Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, November 23, 2016

Gulai Puyuh Dengan Kacang Panjang

Assalamualaikum w.b.t.
(Astaghfirullah 3x, Allahumma antas salam wa minkas salam tabrakta ya zal jala'li wal ikram), sama2 kita amal zikir ni selepas solat fardhu, sunnah Rasulullah saw (sahih Muslim), semoga Allah swt bless us all and guide us to the right path, Ameen.
adoiiii, bakpo makin liat nk update blog skrang ni..nk bercerita pon xde idea sngat pgi ni..ok la layan lauk burung puyuh gulai ni la dlu, sni ada jual puyuh, tpi yg frozen la..produk dri UAE, gulai ni ilham dari gulai cara Padang mcm yg pernah buat sblum ni..cuma ubah suai skit2, Alhamdulillah kena dgn selera kami sklrga..InysaaAllah sampai bertemu lgi dan maaf atas khilaf yg ada..

GULAI PUYUH DENGAN KACANG PANJANG by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 3 ekor puyuh 
  • 2 cawan santan
  • 4 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1/2 inci kunyit *
  • 3 biji cili padi merah *
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 sudu besar minyak sayur/masak
  • kacang panjang
  • gula, garam dan aji jika suka

  • Cara

    1. Potong puyuh saiz yang dikehendaki, maz potong 3.
    2. Kisar atau tumbuk semua bahan bertanda *, panaskan minyak dan tumis bahan kisar biar naik bau.
    3. Masukkan puyuh, kacau balik biar mesra dengan bahan rencah dan kulitnya bertukar warna.
    4. Masukkan santan, asam gelugur dan masak biar puyuh lembut, perasa secukup rasa.
    5. Masukkan kacang panjang, masak sekejep dalam 1 minit sekadar layu, padamkan api.

    sambung kembali cerita cuti2 euro, destinasi kedua Hallstatt..satu daerah yg agak terpencil di Austria, tpi tempat ni memang tumpuan touris sbb keindahanan perkampungan dilereng bukit tepi tasik Salzkammergut..tempat ni tenang dan damai sangat, cantik sungguh..ni gambar dari luar sblum masuk ke dlm kampung ikut tepi tasik tu..

     klu time winter, bertukar warna la gunung2 tu jdi putih..

      maaf la gmbar jdi xjelas..kat phone ok je, npe bila upload kat sni jdi blur la plak..

    dlm perkampungan tepi  tasik Salzkammergut..cantik rumah2 kayu dilereng bukit, utk masuk ke sni kena berjln kaki sekitar 10-15 minit..kawasan ni car free kecuali utk penduduknya saja, tempat parking kereta berbayar ada disediakan diluar sna..

    belah mlm pun cantik tempat ni..bleh jgk naik bot utk menyusuri tasik, cable car pon ada..touris dri cina mainland ni ramai sungguh, ada kat mna2..

    yg lebih 3 ekor lagi goreng tepung mkn dgn nasi lemak..selalu duk buat gulai kuning lengkuas biasa tu, ni tumis dlu rencah tu biar ada aroma skit..ilang la skit bau puyuh kan, tekak tukang masak ni susah skit..xleh nk terima klu ada rasa lain dri biasa..

    Thursday, November 17, 2016

    Sotong Goreng Telur Masin

    Assalamualaikum w.b.t. 
    'La illaha il'lallah wahdahu la sharika lah, lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa 'ala kul'li shayin qadeer (tiada Tuhan selain Allah, tiada sekutu bagi Allah, yang memiliki langit dan bumi dan yang berkuasa atas segalanya), zikir selepas solat fardu sunnah Rasulullah saw, baca 10x selepas solat maghrib dan subuh sebaik bagi salam..sama2 kita amalkan semoga Allah swt have mercy on us all, forgive our mountainous sins and strengthen our iman, Ameen.
    bertemu kembali di ruangan dapur maya yg makin suam ni..apa kbar semua, lama jgk amik masa nk tarik balik mood berblog ni..bila start cuti gini la selalunya, semangat terus terjun ke gaung..ni pon berpaksa2 diri duk depan lappy bila teringatkan gmbar2 lama bnyk lagi dlm folder tu, smenjak balik cuti europe dh skat sblum ni nk pegang kamera pon malasnya..ni pon update lauk yg dh 3 bln duk peram, klik kat gmbar stun tu date 16hb 8 lgik! cara buat sotong telur masin ni sama je mcm veris udang yg kat sini, kbetulan stun pon besar jgk yg lebih masak kari hritu..nak buat pon mudah sngat, dlm hti tu ada jgk niat nk buat n3 bab jln2 ni..tpi tu la, gmbar yg sedia ada ni pon tak terupdate..ditmbah dgn xberapa rajin nk berstory2, InysaaAllah semoga jumpa lagi dan maaf atas silap yg ada..

    SOTONG GORENG TELUR MASIN by http://ilhamdapur.blogspot.com
    Bahan-bahan
    • 2 ekor sotong - maz guna sotong besar
    • 3 biji kuning telur masin 
    • 2 ulas bawang putih - cincang *
    • 4-5 biji cili padi - potong halus *
    • 1 tangkai daun kari *
    • 2 sudu besar mentega - maz guna mentega tanpa garam/unsalted
    • 1 biji telur - kocok dengan garfu
    • 1 cawan tepung serbaguna/tepung gandum 
    • 1/2 sudu kecil baking powder
    • sedikit serbuk pati ayam - kurangkan jika guna mentega bergaram
    Cara

    1. Cuci sotong, buang semua kulit dan hiris, toskan biar kering sepenuhnya, jika perlu lap dengan tisu dapur.
    2. Panaskan kuning telur dalam microwave selama 6-7 saat atau bergantung pada microwave masing-masing, sejukkan sekejap kemudian tekan-tekan dengan garfu biar hancur berderai, ketepikan dulu.
    3. Masukkan sotong dalam telur 1 biji tu, sebatikan tepung dengan serbuk penaik (tepung tu boleh masukkan dalam plastik bersih agar tepung tak bertabur), masukkan sotong dan goncang biar sotong bersalut dengan tepung sepenuhnya, biar tebal.
    4. Panaskan minyak secukupnya, goreng sotong biar sedikit perang dikedua bahagian, angkat dan toskan.
    5. Panaskan mentega dalam kuali bersih, masukkan bahan bertanda * dan masak sekejap biar mentega cair, kemudian masukkan telur masin tadi dan masak biar sedikit berbuih-buih sambil dikacau agar tidak berketul.
    6. Perasa dengan sedikit serbuk pati ayam, masukkan sotong dan balik-balik biar sebati dengan telur dan kering sikit.

    sdkit cerita cuti2 europah hritu, brmula dgn Vienna destinasi pertama..Alhamdulillah sempat ke 5 negara dan 10 city, balik ikut Geneva, memang amik multi city flight..sampai je airport terus amik kereta sewa, sepanjang 12 hri travel ni la kenderaan kami..bonet kerta volkswagen ni pun luas, sedap la isi bag 4 bijik, sbnarnya kat euro ni senang bawa kreta kecik sbb parking susah dan cara mereka park rapat2nyaa! rakyatnya guna kenderasn awam dan basikal, utk kreta sewa kat euro ni bnyk yg manual sbb sewanya murah skit dri yg auto..tpi suami amik yg auto senang nk bawa, kereta sewa pon ada bnyk company..ratenya lebih kurang je, kami sewa dri Eurocar..sbgai pemegang passport Msia, kita bebas keluar masuk negara EU ni dan lesen memandu Msia pon valid..yg blum expired la ye, suami guna lesen memandu Msia je..xde plak mereka mtak international driving lesen..kat bahrain ni xlaku la plak lesen negara kita tu, kena guna lesen sni..

    our tour guide! menda ni wajib ada, klu dak sesat ler..tu pon bleh sesat jgk skit2 klu dlm town..ye la 1st time msuk tempat tu, bleh jgk bwa GPS sdri klu ada..sbb harga sewa kreta xmsuk sewa gps, klu kreta yg ada gps ni kena tmbah lagi la kadar sewanya 10 euro utk 1 hari..

    kat europe ni public transportnya memang cekap dan ohhsemm la, kut celah2 bagunan pun ada train..cantik train old skool ni, tpi sbb sepanjang travel guna kreta..jdi xmerasa la naik kenderaan awam, ni pon snap gmbar dri dlm kerta..

    Vienna atau dlm bahasa tempatannya disebut Wien..bnyk jgk attraction kat Vienna ni mcm palace, bangunan lamanya dgn seni ukir yg menarik, park, museum, dan jgk tempat shopping..sempat la pergi tempat2 ni smua..bandarnya pun cantik, mknan halal pon ada, kami jumpa kedai turkish kebab halal msa kat mariahilfer straße..

    kluar dri bandar Vienna menuju destinasi seterusnya, cantik sangat pemandangan sepnjang jln..bleh npak puncak2 gunung putih dgn snow, InsyaaAllah akn bersambung utk destinasi yg setrusnya

    telur masin tu guna yg homemade, sni xde jual..panaskan dlm microwave je skjap telur kuning tu, pastu biar sejuk skit dan hancurkan dengan garfu..klu rebus buat lauk tlur masin ni tukang masak ni je la yg mkn, suami dgn anak2 xmkn..
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...