Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, April 1, 2013

Moist Coconut Butter Cake

Assalamualaikum..layan je la kek yg dah lama jgk peram ni..dah 2x buat kek ni..tpi apa nk buat..dpur ni jenis dpur bermusim deh..kena tngu musimnya..baru la berasappp..ni kira rzki kek ni la dpt jgk tepek kat sni..kek2 lain yg pernah buat sblum2 ni time menyepi tu...xthu la bila plak akan muncul kat sni..kek ni buat awal bulan lepas lgi utk bawah rumah kwn msa dia buat bacaan yassin..jdi jamu mata je la ye..sekali lgi terima ksih pda pengunjung yg sudi jadi penyeri dapur yg xseberapa ni..wpun silent reader tpi knjungan kalian semua amat dihargai...

mkn time panas2 memang sdp kan..ada plak secwn teh..hemmm..

Moist Coconut Butter Cake by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 250g mentega (suhu bilik)
  • 2 1/2 cawan tepung kek (superfine) @ tepung gandum yang berkualiti
  • 2 1/2 sudu kecil baking powder
  • 150ml susu cair
  • 3 biji telur gred A
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil essen vanilla
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar coklat emelco
  • kelapa kering secukupnya
  • jam strawberi secukupnya

Cara
 
1. Panaskan oven suhu 170 C. Sapu mentega pada loyang 9x9.
 
2. Satukan tepung, baking powder dan garam, kacau sebati guna wisk. Ketepikan
 
3. Pukul mentega dan gula hingga berkrim selama 2-3 minit. Kemudian masukkan vanilla dan telur satu persatu dan pukul sebati setiap kali masukkan telur.
 
4. Masukkan separuh tepung dan susu, putar sebati. Kemudian masukkan baki susu dan tepung. Putar lagi biar sebati. Akhir sekali kaup balik 4-5x guna spatula agar adunan jadi ringan.
 
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian campurkan dengan coklat emelco, kaup balik biar sebati.
 
6. Tuang adunan coklat, ratakan sepenuhnya, kemudian tuang perlahan-lahan adunan asal dan ratakan. Bakar selama 50-60 minit atau sehingga masak (cucuk tengah kek dengan lidi sate, kalau tidak melekat, maknanya kek dah masak).

7. Bila dah masak, keluarkan dari loyang dan sapu jam pada seluruh permukaan kek. Kemudian tabur kelapa kering sepenuhnya. Siap...

potong amik 3 keping ni je utk posing..tu pun anak2 xmknn..maz pun xminat sngat kek2 ni..akhir kata salam sayang buat semua dan mohon maaf atas segala kekurangan..semoga jumpa lagi..insyaallah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...