..jdi dri situ la dtg ilham utk buat kombinasi steak dgn spageti ni, bleh juga guna pasta jenis lain..aglio ni sesuai mkn dgn steak, sedappp sbb rasanya agak jenis plain gitu..klu mkn gitu je pun sedapp, xmuak..yg letak udang pun dah buat..peram la dlu dlm folder tu..

Saturday, July 11, 2015

Begedil Kentang

Assalamualaikum w.b.t.."Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni" (Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), doa yg Rasulullah saw ajar pada Aisyah r.a jika bertemu dengan malam Lailatulqadar..tiada apa yg diharapkan dlm hidup ini selain dri keampunan dari yg Maha Esa dan mengharapkan syurgaNya serta dijauhi dari azab api neraka...

sementara ada msa kjap ni update la dlu apa yg bleh, skjap lgi nk msuk dpur greng cucur udang utk berbuka nti..begedil ni buat mkn dgn nasi lemak tu, memang sedapp la layan dgn nasi lemak..tengok2 dah licin pinggan pakat duk amik sketoi sorang..selamat berhujung minggu, semoga bersama lagi dilain waktu, InysaaAllah dan mohon maaf atas kekurangan yg ada...

Begedil Kentang by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 biji ubi kentang saiz sederhana - hiris nipis
  • 1 biji telur - asing kuning dan putih
  • 1/2 labu bawang besar - cincang
  • daun bawang secukupnya
  • sedikit serbuk pati ayam
  • minyak untuk menggoreng secukupnya
Cara

1. Panaskkan minyak secukupnya dan goreng kentang biar sedikit perang, angkat dan masak sampai habis.
2. Tumbuk lumat kentang goreng, satukan dengan kuning telur, daun bawang, bawang besar, serbuk pati ayam dan sebatikan.
3. Ambil segumpal dan leperkan atas telapak tangan, buat sampai habis.
4. Panaskan minyak, kocok sikit putih telur dan celup begedil dalam putih telur, goreng hingga perang dikedua bahagian, angkat dan toskan.

mkn saja pun sedap kan begedil ni, nak2 klu dpt yg masih panas lgitu tu..nak buat pun mudah sangat..xde stok groundbeef, tu yg guna kentang je..

Friday, July 10, 2015

Nasi Lemak Daun Limau Purut Versi Berlauk

Assalamualaikum w.b.t.."Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni" (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), doa yg Rasulullah saw ajar pada Aisyah r.a jika bertemu dengan malam Lailatulqadar..mlm yg disebut2 tentang kehebatannya..sama2 kita amik peluang keemasan ini utk mencari mlm Lailaitulqadar..

layan nasi lemak la plak deh, sedapp plak dpt nasi lemak waktu berbuka..selera org berpuasa mcm tu la kan..sbnarnya memang dri dlu lgi klu buat nasi lemak jarang tinggal daun limau purut ni, sblum ni pun dh ada n3 nasi lemak versi masuk daun limau ni..membangkitkan aroma nasi dan memang sukaa la bau daun limau purut tu..klu nak tahu ye ke idak..nati kena la cuba ye msuk daun limau bila masak nasi lemak..semerbak kat dapur tu..ni bru kali ke 3 la maz dgn suami mkn nasi berbuka, kalu sahur tu memang mkn cereal atau biskut cicah milo je..pening jgk duk pikir nk masak apa hari2 deh..pasta memang kerap sangat la, sbb suami xnk mkn nasi sangat tu yg buat nasi lemak berlauk gini..makan dgn ayam goreng, begedil dan beef  bulgogi..InysaaAllah semoga bersama lagi dan mohon maaf atas segala khilaf...

Nasi Lemak Daun Limau Purut by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 cawan beras basmathi 
  • 1/2 cawan santan
  • 4-5 helai daun limau purut
  • 1 helai daun pandan
  • 2 inci halia - hiris nipis
  • 2 sudu besar minyak sayur 
  • sedikit garam
  • air secukupnya - ikut sukatan beras masing masing
Cara

1. Dalam periuk nasi masukkan beras yang telah dicuci, semua bahan dan sebatikan kemudian masak seperti biasa hingga nasi sedikit kering. Kemudian gemburkan sikit biar nasi masak sekata dan biar nasi masak sepenuhnya.
2. Boleh la dihidang bersama sambal bilis (maz buat sambal kosong je, ikan bilis dah habis stok) dan lauk kegemaran serta timun.

Sambal 
  • 2 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cawan cili kisar - rebus cili kering, kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 keping asam gelugor
  • nise/gula melaka sebesar saiz 3x ibu jari
  • garam, gula secukup rasa dan sedikit aji jika suka
  • minyak untuk menumis secukupnya
Cara

1. Kisar lumat dengan sedikit air 1 labu bawang besar dan bawang putih, 1 labu lagi tu hiris nipis untuk guna kemudian.
2. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, kemudian masukkan cili kisar dan tumis biar pecah minyak.
3. Masukkan bawang hiris, nise dan asam keping, masak sambil dikacau sekali sekali biar cili benar-benar masak, tambah air sikit dan masak lagi.
4. Masukkan sos cili, sos tiram dan perasa secukup rasa biar rasa manis lebih sikit, masak biar sambal jadi sedikit pekat.
5. Sejukkan dulu dan boleh la dihidang bersama nasi lemak dan lauk lain, maz makan dengan ayam goreng, beef bulgogi dan begedil kentang.

bila bnyk makanan tambahan ni, nasi sikit tu pun dh cukup, suami kenyang dgn mkn begedil dan meratah lauk..utk nasi maz guna beras basmathi..abangngah dgn afiq pun dh join baba dgn mommy xmkn nasi..gambar pun ala kadar je, xdan nak posing mana bulan puasa ni..

Thursday, July 9, 2015

Beef and Vegetable Soup (Italian Style)

Assalamualaikum w.b.t.."Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni" (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), doa yg Rasulullah saw ajar pada Aisyah r.a jika bertemu dengan malam Lailatulqadar..sama2 kita baca la selalu doa ni sepanjang bln yg mulia ni semoga Allah swt ampun dan terima doa2 kita... 

kelainan dri sup yg biasa duk buat, sup perasa tomato yg enak dan berkhsiat..pabret suami, dlm puasa ni dh 2x la buat sup ni..sukaa sangat dia klu jenis benda yg boleh hirup gini..sbb xde nasi waktu berbuka jadi duk masak menu gini la, kalau utk anak letak pasta time nak mkn tu..sayur tu kalau letak kobis cina pun boleh..maz letak apa stok yg ada..terima kasih sekali lagi pada yg sudi singgah dapur kecik ni dan semoga bertemu lagi dilain masa, InsyaaAllah..mohon maaf atas segala kekurangan...

Beef and Vegetable Soup (Italian Style) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-Bahan
  • 400g daging - potong kiub
  • 1/2 tin whole peeled tomato - kalau tin kecik guna 1 tin
  • 1 labu bawang besar - cincang
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 1 biji tomato - dadu
  • 1 helai daun bay
  • 1 batang lobak merah 
  • 1 mangkuk kobis
  • 1 batang celeri 
  • 1 kiub pati daging
  • 2 sudu besar sos cili
  • sedikit daun basil kering/italian herbs
  • sedikit gula
  • sedikit extra virgin minyak zaitun untuk menumis
Cara

1. Dalam periuk tekanan, (kalau nak guna periuk biasa pun boleh, guna periuk tekanan ni air daging tak hilang) panaskan minyak zaitun, masukkan bawang cincang, daun bay dan tumis biar bawang sedikit layu.
2. Masukkan daging dan masak sekejap biar daging keluarkan airnya, kemudian masukkan tomato.
3. Masukkan tomato tin dan tekan-tekan biar hancur, masukkan air secukupnya (agak-agak la ye, kira padan dengan bahan lain).
4. Masukkan sos cili, sedikit gula dan semua jenis sayur, kuib pati serta daun basil/italian herba.
5. Tutup periuk tekanan seperti biasa dan masak dengan api perlahan selama 30 minit.
6. Padamkan api dan buka periuk seperti arahan dan rasa la apa yg kurang.
7. Boleh la dihidang dengan roti, biskut krakers atau makan gitu saja, kalau buat lebih awal lagi sedap rasa sup ni, sebati gitu.

bermlm dlm peti lagi sedapp, kuahnya lagi lebih pekat gitu..nak buat pun mudah sangat dan yg penting sedappp..sahur pun suami makan sup ni, sedapp katanya dpt sup panas...

Tuesday, July 7, 2015

Murtabak Sardin

Assalamualaikum w.b.t.."Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni" (Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), doa yg Rasulullah saw ajar pada Aisyah r.a jika bertemu dengan malam Lailatulqadar..tiada apa yg diharapkan dlm hidup ini selain dri keampunan dari yg Maha Esa dan mengharapkan syurgaNya serta dijauhi dari azab api neraka..sama2 kita perbanyakkan berdoa dihari-hari terakhir Ramadhan..

wpun xde bazar Ramadhan..dpt jgk mkn murtabak ni..kira wajib menebar la klu bulan puasa..biasanya buat murtbaka ayam atau daging..tpi satu hari tu inti dah hbias, buka la tin sardin..jadi ler murtabak sardin ni..senang keje deh..sebelum ni duk buat guna respi yg pernah maz cuba seblum ni, tpi semenjak selalu sangat duk buat..maz xde sukat pun, main tuang gitu je sbb skli buat pun sikit sangat, jdi dari situ la terciptanya rspi doh ni sbb xde susu pekat..guna susu segar..Alhamdulillah kulitnya rangup dan mudah tebar..memang kerap benar la duk menebar buat roti canai telur dan murtabak utk berbukanya, semua suka..tu yg xde nasi utk berbuka..InysaaAllah semoga bersama lagi dan maaf atas segala khilaf...

Murtabak Sardin by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

Doh
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 100ml air
  • 3 sudu besar susu segar
  • 1 sudu besar mentega lembut
  • sedikit garam
Cara

1. Dalam mangkuk satukan air, susu dan garam, kemudian masukkan tepung sikit-sikit sambil dikacau biar bersatu. Masukkan mentega dan uli hingga jadi doh yang lembut selama 8-10 minit, kalau rasa lembik sapu tepung sikit kat tangan masa uli tu.
2. Ambil sedikit doh dan buat bulat sebesar bola ping pong kemudian lumur mentega dan susun dalam mangkuk yang telah disapu dengan sedikit mentega kelilingnya (seperti gambar kat bawah) , buat bulat sampai habis.
3. Biar 4-5 jam dulu sebelum ditebar, bila dah tebar isi dengan inti secukupnya dan goreng seperti mamak goreng roti canai atau orang goreng murtabak tu. Doh ni kalau tak habis boleh simpan dalam peti (tutup la mangkuk tu) dan letak kat luar 2-3 jam dulu bila nak guna.

Inti
  • 2 tin sardin - amik ikan je, hancurkan sikit
  • 3 biji telur - kocok
  • 1 labu bawang besar - hiris nipis
Cara : Satukan semua bahan kemudian letak dalam 3-4 sudu atau secukupnya atas doh yang telah ditebar, lipat bentuk 4 segi dan goreng seperti buat roti canai atau murtabak biasa.

doh yg dh siap dibulat, pastu rehatkan dulu sebelum diguna..sekali buat banyak ni je..bleh la 2x mkn..memang dh acap kli la duk buat murtabak atau roti canai telur ni utk berbuka..Alhamdulillah semua dgn izinNya..

wpun xsetebal murtabak mamak..utk mkn keluarga tu bleh la deh..nk letak isi banyak nanti terburai plak masak nak angkat letak atas kuali tu..pasangannya cicah dgn kari..lupa plak nk snap akri skali..ni pun snap ala kadar je..mood xberapa rajin mana nk pegang kamera..

Monday, July 6, 2015

Gulai Kunyit Lengkuas Udang Dengan Labu

Assalamualaikum w.b.t.."Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni" (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), doa yg Rasulullah saw ajar pada Aisyah r.a jika bertemu dengan malam Lailatulqadar..InysaaAllah mlm ni 10 mlm terakhir Ramadhan, mlm yg disebut2 tentang kehebatannya..sama2 kita amik peluang keemasan ini utk mencari mlm Lailaitulqadar...

bertemu sekli lagi diawal pagi isnin, Alhamdulillah atas segala nikmatNya..kembali dgn menu yg biasa sangat duk masak, klu udang tu balik2 kuah kuning gini la gaya masaknya..pasangan dgn ikan bawal sambal hritu..lepas masak lauk ni sampai hri ni la xmasak nasi lgi..duk pusing buat pasta dan mkn kuih2 je..abangngah dgn afiq pun dah bleh terima berbuka dan sahur tanpa nasi..InysaaAllah semoga bersama lagi dan harap dpt dimaafkan atas kekurangan yg ada...

Gulai Kunyit Lengkuas Udang Dengan Labu by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 10 ekor udang saiz sederhana besar
  • 1 mangkuk labu kuning - potong saiz sederhana
  • 2 cawan santan
  • 4-5 ulas bawang merah *
  • 1/2 inci kunyit hidup *
  • 1 inci lengkuas *
  • 2-3 biji cili padi
  • 1 keping asam gelugur
  • garam gula secukup rasa dan aji jika suka
Cara

1. Kisar lumat bahan bertanda dengan sedikit air atau santan.
2. Dalam periuk satukan semua bahan kecuali udang dan bahan perasa, masak sambil dikacau selalu hingga labu lembut, kemudian masukkan udang dan perasa secukup rasa.
3. Masak seketika biar udang masak, padamkan api.

jgn terkejut deh, kat sni pun ada jual pegaga..india mari la..tpi xthu la plak mcmana mereka masak pegaga ni..rasanya buat kari kut..

Thursday, July 2, 2015

Chocolate Oreo Pudding

Assalamualaikum w.b.t.."Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni" (Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), doa yg Rasulullah saw ajar pada Aisyah r.a jika bertemu dengan malam Lailatulqadar..tiada apa yg diharapkan dlm hidup ini selain dri keampunan dari yg Maha Esa dan mengharapkan syurgaNya serta dijauhi dari azab api neraka..semoga Allah swt terima doa kita dibulan yg mulia ini..

puasa pun buat puding ke? sebenarnya puding ni kejadian bln 4 hritu lagi..kesinambungan dri puding yg terdahulu..ada kat sini, ni pun kes nk perabis whip cream kotak besar tu la..skli buat skit benor, tu yg xhbis2 jgk..ni kira puding last la, akhirnya hbis jgk whip cream tu..ni pun puding express jgk..10 minit bleh siap..wpun puding segera je, Alhamdulillah, sedappp la..InysaaAllah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan..

ala-ala eskrim pun ada..mcm biasa la klu dessert jenis gini suami dgn abangngah la yg paling sukaa..

Chocolate Oreo Pudding by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 6-8 keping biskut oreo - masukkan dalam plastik bersih, hancurkan 
  • 150ml whipping cream Non Diary - yang dah manis tu
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • sedikit coklat emulco
  • secubit garam
  • gelas kaca/bekas yang sesuai
Cara

1. Dalam mangkuk yang bersih putar whipping cream, vanilla dan garam hingga kental.
2. Bahagikan kepada 2 bahagian, satu bahagian campur dengan emulco coklat, sebatikan, 1 bahagian lagi campurkan dengan biskut oreo, kemudian masukkan dalam paiping bag berasingan.
3. Dalam gelas kaca/bekas yang sesuai picit lapisan coklat, buat lapisan selang seli 2 kali.
4. Boleh la dihias ikut citarasa, simpan dalam peti biar sejuk dulu sebelum dihidang.

Nota ilhamdapur : boleh juga guna whipping cream UTH, cuma kena letak gula kastor dalam 3-4 sudu.

klu ada whip cream yg xhabis bleh la putar buat puding ni..penyaman tekak waktu berbuka deh..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...