Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, May 31, 2016

Kek Span Coklat Mousse..Kerana Tergoda

 Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma inni as'aluka ‘ilman naafi'an, wa rizqan tayyiban, wa 'amalan mutaqabbalan' (Ya Allah aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanafaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima), Sunnah RAsulullah saw..sama2 kita amal baca sebaik bagi salam selepas solat subuh, semoga Allah guid us to what's best and keep us steadfast on His straight path, Ameen.
apa kbar semua, bertemu sekali lagi di ruangan dapur maya ni..mood pun makin ke laut dh, rasa nk pencen pun ada..cuma bila tgk gmbar dlm folder tu masih bnyk, timbul plak rasa sayang klu xupdate kat sni sbgai kenangan akn dtg..jdi paksa la jgk utk buka lappy pagi ni, kek ni pun dh 2 minggu kejadiannya..setelah sekian lama xbuat kek yg agak canggih gini, bgi tukang masak ni kira dlm kategori canggih sangat dh ni, jujurnya maz bkn la seorang yg rajin nk buat kek yg jenis bnyk keje gini..kek gini bnyk keje ye bgi tukang masak ni! klu org lain setakat kek span kacang je, tu yg jarang sangat buat kek yg kena mendeko..tpi kes teringin sngat nk mkn kek sedap! xthan tgk kek coklat indulgence fren lina tokey segala kek hritu, klu nk mkn kek sedap bleh odar dgnnya..katering pun dia buat jgk, pastu msuk dpur kak ayu pun kerapnya dia buat kek..lalu tu yg tekatkan semangat buat jgk wpun xsesempurna mcm org lain buat, tpi bagi mokcik ni amat berbangga doh! puas hati sangat kejadiannya wpun 1st try buat kek yg layer2 mousse ni..dan hnya 1 word je nk ckp, sedappp! bkn nk puji kek yg buat sdrik..sbb maz bkn penggemar kek, tpi yg ni bleh hbis sepotong skli mkn..semua sedia maklum kan, gandingan kek coklat yg lembut dgn coklat mousse ckup sempurna, mewah sangat rsanya..memang sedap sungguh la! utk ke span tu maz amik rspi dri myresipi, cuma rspi asal kek span pandan, tambah serbuk koko sikit buat kek coklat..jazakillahukhairan pada penyumbang resipi, rspi keknya memang ckup sempurna dan mudah sangat nk buat..Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas segala khilaf..

ni la seadanya..nk deko munga2 mcm org lain memang xde kerajinan la, ditambah dgn xreti plak..jdi penyelamatnya parut je la cooking coklat tepek, tutup cacat cela yg ada..

KEK SPAN COKLAT MOUSSE by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (loyang bulat 8 inci)
  • 130g tepung serbaguna @ superfine *
  • 20g serbuk koko*
  • 1 sudu kecil serbuk penaik *
  • 1/4 sudu kecil garam *
  • 150g gula kastor 
  • 1 sudu kecil coklat emulco
  • 5 biji telur A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 80ml air
  • 80ml  minyak sunflower/minyak sayur
Cara

1. Panaskan oven 160 C dan alas loyang dengan keras serap minyak.
2. Dalam mangkuk besar, ayak bahan bertanda, masukkan gula, telur, coklat emulco dan putar dengan kelajuan tinggi selama 4-5 minit hingga adunan jadi ringan.
3. Masukkan air dan putar biar sebati, kemudian masukkan minyak sayur dan kaup balik guna spatula.
4. Tuang dalam loyang dan bakar selama 45 minit atau bergantung pada oven masing (boleh cucuk kat tengah kek dengan lidi, kalau kek tak lekat kat lidi, kek masak).
5. Keluarkan dari oven, telengkupkan atas redai kek selama 5 minit agar kek tidak mengecut @ boleh rujuk resipi asal kat sini, sejukkan sepenuhnya.
6. Belah 3-4 bahagian, sapu coklat mousse secukupnya setiap lapis dan atas permukaan serta keliling kek, sejukkan sekejap dalam peti sebelum sapu coklat ganache.
7. Sapu atau tuang coklat ganache dan boleh la dihias ikut citarasa.

Coklat Mousse
  • 500ml whipping cream Non Diary - yang dah manis tu
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil vanilla
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil coklat emulco @ secukupnya
  • 1 sudu besar gelatin 
Coklat Ganache 
  • 100ml whipping cream - maz guna Non Diary juga
  • 200g coklat masakan
Cara

1. Untuk coklat mousse, larutkan gelatin dalam 2 sudu besar air mendidih , maz masuk dalam microwave je dalam 5-6 saat, kemudian biar sejuk sikit.
2. Putar baki bahan coklat mousse hingga kental, masukkan larutan gelatin dan sebatikan., simpan dalam peti sekejap jika perlu (kalau nampak macam cair gitu) atau boleh terus sapu pada kek.
3. Untuk coklat ganache, panaskan sekejap whip cream secara double boiler (mangkuk whip cream atas periuk air panas), masukkan coklat masakan dan sebatikan biar coklat larut sepenunya, biar sejuk sikit sebelum tuang atas kek.

Nota ilhamdapur : untuk coklat mousse dan coklat ganache tu maz tak sukat pun sebenarnya, main tuang dan agak gitu je, buat ikut suka, jadi boleh guna resipi dari sumber lain, maz tulis juga kat sni sebagai rujukan sendiri.

posing bnyk keping la skit utk kenangan..bukan senang bgi dpur ni nk bleh buat kek yg sedemikian ghupa dan hasilnya pun amat memuaskan sangat bgi tukang masak ni, suami pun dh request sruh buat utk mkn jamuan ofisnya nti..

utk coklat ganache dan filling mousse tu maz xsukat pun..main buat agak2 gitu je, bkn nk tunjuk pandai..tpi sbb malas nk cari resipi, nk keje mudah je..sambil buat tu dlm hati ckp tkpe la nk mkn sdri je, Alhamdulillah elok plak kejadiannya..

Wednesday, May 25, 2016

Udang Tempura Sos Manis

 Assalamualaikum w.b.t
'Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardi wala fis sama' wa huwa sami'un alim' (Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit selagi bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui), sama2 kita amal baca doa ni 3x pagi dan 3x petang, sunnah Rasulullah saw..semoga Allah swt protect us, our families and always keep us safe, Ameen.
bertemu skli lagi wpun dh agak lewat, antara lauk yg sentiasa mendpt sambutan kat rumah..jenis sos manis gini, klu sblum ni kerap duk buat masam manis..ni versi lagi mudah, xde tumis apa..memang sedap la dpt dgn nasi panas..xpyah lauk lain dah, ilham dari ayam krispy ni..yg versi ayam tu pun dh ulang buat 3x, ni guna udang tempura plak..maz guna tepung segera gogi je, mcm buat udang celup tepung gogi yg kat sini..resipi yg ckup mudah dan enak, terima kasih pada yg sudi singgah dapur kecik ni..semoga ada yg dpt dimanafaat bersama, Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas silap yg ada..

posing la jgk sblum masuk molot, memang sedap la..sosnya yg manis berkaramel dan ada sedikit aroma minyak bijan menambat selera betul..

UDANG TEMPURA SOS MANIS by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 15 ekor udang saiz sederhana 
  • 1/2 paket tepung tempura gogi
  • sedikit pewarna kuning - jika perlu
  • air secukupnya
  • minyak untuk mengoreng secukupnya 
Sos Manis
  • 1/2 cawan sos manis thai @ apa2 sos pencicah
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • gula secukup rasa - jika perlu
  • 2 titik minyak bijan
Cara

1. Buang kulit udang dan urat belakang, tinggal ekor je, toskan biar kering.
2. Bancuh tepung gogi dengan air dan pewarna kuning biar pekat, kira bila celup udang tu bersalut tebal.
3. Panaskan minyak secukupnya, pegang ekor dan celup dalam tepung, goreng biar sedikit perang dikedua bahagian, angkat dan toskan.
4. Untuk sos, satukan semua bahan, panaskan kuali lain dan masukkan sos tadi, masak biar berbuih-buih, titikkan sedikit minyak bijan, masukkan udang dan sebatikan hingga kuah kering sikit, padamkan api.

lauk sedap yg xperlu duk lama kat dapur, anak2 mkn sampai menjilat jari..

Tuesday, May 24, 2016

Kayu Manis Cheese

 Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin' (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim), doa Nabi Yunus as ketika dlm perut ikan, sama2 kita amal baca dikala keresahan atau dlm masalah, semoga Allah SWT always protect us, our loved and keep us safe, Ameen.
lgi kue hasil dri roti, rajin plak duk berexperimen dgn roti lately ni..bkn apa, sbbnya mudah guna roti ni..bleh pelbagaikan jdi mcm2 menu..kira kue express la kan, klu ada tetamu mengejut tu bleh la godek roti jdikan hidangan..kat sini pun ada kue hasil dri roti yg sblum ni, bleh belek kat label roti jgk atau kuih muih..mna thu mungkin ada yg berkenan deh! bleh la buat nti..kejadian kayu manis ni kes nk perhbis roti la, buat 2 minggu sudah..klu jenis goreng celup breadcrumb tu ank2 xminat la plak..kbetulan cheedar cheese pun bnyk, dh buka bnyk hri..kang berkulat plak, lalu jdi la roti gulung kayu manis ni..kue ringkas yg sedap, kat rmah ni semua fanatik dgn serbuk kayu manis..suka baunya, pastu dh biasa duk minum chai atau teh arab msuk buah pelaga dgn serbuk kayu manis, sedap! semoga jumpa lagi, Inysaa Allah dan maaf atas apa yg tidak sempurna..

KAYU MANIS CHEESE by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • roti keping - canai biar nipis
  • cheedar cheese secukupnya - parut kasar
  • mentega secukupnya - cairkan
  • serbuk kayu manis
  • gula kastor
  • secubit garam
Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C, sediakan loyang yang dialas dengan kertas baking.
2. Sebatikan serbuk kayu manis, gula kastor dan secubit garam, ketepikan.
3. Ambil sekeping roti, letak sedikit cheese kat tengah roti, janagn letak sampai ke hujung ye (bila masuk oven cheese akan cair) sapu air kat hujung roti dan gulung biar kemas, buat sampai habis.
4. Celup roti dalam mentega cair, golek dalam no 2 dan susun dalam loyang.
5. Masukkan dalam oven, bakar selama 15 minit atau biar perang.
6. Boleh la dihidang ketika masih panas.

Nota ilhamdapur : roti tu kalau nak buang kerak tepi pun boleh, maz tak buang pon, bahan untuk golek roti tu, biar serbuk kayu manis banyak dari gula, baru nampak warna gelap gitu, kalau banyak gula nanti manis sangat plak.

xthu nk letak nama apa, hentam je la labu buh kayu manis..sbb gaul dlm serbuk kayu manis dan rupe pun mcm kayu manis dh!..mkn yg pnas2 memang sedap, rangup diluar..dlmnya lembut dgn cheese yg meleleh, nikmatnya layan dgn secwn teh O atau kopi..

Mee Bandung Kuah Kacang

Assalamualaikum w.b.t 
Dari Aisyah ra : 'Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan solat sunnat Fajr samada semasa di rumah atau dalam perjalanan' "Sadba Rasulullah saw, 2 rakaat sunnat Fajr (sebelum solat subuh) adalah lebih baik dari segala isi dunia, Sahih Muslim", semoga kita istiqomah dan Allah swt bless us, guide us to the right path dan grant us, all our parents ultimately Jannah, Ameen.
hritu mee goreng kuah kacang, ni versi mee bandung kuah kacang plak..lama dh juga xbuat mee berkuah ni, serius..teramat la sedapnya mee bandung ni! tu je yg bleh ckp, selebihnya biar gambar yg berbicara org kata..sbnarnya xde idea! mata pun dh berat ni, tpi memang sedap..kuah kacang dgn mee memang kena la, Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas atas kekurangan yg ada..

MEE BANDUNG KUAH KACANG by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/2kg daging - potong kasar
  • 1 labu bawang besar bombay *
  • 1 ulas bawang *
  • 1/4 cawan udang kering geragau * @ 1 sb udang kering
  • 1/2 cawan cili kisar
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 cawan kacang tanah - goreng tanpa minyak, tumbuk halus
  • 2 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan air
  • sedikit nisan
  • garam, gula dan aji jika suka
  • sedikit minyak untuk menumis
  • mee kuning 
  • sawi, taugeh  -celur sekejap
  • daun bawang, telur rebus, cili merah, bawang goreng
Cara

1. Rebus daging dengan air secukupnya (dalam 2 liter) hingga lembut (maz rebus guna periuk tekanan), asingkan daging dan hiris nipis, simpan air rebusan.
2. Kisar lumat bahan bertanda *, panaskan minyak untuk menumis dan tumis bahan kisar biar naik bau.
3. Masukkan cili kisar, tumis biar pecah minyak, masukkan sos tomato, air rebusan daging dan kacang tanah, masak biar mendidih lama sikit dengan api sederhana.
4. Masukkan nisan, dan perasa secukup rasa, masukkan air bancuhan tepung jagung dan masak biar kuah pekat dan kacang masak.
5. Boleh la hidang bersama mee, daging hiris dan bahan sampingan yang lain.

kuahnya yg manis dan lemak kacang memang xckup 1 mangkuk ni..biasa guna air rebusan udang atau daging je, ubah selera buat versi kuah kacang plak..ternyata sedap sungguh la, utk menu berbuka nti pun sesuai sangat..

Monday, May 23, 2016

Kari Ikan Masin Dengan Nenas

Assalamualaikum w.b.t 
'Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa fil 'akhirati hasanatan waqina 'adzaaban-nar' (Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka) Al Baqarah - 201, doa indah yg penuh dgn makna dan disukai oleh Rasulullah saw (Bukhari & Muslim) dan yg selalu kita amal baca selepas solat atau boleh baca bila-bila masa, semoga Allah SWT give us His mercy and forgiveness on the day we will need, Ameen.
bertemu skli lgi..update la skjap sementara mood rajin ada ni sesmbil duk rebus ayam nk buat nasi ayam tghri ni, jarang sangat masak ikan masin ni..tetiba terasa nk mkn gulai ikan masin, beli la spekat kat Lulu..tpi xthu la ikan apa tu, kat sni ada jgk ikan masin..org arab pun reti mkn rupenya, cuma cara masak tu xthu la mcmana..rsanya ni la 1st time kari ikan masin, kebtulan ada beli nenas nk mkn cicah sambal kicap..tpi masam la plak! maka tu yg dibuat gulai dgn ikan masin ni, pastu buat acar skit..skli skala layan lauk gini memang sedap kan, tpi kat rmah ni xdpt sambutan sangat klu ikan masin..sndiri la yg kena hbiskan, Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas khilaf yg ada..

KARI IKAN MASIN DENGAN NENAS by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 cawan santan
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 3cm lengkuas *
  • 3cm halia *
  • 1 sudu besar serbuk kari (maz guna rempah kari kelantan) - bancuh dengan air sikit
  • 1 kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 2 bunga cengkih, 2 biji buah pelaga (rempah 4 sekawan)
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 3 keping nenas
  • 3 ekor ikan masin - cuci, kerat 2
  • 2 bij cili hijau
  • sedikit nisan kelantan - option
  • garam, gula dan aji jika suka
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Kisar lumat bahan bertanda *, panaskan sedikit minyak untuk menumis.
2. Masukkan rempah 4 sekawan, tumis sekejap, kemudian masukkan bahan kisar dan tumis biar naik bau, masukkan cili kisar dan tumis sekejap.
3. Masukkan rempah kari, tumis hingga pecah minyak, masukkan santan, nisan, cili hijau dan nenas, masak biar mendidih.
4. Masukkan ikan masin dan perasa secukup rasa, garam tu biar kurang sikit nanti masin ikan akan sebati dengan kuah, masak sekejap lagi biar ikan lembut.

ulam dh siap sepingan kat blakang tu..memang sedap la mkn nasi hritu, klu bonda biasa jgk dedulu gulai kuning ikan masin..tomato ceri tu sbb dh ada, saja masuk skli bila dh masak..kari ni maz buat mcm gulai telur rebus stail nasi berlauk klatan, masa kat kmpung dlu biasa la jgk dgn nasi berlauk gulai telur rebus..

Sunday, May 22, 2016

Bingka Roti Cheese & Strawberi..Resipi Bersama SAJI Mei

Assalamualaikum w.b.t 
'Astaghfirullah robbal baraya, Astaghfirullah minal khotoya' (Ampuni hambamu ya Allah, Tuhan sekalian makhluk, Ampuni hambamu ya Allah dari segala dosa), semoga Allah swt forgive and show us what the best , Ameen.
plannya nk update siang tdi, tpi mood xberapa nk ada..1 lgi hasil berexperimen dgn roti, tpi ni pun buat bln 3 lgi..sbb kluar dalam majalah SAJI jdi tu yg xupdate dulu, bingka roti yg sedap..rsa dan teksturnya seakan cheese kek sikit, rspi lebih kurang mcm bingka roti ni..cuma yg ni buat saiz individu kecik2, masuk cream cheese dan asing putih dan kuning telur, pastu bakar cara steambath..selain jam strawberi bleh jgk guna jam perisa lain atau boleh buat plain..Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak sempurna..

BINGKA ROTI CHEESE & STRAWBERI by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
Bahan A
  • 2 sudu besar cream cheese 
  • 1 sudu kecil mentega
  • 50ml susu segar
Bahan B
  • 3 putih telur A
  • 1/2 cawan gula kastor
Bahan C
  • 250ml susu segar 
  • 3 kuning telur gred A
  • 150g roti - timbang amik yang putih saja
  • 1 sudu kecil vanilla
  • secubit garam
  • sedikit jam strawberi dari peti
Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C, sediakan acuan yang disapu sedikit dan air panas mendidih.
2. Satukan bahan A, panaskan sekejap biar suam dengan api kecil sekadar sebati atau masukkan dalam microwave sekejap.
3. Dalam mangkuk yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih halus, masukkan gula sikit-sikit sambil terus putar hingga kental atau bila tuang bekas tu telur tak jatuh, ketepikan.
4. Untuk C, sebatikan susu segar, kuning telur, garam dan vanila, masukkan roti dan biar roti lembik sikit, masukkan bahan A, kisar bersama biar hancur macam pasir halus gitu, tapi bukan sampai berkrim.
5. Masukkan bahan bahan no 3 (B) dan kacau sebati, tuang separuh dulu dalam acuan, letak jam sikit kemudian isi sikit lagi biar 3/4 dari acuan, bakar secara steambath (acuan bingka dalam loyang ada air panas) selama 1 jam 15 minit atau bergantung pada saiz bingka, sejukkan sepenuhnya.
7. Boleh la hias dengan whip cream atau tabur parutan cheddar cheese.

rupenya mcm2 bleh buat dgn roti ni deh, bingka ni nk buat pun xde susah mana..bleh hidang sbgai kue atau dessert, maz buat ni skit sngat, ye la 1st try tkut xjdi kan..Alhamdulillah hasilnya amat memuaskan, jdi klu nk buat bnyak gandakan sukatan tu..

Tomyam Ayam..Menu Plan Diet Cara Atkins

 Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma ajirni minan nar' (Ya Allah, pelihara aku dari api neraka), sama2 kita amal baca 7x selepas solat subuh sebaik saja bagi salam..semoga Allah Almighty terima all our doa and shower His mercy, Ameen.
klu hri minggu gini la, liatnya nk update blog! gambar berderet2 dlm folder, ok la ni pon menu masa tgh berdiet skjap hritu..dh sbln lebih la kejadiannya,masa diet tu bleh kata hari2 la mkn ayam, klu xbuat sup..buat tomyam ni atau goreng je, ayam ni senang skit..ank pon mkn, biasa klu buat tomyam xletak sayur dan guna udg..tpi ni sbb xmkn dgn nasi, meratah je..tu yg buat tomym ayam, senang nk mkn dan kenyang skit..pastu letak bunga kobis bnyk2, rspi mcm tomyam yg biasa duk buat sblum ni..cuma ni xmsuk santan la, buat light gitu..tpi daun ketumbar xleh tinggal, suka dgn baunya..mkn pun sedap! maz buat ulam mkn nasi pon jdi daun ketumbar ni, Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf  kekurangan yg ada..

TOMYAM AYAM (MENU DIET CARA ATKINS) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg ayam - potong saiz sederhana kecil
  • 1 inci lengkuas - ketuk
  • 2 batang serai - ketuk
  • 4 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar pes tomyam thai
  • bunga kobis
  • tomato ceri/tomato biasa
  • gula, garam dan aji jika suka
  • cili padi - ketuk
  • daun ketumbar
Cara

1. Dalam periuk isi air secukupnya, pes tomyam, serai dan lengkuas, masak hingga mendidih.
2. Masukkan ayam, daun limau dan perasa secukup rasa, bila ayam dah masak masukkan bunga kobis dan masak sekejap je, padamkan api dan masukkan tomato.
3. Boleh la dihidang bersama cili padi dan daun ketumbar.

tomyam ni lauk paling kerap la kat rumah ni, bleh kata setiap minggu mesti buat..ni snap sbb tomyam ayam, tomyam udg pon duk buat selalu..tpi xsnap dh la, bnyk dh pon n3 tomyam udgnya..tomyam ni lauk ringkas yg cepat dan sedap, klu mkn tomyam suka mkn nasi banjir..

Thursday, May 19, 2016

Ais Krim Santan Pulut Thai..Resipi Bersama SAJI Mei

Assalamualaikum w.b.t
'Rabbana aatina min ladunka rahmatan wa hayyi' lana min amrina rashada' (Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami (Al-Kahfi - ayat 10) sunnah Rasulullah saw baca surah Al-Kahfi pada malam atau hari jumaat, setidaknya 10 ayat pertama, sama2 kita amalkan..semoga Allah swt accept our doa, Ameen. 
sbnarnya lama sngat dh kejdian eskrim ni..bln 2 lgi! buat tu sbb memang teringin nk mkn, eskrim nostalgia masa skolah rendah..tpi bila pihak SAJI kata ok respi utk dimuat dlm SAJI Mei hritu, tu yg maz xupdate..tunggu kluar SAJI dlu, masa skolah rendah dlu selalu la duk beli eskrim pulut ni time balik skolah kat gerai makcik depan jln keretapi, memang sedap la..makcik tu buat sdrik, bayangkan masa tu tahun 80an kat kampung makcik tu bleh buat eskrim sdrik..makcik tu simpan eskrim dlm bekas mcm tong yg warna silver tu..eskrim ni dimkn dgn pulut, roti, kacang tanah dan tuang susu cair sikit atasnya..memang bleh kenyang! skrang ni dh ada balik org jual eskrim gini dgn basikal kat pasar rantau panjang, dtg dari sbelah Golok kut..rm2 secwn kecik, zaman skolah dlu bru 20sen! klu pergi sana stiap kli balik kmpung dlu mesti beli eskrim pulut ni, yg maz buat ni memang xsama rsa dgn yg makcik tu jual..yg makcik tu lgi sedap! ada bau wangi mcm ros gitu, maz ni masuk whip cream..eskrim dulu mna ada guna tu kan! sedap secara semula jadi..dh lama niat nk buat eskrim ni, tpi sbb peti asik full je..hingga la awal tahun hritu beli freezer, tu yg bru bleh buat eskrim ni dan yg kat sini jgk..biasa la duk merantau ni semua benda main frozen, dgn bunga kantannya, daun kunyit, durian dan mcm2 la..memang perlukan freezer, selamat berhujung minggu..maaf atas silap yg ada, Inysaa Allah jumpa lagi..

AIS KRIM SANTAN PULUT THAI by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 800ml santan pekat 
  • 150g gula kastor
  • 100ml susu pekat
  • 240ml whipping cream
  • 1/4 sudu kecil garam
Bahan Lain
  • 1 cawan beras pulut 
  • 1 helai daun pandan
  • kacang tanah goreng tanpa minyak - tumbuk
  • roti keping - dadu
  • susu cair - option
Cara

1. Dalam periuk satukan santan dan gula, masak sekejap sambil dikacau selalu agar santan tidak pecah minyak, masukkan semua bahan lain, padamkan api.
2. Masukkan dalam bekas dan putar selama 2-3 minit, simpan disejuk beku hingga aiskrim keras sedikit, keluarkan aiskrim dan  putar lagi selama 2-3 minit hingga berkrim.
3. Masukkan dalam sejuk beku selama 5-6 jam atau hingga ais krim sedia untuk diguna.
4. Masak pulut seperti biasa dengan daun pandan, bila nak hidang, masukkan 1 sudu pulut dalam gelas atau mangkuk, sedikit roti dan ais krim secukupnya, tabur kacang tanah dan boleh tuang sedikit susu cair.

sapa yg pernah rasa eskrim ni mesti tau betapa sedapnya, 2 mangkuk pun bleh hbis..klu nk sedap kena guna santan segar la ye, terasa bau santan bila mkn tu..cuma versi skrang dh dimodenkan letak mcm2, ada biji sagu besar yg warna warni tu..jagung, cendol la..mcm yg kat sunway piramid, tpi bgi maz yg ori gini jgk yg paling sedapp!

Daging Sos Tiram Ala Hot Wok Kitchen BCC

Assalamualaikum w.b.t 
'La ḥawla wa laquwwata illa billah' (tiada daya upaya melainkan padaNya jua la tempat berserah), semoga kita sentiasa dlm lindunganNya, Ameen.
ni cerita tghri kelmarin, kira lauk yg masih panas lagi la..bleh terbuat daging ni sbb msa prgi bahrain city centre wken lepas, anak oder set nasi kat Hot Wok Kitchen..dlm set tu ada nasi goreng cina yg dihidang bersama 2 side dish, bleh pilih nk 1 lauk dgn 1 sayur atau amik lauk 2..anak amik lauk smua sbb xmkn sayur! amik daging masak mcm ni dan jgk ayam sweet sour, maz rasa la smulut daging tu..ada bau minyak bijan dan rasa halia, apa lagi tukang masak ni terus la dpt ilham nk buat jgk! kebtulan stok daging pun ada, maka ni la hasilnya..memang sesuai sangat dgn steam rice atau nasi putih, ringkas dan sedap! terima kasih skli lagi pada yg sudi singgah dapur kecik ni dan maaf atas apa yg tidak sempurna, Inysaa Allah semoga jumpa lagi..

DAGING SOS TIRAM ALA HOT WOK KITCHEN BCC by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 300g daging batang pinang
  • 1/2 inci halia - tumbuk 
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk
  • 1 batang lobak merah - potong kasar
  • 1 biji kecil lada benggala kuning - potong kasar
  • 1 biji kecil lada benggala hijau - potong kasar
  • 1/2 labu bawang besar - potong kasar
  • 4 kuntum cendawan shitake - rendam air panas biar lembut
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan air
  • sedikit kicap - untuk gelapkan kuah
  • sedikit gula, garam dan aji jika suka/serbuk perasa
  • sedikit minyak bijan
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Panaskan sedikit minyak sayur, tumis bahan tumbuk biar naik bau, masukkan daging dan masak biar daging bertukar warna.
2. Masukkan air secukupnya, lobak merah dan masak hingga daging lembut (dalam 15 minit atau bergantung pada jenis daging).
3. Masukkan sos tiram, sedikit kicap, semua sayur dan air bancuhan tepung jagung, kacau biar sebati dan perasa secukup rasa, masak biar kuah pekat dan berkilat, kalau rasa pekat sangat tambah air sikit lagi.
4. Bila sayur dan layu sikit, titikkan sedikit minyak bijan, padamkan api.

Nota ilhamdapur : daging tu kalau nak rebus biar lembut dulu pon boleh, cuma skip cara no 2, lepas tumis masukkan lobak merah dan air sikit, bila dah lembut masukkan semua bahan lain.

sayur tu bleh jgk guna sayur lain seperti jagung muda atau brokoli, sni bnyk guna capsikum dalam masakan..noodle goreng pun letak lada besar ni, maz suka mkn cendawan shitake tu..dedulu susah nk jumpa cendawan ni, skrang dh ada jual kat asian store..

Wednesday, May 18, 2016

Singgang Kembung Dengan Kangkung

Assalamualaikum w.b.t 
'SubhaanAllahi wabihamdihi subhaanAllah hil'azim' (Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung), 2 kalimah yg ringan dilidah, berat ditimbangan Al Mizan (Bukhari & Muslim), sama2 kita amal baca selalu sebagai zikir harian..semoga Allah SWT make us among those who remember Him much, Ameen.
mood xberapa nk rajin mna hri ni, gmbar berderet2 dlm folder tu, malasnya nk taip rspi..huhuu! ok la layan menu ringkas ni je la dlu, lauk pebret dri kecik lgi bonda duk masak sokmo..'ikan singe' org klantan panggil, menu mudah yg sedap..lauk ni bahaya la! bleh buat mkn nasi hbis sblah periuk..time nk mkn tu picit je lada tu biar pedas, pastu klu ada plak budu tempyok dan ulam, walaa! sedapp sungguh..kebtulan ikan kembung pun besar jgk, maz kerat 3..tu pun ckup dh mkn berdua dgn suami, ank2 xmkn klu lauk ikn gini..sni mudah jgk dpt ikan kembung besar klu tgh musimnya, tpi klu bkn musimnya memang xde la kat pasar tu..singgang ni pun dh 3 minggu kejdiannya, gitu la dapur ni..bnyk yg kena peram dlu, Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas segala khilaf..

SINGGANG KEMBUNG DENGAN KANGKUNG by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan kembung
  • 4-5 tangkai kangkung
  • 1/2 inci lengkuas - ketuk
  • 1 ulas bawang putih - ketuk 
  • 2 biji cili hijau solok/cili padi
  • 3-4 biji tomato ceri - option
  • 1 keping asam gelugur
  • nisan kelantan sebesar hujung jari 
  • garam, gula dan sedikit aji
Cara

1. Cuci ikan bersih-bersih dan toskan, maz guna kembung agak besar juga, tu yang kerat 3.
2. Dalam periuk, masukkan air secukupnya (dalam 2cawan ke) bersama lengkuas, bawang putih, asam keping, nisan dan cili,  masak hingga mendidih, kemudian masukkan ikan dan perasa secukup rasa.
3. Masukkan kangkung dan masak sekadar layu je, masukkan tomato dan padamkan api.

saja letak kangkung skli..idea dri masakan pinoy 'sinigang' yg lebih kurang je mcm masak singgang ni, bleh jgk letak labu air, timun dan sebagainya..senang jgk gini kan, dh ada sayur skli dgn lauk..tpi maz suka singgang lgi sbb bau fresh lengkuas dan bawang putih, klu pinoy stail hnya masuk bawang besar dgn jus asam jawa je..masakan pinoy ni jarang sangat yg guna rempah atau serai dan seumpamanya wpun msak ikan, mcm hambar je rsanya kan..xilang bau ikan tu, klu masak sayur je ok la stkat msuk bawang deh..kat wet kitchen pasaraya pon ada jual masakan pinoy ni, halal la..setengah org arab pun dh reti mkn, memang bnyk la barang philippine kat sni..

Bersama Majalah SAJI Jun Edisi Khas Raya..Terima Kasih SAJI

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah diberi peluang skli lagi oleh pihak majalah SAJI utk ilhamdapur berkongsi resipi bersama pembacanya utk bln Jun bagi sama2 dlm Edisi Khas Aidilfitri kali ni..jgn lepaskan peluang utk dptkan senaskah SAJI Jun ini yg sudah berada dipasaran seblum stok habis, ada 200 respi kek dan biskut utk dicuba..tgk pada cover majalah ni nampak ceria sangat biskut2nya..maz pun xdpt pegang majalahnya sebab xsampai sini, adik yg beli..suruh dia wssap gambar2, ada 10 respi biskut dari ilhamdapur..terima kasih sekali lagi pada pihak SAJI dan Along kerana sudi terima resipi dari ilhamdapur, semua respi2 ni maz dh siapkan awal bln 3 lagi sbb kena submit ke SAJI sebelum 10 April..jdi dah lama la dpt mkn cekut2 raya ni..

salah satu respi dari ilhamdapur, Arabian Delight..maz amik idea dri biskut kat sni yg bnyk guna kekacang dan transformkan jdi biskut raya versi Msia plak, gandingan pistachio, almond, kismis dan coklat putih dgn biskut coklat cukup serasi..sedap dan mewah dgn rsa kacang, gmbar sbelah pic dlm majalah..wrna lain skit sbb adik snap dari majalah, sent kat wassap..jdi tu yg warna lari skit..

ada jgk coconut mixed fruit bar, biskut almond coffee dan biskut mentega kacang yg mudah dan enak yg bleh dicuba utk memeriahkan lgi hidangan Syawal kali ni, Insyaa Allah..

biskut nuttela, anak2 pasti suka dgn biskut gini..rsa xnk stop bila mkn, biskut rangup diganding dgn keenakkan nutella memang ckup sempurna..maz buat saiz kecik2 je..bleh buat bentuk lain jgk ikut citarasa, ni la sebhgian dri biskut raya ilhamdapur, jdi jgn lupa dptkan SAJI Jun ni sebagai koleksi..

Tuesday, May 17, 2016

Daging Daun Basil (Thai Holy Basil)

Assalamualaikum w.b.t. 
'Astaghfirullah 3x, Allahumma antas salam wa minkas salam tabrakta ya zal jala'li wal ikram'..sama2 kita amal zikir ni selepas solat fardhu, sunnah Rasulullah saw (sahih Muslim), semoga Allah swt bless us all and guide us to the right path, Ameen.
cuba buat mcm menu yg agak pemes direstoran thai kat sni, tpi ni pon kejadian sbln lebih dh la ye..daging kisar yg dimasak dgn thai holy basil..sni barang siam mudah sungguh sbb org thai ramai, klu xnk guna daging kisar..bleh guna daging segar biasa, tapi kena hiris kecik2..pastu masak dgn rencah ringkas, rasanya light gituw..dihidang dgn nasi putih dan telur mata, daun basil thai ni ada 3-4 jenis jgk..sni pun ada jual 2-3 jenis basil thai, tapi utk masak dging ni kena guna 'holy' basil..maz beli kat asian store, kat pasaraya Lulu pun ada jual jgk..holy basil ni xde bau mcm basil jenis lain, cuma bila kunyah tu rsa mcm pedas manja sikit..cara masaknya lebih kurang mcm sotong ni, resipi senang sangat..tukang masak ni suka benar la klu jenis express gini..Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

DAGING DAUN BASIL THAI by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan daging kisar segar
  • 2-3 ulas bawang putih *
  • 2 ulas bawang merah *
  • 1 biji cili merah *
  • 2 biji cili padi - ketuk
  • 2 tangkai daun holy basil thai, seperti dalam gambar kat bawah
  • 1 sudu besar sos tiram
  • kicap ikan/nampla secukup rasa
  • sedikit gula dan aji 
  • sedikit minyak sayur untuk menumis
Cara

1. Tumbuk separuh lumat bahan bertanda *.
2. Panaskan 2-3 sudu besar minyak, tumis bahan tumbuk biar naik bau, masukkan daging dan masak hingga daging bertukar warna atau masak.
3. Masukkan semua bahan lain dan perasa secukup rasa, masak seketika lagi sekadar daun basil layu dan daging kering sikit.
4. Boleh la dihidang bersama nasi putih dan telur mata kerbau.

ni ler rupe thai holy basil, dtg khas dri thailand dgn tulisan siam pun ada..kat asian store tu kargo sayur sampai setiap hri rabu, yg beli ni dh layu skit sbb last paket..tpi sbb nk guna beli la jgk..

menu ringkas yg agak unik skit, tpi sedap tau..masakan thai bnyk jenis kacau goreng kan, mcm paprik jgk..pastu hidang dgn nasi putih, senang 1 lauk je dh ckup sedap..nk mkn lgi bersemangat buat sambal belacan thai yg guna cili padi hijau dan belacan merah thai tu..Inysaa Allah nti nk buat sambal belacan versi thai plak..

Monday, May 16, 2016

Gulai Daun Kadok Ikan Naizer (Nama Melayu Tak Tahu La Plak Ikan Apa)

Assalamualaikum w.b.t. 
'SubhanAllah 33x, Alhamdulillah 33x, AllahuAkbar 33x, La ilaha illallahu, wahdahu la sharika lahu, lahul-mulku wa lahul-hamdu, wa huwa `ala kul'li shai’in qadir 1x', zikir selepas solat fardhu sunnah Rasulullah saw. (Sabda Rasulullah saw : Barang siapa yang membacanya selepas solat fardu, akan dihapuskan dosanya walaupun sebanyak buih dilautan - Hadith Muslim), sama2 kita amalkan, semoga Allah SWT accept our good deeds, forgive our sins, our parents and bless us with His mercy, Ameen.
bertemu sekli lagi, rsa mcm nk membaking plak pagi ni..dh bnyk hari duk terasa nk mkn kek sedap! gini la deh penangan bila berdiet, semua rsa nk mkn..duk terbayang mcm2, ok la lauk msa diet terbabas ke laut hindi..mula la masak dan mkn mcm org kemaruk, pastu bila timbang rsa menyesal dan bersalahnya sbb mkn tdi..dh 3 minggu lebih la kejdian ikan ni, sbnranya beli daun kadok nk buat miang kham, pastu duk sbuk smpai xdan nk buat..last2 naik layu la dia, jdi tu dimasak dgn ikan ni, maz suka bau daun kadok ni..membangkitkan selera..sesuai sngat la buat gulai dgn ikan, sedap la! hilang bau ikan tu..skrang ni klu masak tumis, suka sngat msuk serbuk ketumbar..wangi semerbak gulainya, mkn pun sedap..xde la rsa muak mcm gulai kuning yg biasa buat..daun kadok beli kat asian store, Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas silap yg ada..

GULAI DAUN KADOK IKAN NAIZER by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan - kerat 2 (maz guna ikan dlm gambar tu, sni panggil ikan naizer)
  • 2 cawan santan
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 3 cm kunyit hidup *
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 3 biji cili padi merah
  • 3 tangkai daun kadok
  • 1 keping asam gelugur
  • garam, gula dan aji jika suka
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Tumbuk lumat bahan bertanda *, panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan serbuk ketumbar, tumis sekejap, masukkan santan, asam keping dan cili padi.
3. Masak hingga mendidih sambil dikacau sekali sekala dan perasa secukup rasa, masukkan daun kadok, ikan dan masak sekejap lagi biar daun kadok lembut dan ikan masak.

ni ler rupe ikan yg guna tu, klu ada sapa2 yg bleh bgithu nama ikan ni, maz hargai sngat..mcm ikan kerisi gitu, tpi warna kuning dan merah skit2..1 kelompok dgn ikan kerapu, yg saiz besar2 lengan pun ada..klu beli maz beli yg besar2 skit, ni saiz kecik..kat sni ikan kerisi namanya hebat tau..dipanggil ikan sultan ibrahim! mcm2 nama ikan kat sni..

gulai sekor pun ckup dh, yg mkn pun maz dgn suami je..ank2 xmkn ikan klu gulai gini, ikan tu memang xthu nama dlm melayunya..kat Msia dlu teramat la jarangnya beli ikan sbb kurang masak ikan, kat sni arab panggil ikan naizer..

Sunday, May 15, 2016

Baked Hamour Fillets With Vegetable..Menu Plan Diet Cara Atkins

Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma innii zhalamtu nafsii zhulman kat'siiran wala yagh'firudzunuu'ba illa anta, fagh'firlii maghfiratan min in'dika warhamnii innaka'an tal'ghafuur ru'rahim' (Ya Allah, aku melakukan kezaliman yang banyak atas diriku sendiri dan tiada yang mengampuni dosa selain Engkau, maka berilah aku keampunan dari sisiMu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang), doa yang cukup indah yg diajar oleh Rasulullah saw kepada sahabat yg paling disayangi baginda, Sayyidina Abu Bakar As Siddeq R.A, sahabat yang telah dijanjikan syurga.
kembali dgn menu masa duk berdiet hangat2 tahi itik hritu skjap, adoii! memang terbabas hbis, senang hati la sbb npak turun jgk skit..masa semangat diet tgh tebal skjap tu memang jaga sungguh la mknnya..tu yg cepat npak kat weight scale, pastu mula la start mkn mcm2 blik, fillet ni resipi ringkas dan enak! nk buat pun mudah sngat..maz guna isi ikan kerapu atau sni panggil hamour, stakat ni klu fillet ikan duk beli hamour ni je..tekak ni ok dgn ikan ni, klu ikan lain tkut nati xbleh nk terima plak..ikannya pun fresh, cuma tabur serbuk lada hitam dgn olive oil je..pastu msuk oven..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak sempurna..

BAKED HAMOUR FILLETS WITH VEGETABLE by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 3 keping hamour fillet (isi ikan kerapu)
  • 1 biji lada benggla hijau - dadu
  • 5-7 biji tomato ceri - dadu
  • 3 kuntum cendawan shitake - rendam dengan air panas biar lembut, hiris
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit minyak zaitun
Cara

1. Panaskan oven 170 C.
2. Tabur sedikit garam dan serbuk lada hitam pada ikan, pastikan ikan kering sepenuhnya, ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali non stick, masukkan lada benggala, cendawan shitake, secubit garam dan serbuk lada hitam, masak sekejap sekadar layu, angkat dan masuk dalam loyang.
4. Dengan kuali yang sama, panaskan sedikit lagi minyak zaitun, masukkan ikan dan masak 1-2 minit atau biar sedikit perang di kedua bahagian.
5. Ratakan lada benggala dalam loyang tadi bersama buah tomato, letak ikan atasnya dan tuang sedikit minyak zaitun, masukkan dalam oven dan masak selama 7-8 minit.

biasa klu beli fillet ni duk buat lauk atau fish n chips, diet punya pasai masak cara sihat la plak deh! sedap la..kombinasi yg ckup serasi, terasa manis sayur dan ikan segar sbb xguna rencah sangat..

Salad Serunding Kelapa Dengan Udang..Resipi Bersama SAJI Mei

Assalamualaikum w.b.t.
 'La illaha il'lallah wahdahu la sharika lah, lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa 'ala kul'li shayin qadeer (tiada Tuhan selain Allah, tiada sekutu bagi Allah, yang memiliki langit dan bumi dan yang berkuasa atas segalanya), zikir selepas solat fardu sunnah Rasulullah saw, baca 10x selepas solat maghrib dan subuh sebaik bagi salam..sama2 kita amalkan semoga Allah swt have mercy on us all, forgive our mountainous sins and strengthen our iman, Ameen.
antara resipi yg dikongsi bersama SAJI baru ni, biasanya klu buat salad duk letak thousand island je..tpi tetiba dtg ilham nk buat salad ala kerabu ni, sni xde pucuk ubi dan sebagainya..jdi tu yg kena kretip dan ubah suai skit, Alhamdulillah sedap tau..salad rangup dinikmati dgn serunding kelapa yg lemak manis, pastu ada plak udang segar..memang sedap la! ubah gaya skit dari kerabu biasa..abangngah pun mkn kemain lagi..taugeh pun maz xcelur sbb nk biar krup krap gitu..kejdian salad ni pun dh lama la jgk, bln 3 lgik..Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas segala khilaf..

SALAD SERUNDING KELAPA DENGAN UDANG by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/3 cawan kelapa parut
  • 4 ulas bawang merah
  • 3cm hiris halia
  • 1 biji cili merah
  • 1cm belacan
  • sedikit gula, garam dan aji
  • sedikit jus lemon
Sayur
  • 100g udang segar, tanpa kulit
  • sedikit bayam 
  • segengam taugeh
  • sedikit timun jepun - hiris halus
  • sedikit lobak merah - hiris halus
  • sedikit lettuce 
Cara

1. Goreng kelapa tanpa minyak biar sedikit perang.
2. Celur bayam dan udang sekejap, toskan
3. Tumbuk bawang, halia, cili merah dan belacan hingga lumat, masukkan kelapa, bahan perasa secukup rasa dan tumbuk biar sebati, masukkan sedikit jus lemon.
4. Gaul bersama sayuran tadi dan udang celur.

mkn dgn nasi pun bleh, pastu ada ikan goreng dgn sambal belacan..cukup sempurna la deh pasangannya, telan ayeq liur la plak terbayang ikan greng dgn salad ni..cuma nama yg dlm SAJI tu lain skit, dipendekkan jdi salad kelapa berudang..malas nk edit, guna gmbar yg sedia ada dlm folder je..

Friday, May 13, 2016

Murtabak Roti Express

Assalamualaikum w.b.t 
'Rabbana aatina min ladunka rahmatan wa hayyi' lana min amrina rashada' (Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami (Al-Kahfi - ayat 10) sunnah Rasulullah saw baca surah Al-Kahfi pada malam atau hari jumaat, setidaknya 10 ayat pertama, sama2 kita amalkan..semoga Allah swt bless and give us mercy, Ameen. 
bertemu skli lgi dipgi jumaat yg indah, Alhamdulillah atas segala nikmatNya..amik msa la kjap dlu sblum kluar sat lgi, suami kat sblah duk tnya dh tu nk g jln mana hri ni..maklum la negara pun kecik je, hbis tempat dh pusing..balik2 msuk mall je la, jom layan murtbak expres ni la dlu..semudah ABC jgk ni, biasa la tukang masak ni suka bnar la klu jenis cepat dimsak sedap dimkn gni..1 lgi hasil berexpiremn dgn roti, sbnranya malas nk tebar murtbak deh! hemtam je la labu murtbak tampal kat kuali ni, sedap dan teramat mudahnya..5 minit bleh siap! bleh buat anytime, rsa pun xkurang hebatnya..bleh jdi kuih dikala kecemasan, utk rspi kat bwah bleh dpt 2 biji saiz pingan lauk..terima kasih sekli lagi pada yg sudi singgah dapur kecik ni..semoga ada yg dpt dimanafaat bersama dan mohon maaf atas kekurangan yg ada, Inysaa Allah jumpa lagi..

MURTABAK ROTI EXPRESS by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (2 biji)
  • 4-5 biji telur
  • 4 keping roti - koyak-koyak
  • 3 batang sosej - hiris nipis/cincang
  • 1/2 sudu kecil serbuk kari
  • 2 sudu besar susu segar
  • 1 biji cili merah
  • sedikit daun bawang
  • sedikit bawang besar - cincang
  • sedikit aji/serbuk pati
  • sedikit garam
  • secubit gula
  • sedikit minyak sayur/masak
Cara

1. Dalam mangkuk, satukan semua bahan kecuali roti, kocok sebati dengan garfu.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali non stick, masukkan roti dalam telur dan sebatikan ,tuang dalam kuali, tekan sikit biar kemas dan nipis bentuk bulat atau 4 segi ke, terpulang la ye, masak 2 minit setiap bahagian atau hingga perang, boleh la dihidang bersama sos pilihan.

Nota ilhamdapur : selain sosej, boleh juga guna jejari ketam atau daging burger, kalau daging burger kena masak la dulu sekejap atau masuk dalam microwave, pastu hancurkan, untuk bahan perasa tu, agak-agak la ye secukup rasa.

xleh nk posing lebih2, kang sjuk xsedap mkn plak deh..maz letak sosej je, klu nk letak crab stick atau daging burger pun bleh...klu daging burger ni kena masak la dlu dlu skjap atau masuk dlm microwave je..pastu kacau je la skli dgn telur, klu xde idea utk kunyah ptg2, bleh la try murtabak roti express ni..

Thursday, May 12, 2016

Ayam Masak Tomato Dengan Buah Zaitun

Assalamualaikum w.b.t 
'Hasbunallah wa'nik mal wakil' (cukuplah Allah penolong bagi kami), semoga Allah SWT guide us to the straight path, Ameen.
rsa mcm kelam kabut plak pagi ni, bnyk keje skit..tpi kira produktif la jgk, cucur badak dh siap 1 bekas dalm peti tu, rendang pun bru msak dlm kuali utk bekpes pgi esk, Inysaa Allah..cma tnggal nk msak utk tghri ni je sat lgi..amik msa la kjap update blog ni dlu, gmbar pun bnyknya yg duk tnggu Q dlm folder tu..kat draf je ada 56! huhuu..ok la cerita lauk ayam ni la plak, sbnarnya ilham lauk ayam ni dri apa yg maz mkn kat luar..kat sni ada mcm2 masakan, ada turkish stail, lebanese, arab dan india pun mcm2 jenis kari yg bleh jumpa..tu xtrmasuk pakistan lagi, ada skli tu kami bekpes dan odar kari ayam dgn chapti, ayamnya dibakar dan dimsak dlm kuah kari..kuahnya merah gini skit, jdi dri stu la maz cuba berexperimen kat rmah plak..Alhamdulillah, sedap la! ada 1 lgi dlm folder tu maz masak ikan bawal goreng plak dgn kuah gini, sedapnya! yg ni saja letak buah zaitun sbb bnyk dlm peti, kwn suami org jordan yg bgi sebtol..dia jeruk sdrik, maz dgn suami suka mkn buah zaitun jeruk ni..buh dlm acar pun sedap, ye la deh..dh duk negara arab, kita guna la apa yg ada..skli skala tukar selera dri lauk yg biasa duk msak, cicah dgn roti pun bleh sbb kuahnya pekat, wpun xmsuk santan..air guna sikit je dan masak biar kuah pekat..selamat berhujung minggu dan maaf atas silap yg ada, Insyaa Allah jumpa lagi..

AYAM MASAK TOMATO DENGAN BUAT ZAITUN by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg ayam
  • 1 labu bawang besar bombay, kalau kecik guna 2 *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 3cm kunyit hidup *
  • 1 kayu manis, 3 bunga cengkih, 2 bunga lawang, 3 biji buah pelaga (rempah 4 sekawan)
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 2 sudu besar pes tomato
  • 2 biji cili hijau
  • 1/4 cawan yogurt asli (tanpa perisa)
  • 1 mangkuk kecil buah zaitun jeruk
  • garam, gula dan sedikit aji jika suka
  • minyak untuk menumis
Cara

1. Tumbuk atau kisar lumat bahan bertanda *, panaskan minyak untuk menumis secukupnya.
2. Masukkan rempah 4 sekawan, bahan tumbuk dan tumis biar wangi, bawang masak.
3. Masukkan semua jenis rempah serbuk, tumis biar naik bau, kemudian masukkan pes tomato.
4. Masukkan ayam, masak seketika biar ayam mesra dengan bahan rempah dan keluar airnya.
5 Masukkan air (jangan banyak sangat, nanti kuah jadi cair), garam, gula dan masak hingga mendidih.
6. Masukkan yogurt, masak dengan api sederhana biar lama sikit agar ayam lembut, masukkan buah zaitun, cili hijau dan masak biar kuah jadi pekat.

Nota ilhamdapur : pes tomato yg maz guna untuk masak ayam tu (gambar kat bawah) bukan tomato puri mcm kat Msia, pes tomato kat sini pekat, tak masam, warnanya gelap dan ada rsa manis sikit, pes tomato ni la yang maz duk guna untuk buat sos pizza, mudah dan sedap, jadi kalau guna tomato puri mungkin kena suaikan rasanya, takut nanti jadi masam sangat dengan yogurt lagi, untuk yogurt tu kalau takde stok, boleh guna susu segar+1 sk jus lemon@cuka (buttermilk), kacau biar jadi pekat sikit.

ni pes tomato utk masak ayam tu, pekat dan warna merah gelap..bila masak kuah pon jdi warna merah elok..rsanya xmasam mcm tomato puri..

rsanya seakan kari sbb masuk serbuk ketumbar dan rempah tumis..cuma xmsuk santan dan guna pes tomato, wangi semerbau baunya..bleh dibuat lauk dgn nasi berperisa atau dgn nasi putih jgk, ni maz buat mkn dgn nasi arab sbb anak bongsu suka sngat mkn nasi kat restoran Karami, ada dlm folder tu duk peram dlu nasinya..

Wednesday, May 11, 2016

Nasi Stik Lada Hitam

 Assalamualaikum w.b.t
'Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku', sebahagian dri khutbah terakhir Khalil Allah, junjungan yg amat kita kasihi Rasulullah saw pada 9 Zulhijjah 10 Hijrah, di ARAFAH, semoga Allah swt guide us to the straight path, Ameen.
update gmbar lama la plak, kejadian bln 2 lgik ni! banyk lgik gmbar dlm folder tu yg duk tnggu Q..tkpe la ye wpun dh lama selamat nasi ni, maz tepek la jgk kat sni sbgai rujukkan..dtg ilham nk buat nasi dgn steak ni sbb adik2 kat Msia klu prgi mkn ada la jgk wssap gmbar mereka mkn2, ada skli tu gmbar menu udg, ada pasta dgn sos lada hitam gini..jdi dri situ la dpt idea buat versi steak dgn nasi ni, sedap rupenya! mcm kita mkn lauk daging masak lada hitam la kan..skrang ni bnyk tempat mkn yg menunya mcm2 jenis deh, dunia masakan makin canggih, org dh bleh terima kepelbagaian hidangan..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak sempurna..

dging ni maz beli kat pasar, dh biasa dgn org jual tu..ckp je nk sirloin part, cuma harga daging dan kambing dh naik 2x ganda since sethun yg lalu..kerajaan dh tarik balik semua subsidi daging dan kambing, sama dh harga mcm kat Msia..

NASI STIK LADA HITAM by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 3 keping daging steak (bahagian sirloin)
  • 3cm hiris halia - tumbuk lumat
  • 1 sudu besar sos lada hitam - maz guna jenama Puteri bawa dari Msia
  • sedikit kicap manis
Sos Lada Hitam
  • 1/2 labu bawang besar - belah 3 *
  • 1/2 kiub pati daging *
  • 1/2 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar sos lada hitam 
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 sudu kecil madu
  • 1 sudu kecil lada hitam - tumbuk halus sikit
  • sedikit kicap manis
Cara

1. Dalam periuk satukan air dalam 1 cawan lebih sikit bersama bahan bertanda * , masak biar mendidih lama sikit, padamkan api, tapis dan ketepikan.
2. Cairkan mentega, masukkan tepung gandum dan kacau agar tidak berketul, masukkan air rebusan bawang tadi dan kacau biar sebati.
3. Masukkan sos lada hitam, sos tiram, madu, lada hitam tumbuk dan sedikit kicap manis untuk gelapkan sos, masak biar sos jadi pekat, suaikan secukup rasa.
4. Untuk stik, lumur daging dengan semua bahan diatas, perap 30 minit.
5. Dengan kuali non-stick, panaskan sedikit minyak zaitun, letak daging dan masak selama 3-4 minit setiap bahagian biar sedikit perang, angkat dan bungkus dengan aluminium foil agar daging tidak kering sementara masak daging yang seterusnya.
6. Boleh la dihidang bersama nasi putih, coslow atau timun dan tomato.

dging maz guna bahagian sirloin, masak skejap je dh lembut dan juicenya..menu ringkas yg enak! tukang masak ni memang suka klu jenis gaya masak yg cepat ni..dh bnyk bln jgk la xpergi pasar besar, duk beli lauk kat pasaraya je..yg xpergi pasar tu sbb duk diet, jdi xde la nk msak daging2 sangat..bnyk mkn ayam dgn sayur je..

Akok Roti, Rasanya Seakan Akok Biasa..Resipi Bersama SAJI

 Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma inni as'aluka ‘ilman naafi'an, wa rizqan tayyiban, wa 'amalan mutaqabbalan' (Ya Allah aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanafaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima), Sunnah RAsulullah saw..sama2 kita amal baca sebaik bagi salam selepas solat subuh, semoga Allah guid us to what's best and keep us steadfast on His straight path, Ameen.
bertemu skli lagi, semoga kita semua sentiasa dlm rahmatNya..time ada masa dan mood ni update je kan, gambar pun berderet2 lgi dlm folder tu..agak pelik skit menu pagi, akok roti..biar betul deh! 1 lagi hasil berexperimen dgn roti..rasanya seakn akok biasa, lembut dan lemak sedap! cuma maz xde acuan akok, bakar dlm try muffin je..tu yg rupenya pelik skit, akok ni salah satu respi yg dikongsi bersama majalah SAJI utk teman fusian hritu..dh lama la jgk ni kejadiannya, awal bln 3 hritu..sukatan ni skit je, dpt 8 bjik rsanya..masa masak air nisan tu jgn guna api besar sbb air sikit je, Inysaa Allah sampai jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

AKOK ROTI (RESIPI BERSAMA SAJI) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 4 biji telur gred A
  • 100ml santan 
  • 100ml air
  • 90g nisan kelantan/gula melaka
  • 100g roti - timbang bahagian putih saja
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • secubit garam
Cara

1. Panaskan oven 160 C, sapu sedikit minyak/cooking spray pada acuan muffin.
2. Masak air bersama nisan, daun pandan hingga nisan larut, guna api sederhana kecil.
3. Dalam pengisar, masukkan roti, air nisan dan santan, kisar sekejap sekadar roti hancur, kemudian masukkan telur, vanilla, garam dan kisar sebati biar jadi macam berpasir halus gitu, jangan kisar sampai berkrim ye.
4. Tuang separuh acuan, bakar selama 35-40 minit (masa bakar kuih akan menggelembung penuh dalam acuan).
5. Keluarkan dari acuan, terbalikkan kuih biar bahagian bawah duk atas, maknanya yang berkedut tu rupe bawah kuih, permukaannya tak berkedut.

wpun kedutnya mcm xsngup nk pandang..tpi lembut tau! sedap la, rupenya je la agak buruk skit..nk buat pun mudah sngat, klu ada roti yg lebih2 tu bleh la cri kelaian skit kisar buat akok ni..bleh jdi kue express klu ada tetamu mengejut, dlm masa 1 jam dh bleh mkn.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...