Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..
Tuesday, March 29, 2011
Buah Je & Apa Sebabnya Ni..
Dulce de Leche Layer Cookies Cake
- 1 buku mentega @ 250g
- 2 cawan milo
- 1 sudu kecil nescafe - bancuh dengan 3 sudu besar air suam/panas *
- 4 sudu besar nestum keluarga *
- 3 sudu besar susu tepung *
- 1/4 cawan coklat sirap - maz guna harsley *
- 2 sudu besar susu pekat manis *
- delce de leche secukupnya - masukkan dalam piping bag/plastik dan gunting sikit hujungnya
- biskut marie original secukupnya
Cara
meleleh2 gtuw dulcenye..hehee..
Monday, March 28, 2011
Cream Puff
Friday, March 25, 2011
Kek Gulung Kasih Lagii..
Kek Gulung Kasih
Bahan-bahan :
- 70 g tepung gandum (diayak)
- 1 sudu besar susu tepung
- 3 biji telur A
- 60 g gula kastor - maz guna 50g je, sbb nak sapu jam plak
- 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 sudu kecil ovalette
- Pewarna merah, hijau dan kuning
1.Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
2.Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
3.Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
4.Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.
5.Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah) . Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
6.Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
7.Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
8.Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri. (maz sapu blueberi jam)
9.Gulung kek dengan kemas.
10.Bolehlah dipotong dan dihidangkan.
Thursday, March 24, 2011
Udang Goreng Kunyit Daun Kari
Dikesempatan ni jgk kita nk ucapkan selamat kembali ke tanah air buat hana sklrga..semoga selamat dan semuanya berjalan lancar..klu sampai ke subang jaya tu jgn segan2 singah umah kmaz dan mama ye..
Udang Goreng Kunyit Daun Kari by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan
- 10 ekor udang saiz sederhana - potong hujungnya dan toskan
- 1 ulas bawang putih - ditumbuk
- 1 tangkai daun kari
- 1 batang kacang panjang - dipotong sederhana
- 1 biji cili merah - hiris nipis
- minyak masak secukupnya untuk mengoreng
- Cara
1. Udang dilumur dengan sedikit garam kunyit biar sekata. Kemudian masukkan bawang putih yang ditumbuk, daun kari, cili merah dan kacang panjang. Balik-balikkan biar sebati.
2. Panaskan minyak dan goreng udang bersama-sama semua bahan yang dicampur tadi hingga udang garing/masak dan balik agar masak sekata. Angkat dan toskan dan buat sampai habis. Siap
Wednesday, March 23, 2011
Puding Roti Berkaramel
kita xbuat gula hangus..gna golden sirap je..nak senang keje..tu yg wrnanya pucat smcm jek..hehee..
Bahan-bahan
Karamel : (maz tak buat, guna golden sirap je)
- 1/4 cawan gula pasir
- 1/4 cawan air panas
Puding : (maz buat suku resipi je)
- 3 keping roti sandwic (disiat-siat)
- 1 1/2 cawan susu cair
- 1/2 cawan air suam
- 1/4 cawan susu pekat (kalau nak manis lagi bolehlah tambah)
- 1 sk esen vanilla
- 3 biji telur (dikacau perlahan dan jangan sampai berbuih sekiranya ingin memiliki kulit yang licin dan gebu)
1.Blend semua bahan ( kecuali telur) sehingga sebati. Kemudian disatukan dengan telur. Kacau perlahan-lahan. Kemudian tapiskan.
2.Tuangkan ke dalam karamel tadi.
3.Sediakan loyang/bekas yang agak besar dan berisi air panas. Kemudian letak loyang puding tadi di tengah-tengahnya. Bakar dengan suhu 160C selama 50 minit atau sehingga masak keperangan.
4.Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan. Hidangkan sebagai pelengkap makan makan siang/malam anda.
Tuesday, March 22, 2011
Strawberry Crumble Cheesecake
Strawberry Crumble Cheesecake by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan
- 65g cream cheese - suhu bilik
- 2 sudu besar yogurt asli
- 1/4 sudu kecil jus lemon
- 1/2 sudu kecil lemon zest (parutan kulit lemon)
- 1 1/2 sudu besar gula halus
- 4-5 biji buat straberi - didadu kecil, lenyek sikit dan gaul dengan 1 sudu besar gula
- biskut secukupnya - maz guna biskut Munchys mcm dalam gambar (oat, strawberi & blackcurren)
Cara
1. Kisar atau ramas biskut untuk base secukupnya, (biskut ni keping kecik je, maz guna dalam 10-12 keping).
2. Dalam bekas, pukul cream cheese seketika, kemudian masukkan gula dan putar sekejap. Kemudian masukkan yogurt, lemon jus dan parutan kulit lemon. Putar hingga sebati dan berkrim (dalam 1-2 minit)
3. Sediakan sudu atau bekas yang sesuai secukupnya. Letakkan biskut sebagai dasar kek, tekan-tekan sikit biar kemas. Kemudian amik cream cheese dan letak atas biskut tadi.
4. Buat sampai habis, kemudian baru letak sedikit buah strawberi diatas cheese tadi. Boleh la dihias mengikut citarasa dan sedia untuk dinikmati. Selamat Mencuba.
P/S : Kalau nak buat sebiji terus, kena gandakan sukatan jadi 3 @ 4 sebab sukatan diatas tu memang sikit. Kemudian bila dah siap masukkan dalam petiais sekejap agar cheese keras sikit, kemudian bila nak makan boleh la discoop ke dalam mangkuk atau bekas yang sesuai. Dalam gelas tu, maz lapis antara biskut dan cream cheese. Mula-mula letak biskut dulu, kemudian lapis dengan cream cheese. Buat sampai 3 lapis. Kemudian baru letak buah strawberi.
Siakap Masak Bercili
Siakap Masak Bercili by ilhamdapur.blogspot
- 1 ekor ikan siakap saiz kecil- cuci bersih, kelar dan toskan
- 4-5 biji cili merah
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 labu bawang besar - dihiris nipis
- 1 biji cili hijau - dihiris
- sedikit daun bawang - potong sederhana
- 2-3 sudu besar sos cili
- 1-2 sudu besar sos tomato
- 1-2 sudu besar sos tiram
- sedikit gula dan serbuk pati ayam sebagai perisa
- tepung jagung secukupnya
- minyak untuk mengoreng secukupnya (pastikan minyak yang belum digunakan)
1. Kisar cili merah, bawang merah dan bawang putih hingga hancur dengan sedikit air.
2. Lumurkan ikan sepenuhnya dengan tepung jagung.
3. Panaskan minyak (kira tenggelam ikan) dan goreng ikan dengan api sederhana hingga garing/masak dikedua belah. Angkat dan ketepikan.
4. Dengan kuali yang sama, tinggalkan minyak dalam 1/4 cawan, tumis bahan kisar tadi hingga masak. Kemudian masukkan semua jenis sos dan bawang besar. Kacau sebati.
5. Masak sehingga semua bahan mesra. Perasakan dengan sedikit gula dan serbuk pati ayam secukup rasa dan kacau sebati (kalau terlalu kering tambahkan air sikit dalam 3-4 sudu besar).
6. Akhir sekali masukkan cili hijau dan daun bawang. Padamkan api dan tuang atas ikan yang digoreng tadi. Siap.
Monday, March 21, 2011
Takoyaki Seterusnya..
Takoyaki by ilhamdapur.blogspotBahan-bahan
Tokayaki Batter
- 1 biji telur sejuk dari petiais
- 340ml air sejuk berais @ dari petiais
- beberapa titik fish sos
- 100g tepung gandum ( diayak )
- 4-5 ekor sotong saiz kecik - potong dan toskan, kemudian gaulkan sotong dengan 1 sudu besar penuh sos tiram, 1 sudu besar okonomiyaki sos dan beberapa titik pewarna merah. Masak sehingga sotong lembut, jangan letak air ye (masak dalam 3-4 minit), kemudian titiskan sedikit minyak bijan dan gaul sebati. Padamkan api dan ketepikan.
- 1 mangkuk kobis yang dicincang halus
- 2-3 sudu besar okonomiyaki sos - bancuh dengan 3-4 sudu besar air (untuk sapu pada bebola tako yang telah masak nanti)
- 1/2 angkuk kecil minyak sayur - untuk sapu pada acuan dan selalu curah sikit-sikit pada bebola tako semasa memasaknya
- Dried bonito flakes secukupnya
- Mayonis secukupnya
- aonori (green seaweed powder) secukupnya
1. Di dalam mangkuk, pukul telur hingga berbuih dengan wisk atau hand mixer
2. Masukkan air sejuk dari peti dan terus putar.kacau sebati.
4. Panaskan tako maker. Sapu minyak pada lubang tako -maz guna minyak sayur
5. Tuang adunan dan masukkan 1 potong sotong dan sedikit kobis cincang.
6. Tuangkan sedikit lagi adunan untuk menutup semuanya.
8. Kikis lebihan adunan dan masukkan ke dalam adunan dalam lubang-lubang tako maker.
9. Terbalikkan tako menggunakan lidi sate atau tooth pick dan curah minyak masak sikit (maz guna sudu).
10. Terbalikkan beberapa kali sehingga bahagian luar takoyaki garing sambil letak minyak sayur sikit sekiranya minyak dah kering.
11. Bila dah masak, angkat susun dalam pinggan. Sapu semua bebola takoyaki dengan okonomiyaki sos yang telah dibancuh dengan sedikit air pada keseluruhannya. Kemudian taburkan dried bonito flakes dan picitkan mayonis secukupnya. Akhir sekali tabur sedikit aonori. Siap..
Friday, March 18, 2011
Kek Gulung Kasih
Kek Gulung KasihBahan-bahan :
- 70 g tepung gandum (diayak)
- 1 sudu besar susu tepung
- 3 biji telur A
- 60 g gula kastor - maz guna 50g je, sbb nak sapu jam plak
- 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 sudu kecil ovalette
- Pewarna merah, hijau dan kuning
2.Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
3.Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
4.Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.
5.Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah) - maz buat line. Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
6.Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
7.Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
8.Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri. (maz sapu blueberi jam)
9.Gulung kek dengan kemas.
10.Bolehlah dipotong dan dihidangkan.
Thursday, March 17, 2011
Macarons versi Kempiss..
Macarons
Bahan-bahan (+-24 set,48 keping):
- 2 biji (80gm) telur putih L size
- 60gm gula kastor
- 80gm almond powder
- 120gm gula aising
- sedikit esen vanila
Cara-cara:
1.Ayak almond powder dengan gula aising.
2.Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih. Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk. ( Bila terbalik mangkuk telur tu tak jatuh..kira oklah tu)
3.Masukkan sikit demi sedikit bhn yg diayak td ke dalam telur putih. Kacau perlahan-lahan macam buat kek.
4.Masukkan adunan yg dah siap ni ke dalam piping bag ( sy guna plastik putih biasa ja.. pehtu gunting bucu dia yg kat bawah tu ;)) . Picit ke atas dulang oven yg dah di alas dengan baking paper. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm. Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons- untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar)
5.Biarkan permukaan macarons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar. Lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar. ( Bergantung pada cuaca juga ni. Saya letak bawah kipas bagi dia cepat kering. Sebelum bakar tu, test dulu dengan jari, kalau dah tak melekat tu bolehlah dibakar).
6.Bakar dlm oven pd suhu 150 degree selama 20 minit. ( Rasa mcm x terlebih bakarlah pulak haritu.. nak kena kurangkan suhu ataupun time tu lain kali ). Pastu sejukkan sebelum letak inti.
1.kisar serbuk almond bg lebih halus sebelum diayak.
2.kurangkan suhu atau masa bakar..
Wednesday, March 16, 2011
Dulce de Leche - versi Pressure Cooker
- 1 tin susu pekat manis - maz guna jenama Tesco je
- periuk tekanan (pressure cooker)
- air secukupnya
Begedil Bebola Daging IKEA
Begedil Bebola Daging by ilhamdapur.blogspot
- 6-7 biji bebola daging - maz guna bebola daging IKEA
- 3 ulas bwang merah
- 1 ketul saiz kecil ubi kentang - kupas kulit dan hiris nipis
- 1 biji putih telur - dipukul
- 1 biji kuning telur
- sedikit daun sup dan daun bawang - dipotong kecil
- sedikit serbuk lada sulah (jgn banyak sngat sbb bebola daging dah ada rasa)
1. Panaskan bebola daging dalam microwave atau biarkan dalam suhu bilik hingga lembut dan hancur-hancurkan hingga berderai. (maz guna microwave)
2. Panaskan minyak (dalam 1/2 cawan) dan goreng ubi kentang hingga masak, empuk. Angkat dan toskan. Buat sampai habis.
3. Tumbuk bawang merah hingga lumat, masukkan ubi kentang yang digoreng dan tumbuk hingga ubi hancur. Buat sampai habis.
4. Kemudian dalam bekas besar gaulkan bahan yang ditumbuk dengan bebola daging, daun sup, daun bawang, kuning telur dan sedikit serbuk lada suluh. Gaul semuanya hingga sebati dan sekata.
5. Akhir sekali, jemput dan kepal agar tidak berderai ikut saiz yang dikehendaki dan leperkan sikit. Buat sampai habis.
6. Panaskan minyak dan celup bebola yang dah siap dalam putih telur dan goreng sehingga keperangan dikedua bahagian dengan api perlahan. Angkat dan toskan. Siap..
Tuesday, March 15, 2011
Soto Ayam
ni la pestime dlm hidup kita buat begedil ni..sbbnya xde org mkn..tu pun kita buat 8 bjik je..senang keje kita gna IKEA swedish meatball yg dh lama bli..sedap plak weii...hehee..
Soto Ayam
Bahan-bahan ( 12 orang ) - maz buat sikit je, 2 ketul dada ayam
- 6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak
- 2 ekor ayam, dibelah empat
- 3 - 4 liter air
- 1 cawan santan pekat
- 1/2 cawan serbuk ketumbar
- 2 sudu teh serbuk jintan halus
- 2 sudu teh serbuk lada putih - xletak, takut anak2 pedas
- 3 batang serai, dititik
- lengkuas sebesar ibu jari, dititik
- 1 batang kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 5 tangkai bunga cengkih
- garam secukup rasa
- 1 cawan minyak untuk menumis
Bahan untuk Dikisar
- 3 biji bawang besar - maz guna bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
Bahan untuk Sambal Kicap (maz cuma tumbuk cili padi, pastu bancuh dengan kicap manis+garam sikit)
- 5 batang lada merah
- 20 biji lada padi merah thai
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 cawan kicap lemak manis
Bahan Sampingan
- bergedil
- taugeh yang telah dicelur - xletak
- daun sup, dipotong halus
- bawang goreng
- sambal kicap
- ayam, yang telah disiat-siat
Cara
1.Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.
2.Cara membuat Sambal Kicap - Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.
3.Cara menghidang - Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.
Saturday, March 12, 2011
Nasi Lemak Sambal Udang & Telur Puyuh
Sambal Telur Puyuh by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan
- 15 biji telur puyih - direbus dan kupas kulit
- 1/2 cawan cili kisar (rebus cili kering dan kisar)
- 1 labu bawang besar - dihiris nipis
- 2 ulas bawang putih - diketuk
- 3 sudu besar sos cili
- 1 keping asam keping/gelugor
- sedikit nesan kerek @ gula melaka (sebesar ibu kaki)
- sedikit gula dan serbuk pati ayam sebagai perasa
- minyak masak secukupnya
- air secukupnya
Cara : mkn nga smbal tlur pyuh dan udang..buat bnyk lauk ni sbb adik kita nga isterinya ada kat umah..adik kita ni hri mngu je memang dtg umah..jdi klu nk msk2 tu time mreka ada la..
1. Panaskan minyak (dalam 1/2 cawan) , kemudian masukkan bawang putih dan tumis sehingga bawang kekuningan. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak dengan api perlahan dan dikacau selalu agar tidak berkerak/hangus.
4. Kemudian tambahkan air sikit-sikit dan tumis lagi sehingga pecah minyak dan sambal benar-benar masak. Masukkan nesan, bawang besar dan sos cili. Masak lagi dalam 10 minit dan kacau sebati. Sentiasa guna api sederhana agar sambal tidak berkerak dan jika perlu tambahkan air sikit-sikit bila sambal hampir kering/berkerak.
5. Kemudian perasakan dengan sedikit gula dan serbuk pati ayam. Masukkan telur puyuh dan balik-balikkan agar telur sebati dengan sambal dan bahan perasa. Padamkan api. Siap..
Friday, March 11, 2011
Telur Bungkus
Bahan-bahan
- 2 biji telur
- 1/2 mangkuk kecil isi ayam - dicincang
- 1/2 mangkuk kecil kecik mix veg
- 1/2 labu bawang besar - cincang kecil
- 1 ulas bawang putih - dicincang
- 2 sudu besar tomato sos tiram
- 2-3 sudu besar sos cili
- sedikit daun sup - dicincang
- sedikit gula dan air
- 3 sudu besar minyak masak
Cara
1.Untuk inti - panaskan minyak, masukkan bawang putih dan bawang besar, masak biar layu, kemudian masukkan isi ayam, kacau hingga isi ayam masak sekata. Masukkan pula mix veg dan balik-balikkan.
2. Masukkan semua jenis sos dan perasakan ikut citarasa. Akhir sekali masukkan daun sup dan kacau biar sebati (kalau terlalu kering masukkan air (sikit je dalam 3-4 sudu besar, sebab sosnya tak boleh cair nanti meleleh keluar dari telur). Siap dan ketepikan dulu.
3.Untuk buat telur dadar - pukul telur dengan skit garam . Panaskan kuali dan sapu dengan sedikit minyak. Kemudian tuang telur dan pusingkan kuali biar telur tu jadi bulat besar dan nipis, (maz guna kuali non-stik). Kalau guna kuali biasa kena pandai pusing telur tu biar jadi nipis dan bulat besar. Masak dengan api kecil dan tak perlu diterbalikkan telur tu (maksudnya cuma masak 1 bahagian bawah je).
4.Masak dalam 2-3 minit je, bila telur dah masak padamkan api.
5.Amik inti dan letak ditengah-tengah, ratakan inti dengan sudu biar jadi 4 segi dan tinggalkan dalam 1 inci kelilingnya untuk lipat.
6.Kemudian lipat telur jadi bentuk 4 segi (macam dalam gambar kat bawah tu)
7.Bila dan siap lipat, amik pinggan dan telengkupkan atas telur tadi. Kemudian pegang pinggan dan terbalikkan kuali (masa ni kuali kat atas dan pinggan kat bawah).
8.Potong buat bentuk tanda + kat tengah telur dan lipat kleuar skit. Siap..
live dri kauli lgi tu..hehee..cra kita lipat tlur bngkus ni..lipat kiri, kanan, atas dan bawah..pastu bru telengkup atas pngan..Thursday, March 10, 2011
Tomyam Campur
Tomyam Campur by ilhamdapur.blogspot
- 8-10 ekor sotong - dikelar @ dikerat
- 1 mangkuk kecik isi ayam yang dihiris nipis
- 2 sudu besar pes tomyam - maz guna yang dlm botol tu, siam mari
- 2 batang serai - dibelah
- 2 inci lengkuas - dihiris
- 5 helai daun limau purut
- 3-4 biji cili padi - diketuk (boleh tambah @ kurang)
- sedikit sayuran - maz guna bunga kobis & lobak merah
- 1 biji tomato - belah 4
- 1 labu bawang besar - belah 6
- 1 biji limau nipis - amik jusnya
- daun ketumbar secukupnya
- 2-3 cawan air
- garam, gula dan aji (jika suka) secukup rasa
1. Dalam periuk masukkan air, pes tomyam, lengkuas dan serai. Masak sehingga air mendidih. Kemudian masukkan ayam dan lobak merah dan masak sehingga lobak merah separuh lembut dan ayam masak.
2. Masukkan pula sotong, bunga kobis, bawang besar, daun limau purut dan cili padi. Kemudian perahkan limau nipis dan perasakan secukup rasa agar ada rasa masam yang sedikit menyerlah. Masak seketika agar bunga kobis dan sotong lembut.
3. Kemudian padamkan api dan masukkan tomato dan daun ketumbar. Balik-balikkan agar semuanya mesra. Sedia untuk dihidangkan dan taburkan sedikit daun ketumbar semasa menghidang.