Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma inni as'aluka ‘ilman naafi'an, wa rizqan tayyiban, wa 'amalan mutaqabbalan' (Ya Allah aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanafaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima), Sunnah RAsulullah saw..sama2 kita amal baca sebaik bagi salam selepas solat subuh, semoga Allah guid us to what's best and keep us steadfast on His straight path, Ameen.
kerap plak cik palova ni, sbbnya nk keje mudah utk hbiskan stoberi..maka tenggek je la atas dessert sedap ni, tpi ni pun dh lama basi ye..buat awal bln 1 lgik, semjak diet ni dh xbuat kue2 manis ni..gula memang kena kurangkan agak pembakar lemak dlm badan dpt berlaku..mcm biasa buat 2 biji putih telur je, kira skli mkn bleh hbis..lgipun bila dh letak buah xtahan nk simpan lama2..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas segala khilaf..
rangup diluar, dlmnya lembut seakan marshmallow..diganding dgn lemak krim dan buah segar, maz kurangkan manis pada krim sbb pavlova dh ckup manis, buah yg sedikit masam memberi rasa yg tidak manis keterlaluan..
STRAWBERRY PAVLOVA by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
- 2 biji putih telur saiz A
- 115g gula kastor
- 1/2 sudu kecil lemon jus/cuka makan
- 1/2 sudu kecil tepung jagung
Cara
1. Panaskan oven suhu 140 C dan sediakan loyang yang telah dialas baking paper.
2. Dalam mangkuk yang kering dan bersih, putar putih telur hingga berbuih dulu, masukkan jus lemon dan putar hingga jadi berkrim, kemudian baru masukkan gula sikit-sikit sebanyak 4-5x masuk sambil diputar biar gula larut dulu selepas setiap kali masuk, putar hingga kental, masukkan tepung jagung dan putar lagi hingga bertanduk, maksudnya bila kita angkat mata mixer tu telur tak jauh, boleh berdiri macam tanduk gitu, harap boleh paham la deh ayat ni.
4. Tuang atas loyang, ratakan buat bentuk bulat kecil 2 biji tinggi dalam 1 inci, jarakkan sebab bila masak ia mengembang.
4. Bakar dalam oven selama 30-35 minit atau bergantung pada jenis oven juga, bila dan masak buka sikit pintu oven dan biarkan sejuk dalam oven dulu selama 10-15 minit, kemudian keluarkan dan sejukkan sepenuhnya.
Lapisan Krim
- 100ml whipping cream Non-Diary (yg dah manis tu)
- 1/2 sudu kecil essen vanilla
- secubit garam
- strawberi segar secukupnya
Cara : Putar cream dengan vanilla dan secubit garam hingga kental, ratakan atas pavlova secukupnya dan letak buah strawberi.
Nota ilhamdapur : Pastikan telur yang digunakan suhu bilik, tidak ada sedikit pun termasuk kuning telur, telur baru, maksudnya bukan telur yang dah berminggu duk kat suhu bilik. Pastikan mangkuk serta mixer yang digunakan benar-benar kering dari kesan minyak dan air. Mixer juga mempengaruhi hasil pavlova, stand mixer lebih dicadangkan kerana masa yang diambil untuk putar telur dengan sempurna tidak lama berbanding hand mixer yang boleh menyebabkan banyak udara terkumpul, tapi ni maz guna handmixer je. Oven pun memberi kesan pada pavlova yang dihasilkan dari segi warna dan teksurnya dengan masa yang dicadangkan, jadi kena tahu suaikan oven masing-masing.
pemanis mulut yg ringkas tpi menawan dan npak mewah, wpun rupenya retak 1000..tetap menjadi pujaan ramai pagi pengemar dessert..