Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, January 30, 2015

Oven Baked Ribs

Assalamaualikum .w.b.t..'Allah humma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..brtemu skli lgi dipagi jumaat yg barakah...masih dgn gambar thun lepas...bnyk jgk lgi dlm folder pic lama...nk bbq dgn arang malas nk keluar dan rasa mcm susah sngat...jdi senang keje msuk je dlm oben...biasanya klu bli tulang rusuk ni gulai atau buat sup...tpi hritu teringin nk mkn mcm ni kes xthan tgk program Guy Fiery...buat la jgk wpun ribnya dh diptong2 utk msak gitu...kihkihh...rspi asal dri web matsaleh...tpi maz dh ubah buat cara mudah dan ikut stok yg ada...selamat berhujung minggu...tukang masak pun dh nk kluar jgk ni...Inysaa Allah semoga jumpa lgi...mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Oven Baked Ribs by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg tulang rusuk lembu (ribs) 
  • 1 cawan sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar hot sos
  • 2 sudu besar madu
  • gula perang secukup rasa
  • sedikit air - jika perlu
Cara

1. Pastikan daging betul-betul kering/sejat air.
2. Panaskan oven 200 C.
3. Satukan semua bahan diatas dan masak dengan api perlahan biar gula larut. Tambah jika ada rasa yang kurang.
4. Lumurkan pada tulang rusuk tadi, simpan sikit sos untuk guna kemudian. Masukkan dalam loyang (susun tu biar ada ruang, jangan rapat atau penuh loyang) dan tutup dengan aluminium foil.
5. Bakar selama 3 jam, kemudian buka aluminium foil, tuang baki sos tadi dan bakar balik selama 25 minit.

sedapp...mudah dan praktikal bgi rumah yg xde kwsan trbuka...buh je dlm oben pastu tnggu masak...

Thursday, January 29, 2015

Kuih Keria

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..rsanya rmai jgk deh yg suka dgn kuih keria ni...nak buat pun xde susah mna...mkn pun sedappp...lembut dan terasa keledeknya...bleh kata slalu la jgk duk beli keldek...klu xbuat kuih ni buat cek mek molek...yg buat sblum ni ada kat sini...Inysaa Allah semoga jumpa lgi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

utk bentuk tu maz gentel sebesar ibu jari pnjang dlm sejengkal, pastu cantum je...ni pun bkn bru buat...kejadian bulan 10 lgikk...adoii semua dah lapuk bru nk updated deh...yg ni ringnya tu trbesar skit...

Bahan-bahan
  • 500g keledek - maz kukus sebab keledek sini jenis keledek lembik
  • allpurpose flour secukupnya
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 3/4 cawan gula
  • 1/3 cawan air
  • sedikit garam
Cara

1. Potong keledek dan kukus seperti hingga lembut. Biar sejuk dulu baru kupas kulit dan tumbuk lumat.
2. Dalam bekas satukan keledek, secubit garam, tepung beras dan tepung  (letak sikit dulu), gaul biar jadi doh yang lembut. Jangan letak banyak tepung nanti kuih keras, lekat kat tangan sikit-skit ok dah tu, nanti sapu je tepung sikit bila nak bentuk.
3. Ambil sejemput dan gentel (roll) biar jadi panjang sejengkal sebesar ibu jari. Kemudian cantumkan hujung ke hujung jadi bulat dan lekatkan, buat sampai habis.
4. Panaskan minyak secukupnya dan goreng hingga masak/perang dikedua bahagian. Angkat dan ketepikan.
5. Dalam kuali lain masukkan gula, air dan secubit garam dengan api sederhana. Masak biar air gula larut jadi berbuih-buih dan nampak macam sedikit berkerak. Kemudian masukkan kuih tadi dan cepat-cepat gaul biar gula menyaluti semua kuih.

wpun dh sejuk tetap lembut sbb xguna tepung bnyk...bleh hbis la 3-4 tu bjik skli mkn...maz memang suka klu kuih guna keledek atau ubi kayu...

Wednesday, January 28, 2015

Chicken Majboos

Assalamualaikum w.b.t..'Hasbunallah wa ni'mal wakil'..antara yg kerap jgk dimasak kat rumah ni...menu nasi 1 lauk...mungkin sebab dah biasa duk mkn nasi kat sni jenis nsi togel mcm ni deh...xde nk kena hulur tngan cedok itu ini...mkn je yg dlm pingan tu...tu la gaya mkn org arab...nasi majboos ni pun buat bln 11 hritu lgik...mcm biasa la dpur ni semua kena peram dlu...tu pun ada 3 jnis nsi lgik duk menunggu...nasi arab ni xsusah mna nk sedia...asalkan ada rempah ratusnya...lauknya pun ringkas saja...ni pun cuba tiru nsi yg biasa duk mkn kat turkish restoran shaoola...wpun xsama 100% tpi Alhamdulillah sedapp dan kena dgn selera anak2 dan suami...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maz mohon maaf andai ada kekurangan dimana-mana...

Chicken Majboos by http://ilhamdapur.blogspot.com/
Bahan-bahan
  • 1kg ayam - kerat 4
  • 1 biji tomato - dadu
  • 1 1/2 sudu besar serbuk kari arab (arabic curry powder)
  • 3 sudu besar pes tomato
  • 1 labu bwang besar - dadu *
  • 2 ulas bawang putih - cincang *
  • 1/2 inci halia - cincang *
  • 1 kayu manis *
  • 3 biji buah pelaga *
  • 2 helai daun bay *
  • 1 sudu kecil jintan manis (fennel seed) - tumbuk sikit
  • 2 biji cili hijau  -kerat
  • Segengam daun parsly cincang @ boleh guna daun sup
  • Segengam daun dill cincang @ boleh ganti dengan 1 biji lada bengala
  • garam gula secukup rasa @ kiub pati ayam
Nasi
  • 2 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 10 minit
  • 1 kayu manis *
  • 7 biji buah pelaga *
  • 9 kuntum bunga cengkih *
  • 5 sudu besar minyak sayur
Cara

1. Panaskan 3-4 sudu besar minyak sayur, masukkan bahan * dan tumis biar bawang sedikit perang. Masukkan serbuk kari, kacau sebati.
2. Masukkan buah tomato dan jintan manis, kacau sebati. Masukkan sedikit air dan tumis biar keluar minyak, masukkan daun parsly, daun dill dan cili hijau. Masak biar sayur lembut/hampir hancur.
3. Masukkan ayam dan kacau balik bair sebati. Masukkan sedikit garam, gula atau kiub pati. Tutup periuk sekejap biar ayam keluarkan airnya dan balikkan sekali sekala.
4. Masukkan air secukupnya (jangan banyak sangat ye) dan tutup periuk biar ayam dengan api sederhana.
5. Masak hingga isi ayam benar-benar lembut. Padamkan api, keluarkan ayam.
6. Dalam periuk (maz guna periuk nasi letrik terus) panaskan minyak, tumis bahan *. Masukkan kuah ayam tadi (simpan sikit dalam 1 senduk) dan sedikit air jika perlu (air jangan banyak ye nanti beras tak berderai elok, maz cuma lebihkan 1cm air dari paras beras) untuk cukupkan sukatan dengan beras,  masak biar mendidih.
7. Masukkan beras, kacau sebati dan tambah apa yang perlu jika kurang rasa. Tutup periuk biar nasi masak seperti biasa. Bila nasi hampir kering, kacau sikit biar nasi masak sekata. 
8. Bila nasi dah masak  masukkan kuah yang disimpan tadi tadi dan gemburkan sikit dengan garfu.

cra masak nasi arab pun ada pelbagai cara...tpi maz selalu buat versi mudah dan ringkas je...xde nak rebus dlu beras tu...tos dan masak semula...yg penting memenuhi selera...apa2 pun terpulang la pda kita yg membuatnya nk plih cara mna kan..

Tuesday, January 27, 2015

Kari Ketam ala India (Tanpa Serbuk Kari)

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..pestime masak kari ketam kalau tak silap la...ni pun kejadian awal buln hritu...biasanya duk masak lemak..masam manis atau bercili...ni pun wpun masak kari tapi tak masuk serbuk kari...gna rempah sebagai bahan pesnya...tpi jujur maz ckp sedappp sngguh bagi tekak ni...klu beli ketam lgi dah plan nk masak kari ni plak...Insyaa Allah...kat sni ketam xde masalah...ada sepanjang thun...org kata smpai xlarat la nk mkn...cuma udang je yg ada musim...klu kat psar tu biasa la tgk yg masih hidup lgi sbb laut dgn pasar dekat sungguh...bahrain ni kelilingnya laut...jln pun bnyk yg sea view...rumah pun gituw...Alhamdulillah atas segala nikmatNya...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Kari Ketam ala India (Tanpa Rempah Kari) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 ekor ketam - cuci dan kerat 2
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 2 biji cili padi *
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis (fennel)
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 biji tomato - dadu
  • 1 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan santan
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Goreng/sangai sekejap 3 jenis serbuk rempah tanpa minyak dengan api perlahan biar wangi. Kemudian satukan dengan serbuk cili, bancuh dengan sedikit air jadikan pes.
2. Tumbuk lumat bahan bertanda *. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk biar wangi. Masukkan daun kari, pes dan tumis sekejap.
3. Masukkan tomato, kacau sebati dan masak biar tomato keluarkan jusnya. Masukkan ketam, balik-balikkan dan masukkan sedikit air dalam 1/3 cawan. 
4. Kemudian masukkan santan. Tutup periuk biar ketam masak dan keluarkan airnya sambil dibalik sekali sekala dan perasa secukup rasa. Kari ni tak berkuah sangat ye, sikit je. Tabur sedikit daun ketumbar jika suka.

ketam ni mkn sedapp...tpi nati nasi dlm pngan cpat sjuk duk layan dia je...tmbah skrang ni cuaca sjuk...smua benda yg duk kat luar cpat jdi sjuk...aiman la suka sngat ketam ni...memang kena sngat dgn nsi pnas tu deh...

Monday, January 26, 2015

Red Velvet Cupcakes

Assalamualaikum w.b.t..'Allah humma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..red velvet antara kek yg pemes suatu ketika dlu...skrang pun masih disebut2 lagi tentang kek ni...klu kena cara buat dan rspi yg btul memang sedappp...ni pun rspi kek yg sempurna dri blog divascancook yg maz buat versi cupcakes...asik duk buat kek versi kecik je deh...bkn apa nk cara selamat...sbb xrajin mana nk deko klu kek sbjik tu...ditambah dgn xreti plak...lgi stu snang nak mkn...amik je sbjik sorang...kihkih...resipi asal dri sini tpi maz ejas skit dan kat bwah ni letak rspi yg dah diubah...klu nak tgk gmbar dan rspi asal klik je kat link tu ye...trima kasih skli lgi pada pengunjung budiman yg sudi jejak dapur kcik ni...Insyaa Allah semoga jumpa lgi dan andai ada yg dpt dimanafaat bersama maz doakan semoga dpt hasil yg memenuhi selera keluarga...akhir kata mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

teksture keknya memang mosit...tukang masak ni yg xgemar sngat kek2 ni pun bleh hbis 2 bjik...juri kat rmah ni pun ckp sedappp...

Red Velvet Cupcakes by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 cawan allpurpose flour
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 1/2 cawan gula kastor
  • 1 cawan minyak sayur 
  • 2 biji telur suhu bilik
  • 1 cawan susu segar + 1 sudu besar jus lemon/cuka, sebatikan dan biar 5-7 minit
  • 2 sudu kecil essen vanilla
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1/2 cawan air kopi kosong panas
  • pewarna merah secukupnya
Cara

1. Panaskan oven 160 C.
2. Satukan bahan kering, kacau sebati guna whisk atau garfu.
3. Dalam mangkuk lain putar sekejap gula dan minyak. Masukkan telur, susu segar, vanilla dan pewarna merah (masuk 1/2 sudu besar dulu), sebatikan.
4. Kemudian masukkan kopi dan cuka. Masukkan bahan kering sikit-sikit sambil diputar dan jika perlu boleh tambah pewarna.
5. Masukkan 3/4 dalam cawan kertas yang telah diletak dalam try muffin. Bakar selama 18-20 minit bergantung pada oven masing-masing. Sejukkan sepenuhnya sebelum letak cream cheese.

Cream Cheese
  • 250g cream cheese 
  • 3/4 cawan gula kastor - boleh tambah jika suka manis
  • 1 sudu kecil jus lemon
  • 2-3 sudu besar susu segar - jika perlu
  • secubit garam
Cara : Satukan semua bahan dan putar biar sebati. Sedia untuk disapu/masuk dalam paiping. Atas tu maz tabur kelapa kering.

kek ni pun dh 3 bulan kena peram...takpe la gmbar je yg basi kan...keknya dah lama selamat...bila klik kat gmbar tu rupeenya buat 20hb 10 lgikk...suami bwa pergi ofis sparuh...

Saturday, January 24, 2015

Spaghetti Bolognese

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..mcm biasa la pasta ni memang kerap sngat kat rumah ni...tpi ni pun yg buat lama bnar dah...memang cepat dan mudah sngat nk sedia pasta ni kan...bleh pelbagaikan ikut citarasa...jenis sos putih...atau yg guna tomato sebagai bahan utama...bleh letak cendawan...ayam atau cfood...yg penting menepati selera keluarga...bahan-bahannya pun simple aje...cuma maz xpernah buat yg jenis kosong guna minyak zaitun aglio olio tu...Inysaa Allah semoga jumpa lagi...selamat berhujung minggu dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Spaghetti Bolognese by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan daging kisar segar
  • 1 labu bawang besar bombay - dadu kecil
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 2-3 biji tomato ranum - dadu kecil
  • 1/3 cawan pes tomato
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam - tumbuk lada hitam biasa 
  • 1 sudu kecil dry basil @ italian herbs
  • 2-3 sudu besar extra virgin minyak zaitun
  • 1 kiub pati daging
  • garam secukup rasa dan sedikit gula
  • spaghetti - rebus seperti biasa 
Cara

1. Panaskan minyak, masukkan bawang besar dan bawang putih, masak sekejap biar bawang layu.
2. Masukkan daging kisar, kacau sebati dan masak biar daing keluarkan airnya. Kemudian masukkan buah tomato dan tomato pes, sebatikan.
3. Masukkan air secukupnya, kiub pati dan masak biar mendidih. Perasa secukup rasa dengan sedikit gula dan garam jika perlu, masukkan daun basil dan serbuk lada hitam. Masak biar sos sedikit pekat.
4. Sedia untuk dihidang bersama sapghetti yang telah direbus, taburkan sedikit parmesan cheese.

ni rupe pes tomato kat sni...pekat dan rasanya xmasam...sedapp...pes ni jgk maz guna utk buat sos piza...klu rspi yg masuk pes tomato pes ni la yg duk guna selama ni...utk nasi tomato...pasta2 dan mcm2 la...utk sos lauk pauk...kuah mee...

hidangan yg cepat dimasak...sedapp dimakan...klu buat pasta ni 1 kuali tu memang licin...nak2 klu letak meatball plak...2 beradik tu sukaa snguh klu pasta gak...

Friday, January 23, 2015

Paprik Daging

Assalamualaikum w.b.t..'Allah humma innaka afuwwun karimun tuhibbul afwa fa fu'anni'..biasanya klu paprik ni duk buat ayam je...klu dging tu slalu buat msak merah...tpi sbb hnya daging je yg ada dlm stok...ditruskan jgk niat tu...kdang2 tu xde idea jgk nk msak apa...tambah anak plak susah skit bab mkn ni...paprik ni lauk yg mudah nk sedia dan sedapp...budak2 pun suka...nak masaknya pun lebih kurang je dgn daging masak merah...cuma masuk daun limau purut dan serai paprika ni...klu mkn kat kdai tomyam pun mesti order lauk ni...pasangan dgn sup ekor atau tomyam...Insyaa Allah semoga ketemu lgi...trima kasih pda pengunjung yg sdi bertandang ke dapur yg xseberapa ni dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Paprik Daging by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 250g daging batang pinang/bahagian lembut - hiris nipis
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 3-4 sudu besar cili kisar/cili boh
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1-2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 4 helai daun limau purut - koyak sikit
  • 1 biji cili hijau - potong serong
  • 1 biji bawang besar - belah 8
  • sayur secukupnya - maz letak kacang panjang & buah tomato yang belum masak sangat, boleh masuk bunga kobis, jagung muda dan seumpamanya
Cara

1. Dalam kuali masukkan daging dan air secukupnya serta sedikit garam, rebus hingga daging lembut dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala.
2. Bila daging dah lembut, keluarkan air, masukkan sedikit minyak dan goreng biar sedikit garing. Toskan daging dan ketepikan dulu.
3. Dengan kuali yang sama, tambah sedikit minyak lagi jika perlu, masukkan bawang putih dan serai, tumis sekejap, kemudian masukkan cili kisar dan tumis dengan api besar selama 30 saat sambil dikacau cepat-cepat.
4. Perlahankan api masukkan sos cili, sos tiram, sedikit gula dan sedikit air, kacau sebati. Kemudian masukkan semua jenis bahan sayur, daun limau dan daging. 
5. Perasa secukup rasa dan masak sekejap sekadar sayu sedikit layu. Taburkan sedikit bawang goreng bila nak hidang.

meratah pun sdppp deh...letak syur bnyk2...tpi ni pun xde syur mna...maz buh je saki baki stok yg ada...kcang pnjang je...pastu hiris tomato yg xberapa msak sbjik...memang kena dgn nsi pnas tu...

Pisang Goreng Cheese Resipi II

Assalamualaikum w.b.t..'Hasbunallah wa ni'mal wakil'..pisang goreng yg pemes dan sememangnya enakk...ni pun buat bln 10 hritu lagi...masa tengah demam pisang goreng bercheese ni...memang kerap sngat la duk buatnya sebab abangngah sukaa...msa kat msia dlu xprnah rasa pun...xthu pun ada pisang goreng versi mewah ni...ingatkan kek je deh yg ada cheese...tapi memang sedapp la..lemak berkrim...kena plak dgn pisang gorengnya rangup...memang nikmat sungguh dpt yg panas-panas tu...utk greng pisang ni maz guna bancuhan yg buat fish n chips dulu...hasil ber eksperimen dgn rspi yg prnah dicuba...sukaa bancuhan ni...rangupnya menepati selera...sblum ni pun dah ada updated versi pisang goreng biasa guna rspi ni...cuma kli ni msuk susu segar skit...Inysaa Allah semoga jumpa lagi...salam jumaat yg barakah dan mohon maaf andai ada kekurangan dimana-mana...

Pisang Goreng Cheese Resipi II by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • pisang yang sesuai secukupnya, hiris nipis - ni tak tahu nama pisang apa, memang sedap goreng dan buat pengat, pisang dari india, besar buahnya, 2 biji pun dah boleh dapat sepinggan
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan allpurpose flour @ tepung gandum berkualiti
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 50ml susu segar
  • sedikit pewarna kuning
  • air sejuk peti secukupnya
  • minyak untuk mengoreng secukupnya - maz guna minyak sayur
Cara


1. Dalam mangkuk sebatikan bahan kering, kemudian masukkan susu segar, air secukupnya dan pewarna (air tu agak-agak la ye, jangan cair atau pekat sangat, kira letak bila celup pisang).
2. Panaskan minyak secukupnya, masukkan pisang dalam adunan dan goreng hingga perang dan garing dikedua bahagian. Angakat dan toskan, buat sampai habis.

Untuk salut
  • 2 sudu besar mentega tanpa garam 
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar cheddar cheese
  • cheddar cheese secukupnya untuk tabur
Cara : Dalam mangkuk yang sesuai satukan mentega dan susu pekat, masukkan dalam microwave sekejap biar mentega cair atau boleh masak atas dapur. Keluarkan dari microwace, masukkan 2 sudu cheddar cheese dan sebatikan. Sedia untuk digaul dengan goreng pisang yang masih panas. Kemudian taburkan cheddar cheese secukupnya.


jazakillahukhairan pada pencetus rspi pisang goreng bercheese ni...memula rsa pisng goreng cheese ni maz cuba rspi dri dapur Mamafami...ada kat sini...memang bleh dijadikan dessert plak yg versi cheese ni...

Thursday, January 22, 2015

Clone Cinnabon Lagi..(Pecanbon)

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..apa kbar semua...mcm free je plak pgi ni...tpi dging utk tghri nti dh duk dlm sink tu...skjap je smgu deh...Inysaa Allah esk jmpa wken skli lgi...bleh la tukang masak ni cuci mata smbil amik angin...yg pling sukanya dpt g pasar...betul! jgn tak prcaya ye...maz memang sukaaa sngat g pasar manama...suka tgk apa yg ada kat pasar...tmbah loni musim sejuk...buah stberi murah2...sbnarnya xthu berapa kli dh buat cinnabon ni...ni pun yg buat bln 11 thun lepas lgik...biasa la klu kena peram dlu tu dok...memang kena layan dgn secawan teh sbgai alas perut mlm dicuaca dingin ni...buat utk minum ptg atau srpan pun bleh...sblum ni dah updated skli yg buat msa kat msia dlu...andainya ada yg dpt dimanafaat bersama...maz doakan smoga mendpt hasil yg memuaskan selera dan mohon maaf atas segala kekurangan...Inysaa Allah semoga ketemu lgi...

sblum dimake up secukupnya...time nk mkn tu suka tabur pecan bnyk2 kerana rsanya lemak dan rangup...tujuan bakar dlm caserrole ni agar coklat sirap tu tak hangus dan mudah nk kluarkan...ni pic yg buat awal thun hritu...smua sukaa...mudah sngat pun nk buat sbb skjap je ulinya dan maz letak dlm microwave utk kembangkan doh tu...dlm msa 1 jam dh bleh mkn...npak je mcm pnjang brjela cara2nya tu...tpi sbnarnya mudah je...

Clone Cinnabon (Pecanbon) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
Bun
  • 1 1/2 cawan allpurpose flour
  • 110ml air suam
  • 50ml susu segar
  • 1 sudu kecil yis kering (mauripan dll)
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar mentega tanpa garam - cair
  • 2-3 sudu besar nuttela jam @ coklat sirap + 5-6 sudu besar susu segar, sebatikan biar cair
  • mentega tanpa garam secukupnya - suhu bilik
  • gula perang secukupnya
  • serbuk kayu manis secukupnya
  • kacang pecan secukupnya - panggang sekejap dan cincang kasar
Cara

1. Dalam bekas satukan air, yis dan gula, biar sekejap dalam 1 minit.
2. Masukkan susu segar, mentega cair, garam dan tepung sambil dikacau dengan garfu buat pusingan jam hingga doh melekat pada garfu.
3. Kemudian uli dengan tangan biar jadi doh yang lembut (uli dalam 5-7 minit).
4. Tutup bekas dengan tuala atau plastik dan rehatkan biar naik sekali ganda (dalam 30-35). Untuk proses ni maz letak dalam microwave, on plug dan buka sedikit pintu microwave untuk dapatkan haba panas dari lambu microwave, BUKAN on microwave ye...
5. Tumbuk sikit doh, tabur sikit tepung atas tempat nak canai, kemudian canai nipis buat bentuk 4 segi.
6. Sapu mentega pada seluruh doh yang dicanai tapi, kemudian tabur gula perang secukupnya dan ayak pulak serbuk kayu manis atasnya biar tebal sikit.
7. Gulung kemas dan potong saiz 2 inci (lebih kurang).
8. Dalam bekas yang tahan panas/casserole sapu sedikit mentega, kemudian tuang coklat sirap tadi biar rata pada dasar/bawah saja, bukan keliling.
9. Susun bun dengan jarakkan dalam 1 inci, sembur sedikit air pada permukaan bun dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu 10 minit dengan suhu 170 C selama 25-30 minit atau hingga ada sedikit perang atasnya.
10. Keluarkan dari oven, terus tuang cream cheese biar sekata atasnya.
11. Sedia untuk dihidang masa panas, tuang sedikit karamel sos dan taburkan dengan kacang pecan.

Karamel Sos
  • 1 sudu besar mentega tanpa garam
  • 1/4 cawan gula perang (maz guna dark soft brown sugar)
  • 6 sudu besar whipping cream
  • 4 sudu besar susu segar
  • secubit garam
Cara : Satukan mentega, garam dan gula perang, masak atas api sederhana hingga gula cair dan berbuih sikit, kemudian terus masukkan whip ceram dan susu segar. Kacau sebati dan sejukkan dulu, kalau rasa pekat sangat boleh tambah susu segar atau whip cream sikit lagi.

Cream Cheese
  • 100g cream cheese - suhu bilik
  • 2 sudu besar gula halus
  • 2-3 sudu besar whipping cream @ susu segar
  • 1 sudu besar mentega tanpa garam - cair (kalau tak letak pun takpe)
  • secubit garam
Cara : Satukan semua bahan dan kacau biar sebati, kalau rasa pekat tambah je sikit lagi whip cream/susu segar.

Nota Ilhamdapur : kalau guna mentega biasa, suaikan sukatan garam tu ye, kat sini nak cari mentega biasa susah sangat, semuanya jenis unsalted..

teksturenya lembut je wpun dah semalaman dan bleh panas blik dlm microwave...klu abangngah dgn kak long tgk ni sure mtak sruh buat lgik...puas hti sngat dpt buat sdrik ni...sronok bila tgk anak mkn bersungguh2...Alhamdulillah smua dgn izinNya...

Wednesday, January 21, 2015

Taco Chili

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'...niat hti nk update mlm tdi...tpi lepas isyak tu kluar mkn ayam goreng...skrang isyak pkul 6.40 ptg...kira mkn ptg skli nga mlm trus la...smua lapar sbb ptgnya xsmpat nk buat apa...pkul 3 tu ada housekeeping...klu ptg selasa dgn sabtu mcm tu la kelam kabut sikit dgn org cuci rumah...nk update pgi tdi xbrapa rjin la plak...ni bru rsa free skit dah siap msak...sbnarnya taco ni buat msa kejadian tortilla bread hritu lagi...dah xhingat bila, tpi bila klik kat pic tu ada tarikhnya...rupenya bulan 10 hritu lagikk...cuma bru nk buat n3...akhir kata mohon maaf atas segala kekurangan yg ada dan Inysaa Allah semoga jumpa lgi...

Taco Chili by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 4 keping roti tortilla - maz buat sendiri, ni resipinya
  • 1 mangkuk beef chili & tomato salsa 
  • kentang goreng secukupnya
  • sour cream secukupnya - bancuh dengan susu segar sikit biar cair gitu
Cara : Ambil sekeping roti tortilla, letak sedikit kentang goreng, kemudian ratakan chili secukupnya, tabur tomato salsa dan tuang sour cream atasnya. Boleh juga letak sedikit daun ketumbar jika suka, Masakan mexican ni tak tinggal daun ketumbar tu deh, mereka makan macam salad je. Dalam resipi chili tu ada plain tortilla chips, jadi tak perlu letak la sebab ganti dengan roti torilla ni.

chili yg letak atas taco ni pun dh bnyk kli jgk buat...ada kat label mexican food...kira menu express je la ni...alas perut mlm...ni pun ilham dri eat street...suka tgk cara mereka berniaga dengan truck besar tu...mcm2 makanan yg ada...bleh dpt idea utk mencuba...kat rumah ni klu mexican food mcm biasa la dpt sambutan...sedappp...xckup skeping ni...dengan sour creamnya yg lemak-lemak masam...waduhhh!! tukang masak ni pun sukaa...lama dh jgk xbuat menu gini...

Tuesday, January 20, 2015

Popia Basah Sekali Lagi...

Assalamualaikum w.b.t..'Allah humma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..lagi dan lagi...Inysaa Allah...sapa yg xsuka dgn popia basah ni...tukang masak ni pun dlunya xminat mana jgk...tpi bila yg buat sdrik ni kena plak dgn slera...mgkin sebab sambal tu maz buat manis skit...srnok sngat dpt buat sdrik...dah bnyk kli la kejadiannya...ni pun yg buat bln 11 hritu lagi..kat fb pun dah letak msa masih pnas2 dlu...cuma kat dapur ni je yg slalu update menu lapuk....Alhamdulillah smua dgn izinNya...xrasa rindu sngat la dgn makanan msia smjak duk buat sdrik ni...stu hikmat jgk bila merantau ni...mcm2 bleh trjadi bila trasa nk mkn tu deh...rspi masih sma mcm yg duk buat sblum ni...utk kulit tu masih gna rspi Kak Umi-e...jazakillahukhairan kak...Insyaa Allah semoga jumpa lgi dan andai ada yg dpt dimanafaatkan maz doakan semoga dpt hasil yg memenuhi selera...mohon maaf atas segala kekurangan...

tgk yg ni terasa mcm duk panggil2 sruh buat plakkk...kobis pun ada tu...memang xckup 3 bjik...smjak duk buat popia yg ni la pling sempurna kejadian kulitnya tu...bak kata omputih practice makes perfect deh...msa pestime buat dlu 2-3 keping jgk masuk mokcik tong sampah...pastu la bru ok...

Popia Basah by http://ilhamdapur.blogspot.com
Resipi Kulit Popia : Kak Umi-e myresipi
Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 biji putih telor 
  • 3/4 cawan air 
  • 2 sudu makan cuka 
  • secubit garam 
Cara

1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan.
2. Gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.
3. Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper (cara bergambar).

Nota ilhamdapur : utk kulit ni maz buat 1/2 rspi je skli buat, bleh dpt dlm 15 keping sebab buat saiz kecik je..utk 1/2 rspi maz guna 1 biji putih telur saiz B dan air tak ikut sukatan ni, maz guna lebih...bergantung pada jenis dan kualiti tepung yg diguna..adunan tu macam adunan cekodok tapi smooth gitu, kalau adunan kental memang tak boleh nak sapu kat kuali..
Untuk buat kulit tu, celupkan dulu tangan dalam air, amik sejemput biar banyak, guna kuali non-stick yg tebal agar bila nak sapu pada kuali tu jari tak rasa panas sangat dan buat dengan cepat. Tak perlu balik, bila dah kering/masak angkat dan simpan dalam tuala bersih agar tidak kering.

Sambal
Resipi : http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/3 -1/2 cawan cili kisar - rebus cili kering kisar @ cili boh
  • 1 labu bawang besar 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 sudu besar udang kering - rendam sekejap 
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 1 sudu besar sos cili 
  • nisan sebesar 2x ibu jari 
  • gula dan sedikit garam 
  • minyak untuk menumis 
Cara

1. Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering. 
2. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar hingga naik bau. 
3. Masukkan cili kisar pulak dan tumis dengan api sederhana hingga pecah minyak. 
4. Tambah air sikit bila cili dah masak dan masukkan sos tiram,sos cili, nisan dan gula garam secukup rasa. 
5. Masak hingga sambal jadi pekat dan sejukkan sepenuhnya. 

Inti
Resipi : http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan kubis yang dimayang halus 
  • 1 batang lobak merah - sagat kasar
  • 1/3 cawan bawang besar yang didadu 
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 2 sudu besar minyak sayur/masak 
  • 1 biji telur + 1 sudu besar air - kocok dengan garfu 
  • 1 biji timun jepun - sagat kasar dan perah sikit buang airnya 
  • bawang goreng secukupnya 
  • kacang tanah tumbuk secukupnya 
Cara

1. Panaskan 1 sudu besar minyak dan masukkan telur, biar sekejap kemudian kacau biar telur hancur (mcm buat scramble egg tu). Angkat dan ketepikan. 
2.Dengan kuali yang sama, panaskan 1 sudu minyak, masukkan bawang besar, bila bawang dah layu sikit masukkan kubis dan lobak merah. 
3. Kemudian masukkan sos tiram, kacau sebati dan masak biar sayur lembut sikit. Padamkan api dan masukkan telur tadi, kacau sebati dan sejukkan sepenuhnya.
4. Timun tu gaulkan bila intinya dah sejuk, maksudnya tak perlu dimasak bersama.

klu dlu rsa heran sngat mcmana la nk buat kulitnya tu...xde susah mna rupenya nk buat popia basah ni...sambalnya bleh buat awal...pastu cuma buat inti dan kulit...inti pun 10 minit bleh siap...kulit je la perlu ada skill skit nk buatnya...bkn skill apa...cuma cara nak sapu kat kuali tu biar jdi nipis...

Monday, January 19, 2015

Masak Lemak Cili Padi Fillet Ikan Dengan Terung

Assalamualaikum w.b.t..'Hasbunallah wa ni'mal wakil'...sbnarnya beli fillet ikan tu nk buat masak masam manis utk 2 beradik tu...senang ikan mcm ni xde tulang...tpi bila bgithu nak msak ikan...digelengnya kepala...jdi kalau diteruskan jgk niat tu sapa nk hbiskan nti...tukang masak ni xminat la plak lauk masak merah gtuw...lalu tu yg tukar msak kuning ni...senang anak2 pun mkn kuahnya...tghari ni masak ayam sebab smlm dah buat singgang daging...Inysaa Allah semoga jumpa lgi dan maz mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

ikan apa pun xthu la plak namanya...lupa nk tnya org jual tu...kat sni ikan besar2 ni bnyk...memang fresh la...hritu maz guna hammour buat fish n chip...ada kat sini...

Masak Lemak Cili Padi Fillet Ikan Dengan Terung by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 keping isi ikan - maz guna ikan dalam gambar tu
  • 2 cawan santan
  • 4 ulas bawang merah *
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 3-4 biji cili padi @ ikut citarasa
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1 asam keping
  • 4 biji terung hijau
  • garam, gula secukup rasa
Cara

1. Tumbuk lumat bahan *.
2. Dalam periuk satukan semua bahan kecuali ikan, masak hingga mendidih sambil dikacau selalu.
3. Masukkan ikan dan perasa secukup rasa. Masak sekejap biar ikan masak.

mcm biasa la kat rumah ni blik2 masak lemak kuah kuning gini...pastu msuk terung hijau skit...sedapp rupenya terung siam ni...maniss...maz buat ulan mentah pun sedappp...pastu g cri plak xde dah la...buahnya kecik2 je...

Sunday, January 18, 2015

Somtam Lagi..

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..brtemu skli lgi...sesambil tnggu kain tu update la dlu apa yg bleh...tu pun xsurut jgk lagi dlm folder...memang dri dlu tukang masak ni sukaaa sngat dgn somtam atau salad betik muda siam ni...mkn hri2 pun takpe...sbnarnya memang duk buat hri2 jgk...bleh kata stiap mnggu beli betik...sbjik tu bleh buat 3-4x...suami pun sma memang pabretnya jgk...smua bahan utk buat somtam ni ada jual kat asian store...udang kering oren tu dan jgk gula kabung thai...trkejutt happy la memula tgk...jdi tu yg kerappp sngat la duk buat somtam ni...betik tu jgn yg muda btul...yg dah tua la..cuma blum msak...Insyaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf andai ada kekurangan dimana-mana...

Somtam @ Papaya Salad by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk betik muda yang disagat panjang 
  • 1 biji limau nipis - amik jusnya
  • 1 biji tomato 
  • 2 biji cili padi 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1/4 cawan nisan putih (gula kabung thai) @ secukupnya 
  • kicap ikan secukup rasa (fish sauce) & secubit serbuk perasa jika suka 
  • kangkung dan kacang panjang 
  • sedikit kacang tanah yang digoreng 
  • sedikit udang kering thai (warna oren tu)
ni ler rupe gula kabung thai atau nisan putih

Cara

1. Dalam lesung masukkan nisan somtam, gesek-gesek biar hancur/lembut. Kemudian masukkan cili padi dan bawang putih. Tumbuk sikit sekadar nak pecahkan bawang dan cili. 
2. Masukkan tomato, gesek lembut je, masukkan kicap ikan secukupnya dan jus limau. Sebatikan dan rasa apa yang kurang, biar ada rasa manis, masin yang seimbang dan sedikit rasa masam. 
3. Dalam mangkuk satukan betik, udang kering, kacang tanah dan sos tadi. Gaul sebati. 
4. Sedia untuk dihidang bersama kangkung atau kacang panjang. 

elok jgk utk yg nk diet kan...mkn ni je...tghri smlm pun bli lgi sbjik...pendek kata pantang npak ada betik muda yg sedang2 je...mesti beli...ni pun bru lepas mkn somtam lgikk...sedapp snguh dgn pedas2nya tu...

Spaghetti with Shrimp in Creamy Sauce


Assalamualaikum w.b.t...'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..brtemu skli lgi semoga sentiasa dlm rahmat dan hidayahNya...ingat nk update pgi smlm atau mlm tdi...tpi klu dah hri mngu tu deh jdi bizi je...bkn sbuk apa...sbuk xde kat rumah...hri minggu je la tukang masak ni dpt jejln...klu wdays tu gak duk rmah je...bila dah xde idea nk msak apa...pasta la pilihannya...menu yg cepat dimasak sedapp dimkn...xpayh lama-lama kat dapur...trima ksih skli lgi pada yg sdi singgah dpur kcik maz ni...smga ada yg dpt dimanafaatkan...Inysaa Allah jumpa lgi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Spaghetti with Shrimp in Creamy Sauce by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 5 ekor udang saiz XL @ apa-apa saiz
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 2 sudu besar mentega
  • 2-3 sudu besar allpurpose flour @ tepung gandum
  • 1 cawan susu segar @ secukupnya
  • kiub pati ayam secukup rasa
  • 1/4 cawan mozarella cheese @ secukupnya
  • spaghetti rebus secukupnya & sedikit air rebusannya, jika perlu
Cara

1. Rebus udang bersama bawang puith sekejap atau udang masak. Kalau guna udang kecik, masak sekejap dalam mentega cair, angkat dan ketepikan. Pastu guna kuali yang sama terus buat sos pulak.
2. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung dan kacau cepat-cepat dengan senduk kayu agar tidak berketul. Masukkan susu segar dan sebatikan.
3. Masukkan sedikit kiub pati dan perasa secukup rasa. Masak dengan api perlahan agar sos pekat, tapi jangan pekat sangat sebab nak masuk cheese lagi. Kalau pekat sangat tambah susu lagi atau sedikit air rebusan pasta/rebus udang.
4. Hidang ketika sos masih panas, masukkan spaghetti dalam pingan, tabur sedikit mozarella cheese atasnya, letak udang dan tuang sos secukupnya. Kalau nak masukkan terus cheese dalam sos pun boleh dan gaul terus spaghetti.


spaghetti ni kena peram pun xde la lama sngat...buat bulan lepas...ni pun kira msak simple2 je utk mkn tghri...kat rumah ni asalkan pasta mesti lakunya...ptutnya tabur dry basil skit atas spaghetti tu...dah snap bru ingat...

Friday, January 16, 2015

Cucur Udang Rangup Resipi II

Assalamualaikum w.b.t..'Hasbunallah wa ni'mal wakil'..brtemu sekli lgi dipagi jumaat yg barakah...Alhamdulillah masih dipanjangkan umur utk menikmati sekali lgi hari jumaat kali ni...lgi cucur udang...tpi memang sedapp deh dpt yg krup krap...ni pun kejadiannya tanpa diduga, memang main buat je memula tu...smua dgn izinNya...Alhamdulillah cucurnya rangupp dan sedapp sungguh...xckup 5 bjik tu skli mkn...Inysaa Allah semoga jumpa lgi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

mcm biasa la rmah ni klu benda yg disuka tu kena ulang buat dlu 3-4x...ni pun xpuas jgk lgi...tpi stok udang kecik dah hbis...sos pencicah pun skjap je 1 btol tu smjak duk buat cucur ni...2-3 hri dah hbis...sblum ni kerap duk goreng cucur udang ni...skrang ni pun msih buat jgk lgi skli skala tu...

Cucur Udang Rangup Resipi II by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan allpurpose flour
  • 1 sudu kecil yis kering (mauripan dll)
  • 160ml air suam @ bergantung pada jenis tepung
  • 1/2 cawan daun bawang/kuchai @ secukupnya
  • udang saiz kecik secukupnya - buang kepala dan toskan biar betul-betul kering
  • sedikit garam/serbuk pati ayam
  • 1-2 titik pewarna kuning
  • minyak untuk mengoreng secukupnya
  • sos pencicah
  • senduk bulat saiz dalam 2 1/2 inci sebagai acuan cucur
Cara

1. Dalam mangkuk satukan air dan yis, biar sekejap dalam 1 minit agar yis larut. Kemudian masukkan semua bahan lain kecuali udang, sebatikan. Adunan ni macam adunan cekodok gitu, sukatan air tu mungkin berbeza jika guna tepung gandum biasa, bergantung pada kualiti dan jenis tepung.
2. Perap selama 30-40 minit atau adunan kembang secukupnya 
3. Bila dah cukup kembang, panaskan minyak secukupnya (maz guna periuk kecik, senang sikit), bila minyak dah betul-betul panas celupkan senduk bulat sekejap dalam minyak, kemudian ratakan 1 sudu penuh atas senduk tadi biar jadi leper dan sedikit nipis. Letak 2 ekor udang, tekan sikit dan masukkan dalam minyak panas, biar tengelam ye senduk tu.
4. Biar dulu sekejap kemudian tolak-tolak sikit agar cucur tercabut dari senduk. 
5. Ulangi buat cara no 3 dan goreng hingga perang/garing dikedua bahagian.
6. Angkat dan toskan, boleh la dihidang dengan sos pilihan.

Nota ilhamdapur : untuk proses kembangkan doh ni sama macam yg duk buat utk doh yang perlu diperap maz letak dalam microwave, on plug dan buka sikit pintunya, nanti lampu microwave akan menyala dan mengeluarkan suhu panas. BUKAN on microwave je. Dari dulu duk guna kaedah ni, jadi malam atau subuh pun boleh buat kuih. Lagi satu boleh letak dekat heater, kat msia takde masalah sebab panas matahari dan cukup. Cuma kalau nak buat belah malam atau pagi boleh guna cara microwave tu.

lepas kejadian pertama tu tiap2 malam duk greng cucur ni plak...dah 4x la buatnya...abangngah dgn babanya suka sngat...lgipun skli buat skit je...secwn tepung...buat belah mlm sebab rmah ni nasi tghari je...mlm layan menu ringkas2 gini...memang kena dgn cuaca sejuk loni...

Thursday, January 15, 2015

Pavlova..Buat Untuk Kak Long

Assalamualaikum w.b.t..'Allah humma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'...pavlova sjenis dessert yg berasal dri new zealand dan australia yg mana bahan utamanya putih telur dan gula...dihidang bersama whip cream dan buahan segar yg ckup serasi...wpun teksturenya mcm retak seribu...tpi pavlova ni tetap menjadi pujaan ramai...bila msuk mulut tu rsa mcm xleh stop...dlu maz xminat jgk pavlova ni tpi yg ni bleh mkn dan xckup dgn 1 ptong...xmanis...sbnarnya dah bertahun xbuat pavlova ni...xtrlintas pun nk buatnya...tpi ni sbb kak long jgk yg minta...dri dlu dia memang hantu dgn pavlova...Alhamdulillah hasilnya amat memuaskan...rspi ni dri cooking show fatafeat channel...Inysaa Allah semoga jumpa lgi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

lapisan luar ckup rapuh tapi dlmnya lembut...memang xckup dgn sepotong ni...klu kak long tgk ni mesti dia nak plak...smga anak mummy sentiasa dlm lindunganNya...Alhamdulillah exam 1st semester baru ni kak long dpt 3.73...smga kak long terus berusaha dan mendapat kejayaan didunia dan akhirat...ni la pestime brpisah dgn nya sbb kak long bljar kat msia...msa memula dtg dlu kak long skolah kat sni sblum pindah blik sna...

Bahan-bahan
  • 2 biji putih telur gred A - suhu bilik 
  • 115g gula kastor
  • 1/2 sudu kecil jus lemon
  • buahan segar secukupnya - strawberi/blueberi/kiwi manis (gold)
Cara

1. Panaskan oven suhu 130 C dan sediakan loyang yang telah dialas baking paper.
2. Dalam mangkuk yang kering putar putih telur    hingga berbuih,  masukkan jus lemon dan putar hingga jadi berkrim, kemudian baru masukkan gula sikit-sikit sebanyak 4-5x masuk sambil diputar biar gula larut dulu selepas setiap kali masuk. Putar hingga jadi bertanduk, maksudnya bila kita angkat mata mixer tu telur tak jauh. Boleh berdiri macam tanduk gitu, harap boleh paham la deh ayat ni.
3. Tuang atas loyang dan ratakan buat bentuk bulat biar tinggi sikit saiz lebih kurang sebesar piring, sebab nanti dia akan mengembang sikit.
4. Bakar dalam oven selama 35-40 minit atau bergantung pada jenis oven juga. Bila dan masak buka sikit pintu oven dan biarkan sejuk dalam oven dulu selama 10 minit. Kemudian keluarkan dan sejukkan sepenuhnya.

Nota ilhamdapur : Pastikan telur yang digunakan suhu bilik, tidak ada sedikit pun termasuk kuning telur, telur baru, maksudnya bukan telur yang dah berminggu duk kat suhu bilik. Pastikan mangkuk serta mixer yang digunakan benar-benar kering dari kesan minyak dan air. Mixer juga mempengaruhi hasil pavlova, stand mixer lebih dicadangkan kerana masa yang diambil untuk putar telur dengan sempurna tidak lama berbanding hand mixer yang boleh menyebabkan banyak udara terkumpul, tapi ni maz guna handmixer je. Oven pun memberi kesan pada pavlova yang dihasilkan dari segi warna dan teksurnya dengan masa yang dicadangkan. Jadi kena tahu suaikan oven masing-masing, ni maz guna built in oven. 

Lapisan Krim
  • 100ml whipping cream UHT
  • 2 sudu besar gula kastor
  • secubit garam
  • 1/2 sudu kecil jus lemon
Cara : Putar semua bahan hingga kental, kemudian ratakan atas pavlova yang telah sejuk dan tabur buahan secukupnya. Sedia untuk dinikmati.

pavlova ni buat bulan lepas msa kak long ada...suatu ptg tu maz ada la bli strberi dan bluberi sbb tgh ofer...sja beli xde plan nk buat apa pun...pastu kak long ckp mummy buat pavlova...mlm tu jgk la buat...pastu mlm esk buat lgi...mlm lusa pun buat lgi...jdi dah 3x la buat pavlova ni utk kak long...rmah ni gtu la klu yg dpt smbutan tu mesti kena ulang dlu hri2...tpi yg kli ke 2 tu maz cba rspi lain plak...hsilnya memuaskan jgk...

Wednesday, January 14, 2015

Tortilla Bread..Homemade Lagi

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'...brtemu skli lgi...rsa mcm free la plak...tkpe la rehat skjap smbil2 tnggu anak blik skolah...klu nk kira ada je kje yg bleh dibuat...tpi dgn cuaca sjuk loni rsa sdpp plak lepak2 ni...kembali dgn gambar yg dah berbulan2 kena peram...kat rmah ni gitu la...klu buat benda tu asik duk ulang buat tu je smpai jemu...pahtu stoppp...ni dah lama la xbuat mexican foodnya...tgk ni rsa mcm duk memanggil2 plak sruh buat...rspi sma je mcm yg prnah updated sblum ni...andai ada yg dpt dimanafaat bersama...maz doakan semoga mendapat hasil yg memuaskan...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Tortilla Bread by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 cawan allpurpose flour 
  • 1/3 cawan unsalted butter - suhu bilik 
  • 1/4 sudu kecil baking powder
  • 1/4 sudu kecil garam - jika guna mentega biasa, tak perlu letak 
  • air secukupnya 
Cara

1. Satukan semua bahan kecuali air. Gaul guna hujung jari biar jadi berketul macam serbuk roti. 
2. Kemudian masukkan air sikit-sikit dan uli biar sebati jadi doh seketul yang lembut (tak perlu uli macam nak buat donat tu ye sebab lepas tu nak canai pulak). 
3. Amik doh tadi dan taburkan sikit tepung atas permukaan tempat nak canai tu dan canai betul-betul nipis biar jadi bentuk bulat (maz tekap je nak jadi bulat tu atau boleh aje guna pizza cutter potong buat bulat lepas canai. Kalau rasa terlembik, tabor je tepung masa nak canai tu.
4. Panaskan kuali non-stick biar betul-betul panas dan letakkan doh yang dicanai tadi, kemudian spray air sikit pada permukaan roti dan tekan-tekan dengan senduk. Kemudian balikkan dan masak biar ada sedikit perang dikedua belah.
5. Angkat dan simpan dalam tuala bersih letak dalam tuperware kedap udara atau bekas tahan panas agar roti tidak keras/kering. Buat sampai habis. 
6. Boleh la diguna untuk buat taco, enchiladas dan sebagainya. 

tortilla bread ni bleh dipelbagai hidangannya...ringkas dan mengenyangkan...bleh buat taco dgn apa bahan yg ada kat rmah... letak telur...sardin atau dging burger pun bleh disamping salad segar dan jgk dijadikan menu berat bila digandigkan dgn daging kisar, salsa, cheese dan seumpamanya...trpulang pada citarasa nak sediakan mcmana...

Gulai Kambing Berkerisik

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'...sama-sama kita amalkan selalu doa Nasi Yunus semasa dlm perut ikan...sesungguhnya kita hambaNya yg sentiasa lalai...xlari dri buat kesilapan dan semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita...kamben atau dging memang tiap2 mnggu ada stok sbb duk pusing msak tu je selain ayam...ikan pun jarang sbb anak xmkn...mngu ni ayam bli 5 ekor trus...smlm dah buat nsi ayam...hri ni pun ayam jgk lgi lauknya...tpi rsanya budak2 memang suka kan ayam ni...gulai kamben ni pasangan nasi minyak tu...gulai ni sma je mcm msak kari dging atau gulai ayam nasi berlauk tu...cuma ni masuk kerisik sikit...sedappp...klu layan dgn roti jala pun memang bleh kan...klu masak gulai ikan tongkol nasi dagang versi terengganu pun msuk kerisik jgk deh...maz dpt rspi tu dri jiran dlu org sna...cuma klu gulai ikan tongkol xpyah tumis dan masuk rempah 4 sekawan...main lebur je gitu...memang sedapp gulainya bila letak kerisik...Inysaa Allah semoga ketemu lgi...terima masih skli lgi pada yg sdi jadi tetamu dpur yg xseberapa ni dan mohon maaf andai ada kekurangan dimana-mana...

Gulai Kambing Berkerisik by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg kambing
  • 3 cawan santan @ secukupnya
  • 4-5 ulas bawang merah *
  • 1-2 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 3-4 sudu besar serbuk kari, bancuh dengan sedikit air buat pes - maz guna rempah kari kelantan
  • 3 sudu besar cili kisar/cili boh
  • 1 kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 asam keping
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 biji cili hijau
  • nisan/gula melaka sebesar ibu jari
  • minyak untuk menumis secukupnya
  • garam, gula secukup rasa dan aji jika suka
Cara

1. Tumbuk lumat bahan *.
2. Dalam periuk tekanan (presure cooker), panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan tumbuk bersama rempah 4 sekawan hingga wangi.
3. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sekejap biar pecah minyak dengan api perlahan. Masukkan serbuk kari, tumis hingga pecah minyak sambil tambah air sikit dan tumis lagi.
4. Masukkan daging kambing, kacau balik biar sebati. Masak biar daging mesra dengan bahan rempah dan daging keluarkan airnya sambil dibalik sekali sekala. Masa ni masak dalam 8-10 minit.
5. Masukkan santan, asam keping, nisan, kerisik dan sedikit bahan perasa, kacau sebati. Tutup periuk tekanan dengan sempurna dan masak selama 40-45 minit dengan api perlahan.
6. Bila dah masak buka penutup seperti arahan dan masukkan cili hijau. Masak sekejap atas api sekadar nak lembutkan cili dan perasa secukup rasa apa yang kurang. Maz buat makan dengan nasi minyak ni...

kat rumah ni gaya lauk lebih kurang je...xbleh nk msak ikut slera tekak kampung ni sngat...kdang2 tu tringin jgk nk mkn gulai ikan masin ke...tpi anak tak mkn plak...babanya pun sma...xminat sngat gulai ikan msin atau ikan msin ni...

Tuesday, January 13, 2015

Nasi Minyak Terengganu Lagi..

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'...lgi sbhagian menu yg msak masa kak long dtg bercti kat sni bln lepas...dpt la kak long layan slera skit2 apa yg smpat mummy masak...tu pun xdpt nk msak hri2 jgk sbb lepas blik dri Istanbul tu duk batuk teruk...demam...ni antara mnu yg pastinya juara la kat rmah ni klu jenis nasi 1 lauk gini...semua suka...tukang msak ni pun lgi la senang hti deh xpyah nk buat 2-3 jnis...Inysaa Allah jumpa lgi...kiranya ada yg dpt dimanafaatkan maz doakan semoga mendpt hasil yg memuaskan dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Nasi Minyak Terengganu by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 cawan beras basmati - cuci dan rendam 10 minit, toskan 
  • 3-4 ulas bawang merah 
  • 1 inci halia 
  • 2-3 sudu besar minyak sapi 
  • 1/4 cawan susu cair 
  • 1 kiub pati ayam/daging @ garam secukup rasa
  • 1 helai daun pandan 
  • 5-6 sudu besar minyak masak - maz guna sunflower 
  • 9 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih 
  • 1 kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • air secukupnya
  • sedikit pewarna merah, hijau dan kuning 
Cara

1. Tumbuk bawang merah dan halia. 
2. Dalam periuk, panaskan minyak sapi dan minyak masak (maz guna periuk nasi letrik terus). Kemudian masukkan bahan tumbuk dan tumis hingga naik bau. Masukkan rempah 4 sekawan dan daun pandan.
3. Masukkan air dulu sikit, kiub pati ayam dan biar air mendidih. Kemudian masukkan susu cair, kacau sebati. 
4. Masukkan beras, kacau sebati dan tambah air jika tak cukup (air jangan terlebih ye, nanti nasi tidak berderai elok, maz cuma lebihkan 1cm je air dari paras beras).
5. Masak seperti biasa dan bila nasi hampir kering titikkan 3 jenis pewarna atas nasi secara merata. Tutup periuk dan biar nasi masak sepenuhnya. 
6. Bila nasi dah masak, gemburkan sikit nasi dengan garfu agar warna bercampur. Boleh lah dihidang dengan gulai pilihan dan acar timun. 

pasangan nasi minyak ni gulai kamben dan acar timun mentah...Inysaa Allah esk update lauknya plak...sblum ni pun dah ada updated nasi minyak ni...

Monday, January 12, 2015

Fluffy Pancakes with Honey

Assalamualaikum w.b.t..'Hasbunallah wa ni'mal wakil'...bertemu skli lgi...semoga bantuan terus dihulurkan pada saudara kita yg terlibat dgn banjir besar baru2 ni...dikuala krai masih ada yg trpksa brteduh dibawah khemah kerana rmah dibwa arus...kwn maz kakak grup surau kat msia pun bru blik dri sna 4 hri lepas...dia prgi brsama 3 org kakak yg lain utk tgk sdrik keadaan dan merancang utk kutip dana membantu sedaya yg boleh...smga dipermudahankan perancangan ini...Inysaa Allah...smga jumpa lgi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Fluffy Pancakes by http://ilhamdapur.blogspot.com
Resipi : allrecipes.com
Ingredients
  • 3/4 cup milk
  • 2 tablespoons white vinegar - maz guna lemon jus
  • 1 cup all-purpose flour
  • 2 tablespoons white sugar
  • 1 teaspoon baking powder
  • 1/2 teaspoon baking soda
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1 egg
  • 2 tablespoons butter, melted
  • cooking spray
Directions

1. Combine milk with vinegar in a medium bowl and set aside for 5 minutes to "sour" nak buat buttermilk.
2. Combine flour, sugar, baking powder, baking soda, and salt in a large mixing bowl. Whisk egg and butter into "soured" milk. Pour the flour mixture into the wet ingredients and whisk until lumps are gone.
3. Heat a large skillet over medium heat, and coat with cooking spray. Pour 1/4 cupfuls of batter onto the skillet, and cook until bubbles appear on the surface. Flip with a spatula, and cook until browned on the other side. Serve warm with good honey.

honey tu bli msa kat Istanbul bulan lepas yg masih dlm sarang gitu...sedapp madunya...slebihnya mkn saja mcmtu...suami kata mnyesal plak bli 1 bkas je...kat rmah ni sbnarnya jarang sngat buat lempeng omputih ni...xde smbutan...tpi ni buat sbb kak long jgk yg mtak msa dia kat sni hritu...memang lembut pancakesnya...utk aiman dgn afiq letak coklat chips sbb 2 beradik tu nk mkn gitu je...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...