Assalamualaikum...slmat brhjung mggu buat smua...main nga kuih bolat2 plak..ni mnu ulangan yg dah bnyk kli jgk ye..kita buat msa Ma kita ada kat umah hri tu..nk sruh Ma rasa kuih jepung ni...xsngka plak Ma kita sukeeee!! bnyk bijik dia mkn...msa makcik2 kita yg duk ampang mai umah hri tu pun kita buat menda ni jgk sbgai kuih mkn ptg2...smua ckp sdp la weiii...rspi utk bncuhan tkyki ni kita msih gna rspi dri Kak Rinn @ Rinnchan FP...tpi flling tkyki dan sos utk sapu pda tako ni kita buat stail sdri..mcm yg duk buat sblumnya..ala2 mcm yg jusco jual gtuw..kita suka rspi batter Kak Rinn ni lembut aje..sbjik mcm yg jusco jual...sdpppp sngat!! mksih Kak Rinn..mtak ijin nk letak rspi kat ni plak ye...
bila dah slalu buat skjap je siap...bgi kita ni la kuih pling cpat nk sdiakan klu ada tetamu mngejutt!! hehe..asalkan bhn2 utamanya dah sdia ada kat dpur...
Sumber Resipi : Ilhamdapur.blogspot & Kak Rinn @ Rinnchan FP Bahan-bahan
Tokayaki Batter
1 biji telur
340ml air sejuk berais
1 tsp kicap soya cair - maz ganti dgn beberapa titik fish sos & 1/4 tsp okonomiyaki sos
secubit garam - tak buh
1/2 tsp granulated DASHI - tak letak
100g tepung gandum ( diayak ) - maz guna allpurpose flour
Filling & Cara Ilham Dapur
4-5 ekor sotong saiz kecik - potong dan toskan, kemudian gaulkan sotong dengan 1 sudu besar penuh sos tiram, 1 sudu besar okonomiyaki sos dan beberapa titik minyak bijan serta sedikit pewarna merah (lebih kurang mcm yg jusco buat la ni..hehe (jangan letak air ye). Kemudian masak sekejap (dalam 6-8 min)
1 mangkuk kobis yang dicincang halus
2 sudu besar okonomiyaki sos - bancuh dengan 3-4 sudu besar air (untuk sapu pada bebola tako yang telah masak nanti)
1/2 angkuk kecil minyak sayur - untuk sapu pada acuan dan selalu curah sikit-sikit pada bebola tako semasa memasaknya
Dried bonito fish flakes secukupnya
Mayonis secukupnya
Sedikit serbuk hijau
Cara-cara
1. Di dalam mangkuk, pukul telur hingga kembang - kita guna hand mixer.
2. Masukkan air sejuk dari peti yang telah dicampur dengan 2 titik fish sos dan 1/2 sudu kecik okonomiyaki sos. Putar lagi
3. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak. Putar sebati
4. Panaskan Tako Maker. Sapu minyak masak - kita guna minyak sayur
5. Tuang adunan hingga penuh. Masukkan sotong 1 potong dan sedikit kobis cincang.
6. Tuangkan sedikit lagi adunan untuk menutup semuanya.
8. Kikis lebihan2 adunan dan masukkan ke dalam adunan dalam lubang-lubang tako maker.
9. Terbalikkan tako menggunakan lidi sate atau tooth pick dan letakk minyak masak lagi agar bebola tkayki ni jadi garing elok
10. Terbalikkan beberapa kali sehingga bahagian luar takoyaki garing dan dalamnya masak sambil letak minyak sayur sikit sekiranya minyak dah kering.
11. Bila dah masak, angkat susun dalam pinggan. Sapu semua bebola takoyaki dengan okonomiyaki sos yang telah dibancuh dengan sedikit air pada keseluruhannya. Kemudian taburkan bonito flake dan picitkan mayonis. Akhir sekali tabur sedikit serbuk hijau...Siappp Sedap weiii....hehe...
Filling (Resipi Dari Kak Rinn)
150gm octopus, direbus 1/2 cup cebisan tepung goreng tempura
Pickled ginger secukupnya
Pink shrimp secukupnya, digoreng tanpa minyak dan diramas halus
Daun bawang secukupnya, dihiris halus
Hanakatsuo (Dried bonito fish flakes)
Wochestershire Sos Lea & Perrin
Mayonnaise secukupnnya
Cara-cara
1. Di dalam magkuk, pukul telur hingga kembang
2. Tuangkan air sejuk, dashi, kicap soya cair, dan garam. Kacau sebati.
3. Masukkan tepung yg telah diayak terlebih dahulu dan kacau sebati.
4. Panaskan Tako Maker. Sapu minyak masak.
5. Tuang adunan hingga penuh. Melimpah pun tak mengapa.
6. Isikan tako, cebisan tepung goreng tepung tempura, pickled ginger, dried pink shrimp dan daun bawang.
7. Tuangkan sedikit lagi adunan untuk menutup semuanya.
8. Kikis lebihan2 adunan dan masukkan ke dalam adunan dalam lubang-lubang tako maker.
9. Terbalikkan tako menggunakan lidi sate atau tooth pick.
10. Terbalikkan beberapa kali sehingga bahagian luar takoyaki garing dan dalamnya masak.
11. Angkat dan taburkan fish flake, renjiskan Wochestershire sos dan drizzle dengan mayonnaise.
12. Masa nak makan, cicahlah dengan kicap cair..kalu suka laaa
ni utk Chik Mimi yg bertnyakan pasal sos okonomiyaki yg kita gna tu..sos ni ada jual kat jusco dibhgian japanes food...Chik Mi tgk kat label2 barang yg ada kat situ..klu ada nama sos okonomiyaki tu..tu le sosnya...sos ni la yg beri rasa sdp pada tkyki tu...sos ni kita bncuh dgn sdikit air..sbb terlalu pekat..kita beli kat jusco sunway piramid...jusco lain tak tahu le ada ke tak..mesti ada kut..