Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, March 31, 2015

Asam Rebus Ikan Kembong Dengan Nenas & Kacang Bendi

Assalamualaikum w.b.t..'Hasbunallah wa ni'mal wakil'..bertemu skli lagi...sementara duk tnggu kain dlm drayer tu update la skjap...sekali sekala bru ada menu ikan kat dpur ni...bkn tak nk masak...tpi sebab anak tak mkn ikan...huhuu...klu lauk asam rebus gini pastinya akan buat mkn nasi bertambah-tambah kan...memang bahaya sungguh la msak lauk mcm ni...sbnarnya jarang dpt layan selera sngat...tpi bila dh xde idea tu, buat la jgk...asik kuah lemak je muak jgkk...asam rebus tanpa daun kesum...tapi tetap sedappp...bunga kantan tu stok frozen dri msia lgik...pasangannya buat ayam goreng utk anak2...klu dpt mkn tepi sawah ni lagi laaa deh...teringat pulak kat kampung halaman...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala khilaf...

Asam Rebus Ikan Kembung Dengan Nenas & Kacang Bendi by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 ekor ikan kembong - cuci bersih dan toskan
  • 3-4 ulas bawang merah *
  • 1/2 inci kunyit hidup *
  • 1 inci lengkuas *
  • 2 biji cili padi merah @ 1 cili merah *
  • 1-2 asam keping
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 2 keping nenas 
  • 10 biji kacang bendi
  • gula garam secukup rasa
Cara

1. Kisar atau tumbuk bahan bertanda *
2. Dalam periuk satukan bahan tumbuk, asam keping, nenas, bunga kantan dan 2-3 cawan air, masak hingga mendidih.
3. Masukkan ikan dan perasa secukup rasa, kemudian masukkan kacang bendi dan masak sekejap sekadar bendi layu je.

ikan kembong ni asalnya beli nk buat kuah laksa...tpi laksa plak asik xjumpa je...last2 jdi lauk...beli pun 4 ekor je...kbetulan nenes pun ada..beli nk cicah dgn sambal kicap...tpi masam la plak...tu yg buh dlm ikan ni...memang ngam sangat la...

Lagi Pisang Goreng Cheese Resipi II

Assalamualaikum w.b.t..'Allahuma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..klu ada yg belum try lgi pisang goreng versi lemak manis ni...memang maz rekmen utk merasanya...memang sedapp pisang goreng cheese ni...tambah klu dpt yg masih panas...aduhh! nikmat sungguh...tpi ni pun kejadian thun lepas lagik...masa tengah hangat dgn pisang goreng cheese ni...takpe la ye baru nk tepek...lgipun sblum ni dh updated skli...ada kat sini...stkat ni kekal dgn rspi ni lagi...memang puashati...terima kasih sekali lagi pada yg sudi singgah dpur kecik ni...semoga ada yg dpt dimanafaat bersama...Inysaa Allah ketemu lgi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada...

bleh kata memang kerap la duk buat sebab abangngah sukaa sangat...pastu masa kak long dtg hjung thun hritu buat jgk utk kak long rasa...

Pisang Goreng Cheese Resipi II by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • pisang yang sesuai secukupnya, hiris nipis - ni tak tahu nama pisang apa, memang sedap goreng dan buat pengat, pisang dari india, besar buahnya, 2 biji pun dah boleh dapat sepinggan
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan allpurpose flour @ tepung gandum berkualiti
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 50ml susu segar
  • sedikit pewarna kuning
  • air sejuk peti secukupnya
  • minyak untuk mengoreng secukupnya - maz guna minyak sayur
Cara

1. Dalam mangkuk sebatikan bahan kering, kemudian masukkan susu segar, air secukupnya dan pewarna (air tu agak-agak la ye, jangan cair atau pekat sangat, kira letak bila celup pisang).
2. Panaskan minyak secukupnya, masukkan pisang dalam adunan dan goreng hingga perang dan garing dikedua bahagian. Angakat dan toskan, buat sampai habis.

Untuk salut
  • 2 sudu besar mentega tanpa garam 
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar cheddar cheese - sagat
  • cheddar cheese secukupnya untuk tabur - sagat
Cara : Dalam mangkuk yang sesuai satukan mentega dan susu pekat, masukkan dalam microwave sekejap biar mentega cair atau boleh masak atas dapur. Keluarkan dari microwace, masukkan 2 sudu cheddar cheese dan sebatikan. Sedia untuk digaul dengan goreng pisang yang masih panas dan taburkan cheddar cheese secukupnya.

thun ni pun dh 2x rsanya buat goreng pisang ni...mujur ada jgk jual pisang yg bleh digoreng kat sni...tgk yg ni terasa nk mkn la plak...

Monday, March 30, 2015

Nasi Ayam Goreng @ Southern Yellow Chicken Rice

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..apa kbar semua...satu menu nasi yg mudah dan ringkas nak sedia dan pastinya enak utk hidangan keluarga...biasanya klu ayam goreng tu ganding dgn nasi putih je kan...apa kata cuba dgn nsi yg berperisa ni...mcm biasa kat rmah ni klu nasi jenis 1 lauk gini buat selalu pun takpe...rspi dri dapur Mamasya...jazakillahukhairan Mama atas respi yg dikongsi bersama...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan... 

Nasi Ayam Goreng @ Southern Yellow Chicken Rice by http://ilhamdapur.blogspot.com/
Resipi : Mamasya
Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam- di potong 12 ketul 
  •  2 sudu kecil garam* 
  •  1 sudu besar serbuk kunyit* 
  •  1 sudu besar rempah kari* 
Cara :  Ayam di potong 12, bersihkan dan toskan, gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari, perap sebentar dan goreng seperti biasa (jangan garing sangat). Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu. 

 Nasi
  •  1 sudu rempah kari 
  •  1 inci halia-tumbuk kasar 
  •  4 ulas bawang merah-tumbuk kasar 
  •  2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
  •  1/2 labu bawang besar-potong dadu
  •  2 inci kulit kayu manis 
  •  2 biji buah pelaga 
  •  3 kuntum bunga cengkih - maz tambah
  •  3 kuntum bunga lawang 
  •  2 bay leaves/ daun ketumbar 
  •  4 cawan beras basmathi-cuci toskan 
  •  4 1/2 cwn air 
  •  1/2 cwn susu cair
  •  sedikit kiub ayam 
  •  sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
Cara :  Panaskan minyak tumis bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra dengan rempah tadi. Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam. Masak nasi hingga masak. * Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad. (maz buat 2 cwn beras je dan sukatan air sama seperti masak nasi lain sebelum ni) 

Sambal merah - maz tak buat, ganti dengan sambal belacan
  • 5 biji cili merah
  • 1 ulas bawang putih 
  • 3 biji limau nipis
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil garam
Cara : Tumbuk semua bahan, perasakan garamnya.. 

penyedapnya layan dgn sambal belacan dan peria goreng telur...sedappp...klu ada tetamu nk dtg bleh sangat masak nasi ni...mudah je nk sedia...tpi nasi ni kejadian 2 bulan sudah lgik ye...

Sunday, March 29, 2015

Masak Lemak Sotong Dengan Bunga Kobis

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..kejadian disuatu hri bila xde idea nk buat lauk yg brkuah...dlm hati duk ckp buat je la sotong masak lemak...pastu apa syur yg ada tu la yg jdi pelengkap nya...pestime msak stun mcm ni...ada org buat ke ye...kihkihh...Inysaa Allah semoga ketemu lgi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada...

Gulai Lemak Sotong Dengan Bunga Kobis by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 500g sotong - cuci bersih dan toskan
  • 2 cawan santan
  • 4-5 ulas bawang merah *
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 2-3 biji cili padi *
  • 1/2 inci lengkuas *
  • 1 inci asam keping
  • 1 mangkuk kecil bunga kobis
  • 1 biji cili hijau - potong serong 
  • 1 biji tomato - belah 6
  • garam gula secukup rasa
Cara

1. Tumbuk lumat bahan bertanda *.
2. Satukan santan dan bahan tumbuk serta asam keping, masak hingga mendidih sambil dikacau sekali sekala.
3. Masukkan semua bahan lain dan perasa secukup rasa.
4. Masak sekejap lagi biar sotong masak dan sayur sedikit lembut.

janji kuahnya kuning...mesti laku...isinya xkisah la ikn ke apa...pastu penyedapnya sambal belacan...stun pun kecik je...klu masak rebus serai sedapp jgk meratah stun kecik gini...

Saturday, March 28, 2015

Kangkong Goreng Belacan

Assalamualaikum .w.b.t..'Hasbunallah wa ni'mal wakil'..selalu jgk duk masak kangkong goreng belacan ni...meratah pun sedapp...klu ada plak ikan kembong goreng dgn sambal belacan memang boleh hbis nsi sepingan ni...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala khilaf...

Kangkong Goreng Belacan by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ikat kangkung 
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 4-5 ekor sotong kecik 
  • 1/2 labu bawang besar - hiris nipis
  • 1 biji cili merah - potong serong
  • 1 biji tomato - hiris nipis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit belacan - bancuh sekali dengan asam jawa 
  • sejemput kecil asam jawa 
  • secubit gula
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sekejap, kemudian masukkan sotong dan masak seketika.
2. Masukkan kangkung, kacau sebati dan kangkung sedikit layu, masukkan air belacan+asam jawa dan sos tiram, sebatikan dan jika perlu tambah sedikit air.
3. Masukkan bawang, cili dan tomato serta secubit gula, perasa secukup rasa dan sebatikan.
4. Padamkan api dan boleh dihidang bersama nasi putih.

kat sni kangkong ada jual dikebanyakan pasaraya besar...tpi klu kat kedai sayur tengok tempat jgk...klu tempat tu pinoy ramai senang la dpt sayur ni...mcm kwsan rmah bru ni susah...tnya orang yg jual sayur kat tepi jln tu xthu pun apa kangkung ni...sbb kwsan arab...

Kuih Cara Manis

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar'..antara kuih pabret abangngah...buat ni pun dia yg mintak...sukaa sangat dia mkn kuih ni sbb manis katanya...mudah sangat nk buat pun dan skjap je dh bleh mkn...rspi sma mcm kuih cara berlauk yg buat dulu...ada kat sini...selamat berhujung minggu buat semua semoga sentiasa dlm rahmat dan hidayahNya...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada...

Kuih Cara Manis by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 biji telur gred B
  • 1/4 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna hijau+kuning
  • gula pasir secukupnya
Cara

1. Masukkan air dan susu dulu dalam pengisar, kemudian masukkan tepung dan garam.
2. Kisar biar sebati, masukkan telur dan pewarna, kisar sekejap lagi sekadar sebatikan telur.
3. Panaskan acuan kuih cara dengan api perlahan, sapu sedikit mentega pada setiap acuan dan masukkan 3/4 adunan. Tutup dengan tudung periuk sekejap biar kat bahagian keliling tepinya sedikit berkerak/keras (jadi base) agar bila letak gula nati, air gulanya tak turun ke bawah.
4. Bila dah jadi macam base tu baru masukkan sedikit gula dan tutup semua dengan tudung periuk, masak biar masak sepenuhnya, bawahnya sedikit perang.
5. Tolak sikit tepi dengan lidi sate/garpu angkat dan sejukkan, masak sampai habis.

klu bln puasa memang bnyk la org jual kuih ni deh...

Friday, March 27, 2015

Daging Masak Biryani

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..xde idea plak nk tulis apa mlm ni...biryani ni lauk 3 hri lepas...kat rumah ni klu beli daging slalunya buat kari atau sup...lgi satu maz suka beli daging yang dgn tulang sekali...klu beli dgaing saja, nak gulai xsedapp la plak...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala khilaf...

Daging Masak Beryani by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 500g daging segar sekali dengan tulang
  • 5 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1 sudu kecil jintan manis *
  • 1 sudu kecil jintan putih *
  • 2 sudu besar rempah biryani 
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar tomato pes/puri
  • 1 kayu manis, 2 bunga lawang, 4 biji buah pelaga, 2 kuntum bunga cengkih (rempah 4 sekawan)
  • 1 helai daun bay
  • 1 sudu besar daun ketumbar cincang
  • 1 biji tomato - belah 6
  •  1 biji terung
  • 1/2 labu bawang besar - belah 3
  • 2 biji cili hijau/merah - kerat 2
Cara

1. Tumbuk kasar bahan bertanda *, satukan rempah biryani/kari dan bancuh dengan sedikit air jadikan pes.
2. Panaskan minyak untuk menumis secukupnya, tumis bahan tumbuk dan daun bay serta rempah 4 sekawan biar wangi.
3. Masukkan rempah dan tumis biar pecah minyak dengan api perlahan.
4. Tambah sedikit air dan tumis lagi biar rempah masak, masukkan tomato pes dan daun ketumbar.
5. Masukkan daging, sebatikan dan masak sekejap biar daging keluarkan airnya sambil dibalik sekali sekala.
6. Masukkan air secukupnya (agak-agak la ye, kira sesuai dengan bahan) sedikit garam gula, sebatikan dan tutup periuk tekanan dengan sempurna dan masak dengan api perlahan selama 40 minit.
7. Padamkan api, buka periuk dan masukkan cili, terung dan bawang, masak seketika lagi agar sayur sedikit lembut dan perasa secukup rasa
8. Akhir sekali masukkan tomato dan padamkan api.

cicah nga roti pun sedapp...wpun xmasuk santan tetap sedapp...klu ada plak ikan masin dan sambal belacan memang mkn xhingat segala diet...

Thursday, March 26, 2015

Victoria Sandwich Sponge Cake

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..terjebak jgk dgn demam VSC ni...xtahan godaan tgk kat fb...tapi ni kejadian 2 lepas lagi...cuma bru nk tepek kat sni...mcm biasa la peram dulu deh...pestime la merasa dan buat kek ni...maz pun xthu mcmana kek ni dpt nama ye...adakah nama tempat atau apa...nak buat pun xde susah mana dan tak perlu deko lebih-lebih...cuma sapu je cream kat tengah...pastu susun buah...rspi asal dri allrecipes, tapi maz xikut 100% resipinya dan buat sikit je sbb pestime try dan kek ni xbleh disimpan lama sebab ada buahan segar...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maat atas segala khilaf...

rsanya seakan butter kek pun ada...tapi teksture keknya ringan dan moist...memang sesuai diganding bersama secawan teh utk minum ptg atau dgn segelas orange jus utk bekpes...

Victoria Sandwich Sponge Cake by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 110g mentega tanpa garam - suhu bilik
  • 110g gula halus
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • 2 biji telur gred A
  • 100g tepung naik sendiri *
  • 12g tepung jagung *
  • 1/2 sudu kecil baking powder *
  • 1/4 sudu kecil garam * - kalau guna mentega biasa, abaikan garam ni
  • 2 sudu besar susu segar
Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C dan sediakan loyang bulat 8 inci yang telah dialas dengan baking paper.
2. Satukan semua bahan * dan sebatikan dengan garfu.
3. Dalam mangkuk satukan mentega dan gula, putar biar sebati, kemudian masukkan telur satu persatu dan diikuti dengan vanilla.
3. Masukkan tepung sikit dulu dan sebatikan, kemudian masukkan yang selebihnya dan masukkan susu segar. Putar sebati dan guna spatula kaup balik sikit.
4. Tuang dalam loyang dan bakar selama 25-30 minit atau hingga kek masak, cucuk dengan lidi,kalau lidi bersih maknanya kek dah masak dan sejukkan sepenuhnya.
5. Bila kek dah sejuk, belah 2 dibahagian tengah dan ratakan jam secukupnya disatu belah saja, kemudian sapu cream dan letak kek yang satu belah balik.
6. Susun buahan segar secukupnya dan tabur sedikit gula aising. Sedia untuk dinikmati

Filling
  • 100ml whipping cream UHT
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1/2 sudu kecil jus lemon
  • secubit garam
  • jam strawberi secukupnya - maz guna jam homemade
  • buahan segar secukupnya - strawberi/bluebri
Cara : Satukan semua bahan kecuali jam dalam mangkuk yang kering dan bersih, putar hingga kental dalam 1 minit.

cantik dipandang dgn hiasan buahan segar dan enak utk dinikmati...pasti menjdi penyeri klu ada sbjik atas meja time ada gathering tu...

sukaaa dgn kek ni...ringas dan menarik dipandang...rasanya pun tidak kurang hebat...Insyaa Allah pasti akan buat lagi terutamnya klu ada buat makan2..

Wednesday, March 25, 2015

Cucur Udang Rangup II Lagi..

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..sesambil duk msak tu update la skjap...msak pun simple je...buat asam rebus ikan kembong 2 ekor...pastu greng ayam...mlm nti Inysaa Allah buat cucur ni lagik...cucur udg yg pasti xckup dgn 5 bjik...tu klu tukang masak ni la yg mkn...sedappp dgn rangupnya tu...klu prgi psar npak ada udg kecik mesti beli khas utk stok buat cucur ni...aiman dgn babanya pun sukaa sangat...rspi sma je mcm yg buat sblum ni...Insyaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

petang2 dpt cucur panas memang sedapp deh...

Cucur Udang Rangup II Lagi by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan allpurpose flour @ tepung gandum berkualiti
  • 1 sudu kecil yis kering (mauripan dll)
  • 160ml air suam @ bergantung pada jenis tepung
  • 1/2 cawan daun bawang/kuchai @ secukupnya
  • udang saiz kecik secukupnya - buang kepala dan toskan biar betul-betul kering
  • sedikit garam/serbuk pati ayam
  • 1-2 titik pewarna kuning
  • minyak untuk mengoreng secukupnya
  • sos pencicah
  • senduk bulat saiz dalam 2 1/2 inci sebagai acuan cucur
Cara

1. Dalam mangkuk satukan air dan yis, biar sekejap dalam 1 minit agar yis larut. Kemudian masukkan semua bahan lain kecuali udang, sebatikan. Adunan ni macam adunan cekodok gitu, sukatan air tu mungkin berbeza jika guna tepung gandum biasa, bergantung pada kualiti dan jenis tepung.
2. Perap selama 30-40 minit atau adunan kembang secukupnya 
3. Bila dah cukup kembang, panaskan minyak secukupnya (maz guna periuk kecik, senang sikit), bila minyak dah betul-betul panas celupkan senduk bulat sekejap dalam minyak, kemudian ratakan 1 sudu penuh atas senduk tadi biar jadi leper dan sedikit nipis. Letak 2 ekor udang, tekan sikit dan masukkan dalam minyak panas, biar tengelam ye senduk tu.
4. Biar dulu sekejap kemudian tolak-tolak sikit agar cucur tercabut dari senduk. 
5. Ulangi buat cara no 3 dan goreng hingga perang/garing dikedua bahagian.
6. Angkat dan toskan, boleh la dihidang dengan sos pilihan.

Nota ilhamdapur : untuk proses kembangkan doh ni maz letak dalam microwave, sama macam duk buat pau, on PLUG dan buka sikit pintunya, nanti lampu microwave akan menyala dan mengeluarkan suhu panas. BUKAN on microwave je, dari dulu duk guna kaedah ni, jadi malam atau subuh pun boleh buat kuih, lagi satu boleh letak dekat heater, kat msia takde masalah sebab panas matahari dan cukup, cuma kalau nak buat belah malam atau pagi boleh guna cara microwave tu.

nak buat pun skjap sangat...mkn lagi la skejap je licin...cuma kena tnggu bancuhan tu kembang la dlu kan bru bleh goreng...udg pun kena tos biar kering betul klu dak mercik minyak masak goreng...

Puyuh Goreng Daun Kari

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar'..tepek puyuh ni la skejap...beli 2 minggu lepas msa prgi bli barang dapur...sebenarnya nk amik ayam...tpi dicapainya  puyuh ni...sepaket ada 6 ekor...bleh la 2x goreng...senang keje dan sedap meratah goreng je...afiq pun dah pandai mkn puyuh ni...asalnya nk goreng kunyit biasa je...pastu tgk daun kari kat tepi sink tu dh mula nk hitam...sayang plak klu trbuang gtu je...dlm hati duk ckp sorang...buat goreng dgn puyuh ni la...tu yg kupas bawang sbgai bahan tambahannya...sedappp plakk rupenya...terima kasih sekli lagi pada yg sudi singgah dpur kecik ni...semoga ada yg dpt dimanafaat bersama...mohon maaf atas segala khilaf dan Inysaa Allah semoga bersama lgi...

Puyuh Goreng Daun Kari by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 3 ekor burung puyuh - kerat 4
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1-2 inci kunyit hidup
  • 2 tangkai daun kari
  • garam secukup rasa @ serbuk pati ayam
  • minyak untuk menggoreng secukupnya
Cara

1. Cuci bersih puyuh dan toskan.
2. Tumbuk lumat semua bahan kecuali 2 bahan terakhir.
3. Gaul puyuh dengan bahan tumbuk, garam secukup rasa dan daun kari.
4. Panaskan minyak secukupnya, kalau nak perap dulu sekejap pun boleh sebelum goreng.
5. Goreng seperti biasa bersama dengan daun kari, boleh la dihidang bersama nasi putih.

xde lauk lain pun takpe dh...tuang kicap pun jdi dh ni kan...meratah pun sedappp...

Tuesday, March 24, 2015

Pulut Mangga @ Khao Niaow Ma Muang

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..sekali sekala merasa dessert thai ni sedap jgk...jarang buat sbb lebih minat versi pulut durian klate lgik...tpi klu prgi kedai thai memang ada la pulut mangga ni kan...ada skli tu mkn kat kedai di TTDI kat Shah Alam...area tu bnyk jgk kedai mkn yg best...nk buat pun mudah sangat...klu xbrapa rjin nk kukus pulut tu...tanak je pun bleh...tpi maz kukus sbb nk rsa pulut yg sbjik2 gitu...klu tanak ni plutnya kembang...tpi klu utk pulut durian memang masak biasa je...Inysaa Allah semoga jumpa lgi dan harap dimaafkan atas segala kekurangan yg ada...

Pulut Mangga by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan beras pulut - rendam 30 minit
  • 1/4 cawan santan cair + secubit garam 
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 sudu besar beras pulut - goreng tanpa minyak biar sedikit perang (kalau tak buat pun takpe)
Santan Manis
  • 1 cawan santan
  • 1/2 sudu besar tepung beras @ secukupnya nak pekat mcmana
  • 1 helai daun pandan
  • gula secukup rasa
  • secubit garam
  • mangga masak secukupnya
Cara

1. Sediakan pengukus dengan air mendidih, ratakan beras pulut dan letak daun pandan. 
2. Kukus hingga pulut lembut, maknanya dah jadi pulut tapi masih keras, kemudian keluarkan dan gaul dengan santan cair, kukus balik sekejap lagi.
3. Satukan semua bahan santan manis, masak sambil dikacau selalu, masuk gula secukup rasa dan secubit garam, masak hingga mendidih dan sedikit pekat.
4. Sejukkan sikit dan boleh la dihidang bersama pulut dan buah mangga, beras pulut goreng tu untuk tabur.

lemak berkrim...sedapp mkn yg suam2 tu...mangga india je...klu mangga black gold thai tu lgi sedappp...klu msih blum ada idea utk kue ptg nti...bleh la buat dessert thai ni...

Nasi Daun Pisang Ala Kedai Mamak

Assalamualaikum w.b.t..Hasbunallah wa ni'mal wakil'..memalam kluar nasi daun pisang plak...ni kes teringin punya pasal...sbnarnya kejadian nasi ni masa buat lauk kari kepala ikan hritu...maz kari skli dgn 2 keping isi...pastu daging goreng kicap...yg bleh jdi nasi ni sbb ada stu pagi tu kak min kat fb sebut nk mkn nasi daun pisang...tetiba kita yg kat sni plak duk terbayang...apa lgi pastu trus masuk dpur buat kari tu dan greng daging...kebetulan daun pisang bru beli...Alhamdulillah rezki betul la...sedappp sungguh dpt layan slera skli skala...takpe la dh lama basi pun kan...mgkin bleh jdi ilham utk msak nti ke...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

mcm mkn kat kedai dh...pastu buat peria goreng skit...pepodom pun kebutlan yg dh beli lama...memang ckup syrat la org kata...ishhhh! tgk yg ni trasa mcm nk mkn plak...klu nk rspi klik je kat tulisan merah tu...

Monday, March 23, 2015

Homemade Keropok Lekor Lagi..

Assalamualaikum w.b.t..Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'...brtemu sekali lagi...layan keropok lekor la plak ye...msa pergi pasar Manama 2 minggu lepas, npak ada ikan tamban kecik tu...apa lagi terus la beli 1kg...bleh la 2x buat...Alhamdulillah puas anak2 mkn keropok lekor ni...nak buat pun xde la susah sangat...yg buat sblum ni ada kat sini...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Keropok Lekor by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan 
  • 350g anak ikan tamban seperti dalam gambar (timbang yang dah disiang gunting buang kepala dan perut)
  • 200ml air - untuk kisar ikan
  • 1/2 cawan allpurpose flour
  • 250-300g tepung ubi (tapioca strach) @ secukupnya
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit serbuk lada sulah berperisa @ serbuk aji jika suka
Cara

1. Dalam pengisar masukkan air dan ikan, kisar hingga lumat, kalau tersekat masa kisar tu kacau dengan sudu.
2. Tuang dalam bekas, kemudian masukkan 2 jenis tepung dan bahan lain, kacau sikit bahan kering ni guna hujung jari biar sebati.
3. Kemudian gaul semua biar sebati dan boleh tambah tepung ubi jika masih terlalu lembik, tapi kalau lembik sikit-sikit atau melekat pada tangan takpe sebab nati akan guna tepung lagi bila nak bentuk.
4. Tabur tepung ubi sikit dipermukaan yang rata, ambil sejemput dan campak-campak dulu adunan tu atas tempat buat tu untuk buang angin, kemudian bentuk bulat/gentel panjang dalam sejengkal sebesar saiz ibu jari  atau seperti dalam gambar. Jangan besar sangat nanti lambat masak atau tak masak kat dalam sebab bila rebus keropok akan kembang dari saiz asal, buat sampai habis.
5. Didihkan air secukupnya, masukkan sedikit minyak masak dan rebus hingga keropok timbul lama sikit (jangan rebus banyak-banyak sekali masuk kalau periuk kecik, jangan rebus sampai bertindih), bila dah timbul angkat dan letak dalam loyang yang telah dituang sedikit minyak, goyang sikit loyang tu biar keropok bersalut dengan minyak, bila keropok yang dah masak makin banyak, tambah sikit lagi minyak.
6. Bila dah habis masak semua, bungkus loyang dengan plastik agar keropok tidak keras, jika nak goreng terus pun boleh.
7. Hiris nipis-nipis untuk digoreng seperti biasa, kalau tak habis goreng tutup loyang dengan plastik agar keropok tidak keras, kalau simpan dalam peti pun kena bungkus loyang tu.

Nota ilhamdapur : ikan yang maz guna tu kecik je, tiada sisik serta tulang halus je, memang hancur sepenuhnya bila dikisar. Untuk sukatan ni boleh dapat dalam 13-15 batang saiz seperti dalam gambar. Tepung ubi tu masuk masuk sikit-sikit dulu dan adunan ni jangan keras sangat, memang melekat sikit pada tangan, tapi bila dah tabur tepung ubi masa nak bulat tu ok la.

ikan yg telah siap dikisar...guna ikan kecik senang keje...bila kisar semua tulangnya hancur...

 setelah siap digaul dgn tepung...sedia untuk dibentuk...

yg dh siap dibulat...xpyah buat saiz besar...nanti bila rebus cepat masak dan keropok akan mengembang...

 dah jadi la keropok lekornya...yg dh siap direbus...mudah sangat...

sedia untuk digoreng la...potong nipis2 agar bila goreng cepat masak dan tidak meletup...

skli buat dpt banyk jgk sbb gentel saiz kecik je...bleh la 2-3x goreng...seronok dpt buat sdrik...terasa ikannya...bila dh goreng keropok pun ringan je...xpadat...

Thai Red Prawn Curry

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..bila dh stop shari dua tu mula la rasa malass sangat nk update blog ni...rsa mcm senang hati plak kan wpun gambar makin berderet dlm folder tu...cari kelainan skit dlm masakan udg...biasanya klu udg asik kuah kuning je...dtg ilham nk try buat red curry thai ni pun sbb tgk cooking show Chef Maverick buat msa dia pergi thailand...tpi maz xikut 100% mcm Chef tu buat...ubah sikit ikut suka jee...adoiii! bleh ke gitu...memang sedappp ganding dgn nasi putih...ada plak ikan masin dan sambal belacan deh...nk buat pun mudah sngat...jom tgk rspinya...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala khilaf...

Thai Red Prawn Curry by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 8 ekor udang saiz sederhana besar
  • 2 cawan santan
  • 3-4 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1 inci lengkuas *
  • 5-6 tangkai cili kering *
  • 2 biji cili merah *
  • 1 batang serai - ketuk *
  • 3 helai daun limau purut - koyak sikit
  • 1 biji tomato
  • kacang panjang atau terung dsbnya
  • garam gula secukup rasa
  • sedikit minyak sayur untuk menumis
Cara

1. Kisar lumat bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak secukupnya, tumis bahan kisar bersama serai biar wangi.
3. Masukkan santan dan sayur, masak biar mendidih.
4. Kemudian masukkan udang, daun limau purut dan perasa secukup rasa.
5. Masak sekejap biar udang masak, padamkan api dan masukkan buah tomato. Tabur sedikit daun ketumbar jika suka.

semerbak aroma daun limau purut...memang bleh buat mkn bertambah2...santan tu bleh suaikan nk pekat mcmana...bleh jgk buat guna ayam atau ikan...

Thursday, March 19, 2015

Beef Enchiladas

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibbul afwa fa'fuanni'..plannya nk update pagi tadi..tapi tu la kita hanya merancang...ptg baru ada masa lapang skit...ni pun nk kluar jgk dh...cari barang dapur skit...kat rumah ni memang kerap duk buat menu mexican ni...semua sukaa dan nk buat pun xde susah mana...cuma enchiladas ni bru pestime try buat guna roti tortilla...dulu ada buat isi dlm pasta yg bentuk bulat besar tu...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala khilaf...

klu xnk letak daging kisar pun bleh...hnya sos saja...tapi maz lebih suka yg ada daging atau ayam...lagi terasa bila mkn tu kan...ni guna sos yg lebih buat lasagna hritu je...dah lama la jgk peram enchiladas ni...
Bahan-bahan
  • 1 tin (400g) whole peeled tomato - ada jual kat pasaraya
  • 1 labu besar bawang besar bombay - dadu
  • 1 cawan daging kisar segar
  • 1-2 kiub pati daging/ayam
  • 1 helai daun bay
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu kecil daun basil kering @ italian herbs
  • mozarella cheese secukupnya
  • sedikit gula dan garam jika perlu
  • 2-3 sudu besar extra virgin minyak zaitun
  • 6-7 keping roti tortilla - maz buat sendiri, resipi kat sini
Cara
1. Panaskan minyak zaitun, masukkan bawang dan masak sekejap, kemudian masukkan daun bay dan daging. Masak biar daging masak sekata dan keluarkan airnya.
2. Masukkan tomato tin, tekan-tekan dengan senduk biar hancur, masukkan kiub pati ayam, sedikit air dan masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala.
3. Masukkan lada hitam dan daun basil, perasa secukup rasa dengan sedikit garam dan gula, masak sampai sos jadi sedikit pekat dan daging lembut. Padamkan api.

Sos Putih - kalau tak buat pun takpe
  • 1 sudu besar mentega
  • 1-2 sudu besar allpurpose flour @ tepung gandum
  • 1 cawan susu segar
  • kiub pati daging secukup rasa @ serbuk pati ayam
Cara
1. Dalam periuk cairkan mentega dengan api perlahan kemudian masukkan tepung dan kacau cepat-cepat agar tidak berketul dan jadi sedikit berbuih. Kemudian masukkan susu segar, sebatikan.
2. Masukkan sedikit kiub pati dan perasa secukup rasa, masak biar sos pekat. Ketepikan

Cara Masak

1. Sapukan sedikit mentega pada casserole/bekas tahan panas, letakkan sekeping roti tortilla, isi sos daging tadi secukupnya, tutup/lipat biar bertangkup, buat sampai habis dan letak rapat-rapat. Kalau ada sos daging lebih tuang je sekeliling bekas.
2. Bila dah siap isi semua, tuang sos putih secukupnya, tabur pula mozarella cheese dan sedikit daun basil.
3. Letak sekeping aluminium foil atas casserole tadi (tutup tu jangan rapat sangat, nanti melekat dengan cheese, guna casserole/bekas yang tinggi sikit) dan bakar dalam oven 170C yang telah dipanaskan selama 10-12 minit, kemudian buka aluminium foil dan bakar lagi selama 8-10 minit atau sehingga cheese sedikit perang. 

bleh siapkan awal simpan dlm peti dlu...pastu cuma masuk oven je bila dh sampai masa tu...sebab kena serve ketika masih panas...dgn cheese yg masih meleleh...memang sedapp lah...

Sup Ekor

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar'..masih dgn misi nk clearkan sikit folder tu...sup ni kira kerap jgk duk buat...klu bukan sup tulang rusuk..sup ekor ni...kat sni daging memang mudah dan murah...semua dging segar...ekor lembu ni pun beli kat psar je...memang sedappp layan dgn telur dadar dan sambal belacan...stok sambal belacan pun jarang putus...mcm biasa klu buat sup maz xtumis...suka cara rebus je smua...xnk berminyak sangat...terima kasih skli lagi pada yg sudi singgah blog yg xseberapa ni...Inysaa Allah semoga bersama lgi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada...

Sup Ekor by http://ilhamdapur.blogspot.com/
Bahan-bahan
  • 1kg ekor lembu segar
  • 2 inci halia - ketuk
  • 2 ulas bwang putih - ketuk
  • 1 sup bunjut tulang
  • 1 labu wang besar - belah 8
  • 1 biji buah tomato - belah 6
  • 1 batang saleri - hiris serong
  • 1 biji asam limau
  • garam, gula secukup rasa & sedikit aji jika suka
  • sedikit daun sup/daun bawang/cili padi/bawang goreng
Cara

1. Cuci bersih ekor, toskan.
2. Dalam periuk tekanan didihkan air (air tu jangan banyak sangat ye sebab guna periuk tekanan air tak kering, jadi tak perlu letak banyak) bersama halia, bawang putih dan sup bunjut.
3. Masukkan ekor dan sedikit garam, tutup periuk tekanan dengan sempurna dan masak selama 50-60 minit dengan api perlahan, padamkan api dan buka periuk seperti arahan.
4. Kemudian masukkan saleri, masak balik dengan api sederhana sekadar layu, masukkan bawang besar dan perasa secukup rasa.
5. Padamkan api, masukkan tomato, perah limau, sebatikan dan suaikan secukup rasa.
6. Bila nak hidang tabur sedikit daun bawang/sup, bawang goreng dan cili padi.

dah lama jgk xpergi pasar dging...biasa klu nk bli skit tu beli kat pasaraya je...harga sama jgk...klu msuk stu memang geramm...tpi sbb xde tempat nk simpan stok banyk2...tu yg tukar-tukar klu minggu ni pergi pasar ikan...dging xbeli dh la...stok ayam kena slalu ada...

Wednesday, March 18, 2015

Somtam Lagi..Tak Pernah Jemu..

Assalamualaikum w.b.t..'Hasbunallah wa ni'mal wakil'..jgn jemu la deh tgk menu somtam kat dpur ni...apa nk buat memang tukang masak ni peminat tegar salad betik siam ni...suami pun sama...bleh kata kerap sangat duk buat somtam kat sni...tpi memang kira makanan yg sihat ni deh...tu pun ada sparuh lgi betik yg bli wken haritu...ishhh! tgk yg ni lidah ni rsa nk mkn plak...Inysaa Allah diner nti mkn somtam lagikk laa...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala khilaf...

Bahan-bahan
  • 1 mangkuk betik muda yang disagat panjang 
  • 1 biji limau nipis - amik jusnya
  • 1 biji tomato 
  • 2 biji cili padi 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1/4 cawan nisan putih (gula kabung thai) @ secukupnya 
  • kicap ikan secukup rasa (fish sauce) & secubit serbuk perasa jika suka 
  • kangkung dan kacang panjang 
  • sedikit kacang tanah yang digoreng 
  • sedikit udang kering thai (warna oren tu)
Cara

1. Dalam lesung masukkan nisan somtam, gesek-gesek biar hancur/lembut. Kemudian masukkan cili padi dan bawang putih. Tumbuk sikit sekadar nak pecahkan bawang dan cili. 
2. Masukkan tomato, gesek lembut je, masukkan kicap ikan secukupnya dan jus limau. Sebatikan dan rasa apa yang kurang, biar ada rasa manis, masin yang seimbang dan sedikit rasa masam. 
3. Dalam mangkuk satukan betik, udang kering, kacang tanah dan sos tadi. Gaul sebati. 
4. Sedia untuk dihidang bersama kangkung atau kacang panjang. 

msa kat msia dlu nk mkn beli je...sbb xjumpa betik muda...pastu udg kering oren dgn nisan putih thai pun xde jual...kna beli kat rantau panjang baru ada...tpi kat sni semua tu ada jual...apa lagi tu yg xlepas peluang duk buat somtam ni...cuma yg betiknya xde kuning2 sikit...muda betul...tapi tetap sedapp...dgn masam manis pedasnya tu...

Nutella Cheese Tart

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..kesinambungan dri nutella tart haritu...sebenarnya memang jarang sangat buat tart ni sbb kurang sambutan...tpi masa buat nutella tart hritu abangngah suka la plak...kebetulan tart shell yg hritu ada lebih skit lagi...jdi tu yg maz buat nutella cheese tart ni...rupenya tart jenis letak buah tu yg xlaku kat rumah ni...tpi bila buh nutella ni licin skli mkn...memang sedappp gandingan cheese dan nutella...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala khilaf...

Nutella Cheese Tart by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

Tart Pastry
  • 100g all purpose flour
  • 55g mentega tanpa garam - suhu bilik
  • 25g gula kastor
  • 1 biji telur saiz C @ 1/2 biji saiz A,B
  • sedikit garam - kalau guna mentega biasa, abaikan garam
Cara

1. Sebatikan tepung dan garam, dalam mangkuk lain putar mentega, kemudian masukkan gula dan putar biar berkrim, warna jadi cerah sikit, masukkan telur dan putar sebati.
2. Masukkan tepung sikit-sikit sambil diputar biar sebati. Masukkan pastry dalam plastik dan simpan dalam peti dulu selama 20-30 minit.
3. Kemudian tekan-tekan dengan ibu jari dalam acuan tart biar nipis dan kemas, buat sampai habis.
4. Cucuk sikit dasar tart dengan garfu, bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu selama 10 minit dengan suhu 170C selama 15-18 minit atau sehingga tart sedikit perang.

Filling
  • 200g cream cheese
  • 70g gula kastor
  • 1 biji telur gred C
  • sedikit essen vanilla
  • secubit garam
  • nutella secukupnya - suhu bilik
Cara

1. Putar sebati cream cheese dan gula, kemudian masukkan bahan lain kecuali nutella.
2. Masukkan cream cheese dan nutella dalam paiping bag, picit dulu sikit cheese dalam tart, kemudian isi pula dengan nutella dan tutup dengan lapisan cheese sekali lagi hingga penuh, buat sampai habis (maz isi semua tart dengan sedikit lapiasan cheese dulu, pastu letak nutella pula semua dan cheese pula, maknanya tak siapkan satu persatu).
3. Bila dah siap semua, masukkan sedikit nutella dalam paiping bag lain, gunting sikit hujungnya, paip buat jalur/line (4 line) atas tart, kemudian guna hujung lidi satay, tarik turun dan tarik naik, maknanya tarik tu buat 2 hala.
5. Bakar selama 6-7 minit dengan suhu 140 C atau bergantung pada oven masing-masing dalam oven yang telah dipanaskan dulu.

Nota ilhamdapur : boleh juga letak nuttela diluar, lepas tart shell masak, isi dengan cheese dan bakar sekejap dalam 5 minit, sejukkan dulu kemudian paipkan dengan nutella atasnya.

cuma maz rasa klu letak nuttela yg atas tu bila cheese dah masak lgi cunn...takpe la deh pestime try...Inysaa Allah nti bleh buat lagik...

Tuesday, March 17, 2015

Chicken Saloona

Assalamualaikum w.b.t..La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..saloona ni antara menu yg maz suka order klu mkn kat luar...salah satu hidangan org tempatan kat sni yg ckup femes...bleh guna ayam atau daging dan masuk banyk sayuran...sedapppp layan dgn roti...sblum ni dh ada veris daging...ada kat sini...stelah duk mkn kat luar, tu yg cuba buat sdrik plak...Alhamdulillah suami kata mcm yg kedai dah...Inysaa Allah semoga ketemu lgi...terima kasih sekli lagi pada yg sudi singgah dpur kecik ni dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Chicken Saloona by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg ayam - kerat 4
  • 1-2 biji tomato - belah 8
  • 1 labu bawang besar bombay - belah 8 *
  • 1 ulas bawang putih - ketuk *
  • 2 helai daun bay *
  • 1 sudu kecil rempah kari arab
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
  • 2 sudu besar tomato pes
  • 2 sudu besar minyak sayur untuk menumis
  • 2 biji cili hijau
  • 1 ketul kiub pati daging @ garam, sedikit gula, serbuk perasa jika suka
  • sayur secukupnya - (maz letak terung, zucchini, kacang peas, lobak merah dan seumpamanya - potong saiz besar)
Cara

1. Panaskan minyak, masukkan bahan bertanda *. Kemudian masukkan rempah kari dan jintan putih, tumis sekejap.
2. Masuk buah tomato dan tomato pes, masukkan ayam, lobak merah dan air secukupnya (agak-agak la ye jangan banyak sangat dalam 2-3 cawan). Masak biar mendidih lama sikit dengan api sederhana, kemudian masukkan kiub pati/garam gula.
3. Masukkan sayuran lain dan masak hingga sayuran lembut dan perasa secukup rasa. Boleh la dihidang dengan kubus (lebanese flat bread).

nak buat pun mudah sangat...biasanya mkn cicah dgn khubus iaitu flat bread...ni pun maz buat cicah dgn roti...makanan org arab ni memang berkhsiat...banyk guna sayuran...

Udang Celup Tepung Ala Kedai

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibbul afwa fa'fuanni'..apa kbar semua...mungkin ada yg masih bercti sempena cti sekolah ni...semoga selamat sampai ke destinasi yg dituju...memang seronok dpt berkumpul ramai2 deh...winduu la plak dgn suasana blik kampung...pgi ni layan udang yg gemuk2 ni la plak deh...lama dh jgk xupdate udg celup tepung ni...ada satu hritu maz buat nasi goreng je utk anak...pastu goreng udang ni sebagai pasangan...klu goreng gini baru mkn...klu buat lauk xmkn...rspi sama je maz guna mcm bancuhan jejari ketam celup tepung hritu...1 respi bleh dipelbagaikan hasilnya...memang best adunan tu...cuma utk goreng udang ni bancuhannya tu kena pekat betul...baru jadi kembong gituw...Insyaa Allah jumpa lagi...semoga ada yg dpt dimanafaat bersama...mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

nasi gorengnya...versi mudah je...tumis bawang dan cili kisar sikit...pastu letak sayur skit...jdi la deh layan dgn udang kembong tu..

Udang Celup Tepung Ala Kedai by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 12-15 ekor udang saiz sederhana besar - buang kulit dan kepala, tinggalkan ekor je
  • 1/2 cawan tepung beras 
  • 1/4 cawan allpurpose flour 
  • 1 sudu kecil baking powder 
  • 50ml susu segar 
  • 1/4 sudu kecil yis kering - larutkan dalam 2 sudu besar air suam 
  • 1-2 titik pewarna kuning 
  • air sejuk peti secukupnya 
  • sedikit serbuk pati ayam @ garam 
Cara

1. Toskan udang biar betul-betul kering atau lap dengan tisu dapur.
2. Dalam mangkuk satukan bahan kering, kemudian masukkan susu segar, yis, pewarna dan air (air tu masuk sikit-sikit), kemudian rehatkan sekejap bancuhan dalam 5-7 minit, bancuhan tu biar pekat betul ye, bila celup udang tu lekat/salut kat udang macam selimut gitu), 
3. Panaskan minyak secukupnya, pegang bahagian ekor udang, celup dalam adunan dan goreng hingga perang dan garing dikedua bahagian. Angkat dan toskan, buat sampai habis, boleh juga dihidang dengan sos pilihan.

hri ni abangngah dgn adik afiq xsekolah...tgk final exam...sekolah buat selang seli antara ada paper dgn cuti...bagi peluang kat student buat ulangkali...utk hari ni belum ada idea lgi nk masak apa tghari nti...masih awal sangat...biasanya buka peti dlu tgk apa yg ada bru bleh pkir nk masak apa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...