Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, May 28, 2015

Baked Chili Potatoes

Assalamualaikum w.b.t..'Allahuma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..apa khbar semua..bertemu sekli lagi, mungkinkan ini hari2 terakhir update dapur maya ni..berat sungguh nk duk depan lappy sekarang..tpi itulah hakikatnya..ni pun amik masa skjap sebelum kluar hntar anak skolah, skrang ni mlm makin pendek, pukul 5 tu terang benderang dah..pgi ni cuci mata dgn kentang bakar ni, kejdian bulan lepas lagik..ada 2-3 kedai jgk yg jual kentang bakar ni..tu yg terasa nk cuba buat sdrik..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurungan yg ada...

licin sampai ke kulit la, sedapp sbb ada rasa dan sedikit garing gituw..utk kulit tu maz lumur mcm buat kentang wedges ni..

bru kluar oven dan belum dimake up lagik...

Baked Chili Potatoes by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 3 biji kentang saiz sederhana
  • 1 mangkuk kecil chili - resipi kat sini
  • 2-3 sudu besar sour cream
  • mozarella cheese/cheese keping secukupnya - maz guna kedua2
  • sedikit tomato dadu
  • sedikit daun parsley kering
  • sedikit cayyene papper *
  • sedikit serbuk kari *
  • sedikit serbuk pati ayam @ garam *
  • sedikti minyak zaitun
Cara

1. Panaskan oven suhu 230 C dan sediakan loyang yang dialas kertas baking.
2. Cuci kentang dan lap biar kering, cucuk-cucuk kentang dengan garfu, kemudian lumurkan dengan sedikit minyak zaitun, tabur bahan * dan lumur keliling kentang.
3. Letak dalam loyang dan bakar selama 30-35 minit atau hingga lembut.
4. Bila dah masak keluarkan dari oven, potong bahagian atasnya 3/4 gitu, kemudian korek isi kentang dengan sudu dan gaul dengan sour cream.
5. Masukkan balik isi kentang tadi, kemudian letak chili secukupnya dan cheese.
6. Masuk balik dalam oven (masa ni suhu 170) dan masak sekejap lagi biar cheese cair.
7. Tabur sedikit buah tomato jika suka dan sedia untuk dihidang.

memang kenyang la hbis sbjik ni..sarat dgn mcm2 dlm tu.. 

nk buat kentang bakar gini xde la susah mana kan..dlm tu terpulanglah pada kita nk isi apa..nk yg jenis simple je atau sarat dgn mcm2..maz letak beef chili, memang dappp la layan yg baru kluar oven tu...

Tuesday, May 26, 2015

Sushi

Assalamualaikum w.b.t..'Hasbunallah wa'nik mal wakil'..sushi ni pun dah berbulan jgk peram, bila rsa teringin nk mkn tu biasanya memang akan buat sdrik, klu beli pun xpuas mkn..mahal la plak sushi kat sni..5-6 ketoi yg biasa je pun dh 3 dinar atau dkat 3o henggit..cuma beras sushi la yg mahal skit..500g dekat 2 dinar atau 18 henggit..dah acap kli jgk sblum ni update sushi ni, mudah saja nk sedia pun dan boleh pelbagaikan sushi apa..abangngah dgn babanya la peminat sushi ni...Inysaa Allah semoga ketemu lgi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada...

biasa buat dengan beras wangi je..kli ni guna beras sushi plak..guna beras sushi ni mkn bnyk pun rasa mcm xkenyang..takpe la deh roll tu xcentre atau cantik mcm kedai punya, janji semua filling lekat kat dlm tu..kihkihh..

Sushi by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan beras sushi @ beras wangi 
  • 1/2 sudu besar cuka epal/cider apple bancuh dengan 1/2 sudu kecil gula
  • seaweed sheets secukupnya/kulit sushi
  • ikan salmon segar, jejari ketam, buah avocado,lobak merah, timun jepun
  • wasabi, kicap sushi dan halia jeruk pink tu jika suka
Cara

1. Cuci beras sushi, masuk air ikut sukatan beras dan masak seperti biasa hingga masak.
2. Bila nasi dah masak, terus masukkan cuka epal dan gemburkan nasi dengan garfu biar sekata.
3. Masukkan nasi dalam bekas dan tutup, biar nasi suam sikit.
4. Letak sekeping kulit sushi atas bamboo mat (yg utk gulung sushi tu), ratakan nasi separuh dari kulit sushi biar nipis dan susun bahan inti ditengahnya, kemudian gulung biar kemas.
5. Potong dan boleh la dihidang bersama wasabi, kicap sushi atau jeruk halia.

buat sdrik ni memang jimat benar la..puas mkn..tpi semua kena ckup syarat la wpun buat sdrik..org yg nk mkn tu nk mcm sushi beli..selain wasabi menyengat idung tu, kicap sushi dan halia jeruk kena ada...

1 cawan beras tu bleh dpt 4-5 roll, bleh letak makcik salamon banyk2 atau apa yg kita suka..maz suka sushi yg ada avocado...

Monday, May 25, 2015

Sira Labu

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar'..tak thu la berapa lama lagik semangat ni boleh bertahan, tu yg xberapa rajin dh update dapur maya ni..mood berblog makin sayu..lama sungguh la xbuat sira labu ni..teringat zaman budak2 masa kat kmpung dlu, sira labu ni kira pemes la..salah 1 hidangan yg mesti ada kat kenduri kahwin..tpi sekarang ni susah sangat dah nk jumpa sira labu ni kat kenduri, memang xde dah la rasanya org buat..maz memang sukaaa sangat mkn sira labu ni..wpun sejenis pencuci mulut, tpi org klante mkn dgn nasi..nk mkn saja gitu pun boleh..sedapp! Insyaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala khilaf...

Sira Labu by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 biji labu - maz guna butter pumkin yg jenis kecik tu
  • nisen/gula melaka secukupnya
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit garam
  • sedikit kapur sireh
Cara

1. Dalam bekas masukkan air dan sebatikan dengan sedikit kapur sireh, dalam 2-3 cubit gitu la.
2. Labu yg telah dikupas dipotong panjang ikut lurah labu dan rendam dalam air kapur sekejap sementara tungguh air nisen mendidih.
3. Dalam periuk masukkan semua bahan diatas kecuali labu dan air secukupnya (agak-agak la ye air tu, jangan banyak kira tenggelam separuh dari labu gitu la) dan masak hingga mendidih.
4. Kemudian masukkan labu (tos dulu) dan tutup periuk, masak dengan api sederhana hingga labu empuk dan sirap tinggal separuh, masa duk masak ni rasa kuahnya tu kalau rasa kurang manis boleh tambah nisen atau gula pasir, maz tak sukat pun.
5. Boleh dihidang bersama nasi minyak, nasi tomato atau makan gitu pun boleh.

guna butter pumkin yg jenis kecik2 comel tu..skjap je masak..sira ni nk buat pun mudah sangat2 la, xpayah kena kacau apa..

Wednesday, May 20, 2015

Gulai Lemak Daun Kunyit Isi Ikan Kerapu

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..apa kbar semua, pagi ni pun cuba kuatkan semangat berblog yg dh makin luntur ni..masih lgi dgn menu bln lepas, mcm biasa la gaya masak yg sama je..klu lauk berkuah tu balik2 wrna kuning, cuma kli ni letak daun kunyit skit mcm gulai udang ni, memang sedapp la klu aroma daun kunyit tu kan..ada plak sambla belacan, bleh terbabas segala pantang larang tu deh...terima kasih sekali lagi pada yg masih sudi singgah dapur kecik ni, mohon maaf sejak kebelakangan ni dapur jarang berupdate...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada...

kat sni ikan kerapunya besarrr2, yg sebesar saiz budak pun ada..klu kat pasar tu peniaga guna kapak nk potong2, dijual yg dh siap potong gini la..ni maz bli kat pasaraya, sbenarnya ni pun bahagian   kepala ikan dah..tpi sbb ikan besar, tu yg isi banyk...

Gulai Lemak Daun Kunyit Isi Ikan Kerapu by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 500g isi ikan kerabu sekali dengan tulang - maz guna ikan kerapu saiz besar
  • 2 cawan santan
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1/2 inci kunyit hidup *
  • 1-2 biji cili padi merah @ cili merah *
  • 1 helai daun kunyit - koyak sikit
  • 1-2 biji terung/timun
  • 2-3 biji cili hijau
  • 1 keping asam gelugur/asam keping
  • garam gula secukup rasa
Cara

1. Cuci ikan bersih-bersih dan toskan.
2. Tumbuk lumat bahan bertanda *
3. Dalam periuk satukan semua bahan kecuali ikan dan bahan perasa, masak hingga mendidih dan terung sedikit layu sambil dikacau selalu.
4. Masukkan ikan dan sedikit garam gula, masak sekejap lagi biar ikan masak dan suaikan secukup rasa.
5. Boleh la dihidang bersama nasi putih dan sambal belacan.

Alhamdulillah atas nikmatNya..memang best la ikan2 semuanya fresh sbb bahrain ni kelilingnya laut..ikan2 xsempat nk rosak sebab dekat benar pasar dgn jeti2 nelayan..tpi jarang jgk beli sbb anak2 xsuka ikan, wpun ikan jenis isi putih gni..klu ikan yg jenis berbau tu lgi la, tukang masak sdrik pun xleh mkn mcm ikan talapia tu...pernah bli skli...masa cuci nak masak tu, bnyknya lendir ikan tu! pastu rebus letak kat tepi tong sampah luar rumah bagi kat kucing, tekak ni xleh nk terima...huhuu...

Monday, May 18, 2015

Roasted Basil Chicken

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..bertemu sekli lagi..mood berblog pun makin ke senja dh ni, memang berat sangat nk update dapur maya semenjak kebelakangan ni..ayam panggang ni pun kejdian bulan lepas lgik..menu org xamik nasi...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

maz guna ayam kecik je, saiz 1kg..kat sni ayamnya jenis kecik molek, sedapp mkn dan dijual ikut saiz dlm gram..700g pun ada 1 ekor..besar skit la dri burung puyuh tu, ayam paling besar 1.5kg je...

Roasted Basil Chicken by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

Bahan A
  • 1kg ayam - cuci bersih dan toskan
  • 2 sudu besar mentega tanpa garam - cairkan
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk lumat
  • 1 sudu kecil daun basil kering
  • 1/4 sudu kecil cayyen pepper
  • sedikit garam - abaikan jika guna mentega biasa
Bahan B
  • 2 ulas bawang putik - ketuk sekali dengan kulit
  • 1 labu bawang besar - belah 4
  • 2 tangkai daun english basil segar - jika ada
  • ubi kentang - potong saiz sederhana
  • brokoli/tomato ceri - bahan sampingan jika suka
Cara

1. Panaskan oven 200 C dan sediakan loyang yang sesuai.
2. Satukan semua bahan A kecuali ayam, kemudian lumur pada ayam seluruhnya termasuk dicelah kulit dan juga pada ubi kentang jika guna.
3. Sumbat bahan B dalam perut ayam dan ikat dibahagian hujung paha ayam dengan tali (benang putih yang tahan panas tu ye).
4. Letak ayam dalam loyang, susun ubi kentang kelilingnya dan bakar selama 1 jam atau hingga masak bergantung pada saiz ayam, maz guna ayam kecik je. Brokoli tu dekat ayam nak masak baru maz letak sebab sayur tu sekejap je lembut, tomato ceri tu letak masak nak makan la kan.

dek kerana sayang daun basil dlm pasu tu subur elok, tu yg guna utk panggang ayam ni..buat ni pun ikut suka nk letak apa, Alhamdulillah sedappp dan harum semerbak...

Thursday, May 14, 2015

Chocolate Lava Cake

Assalamualaikum w.b.t..'Allahuma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..beratnya rsa nk mengadap blog..idea pun xde nk tulis apa ni, rsa blur je..mood berblog dah makin ke senja, kek ni lama sangat peramnya..buat masa kak long dtg bercuti hujung thun lepas lgik, 3x berturut buat lava kek ni utk dia..kak long minat sangat dgn kek coklat gini..rspi sama je mcm yg updated dulu..ada kat sini..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

memang sedapp la, teksturnya sedikit berkerak diluar, tpi dlmnya masih cair ala volcano gitu...

Chocolate Lava Cake by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 112g coklat masakan - maz guna dark chocolate
  • 114g mentega tanpa garam 
  • 3/4 cawan gula halus
  • 2 biji telur saiz A
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • 1/2 cawan allpurpose flour
  • 1/4 sudu kecil garam - abaikan jika guna mentega biasa
Cara

1. Panaskan oven 160 C dan sediakan bekas aluminium yang sesuai atau ramekin, sapu sedikit mentega seluruhnya.
2. Dalam bekas yang sesuai satukan coklat dan mentega, masukkan dalam microwave selama 1 minit, kacau sebati hingga coklat cair sepenuhnya atau boleh guna kaedaan double boil.
3. Kemudian masukkan gula dan sebatikan, masukkan telur dan essen vanilla, kacau sebati.
4. Masukkan tepung, garam dan kacau sebati, tuang dalam bekas yang telah disapu mentega tadi kurang sikit dari 3/4 setiap bekas.
5. Bakar selama 12-13 minit, atau bergantung pada oven masing-masing, masa keluar dari oven kek memang sedikit lembik/goyang di tengah. Jangan terlebih bakar nanti jadi seperti kek biasa, kalau buat saiz kecil kurangkan sikit waktu membakar dan untuk saiz yang maz buat tu boleh dapat 4 biji.
6. Sejukkan sekejap dalam 5 minit, guna spatula untuk renggangkan keliling kek.

kek gini kena mkn yg masih suam gitu bru dpt nikmati lava tu..memang bleh hbis 2 bijik, klu beli kat domino ni 2 dinar atau dekat 20 henggit..

Wednesday, May 13, 2015

Guacamole (Avocado Dip)

Assalamualaikum w.b.t..'Hasbunallah wa'nik mal wakil'..salah satu menu mexican yg ringkas dan berkhsiat, kejdian hujung bln lepas buat utk kunyah2 belah ptg...kebetulan memang borong avocado bnyk sekali dgn yg buat jus alpukat hritu, jarang putus stoknya, mlm tdi pun beli lgi...semua suka dgn buah ni...hri2 kisar buat jus, mkn gitu pun tekak ni bleh terima...buat dip gini pun laju je semua mkn...boleh pelbagaikan kegunaan avocado ni...sblum ni pun dh kerap sangat n3 guacamole ni, layan dgn nachos atau tortilla chip ni...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf  atas kekurangan yg ada...

klu nk beli avocado tu, picit2 dulu pilih buah yg lembik sikit..klu keras tu putik, xleh mkn..kena peram bgi msak dlu..tu pun klu buah tu dh ckup tua...

Guacamole (Avocado Dip) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 biji avocado masak
  • 1 ulas bawang putih 
  • 1 sudu besar extra virgin minyak zaitun
  • sedikit daun ketumbar
  • sedikit garam
Cara

1. Tumbuk biar lumat sikit daun ketumbar bersama bawang putih, masukkan isi avocado dan tumbuk nak lumat macam mana, maz suka biar kasar sikit.
2. Masukkan sedikit garam dan minyak zaitun, sebatikan dan sedia untuk dihidang bersama tortilla chip.
3. Buah ni akan bertukar jadi warna hitam jika dah belah, jadi bila nak makan baru buat.

isinya lemak tawar seakan isi kelapa muda gitu...memang bnyk khsiat buah avocado ni, antaranya klu diambil setiap hari bleh turunkan berat badan...Inysaa Allah...

Tuesday, May 12, 2015

Maggie Tomyam Udang

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar'..apa kbar semua, terima kasih sekli lagi pada yg sudi singgah dapur kecik ni..sebenarnya mood nk bersara tu mcm makin tebal dah...sejak kebelakangan ni rsa berat je nk update blog..tpi dibila kenangkan gambar lama banyk lgi dlm folder tu...Inysaa Allah akn cuba update jgk wpun xsekerap selalu...ok la layan maggie dlu la pagi ni...bila xde idea nk masak apa, ditambah pula dgn sifat M yg lebih maka ni la jdinya...mee maggie cepat dimasak, sedapp dimkn...rspi sma je mcm yg duk buat selalu, syarat wajibnya mesti kena ada santan dan daun ketumbar...baru khaww gitu tomyamnya, sedapppp..kena cuba dlu la baru thu ye, pes tu guna pes tomyam yg dri thai...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala khilaf...

sebenarnya dh selalu jgk duk buat maggie tomyam ni, cuma xrajin nk snap je...menu express yg enakk...kat rumah ni klu tomyam memang terlalu kerap sangat...bleh kata tiap2 minggu mesti ada tomyam ni...

Maggie Tomyam Udang by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 8 ekor udang saiz besar @ apa saiz - belah belakang dan buang urat hitam
  • 2-3 sudu besar pes tomyam (maz guna pes tomyam dari thai)
  • 1/2 cawan santan 
  • 2 inci lengkuas - ketuk
  • 1-2 batang serai - ketuk
  • 1 batang salery - potong serong
  • 6-8 daun limau purut - koyak sikit
  • 1 labu bawang besar - belah 10
  • 3-4 biji cili padi - ketuk
  • 2-3 tangkai sawi/pak chow
  • daun ketumbar secukupnya
  • garam ,gula secukup rasa dan aji jika suka
  • 2 paket maggie - celur sekejap
Cara

1. Dalam periuk masukkan tomyam pes, lengkuas, serai, salery dan air dalam 2-3 cawan atau biar padan dengan bahan sos.
2. Masukkan santan dan masak biar mendidih sambil dikacau sekali sekala hingga salery lembut sikit.
3. Masukkan bawang, daun limau, sawi, udang dan perasa secukup rasa.
4. Masak sekejap lagi biar udang masak dan sawi sedikit lembut, padamkan api.
5. Dalam mangkuk masukkan maggie dan tomyam secukupnya, tabur sedikit daun ketumbar dan cili padi secukup rasa.

suami la yg palinggg minat dgn tomyam ni...kena buat pedas2 gitu...sampai berair hidung...

Monday, May 11, 2015

Terima Kasih Majalah Ibu & Anak & Majalah Aroma Mei 2015

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..sekali lgi ilhamdapur bersama media cetak utk bln ni...tkpe la ye agak lewat skit update kat blog berita gembira ni...pertama kali bersama dgn majalah Ibu & Anak...memula tu dlm email pihak majalah nk dtg shooting kat rumah sbb nk gmbar step by step utk 4 resipi kanak2..tpi bila bgthu duk jauh...Fiza kata tkpe la gmbar biasa je pun...terima kasih pada Aroma kena sudi melamar dapur yg xseberapa sekali lgi utk berkongsi 10 rspi bersama pembacanya diluar sana...Inysaa Allah semoga jumpa lagi...

semuanya menu pasta utk majalah ibu dan anak utk menambat selera si kecik...

terima kasih jgk pada penghujung budiman yg sdi singgah dpur sepi ni...sejujurnya ilhamdapur adalah buku resipi maz dan kenangan anak2...

sebahagian dri rspi yg dimuatkan dlm Aroma bln ni...

Alhamdulillah buah tangan dri alam maya sebagai kenangan akn dtg...bila dh bersara nti bleh la tgk majalah2 ni kan klu rsa rindu tu...

Friday, May 8, 2015

Chicken & Veg Pizza

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..kalimah yg ringan dimulut, berat ditimbangan Al Mizan...bertemu sekli lgi dipagi jumaat yg barakah...Alhamdulillah atas segala rahmatNya...semoga diterima segala amal kebaikan kita hri ni...Inysaa Allah..menu yg bleh kata selalu duk buat...klu rsa xde idea utk mkn ptg atau mlm...godek buat piza ni la...mudah dan kenyang...bleh letak apa toping ikut selera atau stok yg ada...sos mcm biasa maz guna pes tomato saudia je seperti sebelum ni...nk senang keje, tapi tetap sedappp sosnya...selamat berhujung minggu, semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada...

klu buat piza kena buat jenis nipis gini...klu buat tebal nati ada yg ckp...mcm mkn roti la mommy...klu piza beli pun sama, mesti order jenis thin crust tu...

Chicken & Pizza by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

Doh Pizza
  • 1 1/4 cawan allpurpose flour/tepung serba guna
  • 1/2 cawan air suam
  • 1/2 sudu kecil yis kering - mauripan dll
  • 1/2 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar extra virgin minyak zaitun
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara

1. Dalam mangkuk satukan air, yis dan gula, kacau dengan garfu biar larut sikit.
2. Masukkan minyak zaitun, garam dan tepung sambil dikacau dengan garfu buat bulatan jam, kemudian uli dengan tangan selama 5-7 minit biar jadi doh yang lembut.
3. Tutup mangkuk dengan plastik/tuala dapur, perap selama 30-35 minit atau biar naik 1x ganda.
4. Keluarkan doh, tumbuk sikit dan canai bentuk bulat nipis, letak atas loyang pizza yang telah disapu dengan sedikit minyak zaitun.
5. Ratakan sos pizza atasnya, tabur cheeese secukupnya dan bahan pizza yang lain, akhir sekali tabur sedikit daun basil dan tuang sedikit minyak zaitun.
6. Bakar selama 15-18 minit dengan oven suhu 200 C yang telah dipanaskan dulu selama 10 minit hingga sedikit perang atau bergantung pada oven masing-masing.

Bahan atas pizza
  • 1 keping isi dada ayam - belah nipis sikit
  • 3 keping nenas tin - hiris
  • 1 biji tomato - buang bijinya, dadu
  • 1 labu bawang besar bombay - hiris nipis
  • sedikit daun bawang 
  • sedikit daun basil kering
  • sos pizza secukupnya
  • mozarella cheese secukupnya
Cara

1. Lumur isi ayam dengan sedikit garam dan gula, panaskan kuali non stick dan letak dada ayam tadi, masak biar sedikit perang/masak setiap bahagian selama 2-3 minit, kemudian hiris nipis.
2. Untuk sos pizza, maz guna tomato pes, bancuh dengan sedikit air+gula+garam+1 ulas bawang putih tumbuk lumat+daun basil kering.

uli pun sikit je...dpt la sebjik gedebak ni...cukup la utk mkn 4 beranak...abangngah memang suka letak bawang banyak...maz pula suka nenas tin tu...sedapp manis2 sikit dengan cheese panas tu...walaaa..enakk sungguh! terasa mcm nk mkn piza la plak...

Thursday, May 7, 2015

Ikan Bakar Pes Cili Ala Portugis

Assalamualaikum w.b.t..'Allahuma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..sekali sekala dpt lauk ikan bakar gini memang sedapppnya layan selera...bkn xnak buat selalu tapi sbb kurang mkn nasi...ni pun meratah je dgn suami...diet la kononnya klu kat rumah tu...tpi klu hari minggu tu mkn memang lupaa segala pantang larang...nak2 dgn fastfood...xleh tinggal...niat asalnya nk buat ikan bakar portugis...tpi msa kat dpur tu malas plak nk godek cri rspi...tpi sblum ni pernah la tgk rspi ikan bakar portugis tu...cuma xingat rspi betul...jdi buat je la ikut sedap hati...klu dh ikan bakar tu memang sedapp la kan..bakar kosong gitu cicah budu je pun sedappp...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala khilaf...

Ikan Bakar Pes Cili Ala Portugis by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan yg sesuai - tak tahu nama ikan tu
  • 3-4 ulas bawang merah
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 ulas bawang putih
  • 1-2 batang seari
  • 2 biji cili merah
  • 2 sudu besar cili kisar - rebus cili kering, kisar *
  • 3 helai daun limau purut - hiris *
  • sedikit sos ikan @ garam dan gula jika suka *
  • daun pisang *
Cara

1. Cuci bersih ikan, kelar sikit dan toskan.
2. Kisar lumat semua bahan kecuali bahan bertanda *, kemudian sebatikan dengan daun limau purut , cili kisar dan perasa dengan sedikit sos ikan atau garam dan gula.
3. Lumur pada seluruh ikan termasuk didalam perut dan bahagian kelar, bungkus dengan daun pisang dan perap dalam 1 jam atau kalau nak bakar terus pun boleh.
4. Bakar seperti biasa hingga masak dikedua bahangian, maz bakar guna pemanggang ajaib je atau boleh juga bakar dalam oven (bungkus dengan aluminium foil).
5. Sedia untuk dihidang bersama air asam dan nasi putih.

Air Asam
  • 10 biji cili padi merah
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 biji tomato
  • sedikit gula, garam & aji jika suka
  • 3-4 biji cili padi hijau - potong nipis *
  • sedikit asam jawa *
  • sedikit budu *
Cara : Kisar biar sedikit kasar semua bahan dengan sedikit air kecuali yang bertanda *, kemudian sebatikan dengan bahan bertanda * dan perasa secukup rasa biar ada rasa manis dan masam yang seimbang.

sedappp la layan dgn air asam budu tu...klu letak nasi bleh hbis sepinggan....lupa dh nama ikan ni...beli kat psaraya...beli pun sekor tu je...besar jgk, dkat 1/2kg...sni bnyk ikan besar...memang best la klu bab lauk2 mentah ni...Alhamdulillah atas nikmatNya...abangngah dgn afiq memang xsentuh la...tu pun rendam plak sekor ikan shery nk bakar jgk utk tghri nti...Inysaa Allah...

Wednesday, May 6, 2015

Chicken Chowder

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar'..pestime buat chowder ni...sejenis sup yg bleh buat dipelbagaikan bahannya sepeti isi ketam, daging, jagung, ubi kentang, cendawan dan seumpamanya...xde niat pun nk buat chowder ni...tpi suatu hritu afiq order msa diner kat Cayla Cafe, licin 1 mangkuk dia sorang...sedapp katanya...jdi dri stu la dpt ilham utk buat sdrik plak...kebetulan cendawan pun ada yg lebih buat sayur...maka terjadi la chowder ni...gitu la tabiat tukang masak ni...mesti nk cuba masak sdrik apa yg dimkn kat luar tu klu bleh...wpun buat ikut suka je, licin 1 periuk...sedapp la mommy...sama dh mcm yg kita mkn tu...komen dri 2 beradik tu dan babanya...Alhamdulillah semua dgn izinNya...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas kurangan yg ada...

bleh juga guna isi clam...dah buat pon..ada lam folder tu tnggu Q...

Chicken Chowder by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan daging ayam cincang
  • 1 1/2 cawan cendawan butang putih segar yang dihiris nipis 
  • 1 labu bawang besar bombay - potong kasar
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1 cawan susu segar
  • 1 1/2 kiub pati ayam @ secukup rasa
  • 1 sudu kecil lada hitam - tumbuk halus sikit
  • 1/2 sudu kecil daun basil kering 
  • 3-4 sudu besar allpurpose flour @ tepung gandum - bancuh dengan sedikit air
  • 2 sudu besar mentega
Cara

1. Dalam periuk masak 1 cawan air, bawang besar dan kiub pati biar mendidih dan bawang sedikit lembut, kemudian masukkan dalam pengisar dan kisar biar lumat.
2. Dengan periuk yang sama panaskan  mentega, masukkan bawang putih dan masak sekejap.
3. Masukkan ayam dan masak biar keluar airnya, masukkan serbuk lada hitam.
4. Masukkan 1 cawan air dan cendawan, masak sekejap biar cendawan sedikit lembut.
5. Kemudian masukkan bahan kisar, susu segar, bancuhan tepung dan basil.
6. Masukkan whipping cream dan sebatikan, perasa secukup rasa dan masak biar pekat sikit dengan api perlahan, boleh tambah sedikit air atau susu jika rasa terlalu pekat.
7. Boleh la dihidang ketika masih panas dengan roti atau biskut krakers.

sedappp mkn yg panas2 tu, dgn pekatnya dan bahan dlmnya pun bnyk...memang bleh kenyang la...maz pun pestime la rsa chowder mlm tu...pasni mungkin xorder dh la kut...kihkihh...buat sdri puas mkn...nk mkn dgn roti pun bleh...

Cek Mek Molek

Assalamualaikum w.b.t..'Hasbunallah wa ni'mal wakil'..cek mek molek kuih yg berasal dri kelantan...ringkas dan mudah je nk buat...tpi sedappp...ni pun menu ulang tayang...gambar tahun lepas lgik ni...memang kerap sangat buat cek mek ni...senang sangat...xpyah nk keluar cawan sukat apa...main tuang agak2 gitu...Inysaa Allah semoga jumpa dan mohon maaf atas kekurangan yg ada...

Kuih Cek Mek Molek by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 500g keledek
  • 1/4 cawan tepung beras
  • tepung gandum secukupnya
  • gula secukupnya
  • minyak untuk mengoreng
Cara

1. Rebus keledek dengan sedikit garam hingga lembut/empuk.
2. Bila dah masak, sejukkan dulu, kemudian kupas kulit dan tumbuk lumat.
3. Gaul bersama tepung beras dan tepung gandum secukupnya hingga jadi doh yang lembut.
4. Ambil segembal doh dan leperkan, kemudian letak gula ditengah dan tutup biar kemas, gentel biar jadi bentuk bujur, buat sampai habis.
5. Panaskan minyak secukupnya dan goreng hingga perang dengan api sederhana sambil dibalik-balikkan, angkat dan toskan.

klu yg baru masak tu bahaya jgk nk mkn...panas air gula tu...abangngah dgn babanya la yg suka kue2 ni...afiq xminat...keldek yg kat dpur tu rsanya jdi kuih ni la jgk nti tu...

Tuesday, May 5, 2015

Tomyam Seafood

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..bertemu skli lagi...layann je la ye menu ulang tayang ni...bleh kata tiap2 minggu buat tomyam...cuma xupdate selalu je...kat sini pun ada yg versi udang saja...lauk mudah dan sedappp...pasangannya telur dadar xleh tinggal la kan...mcm biasa klu buat tomyam mesti masuk santan sikit dan daun ketumbar kena ada...bru ckup syarat gitu...memang sedapp...bleh berpeluh2 la layan dgn nasi putih dan tomyam panas, pastu pedas plak...walaaa...terima kasoh sekali lagi pada yg sudi singgah dapur kecik ni...semoga ada yg dpt dimanafaat bersama...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada...

Tomyam Seafood by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 10 ekor udang saiz sederhana @ apa saiz - belah belakang dan buang urat hitam
  • 4-5 ekor sotong - kerat
  • 2-3 sudu besar pes tomyam (maz guna pes tomyam thai yang dalam botol)
  • 1/2 cawan santan 
  • 2 inci lengkuas - hiris
  • 1-2 batang serai - ketuk
  • 1 batang salery - potong serong
  • 6-8 daun limau purut - koyak sikit
  • 1 biji tomato  -belah 4
  • 1 labu bawang besar - belah 8
  • 1 biji limau nipis - jika perlu
  • 3-4 biji cili padi - ketuk/hiris
  • daun ketumbar secukupnya
  • garam ,gula secukup rasa dan aji jika suka
Cara

1. Dalam periuk masukkan tomyam pes, lengkuas, serai, salery dan air dalam 2-3 cawan atau biar padan dengan bahan sos.
2. Masukkan santan dan masak biar mendidih sambil dikacau sekali sekala hingga salery lembut sikit.
3. Masukkan bawang, daun limau, udang, sotong dan perasa secukup rasa.
4. Masukkan tomato dan jus limau jika perlu dan sedikit daun ketumbar.
5. Masak sekejap sekadar udang dan sotong masak, tabur daun ketumbar dan letak cili pada bila menghidang bersama nasi putih.

kebetulan stun pun ada skit...msuk je la skli...tomyam ni yg buatnya sedapp adalah pes tomyam tu...memang dri dlu guna pes tomyam dri thai...bru kena dgn selera umat kat rumah ni...lgi satu maz xsuka letak sayuran bnyk dlm tomyam ni...nanti xdpt rasa tomyam yg sebenar klu letak mcm2 sayur sebab air dri sayuran tu buat ilang rsa asli tomyam...apa2 pun terpulang la pada citarasa masing-masing kan...

Twisted Cheesy Bun

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..stelah agak lama jgk duk tnggu mood meroti ni dtg...wpun duk tgk roti sana sini kat fb...tpi klu belum digerakkan hati tu kan...xterbuat jgk...tpi wpun xde plan nk buat, tetiba keinginan tu dtg dlm hati dgn sendirinya...itulah, kita hnya merancang...tpi semua dgn izinNya jua...kes bleh buat bun pintal ni sbb abangngah beli cheesy bun bentuk gini kat bakery...pastu dia ckp nanti mommy buat ye...dri situ la terjdinya bun ni...anak request nk mcm yg kat bakery bun cheese dan ada gula kat atasnya...sedap la ada rsa manis sikit...suami pun hbis 2 ketoi mkn yg bru kluar oben......cheesy bun ni sedikit olahan dri rspi bun pandan dulu...maz suka rspi tu wpun guna bahan asas je tpi hasilnya amat memuaskan...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala khilaf...

lembut dan moist je rotinya...licin terus ptg tu jgk...buat tghari...elok dgn anak blik sekolah nk mkn bun ni dulu...

Twisted Cheesy Bun by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan :
  • 2 cawan all-purpose flour
  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar yis kering - mauripan dll
  • 1/2 sudu kecil bread improve
  • 120ml air
  • 30ml susu segar
  • 1 telur gred B 
  • 1-2 titik pewarna kuning
  • 2 sudu besar mentega tanpa garam (unsalted) - suhu bilik/lembut
  • cheese keping secukupnya - potong memanjang
  • sedikit susu segar+1-2 titik pewarna kuning - untuk sapu atas roti
  • sedikit gula untuk tabur
Cara

1. Masukkan semua bahan basah kecuali mentega dalam bread maker (BM), kemudian baru masukkan bahan kering dan masukkan yis akhir sekali.
2. Tekan butang bread maker seperti biasa dan biar pusing sekejap sekadar nak sebatikan, kemudian terus masukkan mentega dan biar bread maker uli seperti biasa (dalam 1 1/2 jam) atau ikut fungsi BM masing-masing.
3. Kemudian keluarkan doh, tumbuk sikit dan canai bentuk 4 segi nipis lebih kurang saiz 1 kaki.
4. Kemudian potong ditengah jadi 2 bahagian dan setiap bahagian kerat 4-5 petak kecik seperti dalam gambar dibawah.
5. Ambil sekeping dan canai memanjang biar lebar sikit, letak keratan cheese cara memanjang ditengahnya dan cantumkan biar tutup kemas, kemudian gentel/roll biar jadi panjang dalam 2 jengkal.
6. Bila dah siap gentel, pintal seperti dalam gambar, susun dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega, buat sampai habis, kemudian tutup loyang dengan tuala dapur dan rehatkan 10-15 minit atau naik 1x ganda.
7. Sapu permukaan roti dengan susu segar dan tabur sedikit gula atasnya.
8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu 10 minit dengan suhu 180C selama 18-20 minit atau sehingga perang atasnya.
9. Bila dah masak keluarkan dari oven dan sapu sedikit mentega atasnya agar bun berkilat.

sedikit panduan cra buat bun ni...maaf la snap pun main hentam guna hp je..

memang sedappp layan dgn kopi O...sebenarnya xde la susah mna nk buat roti ni kan...masuk je dlm BM...memang bleh buat hri2 la org kata klu rajin tu...

Monday, May 4, 2015

Puding Coklat

Assalamualaikum w.b.t..'Allahuma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..kerap plak kebelakangan ni duk buat puding...sebenarnya buat ni pun kes nk perabis stok whip cream kotak besar hritu...yg lebih buat filling cream puff...tu yg terciptanya 3-4 jenis puding ni...lama dh la jgk kejadian puding ni...duk pilih buat yg mudah je...tkpe la ye asalkan sedapp dan xmembazir whip cream tu...memang sedapp la puding coklat ni...rsa dan teksturnya mcm eskrim milo yg dlm bekas tu...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada...

ada rsa ala2 eskrim...sedappp...nk buat pun mudah sangat...yg minat dessert gini aiman dgn babanya la...

Puding Coklat by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 100g coklat masakan
  • 1 kuning telur - kocok dengan garfu biar berbuih sikit
  • 2 sudu besar susu segar
  • 1/2 cawan whipping cream Non Diary - yg dah manis tu
  • 2 sudu besar gula kastor - jika perlu
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • secubit garam
Cara

1. Putar whipping cream+secubit garam biar kental sikit. 
2. Dalam periuk satukan coklat masakan dan susu segar, masak dengan api perlahan sambil dikacau biar coklat cair, kemudian masukkan gula dan sebatikan, biar sejuk sikit sebelum masuk kuning telur dan vanilla (maz tambah gula sebab tak cukup manis utk puding ni).
3. Masukkan whipping cream dan kacau biar sebati, tuang dalam ramekin atau gelas yang sesuai dan sejukkan dulu selama 3-4 jam sebelum dihidang atau dihias ikut citarasa, maz letak whip cream atasnya tu.

buat pun sikit je...dpt la 3 ramekin ni...bekas ni pun kecik je...dlm gambar je npak mcm besar...Inysaa Allah pasti akan buat lagi...sedappp...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...